BEN ASHAARI



 

Diorang kata kalau perfume original , goncang goncang .. berbuih banyak dan lambat hilang buihnya ! Aku baru beli tadi.. Test buat ! Dan… skit je buih !! Dan cepat hilang pulak tuuuu ..

Apakah aku sudah kena tipu ? Tak mungkin ! Beli kat Parkson tuuuuu !! Tapi baunya , kuat laa… Lama gak tahan.. Takde la 24 jam.. lepas mandi tu , hilang la baunya .. Original la kan ?

Camana nak detect perfume original atau local ni ? Daripada blog Avonbrand2u ada bagi sedikit tips.. iaitu , perhatikan Packaging , Harga , Kecairan (liquidation) dan Bau.

Manakala tips dari blogger Eizlins , dia bagi 20 ! Haaaa… Aku copy paste atau korang nak gi baca kat sana ? Copy paste ? Maaf yer Cik Eizlins.. pinjam info sekejap .. Dia pun pinjam dari orang lain.. Bagus la.. sebarkan info agar tidak ramai tertipu..

1.Pastikan penjual mempunyai reputasi dan dipercayai.

2.Pembungkusan. Semak kualiti pembungkusan seperti kotak dan rasai ketebalan dan kejelasan tulisannya. Pewangi yang tulen tulisan jenama (brand) pewangi itu tidak pudar dan hilang walaupun telah lama dipakai. Cuba rasa dengan jari tulisan adalah timbul dan bukan dicop. Walaupun kadangkala cara begini tidak boleh dijadikan ukuran, tetapi kebiasaannya pewangi yang tulen mempunyai kualiti pembungkusan yang sangat bagus.

3.Semak tanda-tanda gam berlebihan untuk melekatkan kotak dan sebagainya. Ini disebabkan pewangi tulen tiada lebihan gam dan pembungkusannya amat teliti.

4.Kotak luaran. Semak kualiti dan bahan yang digunakan - ketebalan dan warna - tanda-tanda lipatan dan pinggiran kotak tersebut.

5.Cetakan. Semak informasi yang dicetak pada luaran kotak. Saiz, negara ia dikeluarkan, salah ejaan, logo dan cap dagang (trademark). Semak cara cetakan - biasanya diembos dan mempunyai kualiti cetakan yang sangat berkualiti dan biasanya pelekat berwarna lutsinar, perak atau tulisan berwarna keemasan, perak dan hitam.

6.Semak Nombor Batch.

7.Dalam kotak. Semak kualiti keseluruhan bahan digunakan. Warna dan saiz.

8.Bentuk botol. Semak kualiti keseluruhan botol. Tinggi, lebar dan reka bentuk botol. Botol yang tulen adalahd sempurna.

9.Kaca botol. Semak keseluruhan kualiti. Ketebalan, kejelasan, bentuk. Kaca botol yang tulen adalah tebal.

10.Tudung botol. Semak saiz, warna dan bentuk.

11.Kepala penyembur. Semak kualiti keseluruhan, warna dan kehalusan atau kelicinan semasa membuat semburan.

12.Tiub dalaman penyembur. Semak kualiti. Ketebalan, panjang dan warna. Label botol (utama). Semak kualiti cetakan, saiz, reka letak dan cari untuk bentuk yang diembos.

13.Label bawah. Semak kualiti cetakan, saiz dan informasi yang tepat.

14.Kod bar. Semak nombor, saiz dan sama ada ia boleh discan.

15.Warna pewangi. Semak warna pewangi sama ada ia konsisten atau pun tidak.

16.Minyak berlebihan. Pewangi yang tulen kurang berminyak.

17.Bau. Semak bau sama ada ia menyenangkan atau pun tidak, kadang-kadang yang tiruan berbau bahan kimia.

18.Tahan lebih lama. Cuba untuk beberapa jam. Sepatutnya bau wangian tersebut tahan sekurang-kurangnya 2 hingga 3 jam atau lebih.

19.Tindak balas pada kulit. Semak jika terdapat kegatalan, kemerahan, ruam atau pengelupasan.

20.Semak pada bahagian bawah botol. Biasanya kita akan dapat lihat kualitinya di bahagian bawah botol tersebut seperti tulisan diembos (timbul) dan mempunyai pelekat produk.

Maka ..silalah hati hati agar tidak tertipu melainkan anda mmg nak ditipu, maka tak perlulah berhati hati yer .. heeee..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Hurmm… Perancangannya , nak ada di Alamanda sebelum ramai orang mai ! Maka kul 10 atau paling lewat pon kul 11 pagi mesti ada dah kat Alamanda ..

Sayangnya , tunggu Qhaliff bangun .. lewat laaa dia ( walhal yang lambat ? Heee ) .. Dan kul 11 lebih baru ada di Alamanda.. Kul 12 tengahari , pasti ramai keluar lunch.. Gi shopping la tuuu.. heee..

Guna dua stroller hari ni.. Sorang satu ! Aku usung Qhaliff dan wife usung Zahra . Sayangnyaaa .. sayangnyaaa .. Qhaliff nak duduk kejap je.. Selebihnya , dia nak merayau dengan kedua kakinya !

Nak tak nak , aku kena rasuah dia supayan duduk dalam stroller dia tu , diam diam dan ibunya dapat shopping dengan tenang !

Gi masuk tempat feveret aku.. Bukan dia tau.. Aku ! Hahahaha… Cari mainan yang sesuai dengan dia ..

Dan jumpa la satu.. Walhal menda ni ada dah kat rumah .. Rosak ! Ok la , dari aku beli yang ngarut ngarut.. baik beli yang dia leh gunakan jari jemari dia.. iaitu menulis atau melukis !

Harga ? Dekat RM60 gitu haaaa… Dan dia berjaya aku tenangkan untuk …. 10 minit jer ! Pastu dia tamo main dah ! Nak keluar dari stroller dia .. Dia nak lari dan berharap aku gi kejar dia .. Huh !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Akhirnya aku mengalah ! Terpaksa beli satu jugak perfumes untuk aku pakai gi mana mana event ! Dulu , gi pasar malam pun pakai ! Haaa.. sekarang tak leh dah.. nak beli perfume , kena pikir panjang ! Lampin anak , susu anak .. haaa.. macam macam wooo ..

Dalam kepala aku , memang nak cari yang branded jer.. Nak beli yang biasa biasa , takut tak tahan lama .. Hurm.. Tapi masalahnya , sekarang ni yang original pun tak tahan lama dah !

Maka destinasi aku seperti biasa .. Parkson di Alamanda Putrajaya. Sebelum aku nak masuk Parkson tu , aku singgah satu booth yang jual perfume tapi bukan original la.. Wangiannya , lebih kurang sama cam yang ori. Katanya campur sedikit air. Hurmm.. Harganya ? Hampir cecah RM100 ! Mahal dah tuuuu… Baik beli SimplySiti jer.. Heee..

Aku terfikir gak nak beli perfume online tapi tak puashati ! Bab perfume ni , aku kena pegang , hidu dan pilih.. Sebab macam macam ada !

Dari pelbagai jenama ada .. aku kembali memilih Calvin Klein. Entah mengapa , CK ni memberi aku satu memori ketika muda dulu.. Perfume pertama aku beli secara tunai dengan gaji pertama iaitu CK One ! Heeeee…

Tapi kali ni aku amik Eternity ! Aku suka bau dia .. Lembut ..

Photo: Berbaloi atau tidak beli perfume yg original ? Bagaimana nak kenal original atau tiruan ? 

Lambakkan perfume tiruan di pasaran online .. Patut atau tidak berlaku ?

Harga ? Huhuh.. Untuk botol 50ml , RM208 dan botol besar tu , RM289.. Dia syorkan botol besar .. Katanya tak banyak beza .. untung .. Tapi aku kata , banyak beza wooooo !!! Hahahaha… Kang banyak sangat , aku membazir .. Kalau skit , aku kena pandai berjimat .. Heee..

Tak pe laa… kerja punya pasal ! Kang badan bau ikan je bila jumpa client .. heeeee…

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Siap ada nama lagi gituuuu .. Amboiii .. Daddy pon tak penah ada tauu !! Iskhh… Anak anak lak lebih niiii .. huk hukk..

Hahaha.. Daddy ok jer .. Terima kasih yer auntie Yah … susah susah jer ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Tengah sedap sedap tidur , tetiba ada suara halus ..

“ Baaa.. baaaa .. “.

Bukak mata .. Tengok Qhaliff tercongok kat sebelah aku.. Nak amik handphone aku .. Huk aloh.. awalnya bangun ! Tapi tadi tidur pon , mmg mimpikan dia .. Terus gosok kepala dia dan ajak gi sahur ..

Dan dia orang pertama sampai di meja makan dan terus duduk.. Nasi yang dikhaskan untuk aku, dia sapu dulu. Manakala aku , kebas nasi wife .. Er , wife .. gi amik pinggan baru .. hehehe …

Lepas makan .. sehingga jam 7 lebih .. dia masih belum nak tidur ! Dan aku .. pastinya tidak cukup tidur lagi ! Huhuhuhu..

Sibuk laaa nak layan Youtube.. Nak tengok ultraman haaa …

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes