Hurmm.. kena gi hospital gini.. dah 3 hari tak ok lagi.. On off on off demam .. Hurmm..
Banyak kerja tergendala ..
Hurmm.. kena gi hospital gini.. dah 3 hari tak ok lagi.. On off on off demam .. Hurmm..
Banyak kerja tergendala ..
Sejak diperkenalkan pada 2013, Belvya Perfect Shaping Scrub telah berjaya mencuri perhatian di laman sosial daripada hasil-hasil testimoni pengguna yang berjaya mendapatkan bentuk badan dan wajah yang diidamkan. Belvya Scrub merupakan scrub membuang lemak yang sangat efisen pertama di Asia.
KELEBIHAN PERFECT SHAPING SCRUB (PSS) BY BELVYA
Belvya Perfect Shaping Scrub sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita, wanita mengandung, berpantang, dan menyusu. Ia juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Sekiranya berminat boleh terus whatsapp/sms/telegram saya di 014 8466814
Untuk melihat lebih banyak testimoni boleh follow saya di instagram : @belvya_malaysia85
ATAU like page Belvya malaysia.
Terus terang , dulu aku cukup tak suka SONY terutama kamera dan handphone ! Walkman , aku suka SONY.. hehehe.. Terbaik part tuuuu.. lalala ..
Kenapa aku tak suka SONY ? Pertama sebab ..hurm.. Entah ! Hahaha.. Aku ni payah nak suka sesuatu jenama kalau dah melekat dengan jenama yang lain.. Dan mudah terpengaruh dengan cakap cakap orang walhal tak pernah try pon lagi !
Satu hari tu , kawan blogger aku bagitau pasal SONY XPERIA Z1 . Katanya kualiti gambar bagus disertakan lagi dengan ketahanannya yang boleh masuk air .. Sesuatu yang aku perlukan selepas handphone baru aku , Qhaliff rendam dalam air ..
Peluang datang.. Aku diberi sebuah kamera untuk review.. Sony Alpha 5000.. Dan sejak itu , aku jatuh cinta dengan SONY. Kemudian aku beli Sony Xperia Z2 .. Perghhhh… Patut orang kata Sony Xperia ni antara yang terbaik !
Dan semalam , aku beli kamera baru bagi mengantikan kamera lama aku yang rosak akibat jatuh tangga.. Huhuhuh..
Sekarang , aku ada dua kamera untuk memudahkan aku membuat kerja dengan pantas ! Aku ada Sony Xperia Z3 dan Sony Alpha 5100 ! Kedua duanya , aku sangat berpuashati ! Tak sabar nak gi out station lagi !! Heheehhe ..
Selfie guna Sony Alpha 5000 ! Gambar clear giler !
Sewaktu memilih kamera mana yang aku nak .. ada dua pilihan ketika tu.. Sony Alphan 6000 dan Alpha 5100. Kenapa aku tak amik Alpha 6000 padahal harga beza skit jer ! Sebelum aku membeli kamera ni , aku dah check review.. sememangnya disyorkan beli Alpha 6000 sebab ianya lebih terkini dengan kepantasan 11 frames per saat.. tapi aku tak nak sebab design bodynya yang agak besar berbading Alpha 5100 yang lebih kecik dan padat.
Pilihan aku tepat.. Setakat ni , aku tak gemar nak amik jenama lain. Aku dah guna pakai jenama lain tapi macam tak serasi lak.. Hehehe.. Alang alang aku dah pakai Sony , semua pakai Sony jer.. hehehe ..
Bersungguh dia mintak handphone aku.. Aku kasi wife punya , dia tak nak ! Wife punya Xperia Z2 , aku punya yang lama .. Pelik pulak tak naakkkk ..
Hurmm.. Bila bagi aku punya , bersungguh dia amik dan main jauh jauh ..Yang bagusnya , dia tak amik kalau aku tak bagi melalui tangan aku sendiri ! Dia pegang tangan aku , suruh amik handphone pastu bagi kat dia..
Tapi dia nak main sangat ke ???
Taakkk ! Dia nak tarik perhatian aku ! Dia amik pastu ajak main dengan dia dan handphone tu , di tangan dia ! Kalau dia amik phone wife , dia sorok dalam baju dia !
“ Manaa?? Manaaa ??? Hilangggg.. “. Padahal terang terang dia dok pegang handphone dalam baju dia haaa..
Perlukan perhatian ? Hurmmmm ..
Gi IoI Mall Putrajaya tadi. Wife nak cari almari baju untuk bilik bawah.. Malas nak naik atas katanya ..Aku ok jer walaupun badan tak beberapa nak sihat . Nak keluar gak sebab nak bawak Qhaliff bersenam sedikit.. kasi keluar peluh..
Dan seperti yg diduga , di shoppling mall .. Qhaliff amatlah sihat ! Amboiii.. Dapat shopping la sangat !
Lepas makan , wife ajak gi ELC.. cari mainan untuk Qhaliff.. Hurmm… Takde yang berkenan di hati. Kalau ada pon , harganya memang buat tercekik air liur sendiri ! Heheheh..
Kemudian gi Toy’s R Us .. Dalam tu , dia berkenan pedang n pistol seperti biasa.. Dia nak Ultraman tapi aku tak bagi. Maka pun amik la mainan tuu.. Kepala dah ting tong sebab makan paint killer. Leher aku bengkak dan sakit kepala lak..
Masa beratur , Qhaliff yang aku perasan dengan aku pada awalnya aku nampak dia ikut wife .. Stroller di tangan aku beserta barangan lain..
Maka aku biar je la.. Tiba-tiba , ada seorang wanita tegur aku..
“ Bang , ini anak abang ke ? “. Aku yang dalam kebluran tengok budak berbaju merah ni dengan air mata bercucuran , tak mengaku la anak aku ! Sebab dalam kepala aku dah set yang Qhaliff dengan wife..
Aku pandang sekali lagi .. Apahal muka macam anak aku ! Aku tengok betul betul .. Lerrrr !!! Qhalifff !!! Apasal boleh pulak kat tangan perempuan ni ?
“ Dia menangis kat belakang tadi . Kuat lak tuuu.. “.
Aku tercari mana wife aku.. Aku amik Qhaliff kat tangan perempuan tu dan ucapkan terima kasih ! Semua mata memandang aku dah.. Adehhh.. Tetiba rasa macam dalam rancangan Akademi Fantasia..
Dan wife aku muncul dengan selambanya.. Kecik besar kecik besar jer aku tengok dia ! Adehhhh..
Menurutnya , dia nampak Qhaliff berdiri ngan aku maka dia berjalan dengan Zahra yang dah mula teriak kebosanan .. Manakala aku nampak Qhaliff dok sibuk ikut dia .. Hurmmmm..
Nasib baik la dalam premis tu lagi ! Kebiasaannya aku memang dukung dia tapi hari ni aku tak larat nak dukung.. Masing sengal badan akibat jatuh di toilet lagi.. Hurmmm..
Lepas ni , memang tak harap dah sapa sapa pun.. Kena percaya diri sendiri ! Hurmm..