Teringin Roti John. Aku memandu terus ke HotSpot Putrajaya yg menempatkan food truck pelbagai jenis makanan yg menyelerakan di papan iklan mereka.
Sesampainya situ.. aku kecewa. Takda Roti John. Aduhh.. Nak makan apa eh? Alang alang dah berenti. Ternampak food truck jual ayam goreng. Qhaliff teringin ayam goreng. Dia hari hari teringin ayam goreng!! Huhh.. Aku pun order la skali utk aku. Set B dan set apa tah satu lg.. Set B ada dua ketul ayam, sayur dan kentang goreng.
Tak sampai 5 minit.. Siap! Wahhh.. Diletakkan dalam bekas plastik. Aku tgk di papan iklan. Sayur mana?? Ayam pon kecik. RM8 ! Panas ayamnya pon mcm dipanaskan semula jer. Faham faham la kalau ayam panas camana kan? Qhaliff punya ayam, ok la skit sizenya tapi aku rasa kalau aku beli di MCD yang dah memang dekat area tu gak, mesti puashati punya! Tapi sebab nak support peniaga kecil bumiputera punya pasal.. aku beli kt situ.
Kemudian wife beli satu lg jenis makanan. Hurmmmm.. Serius, aku frust! Apa dah jadi ni? Orang yg dtg makan pon tak ramai. Mungkin faktor belum gaji kot? Aku harap gitulah. Jangan faktor kualiti makanannya dah la.. Sayang laaa.. Tempat tu dah berhias cantik.
Aku beli aiskrim utk Zahra dan Qhaliff. Haihh.. Frust lagi. Aku rasa baiya yang jual aiskrim kat masjid lepas solat Jumaat pon lebih ikhlas meniaga. Tengok dia letak aiskrim di kon tu pon tau dah.
Ni last la aku singgah makan situ. Tak berbaloi kalau berterusan gini.