
Haihh.. pandai dahh lari keluar skang niii .. Daddy kena ikut jer pasni ! Takleh leka dah .. Bahayaaaaaaa..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Haihh.. pandai dahh lari keluar skang niii .. Daddy kena ikut jer pasni ! Takleh leka dah .. Bahayaaaaaaa..
Serius ! Aku dah ‘hang’ ! Nak kena tinggalkan segala gadget yang ada untuk beberapa hari dan menikmati dunia tanpa sebarang telekomunikasi !
Mampukah ? Mampukahh ?? Perghhh .. Boleh ! Apasal tak boleh kan ? Antara nak atau tidak jer .. Hurmm .. kan kan ? Hehehe .. Aku rasa aku boleh ..
Kenapakah sampai gitu sekali ? Aku keje non stop sejak beberapa bulan kebelakangan ini . Apa saja job masuk , aku terima ! Ada yang terpaksa aku tolak. Bukan aku tamak tapi dah memang keje aku dan itulah punca pendapatan aku.
Belum pun Disember tamat , jadual untuk Januari dah mula diisi .. Nampaknya , rezeki sbg blogger semakin ok .. Alhamdulillah .. Rezeki anak ..
Camana pon , aku perlukan cuti untuk aku ! Huhu.. Atau aku boleh jadi gile jap sbb stress.. huhu..
Hurmm.. bila kena ‘jaga’ budak gini , kesabaran perlu berada di tahap tertinggi .. kalau tak , ada yang makan penampar nanti .. kan ? Bukan mudah wooo ..
Dan terjadi satu insiden semalam .. menyebabkan aku cepat hilang pertimbangan dan .. hurmmm .. rasa menyesal sepanjang malam .. Cuba perbetulkan dengan memujuk dan berbuat baik pon tak memadai , bagi aku ! Salah dan silap aku yang cepat melenting ! Haihhhh …

Aku kena berubah dari segi tu. Kena tenang dan perlu pantas tangani masalah bila ianya berlaku !
Beberapa negeri dan bandar sedang dalam keadaan darurat .. Banjir sana sini ! Aku melihatnya di dalam FB .. pelbagai gambar ada .. Macam macam termasuklah gambar yang lawak .. Lawak ke ???
Bila berlakunya banjir , kerosakkan harta benda akan berlaku ! Yang jadi mangsa ni majoritinya bukanlah orang berada . Kalau orang berada sekali pon , pastinya akan alami kerugian yang boleh mengarukan kepala punya !
Janganlah kita dok sebarkan gambar gambar yang tak sepatutnya. Kesian mereka yang sedang bergelut dengan masalah gini .. Aku yang baru je selesaikan masalah air pun rasa lega sangat kerana tidak libatkan kos membaiki yang tinggi. Kalau tak ? Tergaru kepala gak.. Mana nak cekau duit !
Tu baru duit.. Belum lagi nyawa.. Yang terkorban kerana banjir ? Hurmmm .. Janganlah buat main main dengan isu ni. Prihatin la skit. Kalau terima gambar gambar yang kononnya lawakkkkk , tak yah la nak edar sama .. Biar jer mati di situ ..
Bayangkan kita antara mereka semua tu. camana ?
Biasa dok tengok kat Youtube tapi tak puashati la.. Sebab sekerat sekerat jer.. Hehehe .. Hari ni , berjaya juga memuaskan hati aku yang dah lama teringin nak tengok secara langsung depan mata , stand up comedian terbaik negara kita ! Hehehehe ..
Maka , berkumpulah para kenalan blogger di sana untuk sama sama merasai dan melepaskan tekanan seharian bekerja dengan bergelak ketawa mendengar serta menonton kreativiti 4 orang comedian yang terdiri dari Nabil , Harith Iskandar , Jambu dan Douglas Lim ..

Best ke ? Ke tak best ? Ok .. nak aku terus terang ke ? Aku bagitau la yer .. Jambu , dah biasa tengok .. Harith pon.. Nabil juga tapi aku teruja nak tengok Douglas Lim punya idea bagi membuatkan penonton yang majoriti berbangsa melayu ketawa .. Apakah dia mampu melakukannya , dengan menggunakan bahasa Melayu ???
Hurmmm .. aku bagi dia , 5/5 bintang malam semalam ! Douglas paling menyerlah diikuti Harith. Mereka telah menghidupkan malam aku yang mana sebelum itu aku cukup tensen dengan kesesakkan lalu lintas .. Huhuhu ..
Maka sekarang .. aku tau yang Douglas ni sememangnya layak digelar antara stand up comedian terbaik di negara kita ! Spontan , penuh idea dan original .. heeee ..
Ok , lain lain .. aku percaya mereka akan perbaiki agar setanding dengan Douglas .. kalau tak , mereka akan tenggelam lagi dengan tepukan gemuruh yang ditujukan kepada Douglas.. Heee.. Jujur nehh !
Haa.. bagi yang belum lagi berkesempatan nak gi menonton LAWAK KE DER yang sedang berlangsung di Istana Budaya bermula 4hb Disember dan akan tamat pada 8hb , silalah ajak kawan kawan atau famili bersantai ke Istana Negara .. Heee ..
Tiket ? Sila ke TICKET2U untuk membuat tempahan .. Baik buat tempahan . Takut tiket abisss .. heeee … Selamat skit kan kalau dah buat tempahan .. huuu ..

Best ! Best giler !! Best .. part ni Douglas pelik camana khinzir leh terlibat sama !