
Kurus ? Ada yang kata Qhaliff semakin kurus ? Tak cukup makan ?? Atau rindu kat daddy ?
Dia menyampaikan tanda dia rindu dengan ..

Gi kedai Tok Ma , angkut milo kotak .. bukan satu ! Tapi.. kira la sendiri ! Hahahaha … Adeh .. Sapa nak bayar ni ???

Kurus ? Ada yang kata Qhaliff semakin kurus ? Tak cukup makan ?? Atau rindu kat daddy ?
Dia menyampaikan tanda dia rindu dengan ..

Gi kedai Tok Ma , angkut milo kotak .. bukan satu ! Tapi.. kira la sendiri ! Hahahaha … Adeh .. Sapa nak bayar ni ???
Keluar dari wad di HKL .. Sepupu aku yang baru berusia 23 tahun tu mengeluarkan sebatang rokok .. Dengan pantas aku sambar rokok tu dan buang ke tepi ..
Terkejut dia.. Dia ingatkan aku nak rokok tu tapi bila lihatkan perbuatan aku tu , terus tergamam dia ..
“ Hang tak nampak lagi ka ? Hang nak lidah hang kena kerat gak ? Ka kaki ? Ka paru paru ? Atau pun hang nak bakal anak bini hang masuk wad sbb dok hidu asap rokok ? “.
Dia diam jer. Sepanjang berjalan kaki ke parking kereta tu , aku membebel.. Hahahaha.. Tak terkata apa dia .. Sengih cam kerang busuk..
“Tak guna muka kacak tapi mulut busuk .. “. Aku kata kat dia , sewaktu memandu ke kedai makan .
Di kedai makan .. Aku order apa yang sepatutnya .. Begitu juga dia. Lepas makan , dia bangun .. Berjalan kaki sambil bermain handphone dia..
Jauh dari aku.. Aku senyum jer.. Tak lama kemudian , nampak asap berkepul kepul di sebelah kereta tu ..
Hurm… Selagi tak sakit , hisaplah .. Dah sakit , jangan salahkan anak anak bila tak gi melawat sedangkan , anak anak dah nasihatkan berulang kali berenti merokok .. Anak jugak dimarahi ..
Hurm.. Tak terfikir ke , bila dah tua .. sakit , masuk wad ! Sapa nak gi jaga ? Anak ? Isteri ? Bayangkan kalau ada anak anak kecil.. Kesian la si isteri nak mengusung semua gi lawat dan jaga .. Kalau dah tua , isteri pun dah tua. Anak anak pon ada komitmen lain.. Tak jaga , merajuk..
Kalau sakit bukan berpunca dari kita cari sendiri tu , lain ceritanya tapi ni sbb dah kita carik sendiri ! Dinasihat , kita kena nasihat balik ! Dah jadi , nak mengeluh pon tak guna lagi ..
Itulah yang aku bebelkan pada dia ..
Hurmmm .. Ayah aku merajuk dengan aku ke ? Hurmm… Entahlah… Bukan mudah sebenarnya nak berbakti dengan orang tua ni ! Kena sabar , ikhlas dan lakukan kerana Allah ..
Entah la .. Mungkin memang patut dia merajuk dengan aku .. Aku bukan anak yang baik ..
Berbaktilah dengan orang tua selagi diorang ada di sisi .. Semoga Allah merahmati kedua orang tua kita ..
Hurm…
Sesekali berpisah , membawa sejuta kebaikan.. Antaranya , kita akan lebih hargai masa selepas ini .. Dan anak kita akan jadi bertambah matang ..

Wife bagitau , Qhaliff dah bijak berdikari.. Malah dah boleh bantu dia antaranya tolong pakaikan stokin pada ibunya dan juga reti nak bergurau dengan adik dia ..


Tak tau la nanti bila jumpa aku , camana pulak ceritanya.. Selama ni asyik nak berdukung .. apakah selepas ini tiada lagi ??? Heee.. Tungguuuuu ..
Qhaliff , daddy penat .. penat lari sana sini .. Walaupun ‘bujang’ tapi tetap tak berehat .. hurmmm ..
Hehehe.. Sampai dah Tat Nenas Mama untuk aku .. Weeeee… Wife , amik bau dari jauh ! Hahahaha ..
Sedap tak Tat Nenas Mama ni ????


Nak aku terus terang ke ? Kang aku kata .. “ sedap gilerrr !! “
Akan ada yang jawab gini lak .. “ Ala , dah dibayar , memang la kata sedap ! “
Aku jawab semula.. “ Kalau tak sedap , bayar pon aku tak nak.. Wat pe nak tipu orang kan ? “.
Apa yang aku rasa sekarang ni , memang menepati citarasa aku yang memang dari kecil lagi cukup suka Tat Nenas ni .. Aku nak bawak skit bagi kat mak aku dan juga simpan skit untuk wife .. Nak tau camana respon diorang .. Sedia untuk raya nanti ! Tak yah sibuk nak buat apatah lagi skang ni , bil elektrik dah melambung.. Beli ajaaa ..
Kalau ada yang berminat nak order , sila segera yer ! Takut nanti tak terlayan order , korang marah lak ..
Nak order , sila hubungi ATIE BAHARAIN di Facebooknya atau telefon dia di 017 2011 185 !
Order awal awal sebelum … heee.. paham paham je la kan ..
Selain dari tu ada cheese tart .. heee ..
