BEN ASHAARI



Bagi mereka yang inginkan keselesaan di dalam kapal terbang untuk penerbangan berjam jam lamanya , boleh cuba Japan Airlines ! Selesa ! Tu yang boleh aku cakapkan bila aku duduk jer di seat business class  ketika penerbangan ke Narita , Jepun. 7 jam dalam atas seat yang boleh baring lurus dan pasti takkan lenguh ketika tiba di lapangan kapal terbang.. !

Dan aku jangkakan selepas je aku makan malam , pasti akan terlena. Dah la makanan sedap. Dapat lak seat yang cukup selesa. Siap boleh baring gituuu.. ala ala tidur kat rumah jer.  Seperti yang aku pernah cerita dalam entri yang lepas , aku ke Jepun kali ni bersama Japan Airlines dengan menggunakan pesawat baru mereka iaitu Boeing 787-9 Dreamliner.

Sebelum berlepas , aku dan beberapa lagi rakan media , dibawa masuk kabin terlebih dahulu. Peluang gitu jarang nak dapat kan ? Hehehe.. apa lagi.. meh la bergambar !

Tapi sebelum tu... meh nak kongsi sedikit sejarah mengenai Japan Airlines di Malaysia. Tahun ni , genap 50 tahun mereka beroperasi di Malaysia. Satu pencapaian yang luar biasa. Bermula pada 1959, mereka beribu pejabat di Jalan Treacher yang kini dikenali sebagai Jalan Sultan Ismail dan sekarang di bangunan UOA , Bangsar. Pada Julai , 2017.. Dreamliner B787-9 yang dilengkapi dengan SkySuite III , memulakan operasinya. Penerbangan JAL ke Kuala Lumpur , 6 kali seminggu !

Ok.. jom tengok gambar. 



Ok... takat amik gambar gini tanpa merasainya , boleh sembang la kata best kan ? Hahahaa... tapi aku berpeluang merasainya sendiri.. Dan ternyata , ketika tiba di Narita , aku dalam keadaan yang cukup bersedia dan ceria. Tu yang penting ! Sebab nak mengadap pegawai imigresen Jepun bukanlah mudah. Garang wooo.. berdasarkan pengalaman pertama dulu la... hehehe.. tak tau la kali ni, camana..
Luas . 
Bagi mereka yang senantiasa ' bekerja ' , jangan risau. Laptop pon boleh charge di sini yer. 
 
Puashati kau ! 
 
Jom tidur.. tapi sebelum tu.. 
 
Makanan halal disediakan. Semestinya sedap dan menyelerakan.
 
Sound sistem dan skrin yang confirm puashati ! Sony lagi !

Bila segalanya dah sempurna.. penerbangan pasti akan terasa sekejap jer.. Sebelum tu , boleh tonton movie movie terkini atau bermain game mahupun layan muzik. Segalanya ada di dalam skrin. Pilih jer. Kalau nak tengok kat mana kita berada pun , ada peta live lagi.. Seronok gak tengok peta tu.. hehehe.. 
Ok... aku tak sempat nak layan abis movie.. akibat terlalu selesa , aku terlena ! Contoh , boleh tengok gambar di bawah. Takda sapa nak amikkan gambar aku tidur ! Hahahaha...
Dan sedar sedar , lagi setengah tiba. Sarapan pagi diberi. Kemudian cuci mata tengok permandangan di luar. Kelihatan sayap kapal yang sangat bersih ! Huhuhu.. respek tul diorang. Setiap genap inci , kebersihan diutamakan.

Bagi mereka yang nak menggunakan  Business Class Japan Airlines untuk ke destinasi terpilih , boleh tengok maklumat lanjut di http://www.my.jal.com/myl/en/ . Antara kelebihan lain ialah , airport lounge yang cukup selesa. Boleh duduk dan menikmati juadah terlebih dahulu sebelum panggilan penerbangan. Untuk into terkini , boleh check di :
  • Web : www.my.jal.com
    Facebook : www.facebook.com/japanairlines.asia


Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Sebelum ni , amik jalan mudah. Terpaksa ! Aku bekerja dari rumah. Anak anak sering datang nak join bila aku mula buat kerja. Kalau tak ASAP punya job , aku boleh buat malam. Tapi kalau nak segera ni , aku mula pening ! Camana nak alihkan perhatian anak anak ?
Ok.. bagi mereka permainan. Hurmmmm.. kasi dah tapi tau apa risiko ? Yang si kecik ni , akan masukkan mainan dalam mulut. Si besar , ok dah skit tapi ada je menda dia nak aku buat.. tarik perhatian ! Aduhh... memang leh tekanan jiwa la jap. Jalan mudah.. kasi gajet jer ! Dan itu satu kesilapan yang sering aku dan ramai lagi buat ! 
Wife dah pesan banyak kali tapi dia ada pilihan. Bekerja di pejabat.. aku ? Kalau aku tak perlu cari duit , senang la tugas aku jaga mereka. Tapi aku perlu 'bekerja' juga dan pendapatan aku juga penting dalam keluarga ni. Sejujurnya , kami juga terkesan sangat dengan kenaikkan harga itu ini ! Tu aku terpaksa bekerja lebih keras sekarang ni. 
Tapi semua tu bukan satu alasan untuk kita amik jalan mudah yakni besarkan anak anak dengan gajet! Main game tu satu hal tapi Youtube tu lagi bahaya dari game ! Haihhhh.. macam macam cara mereka nak rosakkan minda anak anak kita 
Hari ni hari pertama aku jaga anak anak setelah seminggu 'bercuti'. Qhaliff lak 'cuti' ari ni. Maka aku kena jaga bertiga sekali gus , dari pagi hingga petang ! Adehhh... kalau berdua , boleh lagi la nak kawal tapi bertiga ? Adehhh... bergaduh dan bersepah tu , biasa dah. Yang si kecik ni asik nak panjat tangga. Dan nasib baik la tandas bukan tempat dia nak bermain.
Alhamdulillah... berjaya lalui jugak aku. Rumah bersepah tapi si abang dah pandai mengemas. Tu pun selepas daddy janji nak belikan Snikers dan layan movie nanti.. Ok je bagi aku.  Sebelum wife balik , segalanya seperti sediakala. 
Sesekali Qhaliff cuba nasib.. mintak handphone sekejap.. " Satu je , daddy.. " . Ok la.. aku kasi untuk 5 minit saja dan ajar dia berpegang pada janji. Ini hasil didikan wife dan Qhaliff berjaya turut dengan baik sekali. Bila minta semula , dia kasi.. pastu dia tidur ! 
Sejujurnya banyak Qhaliff belajar dari gajet ni tapi gajet ni buat dia mudah hilang fokus di kelas . Kepala dia ingat kat game jer.. Dan sekarang , dah ok dah.. Cuma di kelas tu aku tak tau sangat sebab baru dua minggu je perubahan ni dibuat. 
Sesekali ok... tapi jangan galakkan. 

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Di Jepun..sambil berdiri di dalam keretapi menuju ke Shinjuku...aku dan rakan rakan berbual mengenai masa depan anak anak dunia masakini. Di Jepun dan di Malaysia , masalah terhadap gajet ni dah hampir sama ! Satu topik yang sangat membuka minda dan memberi kesedaran walaupun dah berkali kali disedarkan ! 
Masalah ketagihan gajet pada anak anak kecik ni di Jepun sangatlah membimbangkan. Tu belum masuk cerita anak murid kurang ajar dengan cikgu... sama seperti di Malaysia ! Masalah demi masalah ditimbulkan dalam perbincangan. Cara untuk menyelesaikan , bukanlah mudah.

Segalanya bermula dari rumah. Yer , dari rumah ! Dan masyarakat sekeliling jangan la pulak jenis mudah menjeling ! Terutama bila di restoran. Si anak kecil buat bising atau duduk tak diam ! Si parents tak nak kasi gajet untuk diamkan mereka. Tapi bila tengok orang sekeliling mula menjeling... ada yang mengalah. Kasi je handphone. Terus diam. Kena jeling lagi ! Adoiiii !! Dah tu , ko nak suh buat apa ? Bangun dan balik ? Apakah restoran tu untuk mereka yang tiada anak atau anak dah besar je ke? Tu sebab aku kata.. masyarakat juga kena mainkan peranan. Senyum je la. Sila memahami skit!

Teringat anak anak di tinggalkan di rumah. Siangnya mereka dengan mak aku. Zahra mudah boring dan tablet akan dicarinya. Hurmm... Aku mesej wife. Tanya dia, apakah dia tinggalkan tablet di rumah mak ? Dia  jawab.. dia tak bawak pun gi umah mak aku ! Huhuh.. Dia dan aku berbeza. Dia memang takkan kasi anak anak main gajet ! Lega. Satu perjanjian di buat. Tiada handphone ketika makan dan bila bersama anak anak. 
6 hari aku di Jepun... aku balik rumah. Aku tengok Qhaliff dan Zahra. Aku nak tau apa yang mereka mintak pada aku dulu. Biasanya handphone tapi kali ni... krik krik... Lepas letak beg di rumah , terus gi makan di Putrajaya. Dan aku menanti juga.. biasa di restoran , Qhaliff akan mintak tapi kali ni.. takda dah ! Muka memang boring tapi dia tau , dia takkan dapat kalau mintak pon. Zahra , memang dah tak mintak. 
Di rumah.. aku sorok semua tablet dan handphone aku yang lain. Biarlah mereka punggah permainan di dalam stor tu dari dok pegang dan layan youtube atau main game di hp ! Belum masanya lagi. Hurmm.. 
Baik menangis sekarang.. jangan kemudian hari ! Sebab tu aku kena merantau selama sebulan. Baru diorang lupa terus pada gajet ! Seminggu pun dah nak lupa.. kan kan ? Hahahaha.. Gi mana eh ? Pusing Eropah lak la.. kan kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Si abang belajar mana pun aku tak tau laa... Ayat yang sering dikeluarkan bila daddy 'menyebelahi' adiknya , membuatkan aku dan wife sering ketawa besar..
" Daddy tak sayang abang pon. Asyik sayang Ara ngan Aariz jer. Tak sayang abang pon. ". Sambil tutup muka dengan bantal. Yer, kita nampak ianya satu yang lucu tapi sebenarnya memang mereka terasa pon. Dalam keadaan begini , kita sebagai ibu bapa jangan pandang ringan. Kalau dibiarkan , boleh membuatkan hati si pengadu tu makin keras dan lama lama akan membuatkan dia jadi keras hati..
Pujuk.. ok ! Pujuklah... Tapi bila kita pujuk si abang...kita jelaskan keadaan sebenar , si adik lak bersuara selepas berlari ke sofa yang jauh dari kita sambil bersuara ketar...
" Daddy tak sayang Ara pun. Sayang abang jer. " Pastu teriak ! Ahhhh, sudah! Kalau dua dua dah merajuk ? Ana kawin tiga ! Eh , ternyanyi lagu madu 3 lak.. hehehehe.. Nak kena dukung dua dua lak. Tapi kalau selalu begini , boleh die hard daddy ! 
Sambil renung si kecik yang dah pandai tarik muka bila kena marah.. Ni pun lebih kurang je nanti ! Huhuhuh.. Menanti masa jer.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Bermalam di Hotel Listel Inawashiro pada hari 2. Ketika sampai sini , dah malam. Seperti  yang aku ceritakan dalam entri lepas, kami diberi sambutan yang 'hangat' oleh pengawai dan kakitangan hotel. Kami semua yang keletihan pada awalnya , terus terasa segar.

Ramah sangat.
Bilik yang selesa

Gambar bawah : Permandangan penuh di dua musim. 


Dan sebelum tu satu majlis meraikan dan juga tanda penghargaan buat semua agensi agensi pelancongan yang terlibat dalam trip kali ni oleh Japan Airlines Malaysia telah dibuat dalam suasana yang cukup santai.

Selepas tu , makan malam di hotel yang cantik ini. Heheehe.. Cantik wooo Listel Inawashiro ni. Sayangnya aku tak dapat nak explore abis hotel ni. Kalau google mengenai hotel ni ,banyak gambar gambar cantik akan korang perolehi.


 

Tahniah kepada semua agensi yang terlibat. Sangat komited.

Siangnya... baru la nampak keindahan hotel ni. Fuh , memang cantik abis hotel. Terus bergambar kenangan. Bukan senang nak dapat hotel gini. Nasib baik la Japan Airlines yang uruskan semua. Sewaktu kitorang datang ni , ramai yang check in di hotel yang punya lebih 300 buah bilik ni. 
Beruntung aku.

 



Maklumat lanjut mengenai hotel ni boleh didapati di laman web  Listel Inawashiro Hotel.Nak tempah terus pon boleh. Heeee... 
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes