Kurta ekslusif dari Adreana Rose


Siap jugak baju aku ! Baju raya dan juga kurta yang aku tempah bulan lepas di butik Adreana Rose , Sacc Mall dah pon siap. Aku gi amik kelmarin di butiknya satu lagi , di Bukit Jelutong. Hee.. tak sabar nak test drive baju tu ! Harapnya seperti yang aku harapkan la.. Hahahaha.. Apakah aku akan kelihatan kacak ? Heee..

Ok... jom tengok kurta yang aku suka ni ! Memang terus aku pakai gi Hi Tea kat Hilton KL petang tadi. Hahahaha.. Best best ! Awek tengok jer. Nasib baik abam dah beruban di janggut. Kalau hitam pekat lagi janggut , dengan kurta pasti akan tampak segak seperti anak teruna gituuu... hahahah.. Kurta punya pasal la ni ! 




Amacam ? Pakai ngan jeans pon best kan ? Haaaa.. kalau dengan slack dan kasut kulit , mesti lagi hensem gitu.. kan kan ? Hahahaha... Nampak macam untuk lelaki kurus ? Tak la.. sado pon ok je. Tak la nampak ketat mana pon. 

Payah nak pakai ? Eh , jangan risau... di tepinya ada zip. Mudah untuk pakai dan tanggalkan. 




Tak sabar nak tunggu puasa atau raya , aku pakai dulu laa gi Hilton. Hahahaha.. Amcam ? Nampak segak kan ? Hahahaha.. sapa sapa pakai mesti nampak gitu punya ! Kainnya selesa walaupun pakai di tengah panas. Tak la tebal pon.   

Jahitan kemas ! Suka sukaa.. nanti nak beli yang lain lak. 




Ok , mana nak beli ? Camana nak tempah ? Boleh baca entri aku ni, di Tempah Baju Raya di Adreana Rose !

9 ulasan:

  1. kemas.. kaler pun cantik. grey mmg warna wajib aben. hehe

    BalasPadam
  2. waahhh!! cantik bergayakurta tu. terletak kemas jer.. tengok nama butik teringat kat Keith Foo ngan Fatiya Latif. hehe

    BalasPadam
  3. Simple dan menarik design dia.

    BalasPadam
  4. wahh,,nak jugaklah cari kurta satu untuk asben. btw,Cantik dan kemas jer jahitan zip dia tu..

    BalasPadam
  5. Suka laaa. Design kat pergelangan tangan tu. .. Kemas!

    BalasPadam
  6. Asal selesa di tubuh...ngam sangat la tu...alhamdulillah terbaik.

    BalasPadam
  7. Memang smart, boleh tempah untuk husband ni.

    BalasPadam
  8. wow..mmg cntik, menarik, ko memang da boom

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.