BEN ASHAARI



Mid Autmn Festival atau Perayaan Kuih Bulan yang disambut kaum Cina setiap tahun. Cahaya yang terang dan bulan mengambang penuh dengan diterangi tanglung-tanglung adalah satu lagi perayaan terpenting kaum Cina. Hari tersebut juga dikenali sebagai Pesta Perpaduan kerana bulan penuh akan muncul di langit. Bulan penuh melambangkan keluarga yang lengkap dan bersatu.

Mengikut kalendar Cina ialah pada hari ke-15 pada bulan Ogos hingga akhir September. Asal usul perayaan Kuih Bulan mula diperkenalkan semasa Pesta Menuai di Dinasti Zhou. Sambutan ini diteruskan di istana semasa pemerintahan Dinasti Tang. 

Maharaja pada masa itu akan berdoa terhadap bulan agar keluarga bersatu padu dan kedamaian negara dijamin. Amalan ini diteruskan semasa Dinasti Song disambut oleh raja dan rakyat seluruh negara dan diwariskan hingga kini. Terdapat sejarah dan mitos yang amat menarik sinonim dengan perayaan Kuih Bulan.

Kuih Bulan sebagai satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Kini, Kuih Bulan telah dimodenkan dengan pelbagai warna dan adunan dengan pelbagai perisa seperti pandan, durian, keladi dan macam-macam lagi. Ada juga kuih bulan yang dibuat dalam bentuk ais krim dan agar-agar dengan pelbagai warna dan bentuk tetapi masih mengekalkan konsep bulat seperti bulan.

Perayaan Kuih Bulan merupakan salah satu perayaan terpenting selain Hari Tahun Baru Cina. Perayaan ini disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan, selain dengan kuih bulan itu sendiri.

Kuih Bulan merupakan salah satu hidangan istimewa pada perayaan ini. Kuih Bulan diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Sejarah perayaan Kuih Bulan bukan sahaja dengan makan kuih bulan dan perarakan tanglung tetapi semangat perpaduan dan perjuangan yang tinggi dalam dua peristiwa yang berlaku. Peristiwa pertama tentang sejarah perjuangan rakyat China semasa Dinasti Yuan dan satu lagi mitos tentang Permaisuri Chang Er yang berada di bulan menjadi dewi yang berpegang kepada soal prinsip hidup dan kesetiaannya. 

Perayaan Kuih Bulan sangat berkait rapat dengan satu peristiwa sejarah dalam memperingati perjuangan rakyat China yang bangkit menuntut kebebasan di bawah pemerintahan Mongol yang menindas dan kejam. Kekejaman dalam pemerintahan Mongol memaksa pihak Ming bersepakat untuk memberontak memperjuangkan dinasti mereka.

Pemimpin Xhu Yuan Zhang dan pengikutnya, Liu Bo Wen telah menyelitkan sepucuk nota ke dalam kuih bulan kepada rakyat. Mesej yang diselit menerangkan cara-cara dan pesanan untuk rakyat bersatu menentang puak Mongol yang menindas mereka selama ini. Pemberontakan berjaya maka kuih bulan menjadi makanan kebanggaan dan simbol perjuangan keadilan dan juga dikenali sebagai perayaan Pertengahan Musim Luruh.

Ok.. itu sedikit info yang aku amik dari Wikipedia dan Utusan Malaysia. Ikukan panjang lagi. Lama dah aku teringin nak  bawa keluarga aku ke SunSuria City , Sepang yang mana sebuah bandar moden sedang dibangunkan oleh SunSuria Berhad dan kena pulak malam tadi  sesuai untuk ke sana dan boleh turut serta menghayati suasana Mid Autumn Festival. Anak anak aku suka la dapat main tanglung atau lantern. Aariz pun teruja melihat lampu lampu berwarna warni.


Sebelum tu , kena register dulu. Dan masuk ke dewan utama. Tak sangka rupanya SunSuria City ni punya pelan perancangan yang cukup mengagumkan. Ingatkan kecik jee... Rupanyaaa... besar ooo ! Lengkap dengan sekolah serta universiti. 



Ok..Acara bermula pada jam 8 malam dan dimulakan dengan Illuminating Lantern Walk. Menarik dan meriah ! Pelbagai bangsa turut meriahkannya. Tu bagusnya rakyat Malaysia ni. Sama sama meraikan dan mempelajari budaya masing masing dan saling menghormati. 

Tema kali ni ialah Arnab.




Lepas ikut mereka berjalan , aku kembali ke  Celebration  Centre. Ada Food Truck , Rabbit Lantern Garden , persembahan kebudayaan , Moon Cake Buffet dan banyak lagi. Yer, suka la anak anak aku terutama dapat tanglung tuuuu.. 







Aku suka ada Food Truck. Macam macam makanan ada. Kena pulak aku baru lepas workout.. penat dan kelaparan ! Jangan risau.. Memang Halal dimakan. 
 

Sebelum pulang , sempat singgah di booth Tradisional Cake. Heee... 



Terima kasih buat SunSuria City dan SunSuria Berhad kerana menganjurkan Mid Autmn Festival ni. Kalau tak , memang tak merasa la aku dan secara jujurnya , perasaan nak melancong ke negara China di musim luruh tiba tiba melonjak ! Huhuh.. Mesti cantik, kan musim luruh kat sana.. Huhuh.. 



Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Hurm... nak tegur kang , bergaduh. Maklumlah , masing masing bayar masuk ke gym. Bukan murah wooo.. berpuluh ringgit lak tu tapi janganlah bikin dalam gym tu serupa takda orang lain main ! Ni yang tak betulnya. Orang gini kalau dalam Instagram layak masuk GymFuckery ! Huhuhhu...

Antaranya jangan laaa layan movie kat handphone di mana mana mesin senaman yang utama ! Perghhh.. dia punya layan macam datang gym untuk mati jer. Pastu bila kita tanya dia kata ada lagi dua set. Pastu layan satu set jap.. pastu rehat sampai kering peluh ! Aduhaiiii...Nak break , bangun dari situ. Gi duduk mana mana. Orang lain pun nak guna gak ! 

Yang tak reti kemas selepas guna plet besi atau dumbell , memang wujud di mana mana gym ! Yang ni memang peringkat sakit hati la. Bersepah macam ada orang tolong kutip pastu. Bayar bukan beribu pun sebulan tapi main serupa ada orang gaji tolong kemaskan ! Keselamatan woooo ! Kalau orang lain lalu dan terlanggar , mau bengkak kaki wehhh ! 

Main handphone ? Selfie ? Aku pun buat tapi janganlah terlalu kerap aihhh. Kalau kat gym hardcore yang mana abam abam otai ada , jangan buat perangai gini. Mau kena jeling nanti ! Hahahaha.. Aku pun tak berani buat. Aku suka gi gym santai jer. Memang pergi untuk release tension jer. Bukan nak jadi HULK !


Yang main sampai kaut semua besi pun satu hal gak ! Ingatkan power la sangat tapi bila kita tengok.. alahai.. teknik pun ke laut ! Angkat pastu jerit cam.. Haishhh ! Jangan laaa buat gitu. Kalau angkat tu betul dah , ok laaa .. Takda sapa nak persoalkan. Tegur kang sentap lak kan ? Huhuh..

Korang yang belum pernah gi gym.. nasihat aku ialah... masuk , train dan keluar. Masa take 5 tu baru main handphone ! Huhuhu.. Nasihat untuk aku gak ni. Hahahahaaa..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Sekali lagi aku ke Back In Motion Chiropractic Centre di The Curve , Mutiara Damansara. Sewaktu buat temujanji , aku berharapkan ada kekosongan pada jam 11 ke atas tapi senantiasa penuh. Yang ada kosong cuma di jam 10 jer. 

Fuh , berpeluh dahi jap. Hahahaha.. Aku kena atur jadual. Sebabnya aku tinggal di Sepang. Nak ke sana , aku kena hantar anak anak aku ke Cheras terlebih dahulu. Kena mintak tolong mak aku tengokkan anak anak aku jap. 

Selepas Subuh , aku terus gerak ke Cheras bersama anak anak. Nasib baik diorang pun tak meragam. Tidur je dalam kereta. Aku risau si Aariz tu je nak buat perangai dalam kereta. Dengan perjalanan hampir mengambil masa sejam ,  bila anak buat karenah.. pemanduan kita pun boleh terganggu ! Ditambah lagi dengan jika sakit di bahagian pinggang lagi kan ? Nasib baik aku tak sakit dah ! Huuhu.. Terima kasih pada Dr. Wong ! Alhamdulillah..

Segalanya dipermudahkan. Aku di The Curve jam 930. Temujanji jam 10.15 pagi. Biar awal dari lambat. Aku tak suka susahkan orang bab masa ni. Aku boleh rileks santai di The Curve yang menyediakan tempat tempat untuk duduk berehat secara santai. Bagus shopping mall ni. Nasib baik jauh jer. Hahaha..Kalau tak boleh jadi shopping mall feveret aku ! 

Jam 10.10 , aku terus ke sana. Dr.Wong dah ready. Huhuh.. Terus dia tanya perkembangan aku. Pastinya aku bagi yang positif sebab itu yang aku rasa. Paling ketara ialah lutut aku. Sebelum ni , dia punya sakit laaa.. Nak berlari pun takut ! Rasa lutut tu nak tercabut. Baru aku faham camana rasa lutut nak tercabut ni ! Serius sakit wehhh ! Ingatkan biasa je sakitnya. Tu belum sakit dicabut nyawa, kan ? Huhuh.. 

Ok.. meh aku story skit bab lutut bila sakit ni. Bagi korang yang masih muda , nahhh.. jagalah sendi sendi tubuh badan korang terutamanya tulang belakang. Jagalah tubuh badan korang. Jangan rosakkan dengan melakukan aktiviti aktiviti lasak yang melampaui batas dan yang penting , rajin lakukan regangan badan bila nak bersukan.

Sakit lutut ni ada banyak jenis. Aku tak tau aku jenis mana tapi yang pasti bukanlah koyak tisu. Ketika awal dulu , aku ingat dah kena ala ala ACL gitu. Rupanya tidak. Selepas berjumpa Dr. Wong di Back In Motion Chiropractic Centre , segalanya berubah. Katanya , berpunca dari tulang belakang yang tak betul , maka perseimbangan badan aku jadi tak betul. Aku terlalu utamakan belah kanan ! Nahhh..  baru aku tau ! Sebab tulah lutut dan siku aku bermasalah. Begitu juga tengkuk aku. Segalanya sakit. Kanan ! 

2 kali rawatan , aku dah terasa kelainan. Di gym pun aku punya kekuatan pun rasa dah kembali normal. Takda dah rasa sakit sakit dan paling ketara ialah lutut aku. Dr. Wong nasihatkan aku banyakkan latihan di lutut kanan. Kalau dulu , aku takut ! Tapi selepas dapat pencerahan , aku kembali yakin dan setiap kali di gym , kaki kanan wajib kena latih ! Kiri pun gitu gak. Jangan sebelah je. Kang nampak cacat lak ! Hahahaha.. 

Rawatan ke 3, fokus pada bahagian punggung yang mana aku ada bagitau dia yang mana bila aku mengayuh basikal , punggung akan terasa kebas dan ngilu. Katanya itu berpunca dari aku pernah jatuh terduduk ! Betul !! Dan kesakitan tu , sekarang dah tak seperti dulu. Jarang nak sakit dan kelmarin di gym selepas dapatkan rawatan ke 3 , aku try mengayuh basikal... tiada lagi rasa sakit dan ngilu ! Fuhhhh.. tarik nafas lega aku.

Kesakitan di lutut tu bukanlah pulih seperti zaman remaja dulu. Sengal tu masih ada tapi kena rajin buat regangan. Tak seperti ketika sakit dulu.. nak berjalan pun rasa lutut tu lari cam nak tercabut jer. Pastu sakit. Ha.. Jalan lama pun tak boleh. Sekarang ok dah. Bersenam di gym bila melibatkan kaki , aku akan pakai knee guard sebab keselamatan. Faktor umur pun yer gak. Hahahaa..

Tak sampai sejam , segalanya selesai. Rasa nak shopping mengila di dalam diri. Hahaha. Mau taknyaa.. segar wehhh ! Best part ialah lutut aku tuuuu ! Tak guna knee guard dah sekarang bila berjalan ! Dan aku boleh berlari lari dengan anak anak aku. Tu yang paling nikmat ! 

Korang yang ada masalah tu , gi la dapatkan rawatan. Jangan tunggu. Jangan tua nanti baru mengedik nak gi ! 

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Wah... lama tak terima tawaran kuar tv kan ? Hahahaa.. Tak sangka ditawarkan sebenarnya sebab blogger dan media sosial influencer ni ramai dah skang ni. Hensem dan cun cun semuanya. Huhuh.. Alhamdulillah , masih ada rezeki dalam bidang ni. Kalau tak , aku terpaksa bersara dan jadi pelakon sepenuhnya di Hollywood. Eceh.. Hahaa.. gurauu ! 

Sewaktu ditawarkan , aku tak tau pun apa peranan aku. Yang pastinya , aku terima sebab ditawarkan oleh kenalan aku. Katanya melibatkan kulit dan muka. Ececeh.. abam kan duta Cosmoderm gitewww.. hahaa.. Aku on je la. Citer banyak tak payah walapun gementar tu ada. 

Lokasi pengambaraan , Rampai Puteri Medical Centre , Setapak. Jam 2 petang aku kat sana tapi rakaman aku bermula jam 6 petang ! Hahahaa.. Aku dah jangka sebenarnya. Dah berpengalaman la sedikit sebanyak bab rakaman tv ni. Kalau live senang.. ko kena datang awal jer. On time shooting. Tapi rakaman ni , kena sabar la skit... kan ?

Tapi yang pastinya...team  Citarasa Medika terbitan Kaca Enigma  ini serta Chef Fikree memang gempak la ! Diorang buat kerja santai tapi profesional. Takda kecoh kecoh dan aku sendiri pun rileks sangat. Sebab tu aku boleh jadi diri sendiri. Awalnya nak la gila gila skit tapi teringatkan ini rancangan medikal , hehehehe.. kena jaga perangai tu ! 

Rancangan ni ialah rancangan masakan kesihatan. Haaa.. bukan rancangan biasa biasa tauu.. 




Selain aku , ada selebriti dan juga doktor pakar sebagai tetamu untuk rancangan ni ! Heeee.. Korang kena tunggu la yer kuar kat tv nanti. Bila , aku akan bagitauuuu nanti ! Apa pun terima kasih buat Kaca Enigma , Citarasa Medika dan juga Chef Fikree kerana sudi jemput aku. Dan korang yang tak henti henti support aku , jutaaaaan terima kasih ! 


Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Tak update seharian aku semalam. Agak sibuk dengan urusan dunia.. Huhuhuh. Ok , ceritanya gini. Semalam aku ke Cheras. Ada kerja melibatkan rakaman untuk rancangan di tv . Nanti aku cerita di entri lain lak. Sebelum tu , aku gi gym. Aku suka gi gym ni sebenarnya tapi yang aku tak suka ialah nak parking kena bayar dan ruangan parking memang terhad sebab selepas jam 9 pagi , jangan mimpi nak dapat dah parking. Maka aku kena pergi awal awal lagi. 

Jam 8 pagi.. aku dah menarik besi kat gym. Kalau bertukang , aku rasa aku dah boleh siapkan sebuah rumah banglo woo !  Hahaha.. Tak pe la. Minat punya pasal kan ? Tu lebih baik dari aku tidur dan melantak je kat rumah.. kan kan ?


Dan menariknya , di gym ni .. setiap kali aku datang sebelah pagi.. ada la satu insan ni. Dia ni OKU. Tapi yang bagusnya ialah dia layan besi wooo ! Dia pun sibuk gak mengangkat besi. Yang pasti dia bukanlah bekerja di situ. Tapi kerajinan dia tu mengagumkan aku. Kaki dan tangan kanannya yang kurang sempurna tapi dia tetap gunakan. Aku rasa dia nak kuatkan otot dia kot. 

Sedang aku layan satu mesin ni , dia pun datang dan nak guna salah satunya. Dia mintak tolong aku tukar alatan mesin tu. Aku pun tukarlah. Rupanya dia pun bermasalah dengan tutur kata. Nasib baik masih boleh faham. 

Kemudian dia gi main mesin Smith. Sekali lagi dia mintak tolong aku turunkan plate plate yang berat tu. Aku senyum je. Terus turunkan. Selepas puas aku workout , aku pun gerak balik la. Kebetulan dia ada kat pintu keluar. Dia tegur aku.. 

" Nak balik dah , bang ? ". Katanya. 

Aku angguk dan senyum. Dia suakan tangan kanannya dibantu tangan kiri. Aku bersalaman . Dia ucapkan terima kasih. Terharu aku. Itulah yang aku suka gi gym sebenarnya. Di gym ni , ko senyum je sekali dan terus akan jadi kawan. Tak kira la apa bangsa sekali pun.. Sebab tau , ko ke gym atas minat yang sama ! 

Selepas tu aku ke satu cafe. Ada meeting. Yang aku perasan la kan.. Selepas tu , segala urusan aku sangat mudah. Tak sukar pun. Di tempat rakaman rancangan tu pun , aku kena buat 3 video dan segalanya lancar. Tak perlu ulang berkali kali. Dan bila masuk waktu solat pun , aku sempat ke masjid dan nak parking kereta pun mudah. Alhamduillah... Sehinggalah aku balik ke rumah.. segalanya dipermudahkan oleh Allah. 

Alhamdulillah...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Februari 2026 (1)
      • Mudah di Tiktok sebenarnya.
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes