BEN ASHAARI



 

Minggu depan cuti sekolah dah kan ? Teringin nak bercuti luar negara sekeluarga atau nak ke tempat tempat yang tak pernah pergi tapi takut atau rasa tak selamat ? Yer , aku tau camana rasanya… Teringin tapi sebab tak berpengalaman maka pendam je rasa tersebut.

Guna agen travel je la ! Tapi masalahnya , boleh percaya ke dengan agen travel ni ? Banyak kes agen travel ni makan duit orang ! Beria amik duit pastu , ilang ! Kan kan ? Disebabkan gitu , ramai jadi fobia nak gunakan khidmat agen travel. Atau janji lain , kasi lain ! Haaaaa.. Kes naya la gini !

Ok.. Aku kasi agen travel yang boleh sangat dipercayai ,  Ayden Averroes Travel Sdn Bhd. Team Kembara KBBA9 ( Kelab Blogger Ben Ashaari ) sedang berada di Thailand sekarang ni. Mereka sedang menuju ke Phuket dan Krabi. Pakej mereka ke sana selama 4 hari 3 malam.

image

image

image

Dan kalau korang tengok di Instagram Ayden Averroes Travel , ada banyak dah trip mereka bawak. Ternyata sangat sangat boleh dipercayai. Kalau malas nak keluar negara , dalam negara pon mereka boleh uruskan  Bagitau je nak gi mana.. InshaAllah , akan diuruskn dengan baik.

Team Kembara KBBA9 masih berada di sana dan ternyata aku rugi tak ikut ! Hahahaha.. Betul betul bergembira di sana. Cuaca pon cantik jer..

image

Korang leh follow hastag ni untuk melihat aktiviti mereka.

#krabikamipegang
#aydenaverroestravelsdnbhd
#teamaydenaverroestravel
#kelabbloggerbenashaari #kbba9#kembarakbba9 #nomoreexcusetotravel#pakejmurahmurahkakjoyah

Aku gi bulan Januari tahun depan. Masa CNY nanti.. Hahahaa.. Jommm ! Nak gi sekali tak ? Hahahaha ..

Nak tau dengan lebih lanjut , sila ke..

Fb page: Ayden Averroes Travel
Ig: @aydenaverroes_travel
Ig :@pakejmurahmurahkakjoyah

Gi la bercuti sesekali.. kasi hilang stress tu anak anak yang asyik dengan buku sekolah tu !

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

“ Daddy.. nak yang camni camni camni tuuu.. Nak Ultraman lawan.. “. Pinta Qhaliff.

Aku pandang muka dia. Hurmm.. Dia pandang muka aku dengan gaya kasihan sambil tangan dia mengayakan seperti sedang bermain game PS4.

Nak beli ke tak nak eh ? Kalau aku beli , rosak masa depan dia ni ! Huhuhu.. Ke masa depan aku yang rosak sebab aku yang akan main lebih dari dia ? Hahahaha..

image

Aku tak tau mengapa bila Qhaliff meminta sesuatu , aku mesti nak tunaikan. Zahra lak , dia bukan jenis taksubkan sesuatu. Dia taksub bab makan je .. Hahahaha.. Kalau dia pegang mainan yang dia nak tetiba nampak makanan yang menarik perhatian dia , permainan tu dia akan letak dan akan amik makanan ! Haaa.. Kena bawak dia gi food review la gini eh ?

Kembali ke Qhaliff.. Aku nak beli ke tak ? Tahun depan dia akan masuk ke taska. Kalau aku beli , kepala dia akan dok asyik dengan game jer. Dan dia akan jarang bermain dengan adik dia lak..

“ Qhaliff kecik lagi. Qhaliff besar nanti , daddy beli .. ok ? “. Jawab aku.

Tau dia kata apa ?

“ Daddy cari duit dulu.. ok ? “. Wah , pandai dah anak aku.. Dia suruh aku cari duit dulu untuk dia. Hahahaha.. Ok , best part ! Ni best part ni..

Di Alamanda pada satu hari tu.. Aku berjalan dengan dia. Lalu depan mesin ATM. Terus dia tunjuk kat aku..

“ Daddy.. cari duit.. pastu beli eh ? “. Qhaliff menuding jarinya ke mesin ATM.

Amboi amboi amboiiiiiii ! Aku ingatkan aku kena gii kerja cari duit. Rupanya mesin ATM tu laaa tempat dia carik duit ! ARghh.. mudahnya kehidupan kalau gitu haaaaaa !

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Masalah sebenarnya.. Kejadian berlaku di Times Square tengahari tadi. Dalam lif , ada la sepasang laki bini bersama kitorang. Si isteri nampak peramah. Dia menegur Aariz. Aku memandang dia. Kelihatan dia seperti mengandung.. kot ?

Si isteri menegur wife… dia bertanyakan umur Aariz. Wife menjawab. Dan kemudian wife pon bertanya kembali..

“ Mengandung ke ? “.

Soalan ni maut sebenarnya. Kalau orang tu jenis sinis , dia akan bagi jawapan yang menyakitkan hati. Tapi kalau dia jenis matang , dia akan jawab dengan ramahnya..

“ Ya.. “. Jawab si isteri. Aku tahu soalan seterusnya iaitu berapa bulan. Aku pun sebenarnya nak bertanya memandangkan dia seorang yang ramah.

Tetapi..tak sempat bertanya lif berhenti di tingkat yang mereka inginkan. Si suami bersuara..

“ Tak.. dia cuma gemuk saja.. “.

Serius.. sangat kurang ajar cara dia menjawabnya. Aku mampu gelengkan kepala jer. Nasib baik dah keluar.. kalau tak , mau aku jawab semula jer.. Tapi aku malas dah sekarang ni nak bertekak dengan orang tak dikenali.. Mampu istighfar dan lupakan saja..

image

Susah jugak dalam situasi gini. Kalau kita diam dan tak beramah mesra , dikatakan sombong.. Kalau nak tanya , dalam keadaan gitu yang masa tidak begitu banyak , kena tanya soalan yang ada di kepala je la kan ?

Entah laa.. serba salah sebenarnya.. Buat cam aku jer mudah pasni.. Pakai earphone dan wat dek ! Lantak laaa..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

image

Seruan pihak pihak tertentu agar pasukan negara memboikot perlawanan menentang Myanmar atas dasar keprihatinan apa yang berlaku di Myanmar nampaknya ada yang pandang sinis dan mengarut kata mereka..

“ Apakah mereka akan berhenti membunuh orang Rohingya jika kita boikot ? “.

Antara komen yang aku baca. Dan banyak lagi. Aku juga peminat bolasepak negara dan dunia. Seperti baru baru ini , aku ditawarkan satu job untuk mempromosi satu produk terkenal di negara kita tapi dikatakan punya hubungkait dengan Israel. Aku yang juga terlibat dengan satu pertubuhan NGO yang memboikot produk tersebut , serba salah untuk menerimanya. Ganjaran lumayan ditawarkan pada aku. Dan ini bukan kali pertama aku ditawarkan job tersebut. Dah masuk kali ke 3 aku menolaknya. Alhamdulillah , rezeki untuk aku tetap ada jer.

Jika aku pemain bolasepak negara , aku akan menolak bermain kali ini. Jika aku disekat untuk bermain bolasepak , maka aku akan cari kerjaya lain. InshaAllah.. Allah ada. Luas muka bumi Allah ini.

Aku tak mampu angkat senjata dan bertempur dengan mereka di sana. Aku cuma melakukan apa yang terdaya. Sungguhpun apa yang aku lakukan ini adalah kecil tetapi rakan rakan yang melihatnya akan terasa sesuatu dan perjuangan membantu saudara kita di sana dan juga atas dasar kemanusiaan.

image

“Bola is bola laa “ , kata mereka..

Mereka terlupa.. Dunia sedang memerhati dari segala sudut. Sudahlah negara kita ni dicemari dengan pelbagai skandal dan masalah dalaman.. sekurang-kurangnya kita tunjuklah yang kita sepakat dalam membantu insan lain.. Kita buktikanlah yang kita bukan manusia yang mudah ditindas dan menurut kata ! Kita ada kuasa tetapi masih mematuhi undang undang. Dengan cara ini saja kita dapat buktikan keprihatinan kita pada insan lain..

Bola je pun ! Jika berlaku pada kita di negara kita.. Bayangkan negara jiran memerhati kita sambil bermain bola.. badminton dan sebagainya..

image

Kalahkan Myanmar dalam AFF sebagai tanda kita kuat ? Heheee.. Kita kalah ngan Vietnam.. acaner tu ?

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

CityAds 1

Mereka yang gemar bershopping , pastinya ternanti nanti Black Friday ni yang dikatakan harga akan diberi ‘potongan luar biasa’ , kan ?

Tapi… takkan nak ponteng kerja kan ? Ahaaa.. Meh aku kasi khabar baik punyaa .. CityAds tau ? Bermula 25hb November 2016 ni , potongan sehingga 90% hanya akan berlaku di blackfridayasia.com untuk mereka yang berada di Asia Tenggara.

CityAds, menjadikannya realiti ! Korang boleh membeli belah  secara  First Real Online Black Friday di seluruh Asia Tenggara ( Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapore) !

Akan ada banyak laman web membuat promosi sempena Black Friday ni tetapi CityAds menawarkan keselesaan serta penawaran harga  yang luar biasa dalam satu web saja iaitu di  www.blackfridayasia.com.

Bagaimana ia berfungsi ?

  1. Menjelang awal pagi jam 00.01 (12.01 pagi) pada 26hb November 2016 , sila ke laman web blackfridayasia.com.
  2. Korang boleh pilih apa jua produk yang ditawarkan pada laman-laman web yang terpilih.
  3. Korang perlu ke laman web tersebut dan periksa terlebih dahulu produk tu masih ada stok atau tidak.
  4. Dan , buat pembelian dengan harga yang ditawarkan.

Mudah kan ?  Bukan calang calang online stores yang terlibat yer ! Banyak yang gempak gempak terbabit sama !

image

image

Pastikan korang bersedia sebab.. sapa cepat dia dapat ! Huhhuh.. Maka , sila pastikan korang bersedia ! Kalau rasa takut terlepas , sila ke https://blackfridayasia.com/ dan daftar terlebih dahulu untuk mengelakkan dari terlepas pandang nanti !

Jika korang peniaga online dan berminat nak turut serta , sila email tawaran korang ke  sea@cityads.com. Pihak pengurusan mereka akan menilai dan akan membalasnya kemudian.

Mereka yang pengiklan cam aku ni haa.. blogger ke .. Facebooker ke.. Instagramer ke.. berminat nak buat duit tepi atau side income , boleh daftar jadi publister. Sila daftar di http://join.cityads.com atau email sea@cityads.com.

Jom Shopping ! Tak sabar wehhh !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes