Tahu dah mana nak dikoyaknya dan mana nak disumbatnya .. Dah expert woooo.. Yg tepi tu , bapak ke makan ???
Takde maknaaa .. huhu..
Published with Blogger-droid v2.0.10
Tahu dah mana nak dikoyaknya dan mana nak disumbatnya .. Dah expert woooo.. Yg tepi tu , bapak ke makan ???
Takde maknaaa .. huhu..
Memula aku tak nak percaya la bila baca tweet sorang wakil rakyat yang bersuara lantang ni .. Kasar ! Pastu bila aku check semua tweetnya , hummm..
Kelmarin , tonton satu video di FB dan juga Youtube .. Persidangan di Parlimen.. Mak aihhhhh .. Apa ni ??? Apasal sampai begitu teruk sekali ?? Mana Dato Siti ? Tak nak tegur ke ?? Heheheh … Ke takde kepentingan utk menegur ? Hee.. Opss.. tersasul lak ! Nanti marah peminat setia diaa haa ..
Aku rasa laa kan .. Kat Malaysia ni , selain diabetis , obesiti , penyakit mulut celupar dikalangan orang orang yang punya pangkat besar pon satu penyakit yang amat merbahaya ! Kalau mereka buat dengan selamba , bayangkan anak anak buah mereka ! Haaaa ..
Maka dengan ini .. aku harap jabatan yang terlibat seperti Institut Integriti Negara perlu mainkan peranan lebih lagi laaa.. Teringat satu meeting yang aku pergi dulu yang mana isunya ialah camana nak intergritikan pengguna internet dan aku jawab , kita mulakan dari pemimpin kita dan rakyat akan mencontohi sifat terpuji pemimpin pemimpin negara.. Malangnya , buat masa sekarang , hanya boleh diikuti hanyalah beberapa orang .. Tu pun leh kira jerrrr ..
Bahasa , jiwa bangsa ! Kerana mulut , badan binasa . Kerana tweet , seminggu derita !
Ramai dah kawan kawan bagitau aku .. Aku pun sebenarnya dah mintak kawan kawan di FB report kewujudan akaun palsu ni ..
Saja kumpul dosa betul mamat ni .. Best part , dia ingat aku gay sbb ada cerita konon aku pernah bercouple dengan sorang kawan dalam FB ni ! Adoiyaiiiii .. apa punyaaa … haihhh …
Pasni aku nak report polis dan cybersecurity. Aku dah kasi amaran melalui pm dah .. Aku pelik la manusia gini .. Bawak bawak la bertaubat skit ..
Buat kawan kawan yang dah teradd mamat Aliff ni , tolong unfriend dan report dia yer .. di https://www.facebook.com/ariff.danial.7771/
Ada sorang kawan pm aku bagitau kawannya jadi mangsa gak.. Tu yang gambar atas katil tu , gambar kawan dia .. Perghhh … Apa masalah budak ni pon tak tau laaa …
“ Mak … nak air … dahaganyaa .. “ . Pinta si anak kecilnya .
Mak dia sibuk benar dengan telefon pintarnya .. Maka si anak tu bersuara buat kali ke dua dan jawapan dari maknya ialah ..
“ Gi la mintak kat ayah tuuuu .. Ibu sibuk niiii .. “ .
Hurmm … Si anak ni keluar ke ruang tamu dan tengok ayahnya sedang duduk atas sofa dengan samsung tabnya .. Dok layan apa pon tak tau laa tapi penuh keasyikan seperti berkepit dengan bini muda.
Lalu si anak kecik ni ke dapur . Cari la air untuk minum . Tiba-tibaa…
“ Paaangggggg…. “ .. Dan terdengar tangisan si anak kecil itu. Berlarilah mereka berdua ke dapur utk dapatkan anak mereka .. Hurmmm….
Anaknya terjatuh dari kerusi yang dia gunakan untuk panjat ke kabinet dapur .. utk amik air minum ! Kaca bertaburan disekeliling anak mereka ! Betapa mereka bernasib baik anak mereka itu tidak mengalami kecederaan .. Bayangkan jika ada benda benda bahaya di situ !
Wahai ibu dan bapa … termasuk aku … Utamakan yang patut diutamakan !! Jangan menyesal kemudian hari !
Aku ingatkan sahabat tu nak bagi hadiah kat Qhaliff setelah dia bagitau yang dia ada pos barang . Aku ok jer ler.. Tapi bila barang tu sampai kat rumah mak aku , aku buka dann … Dan gosok mata berkali kali !! Biar benar sahabat ni ??? Dia kena nombor ekor ke ? Huhu .. Ke dapat bonus 24 bulan dari Innity ? Gilooo ????

Dia bagi aku jam yang mmg aku minat sangat rekabentuk dan warnanya ! Dari dulu aku cukup suka warna hitam keemasan dan jam chonograph ni ! Dulu ada satu .. Guess tapi rosak dah talinya dan plan nak beli lagi yang mmg macam ni !
Sekali tengokkkkk .. adehhhhh .. Serius , mmg gila laaaa .. Aku tak pernah jangka nak dapat hadiah jam sebegini rupa. Ari tu ada la sabahat , Que Achmad bagi jamnya setelah aku mintak tengok .. dia kasi terus ! Weh , aku mengelamun ke ???
Buat sahabat tersebut .. Tak tau nak kata apa .. Terima kasih saja tak mencukupii… Semoga Allah berkati anda sekeluarga dan juga buat rakan rakan seperjuangan , semoga Allah rahmati kita semua ..
Perghh.. berbaloi sungguh jadi blogger ni ..