BEN ASHAARI



Penat mencari tempat tu ... Pada mula aku kensel g sbb ada hal kat umah mak aku ... tapi bila mengenangkan sahabat sahabat yg pergi tu , aku pun kerah segala kederat aku untuk pergi gak..

Sampai sampai area Kg. Pandan tu , aku pun mencari la tempat tu... Ya Allah .. Aku ingat aku tau tempat tu.. maka berpusing pusing la aku mencari tempat tu.. dekat 30 minit gak mencari ... Last last , aku ke JJ je .. Frust pun ada .. tak dapat jumpa geng .. tapi nak wat camana kan ... takde rezeki ..

Pada yang 'terlibat' tu ... selamat harijadi ... pada yg menunggu tu .. 'SORI BRO' ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
sambungan dari entri sebelum ni ..

Nasib baik anak dia sempat sampai... Yang aku respek tu , dapat pulak dia cari rumah tu.. Kitorang kali pertama dulu , perghhh .. melilau mencari.. Berkali kali call , baru jumpa rumah tu .. tapi anak dia , sekali bagitau je dah jumpa ..

Anak dia sampai dalam kul 1 gitu.. nasib baik ...maka sampai jugak aku kat cheras skang ni ..ni nak g JJ dulu .. mau shopping sat .. hehehe .. pastu baru gerak g Kg . Pandan... lalalala
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku kat umah adik ipar ni ... kat Sungai Buloh .. huhu.. plan jap lagi nak balik Cheras sebelum nak ke Kg.Pandan .. ada majlis harijadi sahabat blog kat sana ..

Tengah layan laptop ni , mak mertua adik ipar aku bagitau yang adik dia nak datang jap lagi .. Bermakna ada lagi tamu selain kitorang .. huhu .. Bila sampai je tamu tu , dia pun parking keta dia belakang keta kitorang .. Keta kitorang lak parking dalam laman .. kereta tu belakang kitorang .. hehe... Dia pun dok kemas kemas keta dia .. Pastu dia bawak keluar kotak dan terus tutup pintu keta tu .. Dia terlupa kunci keta tu dalam keta dia .. Dan pintu keta tu lak , automatik lock .. Bermakna ..... secara automatik terus kunci ..Secara tidak langsung..... aku tak boleh keluar dah niiii.. huwaaaaaa...

Pakcik tu call anak dia .. Anak dia lak ada kat Sri Gombak.. Kunci spare kat Shah Alam .. Bermakna dia kena balik Shah Alam dulu baru datang Sg Buloh.. Huhu.. camana nak kuar ni ?? Plan nak jumpa kul 3 petang ... hadiah tak beli lagi ni .. huhu..kes parah tul ni ...


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

"Borakkosong bukan borak yang tak mengdatangkan hasil ape-ape.Kadang -kadang dengan borak kosong macam -macam idea dan buah fikiran yang akan keluar.Ada idea yang bernas ,ada idea yang kadang -kadang mengarut daripada borak kosong kat kedai kopi baik aku borak kosong kat blog.Ada juga faedahnya, seperti dapat bertukar idea dengan ramai kekawan di alam cyber."

Blog yang best bagi aku ... klik gambar tu untuk baca n nilai sendiri
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

"Nama samaran?? hmm nama samaran aku takdo. Kt cni mmg aku letak nama betoii la tuuu..sama cm lm FB aku. Bukannye apa spy sng kengkawan aku nk cari aku nnt. Oh tp biasa orang panggil aku Su @ Ila. Mana2 je aku xkisah. Nama blog aku seperti yang tertera adalah hampessblog sbb mula2 nk wat blog dl, puas aku pk nk letak nama ape tp sbb aku xbp nk kreatif makanya aku letak je la nama hampessblog ni sbbnya..."

nak tau lagi ?? klik gambar tu haa...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
" nama samaran aku...honey..nama blog..dah tak nampak kat header gedabak besar aku tu..senapang gajah sedas kang....'HONEYAMOUR FOREVER' ...blog ni baru berusia sebulan..huhu aku buka dengan rasminya pada 13 april 2010 aritu..sangat la anak jagung lagi...memula start aku jadi cikgu kejap..cikgu mengajar bahasa .... "

Hehee.. jelajah diteruskan dengan memperkenalkan blog ni lak ... untuk mengetahui lebih lanjut tentang tuan punya blog ... klik je pic tu ek..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Apabila ada anasir anasir jahat cuba menganggu mental anda dan blog anda , jgn sesekali baca komen mereka .. Nampak je ada , terus delete ! Pedulikkan mereka ! Dia nak tulis apa sekali pon , tu diorng punya pasal ! Selagii syaitan penuh dalam hati mereka tu , selagi itu mereka macam tu .. Kita doakan semoga Allah merahmati dan memberkati hidup mereka ...

Kedua .. jika ada blog yang sedang memburuk burukkan anda , anda jangan sesekali amik kisah .. Jika mereka meletakkan NAMA ANDA secara terang terangan ... print terus blog tersebut .. BUAT LAPORAN POLIS mengenai FITNAH itu ...

Dan yang ketiga ... TAK PERLU BACA LANGSUNG pasal apa yang mereka tulis ! Baik g cari buku agama dan baca .. Lagi bagus ... Sbb apa ??? Tak ada FAEDAH blog macam tu ...

Fahamkah sekarang ? Yaaaa .. aku dah fahammmm ... mudahkan ??? LAALAALA... Oh ya ... tadi ada komen dari diorg ... Perlu aku baca ??? Hahahhahaha.. TAK PERLU LANGSUNG .. DELETEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE .... Alhamdulillah ... Diorng nak ga baca blog aku ni kan... Tak sangka ... hehehe ... huarghhhhhh... ngantuk ..

Kepada sahabat sahabat aku yang aku sayangi ..iaitu mereka yg sedang memburukkan aku itu , Aku doakan kebahagiaan korang di dunia dan akhirat .. Aku senantiasa memaafkan korang semua .. Jgn risau .. aku takkan kutuk korang sebab sekali aku kutuk korang , sekali tu aku dapat dosa .. Ada baiknya aku kumpul pahala je ... ;) Salam wahai sahabat ...

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Baru pas workout .. kalau takat blogwalking takkan leh naik badan .. hahahaha.. Tadi aku cerita kat member aku ni ..budak budak gym la.. Diorg dok buat persediaan untuk KLANG PARADE OPEN CHAMPIONSHIP .. .. Aku ? Tak yah la... duk diam diam je...

Aku cerita kat diorg pasal blog .. Ketawa besar diorg .. Diorg cakap kat aku , nape laaaa aku dok pening pasal blog ni ??? Ni bukan dunia nyata ... sekadar cyber.. kalau diorg main kotor , apa susah .. print , bawak g balai jer .. kawan kat Bukit Aman kat ramai .. Aah ek.. aku terlupa lak bila diorng cakap cam tu .. Kat SKMM , MAMPU , semua ada ... pe susah ? Buat repot.. Mana mana blog yang buat fitnah .. print terus buat repot .. Hurmm... Betul gak ... Dia suh aku berblog je la cam biasa .. Toksah hirau sekeliling .. diorg suka ke tak suka ke lantak diorg .. Jgn sampai ada yang fitnah memfitnah tanpa sebarang bukti dah ... Tu je nasihat dia ..

Erm.. masuk akal gak ... pasal pa aku nak tensen... aku post entri .. aku logout .. dah abis ... lerr.. aku g layan lelebih pasal apa ? Makin layan makin suka la anak beranak iblis tu .. Syaitan kan suka menghasut anak adam supaya senantiasa bergaduh agar diorg ada teman di neraka kelak .. fuh... Nauzubillah ... nasib baik aku tak terikut .. Astagfirullah ...

Dah .. jom solat .. Bawak bawak berdoa agar diterangkan hati tu ... Kalau dok tabur fitnah atau dok bercerita keburukkan orang , toksah solat ... buang masa je .... kan kan ...
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

Mula berblogging pada buan april tahun 2009. mula-mula buat blog ni hanya laa untuk suka-suka. sebab amoi suka bergambar dan berceloteh, so buat laa blog biar orang lain pon boleh baca sama dan berkongsi pendapat mereka. daripada suka-suka menjadi minat pula. hampir setiap minit masa amoi akan di luangkan untuk baca blog blog yang menarik. amoi tak harap blog amoi ni popular ke atau nak dapat earning yang berkepuk-kepuk. tapi cukup lah sekadar ada yang sudi membaca, memberikan pendapat dan mengkritik blog amoi. blog amoi ni baru setahun jagung. amoi banyak cerita .....
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments



Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Pada suatu malam , isteri Juha telah bermimpi bahawa Juha telah membelikannya beberapa pasang baju yang cantik cantik.Oleh kerana tidak sabar terus dia mengejutkan Juha yang sedang nyenyak tidur lalu menceritakan apa yang telah diberikan oleh Juha dalam mimpinya itu tadi.

Oleh kerana Juha terlalu marah kerana tidurnya di ganggu , maka dia pun terus berkata kepada isterinya : " Ha ! Kalau begitu kamu jaga baik baik semua baju yang aku berikan kepada kamu tadi sebab untuk tahun ini aku tidak akan membelikan baju lagi untuk kamu.Kalau kamu nak juga , tunggulah tahun depan ! "


Ditaip semula oleh aku .. dari buku KISAH KISAH LUCU ABU NAWAS
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


" Ape yang aku nak ngarut eak.. k, kalu ikotkan name samaran aku dlm dunia maya ini, sangat lah byk.. tp, yg selalu digunakan adelah gadis_kuntum.. tp dlm dunia blogging nie, org lebih kenal dgn name hunny bunny.. Aku start terjebak dengan blog nie lepas aku .. "
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Tahukah anda bahawa YAHOO ini berasal dari nama TUHAN YAHUDI ? aku pun baru je tau ..

Tuhan bangsa Yahudi yang digelar sebagai TUHAN YAHOO adalah Tuhan Keganasan , Kejahatan , Peperangan dan Zalim . Menurut mereka , Tuhan Yahoo membenarkan mereka melakukan kekejaman terhadap sesiapa sahaja seperti memakan roti bersalut ragi pada hari yang dikhususkan berpuasa. Bagi mereka , sesiapa yang melanggar perintah itu dikira berdosa dan akan dijatuhkan hukuman bunuh .


Hehe.. ada lagi panjang.. tapi nak g solat dulu.. daaa..salam ... SEMOGA ALLAH MERAHMATI ANDA SEMUA ...
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu


Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan

Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini

Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu

Ramli Sarip & A Romzie
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Nabi s.a.w menyebut: “Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Maka Allah dan RasulNya yang menyeru kepada perdamaian.

Firman Allah: (maksudnya) “Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dizalimi, dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Berkuasa”. (Surah al-Nisa: ayat 148-149).

Allah menyebut: (maksudnya): “Ketika kamu menerima berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan kamu pula menyangka ianya perkara kecil, pada hal di sisi Allah adalah perkara yang besar dosanya”. (Surah al-Nur )

Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).

Firman Allah: (maksudnya) “Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10).

Firman Allah s.w.t: (maksudnya) ..kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (RasulNya (al-Sunnah) - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (Surah al-Nisa: ayat 59).


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Ok...firstly kena kenalkan diri dulu...orang kenal saya dengan nama DIELA...nama penuh RAHSIA ok...hehe...mula berjinak-jinak (cewah) dengan penulisan blog ni pada tahun lepas...tu pun lepas diajak dan diajar oleh member baik (meq)...ikutkan memang agak malaslah nak ber'blogging' ni...sebab dengan kerjaya sebagai cikgu mungkin membataskan untuk sentiasa meng'hapdet' blog...but i try...ni pun sebenarnya banyak lagi yang saya tak tahu pasal blog ni...tau yang basic jela... :)

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


"blog nie dah lama dah di wujudkan, cuma beberapa bulan sblm nie jew baru aktif balek. sekarang tiap2 hari mesti nak 'online' kadang-kadang tu bila dah buka blog tu, tak tahu nak buat apa ataupun nak tulis apa. tapi tetap nak buka jugak. =) Tapi setakat ni ray berusaha lagi untuk pastikan paling kurang 1 post setiap hari. Kadang-kadang tu post tentang ray punya life, orang laen punya life pown ada, review movie, luahan perasaan pown ada kadang-kadang. hehe.. yealakan.. kat mane lagi nak luahkan kalau bukan dekat blog sendirikan."
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
aku sekadar nak bertanya ... Untuk mereka yang dah buat entri JB4.0 ... Korang nak teruskan JB4.0 atau hentikan ? tu jer... Yang tak terlibat , tk yah baca yer ..kalau nak baca sangat , selak entri sebelum ni..g baca artikal agama tu ...
Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

" Saya gemarkan kasut...sejak akhir-akhir nie memang saya kerjanya menayang kasut jer
selain nak kasi jeles kepada penggemar2 kasut yang lain....I buat sesaja je nak kasi warna-warni skit blog I...huhuhu....."
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dari FIQH DAN SUNNAH (FACEBOOK)

Berdoa sambil mengangkat tangan merupakan sunnah Nabi s.a.w.. Akan tetapi, diriwayatkan bahawa khatib apabila berdoa di mimbar hendaklah menggunakan jari telunjuknya dan bukannya mengangkat tangan. Malah salah seorang sahabat ('Umranaarah ibn Ru'aibah) telah mengutuk seorang khatib (Bishr ibn Marwan) yang berdo'a sambil mengangkat tangan dan berkata:

قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"Moga Allah memburukkan kedua-dua tangannya. Aku melihat Rasulullah s.a.w. melainkan tidak lebih dari ini dengan tangannya: dan di mengisyaratkan jari telunjuknya" (Hadith Riwayat Muslim, no. 874 dan Abu Daud, no. 1104)

Berkata Imam al-Nawawi rh didalam mensyarah hadith ini: ini menunjukkan adalah sunnah tidak mengangkat tangan ketika khutbah. Ini pandangan Malik dan sahabatnya dan lain-lain. Didalam kitab Tuhfat al-Ahwadhi menyebut bahawa hadith ini menunjukkan bahawa makruh mengangkat tangan, dan begitulah kepada jemaah yang berimamkan dia.

Berkata Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh:

رفع اليدين غير مشروع في خطبة الجمعة ولا في خطبة العيد لا للإمام ولا للمأمومين ، وإنما المشروع الإنصات للخطيب والتأمين على دعائه بينه وبين نفسه من دون رفع صوت

"Mengangkat tangan tidak disyara'kan semasa khutbah Jumaat atau khutbah Eid, samada Imam atau makmum jemaah tersebut. Malah apa yang disuruh adalah mendengar khutbah dengan baik dan menyebut AMIN semasa Imam berdo'a, tanpa meninggikan suara (cukup untuk diri sendiri mendengar AMIN)." (Majmu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah Li Samaahah al-Syeikh Ibn Baaz, 12/339)

Kesimpulannya pandangan yang benar adalah, seseorang itu dibolehkan mengaminkan do'a tanpa meninggikan suara,cukup untuk didengari oleh diri sendiri, dan tidak mengangkat kedua-dua tangan.

Kita rujuk kembali dalil yang menjelaskan larangan kepada Khatib yang sedang berkhutbah mengangkat kedua2 tangannya ketika berdo'a:- dari Imam Muslim (874) dan Abu Daud (1104) telah meriwayatkan:

عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: ( قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ

"dari 'Umaarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika diatas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah: apabila melakukan do'a pada hari Jumaat), dan berkata: 'Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah saw tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya' dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya."

Imam Al-Nawawi rh ketika mengulas hadith ini didalam Sharh Muslim menyakatakan bahawa ini menunjukkan bahawa bukanlah menjadi sunnah mengangkat tangan bagi khatib ketika sedang membaca doa didalam khutbah jumaat.

Maksud amalan mengisyaratkan jari telunjuk itu adalah kepada khatib yang sedang membaca do'a ketika menyampaikan khutbah; dimana khatib cuma perlu mengisyaratkan sahaja jarinya tanpa mengangkat kedua2 tangannya. Makmum tidak perlu melakukannya, sekadar meng'Amin'kan dengan suara perlahan.

Syiekh Ibn Utsaimin rh mengatakan bahawa dibolehkan mengangkat tangan jika khatib sedang mendo'akan agar diturunkan hujan (istisqaa') dimana Rasulullah pernah mengangkat tangannya ketika berdo'a kepada Allah meminta hujan semasa khutbah Jumaat, dan dilaporkan bahawa makmum juga turut mengangkat tangan. Menurut beliau, didalam situasi lain tidak disunatkan mengangkat tangan semasa khatib menyampaikan khutbah. [Fataawa Arkaan al-Islam, ms 392].

Umumnya, tidak banyak tempat amalan berdo'a yang disyariatkan beramai2 kecuali didalam beberapa keadaan; semasa Imam membaca Do'a Qunut (Nazilah), didalam do'a istisqaa'. Wallahu a'lam, wassalaam...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

" Nama saya dengan nama samaran saya untuk blog ni sama sahaja iaitu NoorAfzan.
Nama blog saya pula !!Simple Me!!

kenapa pilih nama blog macam tu?
Sebab blog ni memang simple dan mudah.

Saya update tentang apa yang saya tengok, apa yang saya rasa, apa yang saya dengar dan apa yang saya baca dengan ayat-ayat yang mudah difahami.

Maklumlah, sayapun faham yang blogger2 dan reader2 saya bukanlah terdiri daripada pensyarah2 bahasa apatah lagi murid2 sekolah yang sedang belajar Bahasa Melayu iaitu cara2 memahami teks berat2. "

:) lengkap.. hehe .. klik gambar untuk membacanya lagi
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


" Tak igt bila start dah..hehe..sbb dah start blogging pd zaman2 takde byk blog template,xde nuffnang,xde Adsense. but more to personal blog la..

end of 2008 baru reti blogging+making money. mula la sibuk dgn adsense.. lepas tu,tahu plak pasal nuffnang..tapi masa tu on off sbb masih sibuk keja opis. "

Hurm.... klik gambar tu untuk baca sambungan ...


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
" Ketika aku sedang berdiri di sisi Rasulullah s.a.w , kemudian datang seorang pendeta Yahudi sambil berkata : salam sejahtera untukmu wahai Muhammad. Kemudian, aku (Thauban ) menolaknya dengan kuat hinggakan dia hampir hampir jatuh ketanah.Lalu Yahudi pun berkata : Mengapa kamu menolakku ? Lantas aku menjawab : Kerana kamu tidak berkata wahai Rasulullah.

Kata Yahudi lagi : Aku memanggilnya dengan nama yang dinamakan oleh kaum kerabatnya.

Rasulullah s.a.w pun berkata : Memang benar namaku Muhammad , iaitu nama yang diberikan oleh kaum kerabatku.

Yahudi berkata : Aku datang untuk bertanya kepadamu.

Jawab Nabi s.a.w : Adakah ia akan memberi manfaat kepadamu jika aku menjawabnya ?

Kata yahudi : Aku akan mendengar dengan kedua dua belah telingaku. Rasulullah diam seketika ( sedang diwahyukan ) .

Kemudian baginda pun berkata : Tanyalah .

Kata yahudi : Dimanakah manusia akan tinggal pada hari diterbalikkan bumi ?

Jawab Rasulullah s.a.w : Mereka berada di dalam kegelapan tanpa sebarang pedoman.

Kata yahudi lagi : Siapakah manusia pertama akan meniti Titian Siratul al Mustaqim ?

Jawab baginda : Golongan fakir miskin yang berhijrah bersamaku.

Soal yahudi lagi : Apakah makanan mereka setelah dimasukkan ke syurga?

Jawab Nabi s.a.w : Di kurniakan makanan paling baik , iaitu hati al-Haut ( ikan paus ) .

Yahudi bertanya lagi : Apakah terdapat makanan selain dari itu ?

Sahut Baginda s.a.w : Mereka akan dikurniakan makanan berupa lembu yang boleh dimakan kesemuanya.

Soal yahudi : Apakah minuman yang diberikan kepada mereka ?

Jawab Nabi s.aw : Satu mata air dinamakan Salsabila ( nama air di dalam telaga Kauthar ) .

Kata pendeta yahudi itu : Engkau memang benar .

Kemudian dia pun berkata lagi : Aku datang untuk bertanya sesuatu kepadamu dan soalan ini tidak diketahui oleh penduduk bumi melainkan dia seorang nabi atau mungkin seorang dua sahaja yang mengetahuinya.

Nabi s.a.w berkata : Adakah ia akan memberi manfaat kepadamu jika aku menjawabnya ?

Kata yahudi : Aku akan mendengar dengan kedua dua belah telingaku. Aku ingin mengetahui tentang bagaimana seorang bayi diciptakan ?

Jawab baginda s.a.w : Air mani lelaki putih dan air mani perempuan kekuningan . Apabila kedua duanya bercantum , jika air mani lelaki lebih banyak daripda perempuan , jadilah anak lelaki dengan izin Allah. Jika air mani perempuan lebih banyak dari lelaki , terciptalah anak perempuan dengan izin Allah .

Kata yahudi : Benar dan tepat sekali. Memang benar engkau adalah seorang nabi.

Kemudian dia pun pulang meninggalkan kami. Apabila aku ( Thauban ) menghampiri Nabi s.a.w , baginda pun bersabda : Sebenarnya , tidak pernah ada seorang pun yang pernah menyoalku dengan soalan seperti itu. Aku sendiri tidak pernah tahu tentangnya. Tetapi , Allah telah mewahyukan pengetahuan tentangnya kepadaku. "

Hadis riwayat Muslim ,bab al Haid,jil 1 ms : 473

Dari buku Yahudi : Menurut Al-Quran , Hadis ,Taurat dan Injil karangan Wan Mohammad Ridzuan Wan Mokhtar ..

Fuh..pagi pagi dah taip panjang panjang .. Buku ni aku sambung membacanya pagi tadi sewaktu menunggu erl dan berada dalam erl ... Dari aku berdiri kosong , aku sambung membacanya .. Tak habis lagi dari ari tu.. hehehe .. Kalau berminat nak tau bab bab sebelum ni ... klik 1 , 2 dan 3 ...

Semoga ilmu ini dapat dikongsi bersama.. InsyaAllah ...
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

"Nama samaran aku suke guna syahnina, gabungan nama anak-anak, syahmi dan nina, so blog ni aku namakan syahnina.blogspot.com. Saje suka-suka berblog utk letak gambar dan resepi yg telah aku experimen kat dapur ku yg agak berselerak itu. so kebanyakan isi blog nie adalah pasal "
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Pada satu hari..aku t'libat ngn AJK tok sesuatu PROGRAM kat fakulti aku..then aku d'beri tugas utk m'buat blog sebuah SECRETERIAT.. sbnrnye dlm htiku ktika tu..b'bisk..[alamak aku ni x r reti sgt nk wat..apth lgi yg ade link2 gne html]..tpi mse tu aku menyakinkn diri jgk r, & x nk mengalah kot, cbe nk praktikkn yg aku bljr multimedia ni, ..atleast aku cuba..org kata try & error..huhu, then lastly aku b'jaya jgk dlm mnyiapkn blog SECRETERIAT aku tu...aha..rase bnge jgk la...wlaupn pde mulenye aku rse x tahu..then skrg aku jdi lbh tahu...dan smnjk dri tu jgk, aku create satu blog khas .... "

Bersambungggggg ... klik gambar tu...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Firman Allah: (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum (dengan perkara yang tidak diingini) dengan sebab kejahilan kamu, sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Surah al-Hujurat, ayat 6)


“Ada apa aku dan dunia ini! Tiadalah dunia dan aku ini melainkan seperti seorang pengembara yang berlindung dari panas di bawah sepohon pokok, kemudian pergi meninggalkannya”. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).


“Berpisahlah, nescaya kau dapati ganti orang yang kau tinggalkan. Mengembaralah di bumi, nescaya kau temui petunjuk dalam perjalanan itu. Singa jika tidak meninggalkan hutannya, tidak akan garang. Anak panah jika tidak meninggalkan busarnya tidak akan mengena sasaran”. (Fawat al-Fawayat 3/87, Beirut: Dar al-Sadir).


drmaza.com

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
heheeheheh memang suke suki merepek ajee.. tapi merepek merepek pun kekadang ada info info best taw...kekadang ada resepi juga.. ada juga petua... blog mimie nie jugak kekadang dok update sikit sebanyak pasal gadget... sikit je la.. yang mana leh kongsi mie kongsi.. huhuhu tak rugi dok lepak sini... macam macam ada.. rojak la katakan.. rojak kan sedap walaupun dicampur semua benda .... hehehehehehe mula berblogging dah lama..sejak mac 2006 lagik.. tapi macam suka suki jugak laaa tenggelam timbul.. cumer sejak dua menjak nie sejak kenal gengblogger n blogger lain yang aktif membuatkan mie jugak nak mengaktifkan diri...lagi pun cam best je bila ramai je visitor / blogger datang tengok blog mimie n bagi komen n shout kat shoutbox... ..


Merepek eh.. nak baca lagi apa yang dia merepek ?? ;) klik gambar tu ...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


" Sebenarnye blog ni bermula pada tahun 2005 (5 thn selepas tinggal kat Melbourne), inspirasi dari adikku, H3, yg kasi cadangan supaya aku bukukan kehidupan pahit manis aku sepanjang hidup di bumi asing ni. Tapi kehidupan masa tu sangat sukar & mcm2 hal, plus aku tak tergerak hati nak show off to the net world about my boring life. Masa tu dah ada Friendster, so mcm malas nak tambah lagi satu. Then in 2009, while working nights, teruja lagi skali to write in my blog, inspired by TTM & Ly. Terasa nak share kehidupan di bumi asing ni with my family & close friends yg jauh di mata tapi dekat di hati, walaupon dah call rumah di M'sia hampir hari-hari & emails lagi.

Masa aku start balik blog ni kehidupan kerja malam di ward sangat daunting, so utk kasi bermakna sket aku pon start la bebel2 in this blog. Masa tu apa2 yg aku bebel2 sumer cam rubbish je, esp. pasal kerja.
Anyways, ni la blog aku. Biasa-biasa je. Takde advertising, takde petua2, just my thoughts & apa yg berlaku dlm kehidupan aku utk share dgn family, member2 dan sapa2 saja yg sudi menjengah. "

Hurmm.... menarik ? klik je pic tu ..


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

aku syg dier
cinta dier tp tue la.....
skrg makin ssh nk luahkn kt dier..
bkn ssh...
msh2 ego kot nk luahkn
mmmm...
tp xpela
biar la aku sorg je yg taw..
akan aku simpan baek2 ati nie...
nk wat mcm mner kn...

erkk.. apa kes ni ??? tah.. baca sendiri dalam blog dia ... huhu ...klik pic tu haa..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Dipetik dari profile dia ...

Seorang makhluk yang telah dilahirkan bersama seorang kembar yang sangat gedix & sengal, terlalu suka bercakap, juga obses terhadap ciptaan manusia yang dinamakan kamera serta merupakan penagih tegar makanan dan tidur.. membesar dengan liku hidup yang pelbagai.. sangat alergik pada buku.. bercita-cita untuk menjadi superhero..haha. noktah..!~

kembatolo pada asalnya ialah dua perkataan.. dirapatkan kerana ingin menjimatkan ruang.. dipetik dari loghat negeri kelantan iaitu 'kemba' yang bererti kembar dan 'tolo' pula bermakna nakal.. jika digabungkan maka terhasillah 'kembatolo' yang juga boleh disamakan dengan 'kembar nakal'.. masih lagi bertungkus lumus mencari ilmu di muka bumi Allah dalam bidang yang bersangkut paut dengan alquran, meskipun kerap kali terleka dalam kelalaian.. astaghfirullah~

Ermm... sebuah blog yang menarik bagi aku .. Semoga sukses selalu Izuddin ... sila klik gambar tu untuk ke blognya .. ;)
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
:) Salam ... Selamat Pagi ..

Aku rasa ramai terkejut dengan kes semalam . Dua malam berturut nama BEN ASHAARI 'meletop' di blog blog yg ..hurmm.. nak kata camana ek ? Tak pe la.. tu korang sendiri kategorikan ..

Rambut sama hitam walaupun ramai dah warnakan dengan pelbagai warna namun hati ...lain lain .. Kan ? Seorang manusia tidak mampu memuaskan hati semua manusia .. Walaupun dia berkorban la camana sekali pun, tetap ada yg tidak berpuashati .. Manusia yang senantiasa dilimpahi dengan rezeki sekali pun tetap tidak akan berpuashati sekiranya hanya satu permintaan dia tidak tercapai .. Tiada manusia sempurna .. Aku terima dengan hati yg terbuka malah berterima kasih padanya kerana tak pasal pasal makin ramai kenal dengan blog aku ..

Politik dunia blog .. Beginilah.. Ada yang suka dan ada yang tak .. Memberi salah , menerima pun salah .. Ermm..

Aku akui blog aku ni takde apa apa yg menarik .. takde lampu lampu ke..atau sebarang carpet .. Aku sendiri pun tak mintak sapa sapa femeskan aku .. dan aku sendiri tak femes.. mereka yang masuk baca blog ni semua kawan kawan aku jer .. Terima kasih ...

Berkenaan dengan JELAJAH.. Kenapa aku sekadar amik gmbar dari blog dan copy paste entri tu ? Kalau nak dibandingkan dengan JELAJAH , aku buat semua .. tapi ini adalah versi baru.. saja cuba yang terbaru .. Masih jadi masalah kan ? hehehe ...


Takde apa yang pelik diatas dunia ni .. Mereka mereka inilah yang mewarnai dunia kita ... Pilihlah yang mana satu kita nak ... Apa pun aku tak sangka , sejauh ini aku boleh pergi.. aku ingat aku sekadar bermain di tepi pantai .. rupanya dah sampai ke lautan dalam ... Fuh...

20 entri satu hari ? hehehe ... satu entri berapa panjang ? berapa minit ? satu batang rokok persamaan satu entri .. dari aku hisap rokok , baik aku buat entri .. dari aku g mengumpat kat meja meja lain , baik aku buat entri .. dari aku tgk youtube baik aku buat entri .. 5 minit satu entri dari pukul 6 pagi sampai 12 malam ... 1 entri 10 minit .. satu hari berapa jam saja aku buat ? Kaitkan aku dengan kerja aku ? hehehe... sungguh pendek akal .. Berapa jam sehari aku buat blog ? hahahaha... tak sampai 4 jam pun ? Dari melepak kat kedai mamak , merempit , mengumpat ... kan kan ... 4 jam tu dari awal pagi sampai malam ... 20 entri yg pendek ... yang penting .. keje aku siap ..

Pada mereka itu yang telah memberi komen termasuk memberitahu di mana aku kerja , hehe.. terima kasih .. HANYA ALLAH SAJA MAMPU MEMBALAS JASA ANDA .. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP ANDA SEMUA .. INSYAALLAH ...
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Yearhh.. persiapan sedang dilakukan untuk bagi menghadiri perjumpaan blogger pada hari sabtu ini .. Yeearghhh .. badan mesti mau mantap ... ahahaha ..




Bersama bro DIN .. Baju putih dan kuning ..dua dua DIN ..ahahaha.. Yang putih tu baru bodybuilder .. aku bodyboroider ...hahahha

Inilah aktiviti aku setiap petang selepas abis kirija.. hehehehe ... takkan 24 jam blogging kot ... lalalala..
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Pelik kan.. kalau kita , mesti segan .. lebih lagi jika dijatuhkan hukuman penjara .. tapi dia ? Cam ok jee kan .. Adakah kerana dia berpengaruh atau dipengaruhi ?? HAHHAHA... Ingat lagi kata kata dia .. Apa tu .. Saya tak cukup hensem untuk dia ? Hahahaha... Dia gelak , kita pun gelak la kann ...
Share
Tweet
Pin
Share
29 comments
Nak tanya satu soalan boleh tak ? Aku bukan nak libatkan dengan mana mana individu .. Tu terpulang pada masing masing .. cuma aku berharap , aku boleh dapatkan satu jawapan yang munasabah dan diterima dek akal dan agama ..

Soalan ni aku nk tujukan pada wanita .. Kenapa tk tuju pada lelaki ? sbb aku lelaki.. jadi nampak wanita dulu .. ok ??

Kenapa bertudung tapi memakai seluar sendat , skirt sendat mahupun berbaju jarang ?? Tudung tu untuk apa yer ? Aku pelik tul la... apa tujuan mereka ni berpakaian sedemikian rupa ? Ada sesiapa boleh bagi jawapan ?

Aku seorang lelaki yang mana senantiasa berdepan dengan kes kes gini ... dalam lrt , dalam erl , dalam lif dan mahupun di opis ... sekeliling aku senantiasa ternampak kes kes gini .. Sebagai seorang lelaki melayu beragama Islam , aku segan bila bangsa lain beragama lain terutamanya tersengih bila melihat gadis melayu Islam jalan ala ala catwalk dengan berpakaian gitu .. Bayangkan apa dalam kepala mereka ... Mereka pk tentang gadis tu atau agama yang dianutinya kerana semua bangsa dalam dunia sedia maklum bahawa ISLAM MELARANG WANITA MEMBUKA AURAT...

Sekian... tu je pertanyaan aku.. hurmm... aku bukan nak berlagak baik atau nak jadi alim ...dan aku tak kata wife aku pun baik.. sama je..cuma ini yang ada dlm benak aku..jadi aku sekadar nak bertanya ... tak salah kan ??
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

"Blog ini berkisarkan kisah suka dan duka seorang wanita bernama ajuera. Kebanyakkan cerita-cerita di dalam blog ini adalah kisah peribadi tuan empunya blog dan kisah-kisah keluarga tuan empunya blog yang tiada kena mengena dengan sesiapa samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Selain itu, blog ini juga ........."

En..tercopy sampai situ je???? hehhe... klik je gambar tu...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Kantoiiiiiiiiiiiii... membuta yerrrrr ..

" Nama samaran aku kechixx.Nama blog aku pun kechixx jugak.Hehe.Sebab aku memang kechixx.Hehe.145 je kot ketinggian aku.Hehe.
Ok.Blog ni adalah blog aku.Mestilah!Hehe.Aku start minat blog since aku diploma.Tapi mula aktif baru awal tahun ni.Setakat ni blog aku baru ada 61 entry.Sikit?Haha.Aku baru nak aktif.Ya.BARU nak aktif.Atau dalam erti kata lain baru nak bertapak.Hehe. "
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Tensen tul bila dapat menda menda gini ... Apa dia ingat semua rakyat Malaysia senang senang nak diperbodohkan ke ?

SHELL PROMOSI
Tahnia SIMCARD Anda tlh di pilih
SHELL MLYS BHD
Berjaya Menangi
RM19.000.00

Sila Dail di talian
0178950102

Aku dapat sms bertulis gitu .. Tak ke bengong ? Takkan aku bulat bulat leh percaya ?? Yang pertama , sender tu guna no hp .. 0198019051 ... Takkan SHELL yang kaya nak mampus tu guna hp untuk contact pemenang ???? hahahaha...

Pastu tengok ejaan dia .. TAHNIA ... TLH ... MENANGI .. aiseyyy... ni mana punya orang tulis lagu tuu ?? Mesti sekolah pun tak lepas .. nasib baik bijak jahat ...Menurut khabar , ada gak yang tertipu .. Apa punya turrrr daaaa.... Nak sangat duit last last ilang duit ! huh...
Share
Tweet
Pin
Share
19 comments
"Pernah ada orang bertanya, apakah bezanya blog saya dengan blog lain yang tak terkira banyaknya. Entahlah, pada mulanya saya sendiri tidak tahu. Tiada jawapan untuk itu.

Pautan blog saya ini adalah terus ke laman muka buku saya (Facebook). Maka, setiap entri yang saya buat akan terus dikemaskini di profil muka buku saya itu. Sehinggalah pada suatu hari seorang teman sepejabat berbangsa Cina menegur saya tentang bahasa yang saya gunakan untuk menulis blog saya setelah dia membaca dari pautan muka buka saya itu.

"Hafiz, blog kamu itu bahasanya sangat sturcture. Kamu telah membantu I untuk maju dalam Bahasa Melayu"

Hehe... klik gambar tu untuk baca lagi haaa..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Ni antara blogger awal aku kenal dan aku ajar skit skit .... ermm..tapi dia bz ngan studi..tak leh nak tumpu perhatian sangat... Latar belakang dia ... korang tanya dia ek.. hehhe
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Aku faham bagaimana perasaan sbg blogger yang baru lahir ni .. Satu perasaan pada awalnya , yang mana ada ke orang nak baca blog aku ni ? Aku bukan artis atau ahli politik sampai ada orang nak masuk baca ...

Diatas semangat rakan rakan di FACEBOOK dan juga isteri , aku mengorak langkah pertama .. dengan mempromosi blog di FACEBOOK .. Pada mulanya , mmg agak mendukacitakan .. bila tengok pada counter , tiada pergerakkan ... Bila idea demi idea dan usaha demi usaha .. baru ada pembaca namun tidak kekal.. ibarat ombak... ada pasang dan surut .. Sekali dia datang , tak cukup muka senyuman terukir .. Dapat lihat 10 online ibarat dapat emas ! Cukup puas...

Disebabkan itulah sekarang aku nak membantu sahabat sahabat lain merasai bagaimana aku rasa... :) ..aku gembira bila melihat diorng gembira ... Apa lagi sumbangan aku boleh beri pada mereka selain ini saja .. Nak bagi duit , aku pun bukan jutawan .. Maka aku sumbangkan idea aku ni jer ..

Dua hari aku buat JELAJAH BLOG SIRI 4 atau JB 4.0 , dua blog yang mana pembacanya ..boleh dikatakan rendah .. tiba tiba melonjak hasil kedatangan para sahabat blogger ke blog mereka ...

Kedua dua blog itu adalah AMIRUL dan LAKARAN KEHIDUPAN .. Korang boleh lihat bukti itu sendiri dengan klik nama diorng tu .. hehee... Aku gembira bila mereka gembira. ..

Senyumanku kini milik mu jua ..
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

"true wish list dah lame ade. since tahun 2003. tp mase tu blog ni nama lain n beroperasi di Tblog.com instead of blogspot. Tblog account active with a lot of entries since then...followers tk ramai..dikalangan kawan2 je. blog berkisar tentang kehidupan seharian. blog menggunekan bahasa inggeris sepenuhnya, tapi .."

Tuan punya blog

"blogging selalu memberi kepuasan. tak kiralah sedih.gembira, merajuk, benci, geram..semua dilepaskan pada blog sendri. ekspresi itu penting. if tk blogging rasa mcm membuak2 nk keluar. once entree dibuat...things got better. atleast for me. tak ramai yg tahu pasal True Wish List. hanya dibaca dikalangan sahabat terdekat. "

Sambungan ?? Minggu depan.. heheh.. klik gambar atas tu..

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

" Asyrafhamasaki nama samaranku aha minat ayumi hamasaki kot .. tinta bicara nama blog aku blog ni aku dah buat lama dah cuma aku tak aktif sebab kekangan ketika aku belajar dan kesibukan al kononye lah padahal malas ahahaha! titik. "

Kalah lak aku dia bebel.. huh ... korang g baca la sendiri ... huh..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Er... susah lak aku nak copy paste entri dia .. Best entri dia ... tapi disebabkan kebijaksanaan dia , maka aku biar korang je la masuk baca ek ..

Apa pun , best !!! Klik pic tu ..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

" Dalam dunia blog, saya menggunakan nama Azree Ariffin, yang juga merupakan nama pena dalam dunia penulisan. Memahkotakan “Hikayat Anak Kota” sebagai nama blog ini, secara asasnya saya menulis untuk mendokumentasikan segala kegiatan dalam apa jua bidang sekalipun. "

Ada sesuatu menarik minat aku di sini .. hehe ... bawah ni ha..

" Saya seboleh mungkin cuba untuk menulis menggunakan Bahasa Melayu yang betul dengan ejaan yang penuh, sebagai usaha kecil saya dalam menyebar-luaskan bahasa ke peringkat antarabangsa. Ia memudahkan proses terjemahan melalui aplikasi Google Translate yang dipasang di blog.

Harapnya, pembaca semua sudi bertandang ke blog saya dan kita boleh saling berkenalan dan bertukar pandangan dalam apa bidang sekalipun. Saya nantikan kunjungan anda! "


Hurmm.... aku rasa ... sahabat kita ni mmg patut kita bagi sokongan yang tak berbelah bagi !!! Yearghhhhhhhhhh... Hidup Bahasa Melayu !!! Hidup Melayu !! lalalala.. klik je gambar tu haa..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Nama samaran aku Bell. Nama blog aku pulak Laut China Selatan. tapi aku tiba tiba plak rase nak tukar nama tuh. sebab China dah kalahkan Malaysia! hahaha. tak tak.. nama tu diambil secara spontan! tiada bawak ape ape maksud pun! hmmm. aku start blogging since Januari tahun ni aku kire! hahaha. sebelum ni tak aktif pun! sebab busy dengan kehidupan sebagai student! now dah boleh rest so continue je lah! lagi pun aku tengok member aku si cikbanana begitu aktif sekali berblogging! hahaha.

Banyak persoalan yeeerr BELL ... hehe..biarlah semua itu rahsia .. hahahaa.. nak tau lebih lanjut pasal BELL ... klik pic tu ..tqqqq gengg..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
" Nama samaran yang digunakan adalah Miza Yusof. Termasuklah pada laman sosial Myspace, Friendster, Facebook dan Yahoo Mesengger. Nama belog juga adalah "Miza Yusof". Motif sebenar nama belog menggunakan nama sendiri adalah untuk menujukkan yang belog ini kepunyaan sendiri. Tiada sebarang perkongsian atau urusan jual beli mahupun pindah milik. Okay, sebarang isi kandungan atau pendapat yang disuarakan adalah hak milik dan buah fikiran oleh tuan empunya belog. Muktamad! "

Huh..muktamad konon.. mana adaa... g korang baca sendirik.. huh...
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Sebuah blog yang mempunyai 1000 makna tersirat dan tersurat ... perlu penghayatan bila membaca entri entrinya ... Sbb tu aku memilih blog ini sebagai BLOG PILIHAN BEN ASHAARI pada hari ini .. Aku harap kita dapat beri sokongan pada blog blog begini ...Terima Kasih ..
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Hehe.. ari isnin ari tu , aku balik umah mak aku kat Cheras .. Tujuan nak g gym dan ziarah diorg sekali la... Yelah , rumah tu mana ada lelaki dah ..kecuali bapak aku .. Tu dok masing masing dah cecah tahap emas .. Jadi sebagai anak lelaki , kena rajin turun g ziarah ..

Malam tu sebelum balik .. Mak aku ada bagi sesuatu kat aku .. Katanya cenderamata dari adik aku yang baru balik dari Gold Coast ,Aus.. Ermm... Dia kata sewaktu sampai sana , terus nampak menda ni lalu dibelinya terus .. hehehe .. Tqq ...

Taraaaa... terpampang nama aku .. Aku rasa ni maybe untuk BEN AFFLECK kot.. hehehe .. Ok la.. berkongsi nama .. hahaha ...

Ok ok..tamo panjang panjang .. korang ada kije nak buat kan.. teruskan yer...

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Salam.. selamat pagi ...

Aku tau ada blogger yang agak kurang berpuashati mengenai pembubaran blog list tersebut .. Ye lah , dah berkali kali buat kan .. takkan nak buat lagi .. heheh..

Gini , aku rasa dah 2 bulan JELAJAH BLOG ni aku buat ... Dalam tempoh 2 bulan tu , kita senantiasa dapat pembaca blog yang baru ... Jadi aku nak refresh semua ... Ibarat nak memberitahu pada blogger blogger baru yang tak tau .. Tu jer ...

Pada blogger blogger yang mana dah berkali kali buat entri pasal JELAJAH ni , dan segan nak buat lagi .. meh bagitau .. aku terus masukkan dalam list ... Tapi ingat , anda kerugian ....sbb aku rasa , setiap kali dan setiap hari , hampir 50% pembaca dalam blog aku ni adalah pembaca baru .. Tidak mahu aku memperkenalkan mereka kepada blog korang ? Tak mau ? ... ok ... kalau tamo , tak pe... meh url blog korang .. paste kat sini ... nanti aku up dalam blog list tu.. ;) ..

Jgn risau .. aku takkan pamerkan komen tu... Sbb niat aku hanya nak refresh ... pengenalan terkini ... pada blog yang lain lain ... Aku sendiri pun dah berkali kali refresh mengenai blog aku ni .. terpaksa buat kerana ramai yang tak tau .. Setiap hari byk blog baru lahir.. dah aku cuma nak berkongsi dengan korang ... Tu jer .... Susahkah ??
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

story begin..


alkisah..semasa cik asfz sedang khusuk berjalan2 dalam dunia maya(berinternet)..
tetiba cik asfz mcm terdengar sayup2 namanya dipanggil..
toleh ke kiri..toleh ke kanan..tiada orang..
cik asfz mula berfikir "ah, khayalan je tu.."

Huh .. sekali lagi aku fotong stim korang dok baca eh .. hehehe .. tak pe tak pe .. berjela dia tulis...cam biasa .. seterusnya .. klik mana ??? situuuu .. manaaaa ??? situuuu .. maaannaaa? haih.. kat gambar tu laaa
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (12)
    • ▼  Mei 2026 (2)
      • Pesanan buat sang isteri sebelum balik kampung !
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes