Ingat tak aku pernah cerita yang mana aku ada gi buat tempahan di butik yang disyorkan seorang kenalan aku ? Haaa.. Kalau dulu aku rajin tempat kat Medan Mara tapi selepas beberapa dekad , aku malas dah nak gi sana. Kawan aku tu , syorkan ke Adreana Rose sebab mutu serta kualiti mereka , memang tip top ! Boleh baca di Tempah Baju Melayu di Adreana Rose.
Dan siap dah ! Baru-baru ni aku gi amik. Aku test pakai. Aku risau gak sebenarnya sebab aku tempah awal sebulan. Saja aku gi tempah sebab takut takda masa. Bukanlah aku beria sangat nak beraya pon. Malas nak kelam kabut di saat akhir.
Amacam ? Cantik dan kemas je kan ? Terletak gituu. Tampak kekacakan aku luar biasa sama sekali. Nasib dah jadi laki orang. Kalau tau , fuhhhh... Hahahaha. Ok , aku gurau tapi part kacak tu tak ! Aku serius. Hee...
Tempahan masih dibuka. Kalau tak nak baju melayu, kurta pon ada ! Boleh je pilih kat butik mereka , Adreana Rose atau ke instagram MyAdreanaRose.
Selain tu , butang baju melayu yang cun pon boleh dapat kat sana. Pewter lagi ! Memang puashati la bagi aku. Tak menyesal menempah kat sana. Pasni nak bawak wife lak gi tempah. Dia jenis payah nak suka sesuatu pakaian turut terpikat dengan baju aku pakai tu. Ke dia terpikat ngan aku eh ? Orang perempuan ni payah nak berterus terang ! Huhuhh..
Sebarang pertanyan , jangan tanya aku.. Hubungi mereka terus di :
SACC Mall | TRIVO BUKIT JELUTONG
Wedding-Womenswear-Menwear (OPEN FOR BOOKING)
Whatsapp/Call : 012-2207592



























