-iklan-
Buku Islamik Santai sesuai untuk remaja dan dewasa.
Boleh dibeli secara pos daripada penulis – RM19.90 sebuah:
Sms 019-6745742 atau pm facebook “Nasiroh Omar” atau pm fanpage “A Priceless Princess”
-iklan-
Buku Islamik Santai sesuai untuk remaja dan dewasa.
Boleh dibeli secara pos daripada penulis – RM19.90 sebuah:
Sms 019-6745742 atau pm facebook “Nasiroh Omar” atau pm fanpage “A Priceless Princess”
Hurm.. Sanggup anda makan kotak utk alas perut ? Pastinya akan ada yang kata ‘ tu kat sana .. sapa suruh berperang .. ‘ atau ada yang akan kata .. ‘ Ni Malaysia pon ada yang tak reti bersyukur.. ‘.. kan ?
Sebelum nak kata gitu .. Tolonglah guna otak yer ?

Hurm.. Sesusah kita , kita masih mampu makan sehari sekali. Apa kata ada rezeki skit , sedekahkan pada saudara seagama kita di sana .. Dari dok membazir makan sedap tapi tak abis , kan ? Ni semua akan dihitung di akhirat kelak .. Hurmm ..
Jam 7.45 malam .. Satu mesej di Whatsapp masuk ..
“ Ben , bizi tak ? “ ..
Kawan di taman perumahan aku mesej ajak jumpa.. Nak mintak tunjuk ajar pasal blog .. Aku ok jer ..
“ 8.15 , ok ? Wife aku tengah mandi .. “.
Aku plan nak kasi wife jaga jap .. Tapi dok dengar dia membasuh di bilik air.. Hurmm .. Aku naik atas tengok .. Memang pon ! Confirm lama lagi ni .. Tengok jam dah kul 8 malam. Lewat pulak ni ..
Akhirnya , aku usung Qhaliff ke kedai mamak yang dekat dengan rumah aku ni .. Seronokkk Qhaliff dapat keluar malam malam ..
Kat kedai mamak tu , Qhaliff duduk diam sebab … hehehee.. Aku rasuah dia dengan air kegemaran dia .. Milo ais .. Perghh .. sambil layan air , tgk ultraman koooo !
Sehingga jam 9 lebih.. aku tengok dia dah mula tak duduk diam.. Hehehe.. Ngantuk la tuuuu .. Aku mintak diri jap.. Gi antar Qhaliff.. hehehe..
Sampai umah.. pas kat wife , aku patah balik ke kedai. Topik tengah hangat wehh .. Politik gituu.. hahahaha .. Lega la dapat luahkan perasaan .. Tapi bak kata kawan tu laa , kita boleh luah je tapi nak mengubahnya .. Hurmm .. Tak tau la bila ..
Bila nampak ikan lari ke darat , kaki mengeletar takutkan bala ..
Bila diri buat maksiat dan aurat tak dijaga , kaki tenang seolah neraka tiada ..
Kan ? Hurmmm … nasihat untuk aku jugak ni.. Alpa !

Baru balik dari Bandar Baru Bangi .. Gi cari perabot kat sana .. hurm.. Penat pusing sana sini .. Plan nak cari katil dan tilam untuk wife nanti. Yelah , nanti dah bersalin .. dalam pantang , nak duduk bawah jer . Sian nak naik turun kalau duduk di bilik atas.
Cari punya cari .. masuk keluar satu satu kedai .. akhirnya kedai terhujung sekali jadi pilihan .Kenapa ? Sbb tawaran yang diberikan serta layanan yang menyakinkan aku. Hurmm ..
Cuma bab harga tu .. bapak kedekut laa nak kasi kurang. Ini clearance stok katanya. Dah mmg kasi murah .. Aku letih nak menawar ngan bangla ni tapi aku kata boleh dapat murah lagi sbb bos dia yang berbangsa cina ada kat kedai berbanding kedai lain , cuma pekerja mereka je ada … yang terdiri dari bangla .. Pelik gak laa.. Apasal bangla semua ?? Huhuh..
Wife nak amik set katil serta almari.. Memula nak amik katil jer.. Cari murah je la .. Bajet bawah 1k jer .. Tapi bila dah tengok itu ini , dah jadi lain ceritanya. Hurm.. Aku , ok je la.. Sian gak la kat dia. Lama dah ajak pi cari..
Dia la yang tawar menawar. Aku ? Apa yang dioffer , tu je yang aku amik ! Hahahha .. Ada satu rak kasut. Bangla tu kasi RM299… Tak leh kurang.. Wife aku mintak gak tapi dia tak kasi. Pastu dia kata ..
“ Mahal .. saya boleh dapat murah lagi .. “.
“ Akak bajet berapa ? “. Dia tanya wife aku.
“ RM200 .. “ . Wife jawab..
“ R250 , ok ? “. Bangla tu cuma menawar lagi.
“ RM200 jer saya punya bajet.. “. Wife bagi kata putus.
“ Ok laa… RM200 angkat .. “. Dia senyum.
Hahahah.. Hampeehhh..
Aku pun nak try gak la menawar .. Wife aku tanya tempat sidai tuala yang diperbuat dari kayu.. Bangla tu letak harga , RM75. Aku mintak RM50.. Dia tak kasi.. Dia kasi RM60.. Aku try mintak lagi.. Dia tak leh kasi murah dah .. Pastu wife aku menyelit..
“ Saya amik 2 .. RM100 , ok ? “ .
Ok , jawab bangla tu ! Mak aihhhhh … Ngan aku tak nak kasi ! Huuhhh.. Apaaaraaa !
Jadi aku rasa la kannn .. Kalau korang nak menawar dengan bangla ni , baik suruh je orang perempuan kita buat tawar menawar .. Orang perempuan ni , hati kering berbanding lelaki cam aku ni .. Tak dinafikan , ada lelaki gak hati kering .. lagi kering dari biskut kering ! Kawan aku tu , kalau dia tawar .. aku rasa tokey kilang pon leh bankrupt ! Huhuh…
Akhirnya .. dari bajet nak RM500 terus hampir 2K ! Huhu… Lom cari katil Qhaliff lagi niii … Perghhhh .. Takde Kedai Perabot 1 Malaysia ke ? Hutang hari ni , lain tahun bayar ?