

3 bijik karipap dia sapu bersih ! Nasi yang mak dia belikan , dia tamo makan.. Terpaksa aku makan .. Eceh , terpaksa la sangat yer .. Hehehe..
Karipap tang kerak keras tu .. dia pas kat mulut aku ! Huh..


3 bijik karipap dia sapu bersih ! Nasi yang mak dia belikan , dia tamo makan.. Terpaksa aku makan .. Eceh , terpaksa la sangat yer .. Hehehe..
Karipap tang kerak keras tu .. dia pas kat mulut aku ! Huh..
Aku dah mula amik balik suppliment .. hehehe .. Terasa badan makin malas jer nak bergerak ! Kena banyak bersenam aku skang ni .. Suppliment , lebih pada nak support jer .. Takde la nak tahap jadi badang haaa ..

Bila aku dok bancuh , si Qhaliff sibuk jugak mengikut. Tengok apa aku buat ! Bila dia nampak susu coklat ni , dia pon nak.. Aku tak kasi .. Dia bantai baring atas lantai ! Bila aku kata ..
“ Ha.. nah nahhh.. “.
Terus dia berdiri senyum ! Adoiii.. Macam ni pulak ragamnya. Tapi nasib baik dia ni jenis mudah dipujuk. Kalau tak kasi , kita kasi menda lain.. Dia ok je .. Asal ada menda lain sebagai ganti. Hehehe..
Susu ni rasa mmg tak best ! Aku tinggalkan skittt untuk dia rasa .. Nak tengok apakah dia luakkan balik atau mintak lagi.. hehehhe ..
Jangkaan aku meleset ! Licin dia teguk ! Gulppp… Iskhh.. semua dia nak bedal.. Bahaya aihh …
Hurmm… Semalam aku nak gi tapau makanan utk keluarga aku , berselisih dengan jiran taman perumahan aku tinggal ni. Aku tanya khabar isterinya yang tak sihat baru baru ni .
Katanya , wife dia dapat kencing tikus .. Aku tanya dari mana leh kena ? Dia syak masa mandi kat sungai baru baru ni. Nasib baik antibodi dia kuat … Sian.. Anak ramai lak tu.. Suami dia jaga semua.. Nasib baik ada suami yang kerja sendiri .. Hurmm..
Satu lagi perkhabaran tak best dari kawan sekolah aku. Bekas cikgu sekolah kitorang dimasukkan ke wad kerana penyakit Tibi. Ada diorang cerita yang isterinya kata mungkin suaminya tu dapat sewaktu naik perkhidmatan awam.. Berjangkit dari situ ..
Hurmm.. Aku nak kata lebih , aku takde bukti tapi bila dah tau mengenai bahaya dan betapa mudahnya penyakit ni berjangkit , aku kena amik pendekatan berhati hati..
Mencegah lebih baik dari mengubat. Pastikan jari jemari tu , jangan mudah bersentuhan dengan orang ramai terutama di tempat awam .. Cam masa naik ekslator .. ada yang calit tahi hidung kat situ haaa.. Haaa.. Nasib ler kalau terpegang .. PErghhh..
Haaa.. Bukan salah aku !! Dah aku macam Jebat ! Nak wat camana kan ?
Yeke , aku disuruh tidur kat luar ? Tak de laa.. Tak sampai hati wife nak wat gitu. Kalau dia suruh aku tidur luar , lagi bahaya ! Rumah sebelah , anak dara penuh wooo !
Haaa.. Kang ada pulak laki dia missing in action ! Satu hal lagi .. Hehehhe ..
Dalam perjalanan ke Damansara tengahari tadi , ada satu billboard menarik perhatian aku .. Besar wooo ! Tapi bukan sebab besar aku tertarik pon ! Korang leh nampak kat tepi lebuhraya Persekutuan yang berdekatan Angkasapuri tu haaa ..
Aku tertarik sebab tak tau sapa yang punya iklan ni dan kata-katanya cukup mendalam..
“ Hello. Mother misses you. “
Hurmm.. Ibu. Besar sungguh makna ibu pada setiap insan. Itu pun masih ada yang tak reti nak hargai mereka . Hurmmm ..

Berbalik pada billboard ni .. Ada tak nampak sebarang maklumat kat situ ? Tak ke pelik ? Sapa yang bersungguh letak billboard yang cukup besar dan pastinya … mahal ? Heee..
Berdasarkan gambar tu , budak perempuan tu sedang buat apa sebenarnya ? Sedang amik gambar langit ? Atau sedang melihat gambar ibunya di dalam tab tu ? Atau pun .. hurmm.. dok amik gambar sendiri ?
Aku rasa .. dia sedang rindukan mak dia .. Kebetulan pulak Tahun Baru Cina baru saja lepas .. Pastinya ada anak anak yang tak reti nak pulang ke rumah orang tua sbb sibuk sangat dengan kerjanya atau lebih rela abiskan masa dengan kawan kawan ! Huh ! Jangan begini ..
Billboard ni bagi aku adalah satu pesanan mudah untuk kita .. Jangan sampai kita kehilangan baru nak merindui ! Sementara masih ada di depan mata , hargai dan luangkan masa selagi terdaya ..
Apa pendapat korang lak ?