BEN ASHAARI



Minggu lepas , satu pertandingan bina badan diadakan di KLANG PARADE ... tamat je pertandingan , terus aku update dalam blog sbb aku pasti ramai akan mencarinya nanti ...

Maka hasilnya , sehingga kini , antara keyword yang mendapat hits tertinggi ialah MR KLANG 2010 ... Dan di YAHOO search engine , blog aku menduduki tangga teratas .. ok la kan... sbb aku rasa ramai tak update sangat pertandingan bina badan ni ..

Kesimpulannya , blogger mesti pantas mengupdate sesuatu peristiwa terkini kerana pasti ramai mencarinya ... tu je..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Satu hari sedang sepasang lalat makan tahi ...

Tibe2 si isteri lalat b'suara "bang ,nape kite hari2 makan tahi?"

Suami pun menjawab "isshh..jangan cakap bende2 kotor mase makan........tak baik"
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Salam ..

Selamat Pagi ... Huhu.. leganyer .. semalam tidur awal... 1030 tidur dah... malas nak tngok tv walaupun ada satu citer Jerman tu best giler ,FULL THROTTLE. ..hehe..tak sempat tengok abis..

Ni baru fresh jer kepala .. pening pun tak de.. Alhamdulillah ... Aku jengok ke KELAB BLOGGER .. ada penambahan ..Ada blogger yang sokong dengan membuat entri ... antaranya ..

MAT GEBU
SITI RAHAYU
LELA LELORD
FIRSYA MELISSA
MISS IZAH
HONEY
dan ramai lagi .... ada yang aku terlepas pandang ... Aku minta maaf yer... Pada yang aku perasan tu , jutaan terima kasih .. aku sendiri pun telah mengiklankan di blog DENAIHATI ...bila dah naik , semua dapat keuntungan... jadi tempat rujukan mencari cerita cerita terkini.. kan kan .. Terima kasih sekali lagi ...

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
klik gambar untuk ke KELAB BLOGGER

Hari ni aku nak gunakan logo ni pada KELAB BLOGGER di FACEBOOK ... Tujuan kelab ni adalah untuk mengumpulkan semua blogger dalam satu 'pondok ' dan memudahkan untuk promote entri masing masing ... disini juga boleh diadakan diskusi ... dan yang paling penting ialah , penyebaran maklumat secara pukal... Jika ada sebarang maklumat terkini , boleh disebarkan dengan satu mesej saja ..

Kenapa aku letak nama BEN ASHAARI di tengah , aku tak nak kaitkan dengan mana mana pertubuhan blog atau web yang lain ... bila ada idea lain , insyaAllah akan ditukar ganti logo ini.. Buat masa skang , aku guna yang ini .. Harap disebarkan kepada blogger atau pembaca yang berminat nak join .. Mari kita jadikan ...

BLOG ADALAH SUMBER MAKLUMAT TERKINI !!

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Memula aku tak percaya gak dengar ... Takkan sampai pemain bolasepak terkemuka dunia gitu sekali .. aku rasa dah berkali kali diulang tayang tapi aku je tak dengar betul betul ... Tadi , aku dengar sekali .. Haah.. dia sendiri mengaku rambut dia berkelemumur !!!! .. Camana tu ??

Pepeluhan di kepala boleh menyebabkan kelemumur .. ermm... dasat gak tu ... Tapi orang cam dia , takkan gitu kot ? mesti la dia rajin g spa ... buat rawatan kecantikan gitu ... Tapi penyelesaiannya mudah sekali... tak sampai rm10 rasanya kot untuk size kecil .. huhu... Skang gak aku nak g beli.. hahaha....

Mangsa syarikat pengiklanan ni .. duit mmg masyuk tapi tak pasal pasal peminat pk rambut dia berkelemumur.. hahaha.. ..er .. nak tau ke sapa ??

heehheeh.... saja je guwau... dah dia kata rambut dia berkelemumur... aku bagitau jee.. heheh... jgn marah aaa ...

Oh ya... pada yang belum join KELAB BLOGGER , jommm join .. klik je logo ni ..


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Best sangat ke merokok ? Celik celik mata , cari rokok ... Sebelum makan ,hisap rokok.. selepas makan hisap rokok... Baca surat khabar pun merokok.. masuk tandas pun merokok... kat kedai makan pun merokok ..Di mana mana saja pasti merokok ..

Ditegur marah ... Tak tegur , kita lak jadi mangsa .. Diberitahu haram , masih buat dek .. Kata anti ISRAEL .. tak tau ke antara penyumbang dana utama ISRAEL datangnya dari rokok ?

Kalau tak kisahkan nyawa sendiri , cuba cuba hormat orang sekeliling yer ..
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Kalaulah pasukan Malaysia layak ke Piala Dunia 2010 , camana ek ? Korang sanggup g Afrika Selatan untuk memberi sokongan ? Atau sekadar ke hulu ke hilir memakai jersi pasukan kebangsaan ? Atau membuat entri di dalam blog ? Atau pun menulis status di FACEBOOK atau mana laman sosial ? Atau sekadar berdoa ? Atau buat solat hajat ?

Macam macam cara ada bukan ? Bagi aku , apa saja cara menunjukkan kita menyokongnya , tidak salah.. asalkan jangan keterlaluan .. jgn sampai huru hara dah la kan ... sokong sokong gak .. yang penting jgn lupa kewajiban dah la yer ...

Bagi aku , semua tu bertujuan untuk menyatukan.... tak kira depan tv, dalam FACEBOOK .. atau mana mana saja... kalau dalam facebook tu , boleh menulis status ... atau tukar gambar profile ..semua tu menunjukkan tanda sokongan .. betul tak ?

;)
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya. Isterinya terhenti sebentar.

Dia merenung lelaki itu lalu berkata, " Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.

" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

**Lawak-lawak ari ni aku kutip 4 tahun lepas dalam web...bukan hakmilik aku yer...tak ingat sapa punya tah
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Huhu..tak sangka lak aku leh dapat no 1 untuk referral tertinggi bagi satu pertandingan khas di blog DENAIHATI ..

Rezeki.. walaupun RM1 , ianya tetap rezeki ...

pinjam dari Denaihati

Pertandingan yang aku maksudkan tu ialah pertandingan menulis esei.. masih dibuka lagi .. Nak join kah ? lumayan tuuu.. dapat laptop lagiii .... nak tengok peraturannya ? meh sini

Pada yang nak tau lebih lanjut tentang hadiah yang aku bakal terima tu , meh sini
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
bantu kami blogger picisan untuk menentang kezaliman ISRAEL LAKNATULLAH

tiada daya yg mampu ku kerahkan
tiada kekuatan yg dpt ku lemparkan
hanya doa yang mampu ku berikan

ya Allah
selamatkanlah pejuang pejuang shuhada yg mempertahankan agamaMU di PALESTIN..
permudahkanlah org2 yg memperjuangkan kebenaran
dan
selamatkan serta permudahkanlah perjalanan misi keamanan utk gaza..
bantulah kami hambaMU yang lemah ini..
hancurkanlah kerajaan ISRAEL LAKNATULLAH sebagaimana mudahnya kau hancurkan tentera bergajah ABRAHAH..
sesungguhnya tiada kekuatan yg dapat mengatasi kekuatanMU..
dan sesungguhnya Engkaulah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Amin ya robbal a'lamin..



"senjata org2 mukmin itu adalah doa"

mungkin sokongan kepada kempen ini tidak dapat membuatkan anda jadi kaya, menambahkan bilangan follower anda dan meng upkan trafic anda, tetapi sebagai blogger picisan seperti kami, ini yang kami mampu lakukan sebagai tanda mengecam kezaliman ISRAEL terhadap saudara seagama kite.

apa guna follower berjuta juta
kalau xboley tolong setel kempen picisan ni??

entri dari sini
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Erk.. dulu Jon Todt ( bekas ceo FERRARI F1 ) join MM2H ... skang 'dia' ni lak ? Huhu.. Sapa dia ni ? Er... tu tak leh la nak habaq sebab masih dalam perbincangan .. tak leh bocor rahsia..huhuh...

Jon Todt bersama tunangnya sewaktu hadir ke Unit Imigresen , MM2H

Sempat bergambar kenangan

Apakah kelebihan join MM2H ni ? Tu korang leh baca kat web MM2H sendiri .. program ni adalah program kerajaan yang mengalakkan pelancong / expat duduk di malaysia dengan lebih lama lagi .. ada kelebihan lagi ... hehe..

Sektor pelancongan adalah antara penyumbang terbesar ekonomi pada negara .. Dengan penyertaan nama nama besar , diharap mereka ini akan mempromosi segala kempen kempen kerajaan agar dapat menjana ekonomi negara lagi..

Sapa lagi pas ni nak join pas ni ??
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Tunggu punya tunggu ... mula mula penjaga garisan je layak ke Piala Dunia FIFA ... skang ? Haaa... Tak dapat hantar team pun , dapat hantar pengadil pun jadi laaaa..

Bayangkan..baru hantar pengadil , kita dah berbangga habis... Kalau hantar team ? fuh... abisss tiket kapal terbang penyokong beli... Huhu.. Semangat penyokong senantiasa berkobar kobar... Semangat pemain ? hehe.. jangan la asik dok tackle artis je bang oi... tackle la bola tu haaa... baru mabeles..kan kan ... ;)

Apa pun , tahniah buat abang pengadil kita .. semoga mengharumkan nama malaysia di sana nanti ... harap harap dapat adili perlawanan dengan sebaiknya .. InsyaAllah ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
klik untuk ke blognya

Blog nie saya buat tanpa disengajakan just untuk mengisi masa yang terluang saja. Boleh dikatakan blog ini merupakan tempat luahan perasaan saya yang masih lagi muda. Blog nie lebih kepada cerita peribadi. kira macam buku dairi laa. tapi dulu guna buku nak tulis dairi. sekarang nak tulis dairi senang je, duduk je depan pc bukak web blogspot.com dan daftar. lepas tu tulis je apa pun yang nak tulis. kan kan kan.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
klik gambar untuk ke blognya

Lebih selesa dengan panggilan 'Lisa' ataupun 'Lyssa' ~ sama je pun sebutan nye..hehe
Tapi kat rumah mak suka panggil 'Eca' and ayah lak panggil 'Neneng'..
haaa jangan dok pikir lain lak ok..
'Neneng' tu bahasa Filipino yg bermaksud Little Girl,
walaupun si anak dia ni dah umo 21 ayah still panggil lisa dengan gelaran tuh..huhuh
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada ayahnya:

Ayah, Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih.

Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda, Sarip.

p/s : Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.


Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas:-

Kepada Sarip, "Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"

Dari Ayahmu
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Ada sorang bekas samseng tu dia dan wifenya jual cucur udang setelah dia insaf dan tidak mengaktifkan dirinya dalam bidang kesamsingan lagi... setelah beberapa tahun berniaga maka terkenallah cucurnya seantero negerinya...

Dan pada satu ari dgn tiba2 datangla sekumpulan manusia yg jugak samseng sepertinya satu ketika dulu hendak merasa sendiri kelazatan cucurnya seperti yg diperkatakan ramai makhluk... maka sekumpulan samseng tu pun memborong habis kesemua cucurnya...

Dengan lahapnya ketua samseng tu merasmikan dulu merasai cucur tersebut...dan dengan tak semene2 ketua samseng tu pon kata...

" Dah banyak ketul aku makan cucur ni... tapi satu ekor udang pon aku tak nampak"

Dan penjual cucur udang rasa bengang tahap maksima apabila disindir begitu... dia pun selinsingkan lengan baju dan berkata dengan selambanya...

"Ooooo... cucur udang aku takde udang.. korang bising... tu... orang yg jual cucur badak tapi takde badak...korang tak bising pulak"

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Bosankan bila lelaki merajuk ? Bukan skit skit merajuknya .. leh sampai berhari hari .. Apa yang boleh menyebabkan lelaki merajuk ? Apakah cara paling berkesan nak membuatkan lelaki tersenyum kembali ?

Ada banyak cara dan banyak petua ... Paling berkesan ... bila lelaki merajuk , perempuan ,jadilah 'air cond '... kasi sejuk... jangan kasi panas lagi... atau bila lelaki merajuk , perempuan pun sibuk gak nak merajuk .. tak ke haru ?

Rasanya kalau suami isteri , rasanya diorng mesti tau camana nak pujuk .. Kalau couple ? Camana nak pujuk ? Aku pasti ramai perempuan amik jalan paling selamat iaitu ..' wat dek jeeer ' ... kan kan ...

Cam contoh gambar ni ... Si lelaki tu tak abis lagi merajuk ... Perempuan tu lak merajuk... Dah tu , kalau dua dua merajuk ??? Ana kawin tigaaa.. hahahaha ..

Entah ler.. bagi aku , skit skit merajuk dah la.. Kalau suami isteri tu , merajuk toksah la sampai lupa tanggungjawab tu... ala kadar je merajuk .. Istighfar banyak banyak .. Nanti dok 'berperang dingin' je , silap silap , ada yang 'mangkat dijulang'' .. haaa..baru nak nyesal.. sementara depan muka tu , bawak bawak bermanja....

Bermanja bermanja gak.. tapi jgn sampai ada yang dapat sakit jantung atau darah tinggi... kang bermanja kat tepi kubur lak... huhu... tak pasal pasal dpt title .. kan kan ..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
klik gambar untuk ke KELAB BLOGGER

Hari ni aku nak gunakan logo ni pada KELAB BLOGGER di FACEBOOK ... Tujuan kelab ni adalah untuk mengumpulkan semua blogger dalam satu 'pondok ' dan memudahkan untuk promote entri masing masing ... disini juga boleh diadakan diskusi ... dan yang paling penting ialah , penyebaran maklumat secara pukal... Jika ada sebarang maklumat terkini , boleh disebarkan dengan satu mesej saja ..

Kenapa aku letak nama BEN ASHAARI di tengah , aku tak nak kaitkan dengan mana mana pertubuhan blog atau web yang lain ... bila ada idea lain , insyaAllah akan ditukar ganti logo ini.. Buat masa skang , aku guna yang ini .. Harap disebarkan kepada blogger atau pembaca yang berminat nak join .. Mari kita jadikan ...

BLOG ADALAH SUMBER MAKLUMAT TERKINI

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments
klik gambar untuk ke blognya

Nama samaran saya Siti, kalau nak taip tu, Ct sudah laa.. Protect laa cikit tangan tu.. Hehee.. ;) Nama blog saya pula Coret-coretan Cik Ti :).. Kalau free, jalan2 laa ya di blog saya... :) [Hehee sempat lagi promote... ;)] Latar belakang blog saya?? Blog saya dilahirkan pada April 2009 [da agak tua daa.. Hehee.. ;)].. First time saya buat blog, saya tak faham langsung nak edit profail macam mana..., nak design blog macam mana.., dan waktu tu pulak, entri saya kebanyakannya adalah berkaitan kehidupan saya, seolah2 macam diari gitu.. ;) Kini saya da taw banyak jugak perkara tentang blog.. :) Alhamdulillah... :) Jadi kini blog saya bukan hanya berkaitan personal, malah turut di muatkan dengan isu2 semasa dan lain2 lagi.. :)
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Zul Huzaimy

Dulu aku cukup tak suka tengok lakonan dia .. Suka benar berlakon jadi samseng .. Kalau tengok je muka dia kat tv ngan watak jahat , aku pasti tukar ke chanel lain..huhuh... Mmg meresap benor lakonan dia ...

Semalam , aku tengok drama bertajuk " SALAM TERAKHIR" .. sangat best ... mmg menjadi watak baik n coolnya ... Tidak terover bila jahat dan bila baik .. Jadi baik aku , dia mmg seorang pelakon yang bagus ...

Aku rasa dia antara pelakon yang bakal mengantikan tempat Rosyam Nor satu hari nanti ... InsyaAllah ...
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
klik gambar untuk ke blognya

" berasal dari kemaman,terengganu...berusia 24 tahun, saya safiahafsah shaharuddin. (gaya pengacara jemputan nona memperkenalkan diri.haha).kenali saja saya sebagai safia/soffya/cik bulan...cikgu?ye, bakal cikgu dan baru saja menamatkan sesi praktikal di sri gombak. oleh sebab itu catatan saya banyak tentang diari cikgu dan kehidupan seharian.ada juga tentang tips,blog, cerita-cerita kelakar, cerita artis dan filem serta isu-isu semasa.
"
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
klik gambar untuk ke blognya

" ak pon start ar blaja wat blog nie dri beliau..layout pon ak crik dri dye..hehehhe...aku pon ad gak terpikir,,ap gnenye blog ak nie sbnrnye?????cm xde gne pon ad...but the truth ble ak ad prob or ak buhsan thp maximum,,ak akn on blog n mle ar berjln2 crik blog len yg best smpai one day...... "
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
dari MINDA PENGARANG BERITA HARIAN ONLINE

TINDAKAN kejam Israel sekali lagi menerima kutukan keras masyarakat dunia apabila komandonya melakukan serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan - Mavi Marmara, yang mengorbankan 19 sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), di luar perairan Gaza awal pagi kelmarin.

Dunia seharusnya melabelkan perbuatan komando Israel itu sebagai tindakan pengganas seperti yang sering diberikan kepada umat Islam yang melakukan sesuatu yang dianggap bertentangan dengan cita rasa Barat, khasnya kuasa besar.
Mempertahankan perbuatan terkutuk Israel membuktikan dengan jelas sokongan kuasa besar dunia terhadap negara itu. Atas nama perikemanusiaan, tidak ada sebab komando Israel itu menyerang kapal yang membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan termasuk ubat, makanan dan pakaian untuk keperluan 100,000 penduduk Palestin di Gaza yang dikepung sejak dua tahun lalu.

Serangan itu membuktikan sikap Israel yang terus bermaharajalela tanpa mengambil kira perasaan masyarakat dunia. Israel yang dibentuk Britain pada 1947 dan mengisytiharkan kemerdekaan setahun kemudian itu, tidak pernah mematuhi mana-mana peraturan dan undang-undang dunia.

Alasan Israel komandonya terpaksa menembak mangsa untuk mempertahankan diri, adalah tidak masuk akal.

Masyarakat dunia mengesyaki serangan itu sememangnya dirancang berasaskan kepada sikap negara itu yang tidak menghiraukan pandangan antarabangsa untuk mewujudkan keamanan di Asia Barat. Israel sedar, walaupun dunia mengutuk tindakan mereka, tetapi selagi ada kuasa besar yang membela mereka, ia sedikit pun tidak menjejaskan kedudukan mereka. Sekiranya Israel menganggap kapal yang mereka serang itu membawa senjata, ia adalah alasan yang sengaja direka-reka. Sepatutnya, Israel melihat kesediaan sukarelawan dari seluruh dunia memberi khidmat kepada penduduk Palestin atas sifat kemanusiaan.

Sekiranya masyarakat dunia mempunyai rasa simpati terhadap penduduk Palestin, tentera Israel sepatutnya memudahkan laluan mereka, bukan melakukan serangan. Adalah lebih baik rakyat Palestin berkenaan menerima bantuan secara tersusun daripada membiarkan mereka menggali lubang di sempadan Mesir untuk membawa masuk makanan dan ubat. Tidak timbul soal mereka melakukan perbuatan subversif menyeludup senjata.
Dunia perlu melakukan sesuatu dan tidak boleh melepaskan Israel bebas tanpa sebarang tindakan. Kewibawaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga akan tercemar jika menganggap perbuatan Israel itu hanya tragedi. Tidak guna mengadakan sidang tergempar sekiranya tidak berani bertindak secara adil.

Dunia akan memerhati apa juga tindakan PBB dalam hal Israel ini. Adalah pasti bahawa tindakan komando Israel dilakukan berasas kepada ‘lampu hijau’ diberikan mereka yang berkuasa di bumi Yahudi itu. Perbuatan mereka itu adalah tambahan kepada satu lagi episod kekejaman ke atas rakyat Palestin. Tanpa bergantung kepada PBB, kita berharap blok negara seperti ASEAN, Liga Arab, Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Pergerakan Negara Berkecuali dan Kesatuan Eropah memanggil sidang tergempar bagi menyatakan pendirian berhubung tindakan Israel itu.
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Semalam aku baca MALAY MAIL .. ternampak kisah ni .. kat Guatemala... Aku tengok gambar ni pun dah gayaatt... huhu ...

Gambar ni aku amik dari blog BORAK KOSONG 72 ..kalau nak tau lebih lanjut , masuk ler blognya




Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Salam ...

Sakit kepala ni menjadi jadi lak kebelakangan ni .. ni baru pas telan ponstan .. tak tahan sangat.. takkan nak mc lagi .. Aku pun tak tau nape sakit kepala... ni nak bukak mata pun rasa cam pedih jer .. Adakah disebabakan cuaca panas ? Tensen ? Tak rasanya ... tekanan darah naik ? Tak check lagi ..huhu..

Semalam , ada kawan opis aku cerita pada aku bagaimana penyakit darah tinggi memberi kesan pada makciknya .. Makciknya yang berusia 60an seperti baby baru lahir .. tak kenal sapa sapa.. Malu malu pada orang walaupun pada anaknya sendiri .. Menurut doktor , salah satu urat di otaknya tidak mendapat bekalan darah disbbkan mengalami kerosakkan .. Menurutnya lagi , makciknya terpaksa memakan ubat sebanyak 20 biji sehari .. Belanja untuk ubat ubatannya pula menelan kos RM1500 - RM2000 sebulan .. huhu...

Ada yang memandang ringan penyakit darah tinggi ni ... sbb kesannya bukan sekarang tetapi akan datang ... kerosakkan pada otak , jantung dan buah pinggang ... huhu..

aku antara orang yang malas makan ubat.. camana tu ?
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Semalam disisi ..
Gurau senda diselangi ..
Tawa rindu diselami ..
Kasih sayang disemai ..

Semalam disisi ..
Segalanya indah belaka ..
Kau ku sayang
senantiasa meniti dibibir ..

Namun hari ini ..
Kerna setitik cuka ..
Rosak segala kenangan lalu ..
Seperti tiada pernah berlaku ..

Andai kata inilah yang terakhir..
sesungguhnya cinta ini ..
biarlah bersemadi bersama ku...
sambutlah salam terakhir dariku ..
salam teristimewa ..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
hUrmm... Sepanjang 8 bulan aku berblogging , ni kali pertama aku jumpa blog yang unik ..huhu... kreatif kreatif.. hahaha..

" tiada kata seindah bahasa,kan? so meh aku kenalkan diri dulu.. nama? kasih. bukan nama samaran, kasih ialah habibah dalam bahasa arab.ya terima kasih mama dan abah sebab bagi nama yang sangat klasik pada aku.

blog ni wujud sejak setahun yang lalu..sebab aku suka menulis..aku tulis apa aku rasa, dan apa yang aku perhatikan dalam kehidupan dan juga masyarakat. aku bukanlah seorang yang mudah ikut flow, aku jenis sound direct bila something tak kena..macam entry seksi seksa, dan muka lawa, bertudung tapi g-string.. "




Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Blog ni bernafas sejak November 2006.. bermula dengan nama blog "Coretan Perjalananku" hinggalah ke hari ini.. memula tu saje buat blog untuk diri sendiri.. tak pernah sekali pun war war kan kat kawan2.. sedara mara pun tak penah.. saje syok sendiri.. macam diari la gitu.. dulu selalu baca blog joe perantau.. itu pun sebab terikut husband yang hari2 bukak blog joe perantau.. dari situ agaknya mula berminat nak buat blog sendiri.. sebaik aje berenti kerja masa tu, dah banyak sangat masa kan.. mula lah bertatih belajar macamana nak masuk gambar.. nak buat itu.. nak buat ini.. dan kadang-kadang sebab terlampau ralit cari template.. sedar2 dah subuh.. adusss.. mulut husband dah mula la berkicau.. memula pelan-pelan.. lama lama sakit telinga ngan hati ni dengar hahahah!! salah sendiri kan.. telan jer la..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Huh, nama panjang aku durratul ain a/p hamzah, agama islam ok! nama samaran aku ada banyak ain, epy dan paling glamer di uni adalah d.a. Blog aku ni overally personal la. Tapi, sedikit sebanyak aku dah menyelitkan tutorial dan tips. begitu juga dengan artikel, tidak begitu personal seperti saat pertama aku dulu. aku cuba selitkan dengan sedikit dua dikit info.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Nama samaran saya : Leeza

Nama blog saya : Love Journal of HazlizaHusaini’S Family

Latar Belakang Blog :Blog saya ni lahir pada May 2009. Blog saya ni sangat caca merba..semua yang saya rasa saya nak tulis..saya nk wat entri..saya akan taip kat sini..Kebanyakan nya mesti la pasal kisah-kisah parent,anak-anak,rumahtangga,hobi dan kadang-kdang ada juga saya bercerita pasal blog tutorial..Tu pun kalau ada yang bertanya..Kalau tak dak yang bertanya,saya tak wat sebab nyer…saya pun masih lagi belajaq bab-ba blogging ni..Kalau ada yang nak tips-tips dalam rumahtangga,sangat senang nk cari tips cam ni kat blog saya..sebab saya suka letak tips camni,untuk diri saya dan untuk semua kawan-kawan blogger..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Aku baru dapat dari FACEBOOK ... MARI KITA RAMAI RAMAI LAKUKAN !!!

Tunjukkan SOKONGAN ANDA dengan MENGGANTI semua foto profile anda menjadi warna HITAM (bukan paksaan) sebagai tanda prihatin & belas kasihan..Kapal kemanusiaan yang membawa bahan bantuan untuk warga Palestin di serang dan di tembaki oleh pasukan Israel, sampai saat ini tercatat 30 orang sukarelawan kemanusiaan terluka/meninggal, terdapat sekitar 12 warga Indonesia dan 2 org M'sia di kapal tersebut yang belum diketahui nasibnya.

Berikut adalah nama-nama rakyat Malaysia yang menyertai Misi Talian Hayat Untuk Gaza (LL4G) yang berada di atas kapal penumpang “Mavi Marmara” milik IHH, Turki ketika diserang oleh komando laut Israel di perairan antarabangsa hari ini.

1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUAN Palestin

2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUAN Palestin

3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUAN Palestin

4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUAN Palestin

5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUAN Palestin

6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif

7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal

8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)

9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care

10. Mustafa bin Mansur, MAPIM

11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO

12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Mustafa Mansur yang mewakili MAPIM menaiki kapal Mavi Marmara pada 29hb Mei setelah kapal Challenger II yang dinaiki beliau mengalami kerosakan di tengah perjalanan.

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

" Ingin dikenali sebagai Cikgu Isza dalam dunia blog ni. Isza tu hanya nama samaran walaupun bunyi-bunyi tu ada persamaan dengan nama sebenar. Blog ni wujud bila saya mula membina minat di alam maya. Baru berjinak-jinak dengan dunia internet. Masa mula pasang internet.. penuh pertanyaan internet ni nak guna untuk apa lagi? Memang saya ketinggalan mengenai ini di dunia sebenar.

Memikirkan apa imej yang perlu saya bawa akhirnya saya memilih untuk menceritakan tentang perkara terdekat dengan saya. Peribadi.. sekeliling...kerjaya. Sebagai guru yang mengajar matematik saya cuba mewujudkan entri belajar matematik dengan harapan sedikit sebanyak dapat membantu blogger-blogger dalam mendidik anak-anak mereka. Tidak bertujuan memperlekehkan... kita perlu faham kehendak sukatan pelajaran kini tidak lagi sama dengan zaman kita dahulu dan ianya akan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. "

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
" nama saya ita... nama blog ita My Life Story Book??? nape My Life Story Book?? sebab ita suka bercerita... ita suka bercerita pasal kehidupan ita.. pasal keadaan ita.. ita juga suka share something yang ita tau dengan kawan² blog ita... mungkin jugak sebab tahi lalat kat bawah bibir belah kanan ita ni kot membuatkan ita suke sangat bercerita... sebab tu la ita buat keputusan utk jadik blogger... lagipon, dengan berblog, ita dapat share pendapat, mendapat maklumat, menambah kawan.... ita baru je 4bulan 20hari jadik blogger ni... belom tahap pro lagik... masih lagi merangkak²... tak seotai rakan² yang lain... selain tu, sebenarnyer ita suke menulis... sebenarnya, time study dulu, ita ade menulis... i mean, taip.. tapi, tak pernah print @ kasi sape² baca.. skang ni da kurang masa sket utk menulis... sebab tu la ita prefer blogging... kan bagus... sume orang boleh baca.. sume orang boleh komen.. kan boleh "

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments




Member aku yang memakai no 4 , berjaya mendapat no 2 dalam kategori bawah 70kg..Tahniah DIN... huhuhu..
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments


Akhirnya tiba jua... setelah seminggu tunggu ... cenderamata dari NOORAKMAL AZREN sampai jugak atas meja aku...

Buat pengetahuan korang yg berminat nak tau .. NOORAKMAL AZREN adalah kenalan FACEBOOK aku ... ;)

Terima kasih sekali lagi diatas hadiah tersebut ... huhu...
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Salam ... selamat pagi ...

Senyum.. senyum .. senyum ... Jika anda rasa tertekan , lihatlah suria diwaktu pagi..lihatlah kesegaran pohon pohon yang kehijauan ... tariklah sedalam dalam nafas .. hembuskan dengan perlahan ...

Jika anda rasa diri anda malang , bayangkan mereka mereka yang lebih malang dari anda .. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmahnya ... Kita adalah pengembara di bumi Allah ini.. Bila bila masa kita akan dipanggil pulang.. Oleh itu , senantiasalah bersedia menghadapinya ... Ia datang tanpa mengira waktu ...tanpa bau ...

Nikmati kehidupan ini dengan rahmat-NYA ... dengan penuh keceriaan ....dengan penuh kesyukuran....

;)
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Satu dunia tau USA dan ISRAEL adik beradik ... bersekongkol dalam apa jua perancangan menghancurkan umat ISLAM ..

Tadi dalam berita , menunjukkan beberapa negara di dunia mengutuk serangan tentera ISRAEL .. Berani sbb tau sukarelawan tidak mempunyai senjata ... huh... Dimana USA ? Hehehe.. dok tersengih kot sambil makan pizza ...

Beberapa pertubuhan dunia dah pakat nak buat mesyuarat ... nak KUTUK SERANGAN ISRAEL .. tu je ke ??? kutuk je ? Mana ada negara berani serang ISRAEL sbb dibelakang ISRAEL tu USA.. yang berani mencabar pun LUBNAN ..tu pun tunggu masa je US nak serang .. haih... negara negara Arab yang lain ? Takut ? Harap negara kerdil seperti Malaysia je ke untuk bersuara ?? Tu pun kalau tengok , sapa dibelakangnya ? hurmmm ...
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Waaaaaaaaaaaaaaaaa... Tumpang bangga aku nehhhh .. hahahaha... tahniah tahniah CMG..

10 minit sebelum kejadian ini..

Aku naik atas .. ada satu sms.. aku bukak .. aku baca .. tengok nama... UMMI ZAIHADI .. erk..dari kak ummi ....berbunyi .. " Salam Ben .. tgk isu panas kat blog akak.. hahaha.. "

Erk... takkan blog kak ummi pun kena serang ... ok la.. aku pun bukak je la ... pasang broadband yang mana line dia cam line adidas tu.. huhu .. terus ke blog kak ummi ... HOME SWEET HOME ...

Terkedu aku bila membacanya .. Huhhuuh.. abis laaaa MAT GEBU pasni .. malatop latop pasni ... jangan pinggan mangkuknya malatop sekali dah la yer ..hahaha...

Aku baca dah.. kalau korang nak baca ... sini
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Huh...makanan apakah ini ? nasi goreng apa masin sampai gini sekali ? Ala.. asik asik kari.. kari kari kari ... takde makanan lain ? Apa kata sesekali kita makan makanan ala barat lak ... Kita buat bbq nak hujung minggu ni ? Erk... nape masak banyak sangat ni ? kan dua orang je nak makan ? nanti tak abis nak wat pe ? Ler , takkan nasi ngan ayam je ?? Boring laaa..


Tahukah nun di sesetengah negara di Afrika hanya menggumpalkan tanah kering lalu di berikan pada anak mereka untuk makan dengan menganggap tanah itu sepotong kek ?
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Cantik tiada tandingan
muncul selepas hujan
sayangnya makin dikejar
semakin jauh ianya pergi


Pelangi oh pelangi
Hadirmu hanya selepas hujan
walaupun hanya seketika
namun kehadiran mu itu
bisa mengukir senyum di bibirku

Bila dikejar pelangi itu
aku semakin sedar
pelangi indah ini dugaan Allah
memberi sejuta pengertian

Sesungguhnya pelangi itu
sekelumit dari ciptaanNYA
kerna nun di sana kelak
keindahan sedang menanti
atau kesengsaraan bakal diperolehi ..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Bila melihat kemungkaran di depan mata yang mana dilakukan oleh kawan rapat kita sendiri , adakah patut kita diamkan diri atau tegur ?

Kebelakangan ini aku lihat ramai begitu ... mereka takut nak menegur disebabkan dek diikat oleh tali persahabatan .. Jika menegur , silap silap putus kawan .. kalau tak tegur, dosa menanti ... Ramai sanggup pikul dosa dari hilang kawan ..

Bukan tak nak tegur ,tapi harap satu hari nanti diorg akan berubah sendiri... Erk.. camana diorg nak berubah sendiri kalau takde orang nak tegur ? Apa guna seorang kawan jika membiarkan sahabatnya sendiri bergelumang dengan dosa ? Adakah itu namanya sahabat? Kalau tak nak tegur , aku rasa perli skit skit bagi terasa dah.. kalau dia tak reti nak faham gak , kena bagi faham ...

Kawan semasa gembira ramai ... Bila menangis ? Cari kawankah ? Mmg akan cari kawan .. kawan masa ni akan nasihatkan , sabar je la ..sabar je la ... berapa ramai akan berkorban pada masa ni ? Skit je ... selebihnya , " aku tengah bz ni.. nanti aku call balik .."

Aku ada satu nasihat ... TRUST NO ONE ... KAWAN BAIK ANDA ADALAH MUSUH PALING KETAT ... Berkawan je dengan sapa sapa ... Saling ingat mengingati antara satu sama lain ... Dan yang paling penting , bersahabatlah kerana ALLAH ... Lebih nikmat rasanya ..



Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

-petikan dari lagu kawan (UNIC)
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Dua buah kisah perang yang berlainan zaman tapi membawa satu maksud .. KEBEBASAN .. Bila melihat kedua dua cerita tu , aku rasa amat bersyukur hidup di zaman ini .. Tapi sebenarnya kita sendiri pun sedang berperang .. Peperangan ini lebih dasyat dari dari peperangan menentang penjajah ...

Peperangan yang aku maksudkan ini adalah peperangan menentang nafsu kita sendiri ... Semakin meningkat usia kita , semakin gagal menentang musuh no 1 ini .. Musuh ini amat sukar sekali ditentang ... NAFSU ... aku rasa menentang musuh lagi mudah dari menentang nafsu . Aku takkan mudah menyerah kalah namun jika tidak berhati hati , NAFSU akan menguasai diri .. Bila NAFSU mula menguasai diri , maka itulah yang kita lihat pada muka muka depan suratkhabar hari ini ... itu semua kerana NAFSU ...

Salah siapa bila nafsu menguasai diri ?
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Kelmarin .. sewaktu aku nak balik ke Putrajaya .. ada satu keluarga ni tegur aku .. Dia tanya aku samada stesen ini ke Putrajaya atau tidak .. Aku mengiyakan persoalannya sambil tersenyum ..

Aku lihat isterinya mengendong anak kecil yang mula buat perangai .. Dari caranya aku rasa mereka ini dari golongan kasi pagi makan pagi ... Suami perempuan tersebut hanya mengenakan baju MOBIL 1 yang mana aku rasa dapat percuma .. Tu pun dah lusuh .. isterinya pun begitu jugak .. manakala anak yang dikendongnya tu hanya diletakkan dalam kain pelikat yang diikat pada bahunya ...

Tiada langsung haruman wangi pada mereka .. Namun si suami melayan isterinya dengan penuh kelembutan .. begitu juga isterinya ... anaknya yang mula meragam namun tiada kedengaran langsung suara marah keluar dari mulut ibunya itu ... Tidak kelihatan langsung wajah wajah kekesalan kerana kemiskinan mereka .. Begitu jauh sekali mereka menyembunyikan rasa tidak puashati di dalam lubuk hati mereka itu .. Seolah olah bersyukur dengan apa yang mereka ada ...

Tapi aku ? Pantang nampak baju cantik sedikit terus mengatakan baju di dalam almari rumahku itu telah lusuh ....

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Cerita 1
" Alamak broo... ko tengok mamat tu.. bawak FERRARI tuuu "
" Ala... tu mesti wat kerja haram tu ... Cuba tengok muka dia tu , muka penyangak ! "

Padahal dia tu cuma penjual kereta second hand jer ... tu pun sbb nak bawak keta ke customer . tak pasal pasal dapat pahala ...

Cerita 2
" Weh... ko ada duit tak ? Pinjam RM50 ..esok aku ganti balik ..ala kita kan kawan baik..takkan aku pun ko tak caya .. esok , aku ganti punya .. aku janji ! Ni pun nak pinjam sebab nak bayar duit yuran .. duit aku tertinggal kat rumah "

" Yelah...."

Esoknya ...

" Mat , kata nak bayar balik duit semalam... tu duit mak aku tu.. nak beli buku rujukan "

" Ala... nanti aku bagi la.... macam tak caya lak kat aku... "

Bagi salah , tak bagi salah ... bila dikaitkan dengan perhubungan , tu selalunya jadi masalah ...


Cerita 3

" Minah , apa kau dok berbual lama lama dalam telefon tu ? "

" Ala mak ... kitorang tengah dok bergossip pasal artis ni haaa "

" Tak payah laa bergossip tu ... diorng artis.. dah mmg cam tu.. dah dah.. letak telefon tu "

Petang tu ...

" Mak ... mak tak masak ke ? "

" Jap la.. mak dok berborak ni haaaa .. Biasa laa...ahli mesyuarat tingkap... "

" Mak ni.. tak baik tau dok berborak pasal orang .. berdosa jer .. "

" Eh.. mak cerita kisah benar ni... cerita pasal makcik nun tuh haaa.. anak dia tu.. baru bertunang dengan pegawai bank tau... padahal anak dia tu , tak la cantik.. sekolah pun tak abis SPM ... pon ada orang nak.. ni kitorang pelik ni .. "

" Mak .. soal jodoh tu kan kerja Allah ... Dah rezeki dia gitu ... Biar je la... mak saja saja je kasi pahala kat diorng kan .. Baik gossip pasal artis ..sekurangnya kitorang cerita pasal mekap ... kan kan .. hehehe "

Erk.... pk la sendiri ek..
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Aku ingatkan kau
bila kau ingatkan aku
kita rasa kita bijak
masih ada lagi bijak dari kita ..

Aku ingatkan kau
bila kau ingatkan aku
kita rasa kita kaya
bila bila boleh miskin semula ..

Aku ingatkan kau
bila kau ingatkan aku
kita rasa kita cantik seksi
akhirat nanti hukuman menanti ..

Aku ingatkan kau
bila kau ingatkan aku
jgn tangguhkan solat
maut tak menanti !
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Klang: Seorang pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) tidak sedarkan diri selepas mengikuti latihan di Jugra, Banting dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dipercayai mengalami jangkitan paru-paru yang serius.
Mangsa, Norhashimah Wahid, 31, yang mengikuti latihan Modul Jati Diri di Jugra, Banting, dekat sini, Ahad lalu di bawah seliaan Pasukan Khas Udara (Pakau), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

seterusnya ..sini

p/s : berita terkini , pelatih tersebut dah pun meninggal dunia pagi tadi ... Al-Fatihah ..
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Ada yang terlupa ..
Aku ingatkan sekarang ..
Aku , engkau dan mereka ..
Tiada beza ...

Ada yang terlupa ..
Seolah olah tiada malaikat maut..
Hidup tiada batasan
Terloncat gembira tiada kesudahan ..

Ada yang terlupa ..
Gila darjat gila pangkat ..
Mencari harta seolah dibawa ke mati ..
Sanggup berbunuhan walaupun sedarah ..

Ada yang terlupa ..
Bila maut datang ..
Nyesal tak sudah ..
Jika sempat , Alhamdulillah ..
JIka tidak , semoga Allah mencucuri rahmat buat mu ..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Sahabat aku , yang mana isterinya adalah kawan baik wife aku , telah kehilangan babynya ketika dalam kandungannya ... Pagi ni akan disimpan di Putrajaya ... Alfatihah..

Pada yang nak mengetahui dengan lebih lanjut dan memberi sokongan moral padanya ..sini
Share
Tweet
Pin
Share
38 comments
Salam .. selamat pagi ..

Phew... liat giler nak bangun pagi ni.. yerla, 4 hari cuti pun bangun awal...takde satu hari pun belasah tidur sampai ke tengahari (pas solat la ) .... Semuanya pas subuh , terus berjaga ... huk huk .. Ni mata pun dok rabak lagi ... rasa cam nak sambung je tidur .... tidaaaaaaaaaakkkkk...

Penat aktiviti ari tu pun tak abis bercampur dengan semalam ... minggu ni lak nak g KELANTAN... adeh....8 jam memandu lagi... jauh kan ...huk huk ... Bagi korang yang baru abis belajar tu , dok bersenang senang kat rumah , hargailah masa ni... nanti dah kerja ...tau la korang ... betapa tensennya nak g kerja ... nak g kerja tu tensen tapi kat opis tu tak la tensen... tensen ngan orang je ...

Setiap awal bulan , aku bz ....tengah bulan dan hujung bulan .. kurang ... Aku berblog pun guna broadband... dan aku berblog pun , ayat ciput.. post entri dan sambung wat kije.... 5 minit je.... auto post lagi... kua kua kua ...tapi aku rasa nafsu pada blog dah makin kurang .... dulu 100% .. skang dah 20% .... dah tak beberapa kisah sangat pun .... sekadar blog tempat contengan kertas waktu boring..cam skang ni la..dok tunggu wife siap.. aku lama daaaahh siap... hahaha...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

17 orang peserta untuk kategori 70kg kebawah .. Hanya 5 yang terpilih ke peringkat akhir .. Tunggu punya tunggu.. jerit punya jerit ... .. hehehe .. dapat gak dia tergolong ke peringkat akhir ..

Peringkat akhir lak , lambat lagi .. maka terpaksalah aku balik awal .. termasuk kawan kawan aku .. huhu ... Apa pun , pertandingan bina badan ni mmg pertandingan yang tak perlu ada kad merah atau kad kuning ... hahahaha... semua adalah kawan dalam ni.. kalah atau menang , semua geng !! Satu komuniti...satu bidang ... tak yah gaduh gaduh .. kan kan .. i likeeee
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (12)
    • ▼  Mei 2026 (2)
      • Pesanan buat sang isteri sebelum balik kampung !
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes