Yahudi - Menurut Al-Quran , Taurat dan Injil : 2

by - Rabu, Mac 03, 2010

Pada yang tak berkesempatan membaca bahagian pertama ari tu , boleh la berbuat demikian dengan memuat turun dari laman blog ini atau dengan menaip butang TURUN YAHUDI dan hantarkan ke 3299019 ...hehehe..acah je...sila klik >> sini untuk baca episod awal ...Tak baca rugi..hehehe ...

Hari ni aku baca bab ke dua....berapa muka surat je sebab perjalanan terasa cepat lak sampainya...Kena lak tu aku terlupa nak bawak kad id kerja...hehehe...Biasa la kan..'kadang- kadang aku terlupa " .. Di dalam bab ini , penulis buku tersebut membawa pembaca melihat beberapa perangai buruk bangsa Yahudi antaranya penakut , keras hati , kafir , fitnah memfitnah dan lain lain lagi..

Lihatlah bagaimana Al-Quran yg telah diturunkan begitu lama , menjangkau 14 kurun yg lalu , telah menceritakan perbuatan Yahudi ini.Cuba bayangkan Allah sendiri membongkar sifat keji mereka di dalam Kitab Suci Al-Quran.Bahkan , merekalah bangsa manusia yang paling keji di atas muka bumi Allah.Apa tidaknya , tidak terdapat satu bangsa pun yg dibicarakan oleh Allah di dalam Kitab Suci-NYA kecuali 2 bangsa ...iaitu bangsa yang dimurkai ( Yahudi ) dan bangsa yang tersesat ( Kristian ) .

PENAKUT

Aku ringkas kan ekkk...

Penakut adalah sifat semulajadi yg terdapat dalam diri org org Yahudi. .Di dalam Surah al-Maidah :21 , Allah memerintahkan Musa bersama sama kaum Bani Israel , berperang menentang kaum yang berada di Palestin.Namun mereka takut dan enggan.Seterusnya mereka hanya mengharapkan Musa dan dua orang pengikut setianya bersama TUHANnya saja pergi berperang.Sedangkan mereka hanya duduk berpeluk tubuh.

Firman ALLAH S.W.T :

Maksudnya : " Musa berkata : Wahai kaumku , masuklah ke Tanah Suci ( Palestin ) seperti yang telah diperintahkan oleh ALLAH kepada kamu.Janganlah kamu berundur ke belakang.Jika kamu berundur , pasti kamu kelak menjadi orang orang yang rugi di dunia dan akhirat " - Surah al-Maidah : 21

Mereka menjawab: Wahai Musa, di dalam negeri itu ada kaum yang gagah perkasa .Oleh itu kami tidak akan memasukinya sehinggalah mereka keluar.Jika mereka keluar daripadanya , kami pasti akan masuk ke negeri itu.

Di sebabkan mereka enggan berperang , ALLAH telah menyesatkan mereka selama 40 tahun di padang Tehh ( Saina' )

Setelah 40 tahun , barulah mereka dapat memasuki Palestin.Tetapi mereka hanya tinggal sebagai pelarian yang menumpan g di tanah itu.Mereka masuk ke bumi Palestin di bawah pimpinan Yusaak bin Nun.Beliau ketika itu merupakan khalifah yang dilantik selepas kewafatan Musa dan Harun a.s. Setelah hampir 400 tahun mereka hidup sebagai pelarian di Palestin , mereka memohon utk kali kedua kepada ALLAH supaya disyariatkan semula kepada mereka perintah berjihad mendapatkan bumi Palestin . Namun ALLAH menolak permintaan itu.

Begitulah gambaran Al-Quran mengenai sifat semulajadi bangsa Yahudi,. Hakikatnya ketakutkan itu sentiasa wujud dalam diri mereka.Lihatlah apa yg berlaku semenjak Rasullullah s.a.w dan para sahabatnya , pelbagai tipu helah dan tipu daya diatur oleh mereka yang terlalu bimbang dengan kekuatan Islam.Sekarang ini , mereka sanggup membunuh golongan yang beriman dengan mengunakan alatan yang canggih .

Adeh..panjang...ok...sampai situ aku baca ...Tajuk seterusnya KERAS HATI , DERHAKA dan PENJENAYAH ..tu nanti nanti la pulak ek..huh

Begitulah secara ringkas aku taipkan kat sini ...panjang woo..aku cadangkan korang cari n beli buku ni.Berbaloi baloi..

You May Also Like

3 comments

  1. Ben...tiap2 malam koo tulis mcm nie ek...haha, nampak sangat laa malas nak membaca...bukan apa, Ben tulis lagi menarik laaa...cececeee.. kembang nampak!!....

    BalasPadam
  2. hahaahha...tulis mengarut je la mat gebu...makaceh makacehh..

    BalasPadam
  3. Memang bestlah baca tulisan Ben ni. Ternanti2 episod seterusnya... Ni yg nk singgah sikmo ni... Mekaceh Ben. Teruskan menulis ^__^

    BalasPadam