Pertanyaan spontan yang berbekas di hati aku. Masih sentap dan berbisa walaupun berbelas jam sudah berlalu. Nak dibalas , kang kata kurang ajar. Nak dibasuh kang , takut tersentap. Mampu senyum dan mengiyakan. Bukan bererti kita kalah tapi sekadar hormat mereka itu tuan rumah atau tetamu yang datang.
Masih teringat lagi... saat aku beritahu pada arwah ayah yang aku nak berhenti bekerja dan menjadi blogger sepenuh masa... bukan arwah saja yang tidak setuju malah ramai lagi. Katanya apa yang aku buat ini tidak menjamin masa hadapan. Bekerja dengan kerajaan lebih selamat. Biarlah gaji kecil tapi pelbagai keistimewaan tu ada. Tapi 2018 dah buktikan , kerja ngan kerajaan pun belum lagi terjamin. Gaji kecil bukanlah masalah tapi tidak mencukupi untuk membesarkan 3 orang anak di zaman ini. Kena buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan.
Aku nekad. Aku buktikan.
Aku menjadi ' suri rumah tanggaa' sepenuh masa. Ada yang memandang sinis. Ada yang anggap aku makan gaji bini jer. Pelbagai tanggapan , aku hanya mampu tersenyum. Diorang tak tau dan aku tak perlu cerita apa apa pun walaupun mulut ni ringan nak membalas setiap pertanyaan.
Geram. Masih terngiang ngiang di benak aku ni persoalan yang dilemparkan. Apakah perlu aku bertali leher untuk bagitau yang aku ini bekerja dari rumah ? Atau bila memandu kereta BMW , baru nak percaya yang aku ni 'ada kerja' ?









