BEN ASHAARI



Sapa tak sayang laki wehh .. mana ada isteri tak sayang suaminya .. begitu juga sebaliknya .. si suami sayangkan isterinya .. sebab tu lelaki sanggup nikah 2 .. terlebih sayang la katakan .. hahahaha.. mencebik dah mulut perempuan yang membaca ni terutama kak UMMI ZAIHADI .. hahaha.. MAMAFAMI ok jer ... kan kan .. hahaha.. guwau yer akak akak .. adik ini tidak bersalah .. Tu tak termasuk bos aku lagi .. hehe.. kalau tau suami dia nak kawin dua , abis kena campak dari atas.. hahaha.. kan bos kan .. hehe.. tapi aku tau , suami suami mereka semua ini setia orangnya .. seperti aku .. aku ???? setia ??? ye ker ?? Masih jauh lagi perjalanan kehidupan ini ... jd janganlah terlalu riak .. apa saja dugaannya , kuatkan iman dan bertawakal .. berdoa pada Allah, jgn dilupakan ..

Perlukah cemburu pada pasangan ? Erm.. isu ni lama dah aku bangkitkan .. malah aku pernah suarakan isu di Parlimen Uganda Timur ari tu .. diorng tak kisah ... nak cemburu apa kan ? Nak makan pon tak cukup .. sempat nak bercemburu ? Jgn kata nak bercemburu , nak bercumbu pon tak sempat dik oiii ... bz cari makanan .. hehe..

Kena ada cemburu .. skit skit .. banyak banyak , buat meluat la pulak kan .. cakap ngan perempuan , nak cemburu .. tengok perempuan skit .. nak cemburu ... tu baru tengok ngan bercakap .. Cuba cakap , nak nikah lagi satu .. Beb.. tak sempat nak cemburu !! Ko lak kena buru !! hahahaha ... ada bran ??

Cemburu tanda sayang .. sayang mesti cemburu .. tak cemburu , kata tak kisah lak kan .. kalau kisah kena cemburu ke ? Ala.. apa saja la ben .. yang penting , jgn terlebih .. apa saja dalam dunia ni kita buat .. jgn terlebey .. terkurang pon kalau boleh jgn.. biar seimbang .. contohnya .. kena seimbangkan lelaki dan perempuan .. camana tu ek ?? 1 : 4 ??? boleh ker ?? Ben.. aku syorkan kau , ikat tali kasut kuat kuat ... lari ke depan .. jgn sesekali pandang belakang ..run ben run !!!!!
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments


Makan buah sampai pengsan .. hehe.. acah jer .. sampai tak larat la... aku baru makana 3 bijik durian .. buah lain tak usik lagi ..terus aku update blog .. hahaha.. giler tak ? giler siutt ... ni tengah live lagi ni ...

Harga satu kepala baru RM15.. kalau beli durian , jenis elok 2 bijik dah RM35 .. kira bagi aku berbaloi la ... hehe.. kena pandai makan .. jgn tala sampai tak larat .. stop stop jap .. pastu on balik ..

Buah yang ada ... manggis , langsat , durian dan rambutan .. ok la kan ? Sebelum puasa .. makan puas puas .. nanti tak la terliur tengok gerai durian tepi jalan .. Maklumlah , aku kan orang bandar .. heheh.. ok.. nak sambung makan ..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
TONTON .. Penah dengar ? Hehe... dah ada tv online Malaysia buat mereka yang mengadap komputer 24 jam dan yang berada di luar negara ..

Bagus jugak boleh tv online ni .. setau aku sebelum ni ramai tercari cari laman web yang menyediakan tv online .. ada tu mmg ada tapi ada prosedur lak ... suh isi borang dulu la... semak tul...

Kadang kadang bila travel sana sini , leh pasang dalam kereta kan ? hehehe .. menghilangkan rasa bosan .. bukan nak tengok sangat tapi ada suara gak berbunyi dalam kereta .. nak pasang dvd , sah sah nanti tertarik nak tengok .. kalau pasang tv tu , dengar suara gitu gitu jer .. ok la.. dari dengar ada 'suara' kat luar tingkap tu kan .. hehehe .. guwaauu ..

Ok ... nak tengok tak ? jom singgah tv online neh .. > TONTON


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

ALHAMDULILLAH... sangat senang bila menerima sembako ini. Syukurlah, masih ada yang murah hati membantu kami di sini. Terima kasih kepada orang Malaysia..."

Begitulah luahan spontan lagi penuh bermakna nenek Mas Odah Ramijan, 73, semasa menerima sumbangan Islamic Relief Malaysia (IRM) menerusi kempen 'Bantulah Mereka Berbuka Puasa' Peringkat Antarabangsa yang disempurnakan pada 23 Julai lalu di Rumah Kebajikan Yayasan Hasmah Noor, Kecamatan Tanjung Priok, Jakarta Utara, Indonesia.

Malah beberapa ibu lain yang sempat penulis hampiri juga menyuarakan rasa kelegaan malah sehingga ada di antara mereka yang menitiskan air mata kegembiraan atas pemberian sembako (sembilan barangan pokok/asas) itu, memandangkan umat Islam tidak lama lagi akan menyambut Ramadan.

Akui Sumarni Mariyarnom, 75, yang sudah lebih lima tahun tinggal di rumah kebajikan itu, walaupun mempunyai tiga anak tetapi mereka juga bukannya orang senang. Biarpun bergaji, tetapi pendapatan yang diperoleh tidak sampai pun RM150 sebulan.

Sebulan tak sampai RM150? Berkerut dahi penulis. Bayangkan apa yang dapat dibelanjakan dengan jumlah sekecil itu. Saat itu juga, penulis bersyukur dengan kehidupan yang dilalui, meskipun tidak dalam kategori orang berada.

Sebab itulah, kata Sumarni lagi, bila ada program-program sumbangan ini ramai yang susah tidak sekali-kali melepaskannya terutama pada Ramadan dan Lebaran. Malah dua bulan inilah yang dinanti-nantikan mereka yang susah ini.

Pengakuan mengejutkan ini turut disokong oleh pengasas Rumah Kebajikan Yayasan Hasmah Noor, Andi Ismariskiah Sumintapura, 67.

Katanya, sebab itulah apabila didekati oleh pihak IRM, dia mensyaratkan agar penyampaian sembako dilakukan secara tertutup. Bukan bermaksud bersikap lokek tetapi bagi menjamin keselamatan semua pihak.

Kata Andi lagi: "Adalah lebih baik jika ia dibuat secara senyap-senyap atau tertutup. Kalau tidak berhati-hati, dibimbangi akan berlaku perkara yang tidak diingini atau kemalangan dahsyat. Di mana pernah terjadi sehingga meninggal dunia kerana berasak-asakan".

Pemberian Sembako di kalangan masyarakat Indonesia memang tidak asing lagi, lebih-lebih lagi mendekati Ramadan dan Syawal.

Sembilan Bahan Pokok atau sering disingkat Sembako ini adalah sembilan jenis kebutuhan asas masyarakat di negara ini iaitu beras, gula pasir, minyak goreng dan marjerin, daging lembu dan ayam, telur ayam, susu, jagung dan sagu, minyak tanah atau gas dan garam.

Berbalik kepada program sehari itu di Rumah Kebajikan Yayasan Hasmah Noor, seramai 125 warga emas wanita yang berusia lebih 60 tahun telah diraikan oleh IRM.

Pek barangan tersebut yang mengandungi makanan keperluan harian asas penduduk sesebuah negara diharap dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu sepanjang bulan Ramadan yang akan datang.

Menurut Pengarah Negara IRM, Zawahir Abdullah, kempen Bantulah Mereka Berbuka Puasa atau Ramadan Feed The Fasting 2010 merupakan program unik dan tahunan anjuran IRM sepanjang bulan Ramadan sahaja.

"Bagi tahun 2010, pihak IRM telah mensasarkan untuk mengagihkan pek makanan tersebut kepada 10,000 penerima bantuan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, golongan kurang upaya (OKU) dan mereka yang layak mengikut pemerhatian dan kriteria yang telah ditetapkan.

"Program ini turut dilaksanakan serentak di serata dunia menerusi cawangan-cawangan Islamic Relief yang lain.

"Untuk pengetahuan semua, bagi tahun 2009 sahaja, Islamic Relief Worldwide berjaya mengagihkan pek makanan kepada lebih 1,000,000 penerima di serata dunia.

"Pengagihan peringkat antarabangsa lebih tertumpu kepada golongan yang menghadapi krisis makanan disebabkan oleh kemiskinan, bencana alam, konflik dan juga peperangan," katanya.

Ujar Zawahir lagi, melalui kempen yang telah bermula sejak 2007, orang ramai atau syarikat korporat boleh menyumbang sebanyak RM50 bagi satu pek sumbangan lengkap makanan keperluan harian untuk sebuah keluarga.

Bayangkan dengan hanya RM50 untuk satu pek makanan, anda dapat menyinari Ramadan mereka dengan adanya sedikit sumbangan untuk mereka berbuka puasa dengan lebih ceria. Fikir-fikirkanlah...

Sebarang bantuan yang ingin dihulurkan, orang ramai boleh melayari laman web rasmi IRM iaitu www.irm.org.my atau menghubungi Farouq Zauji di talian 03-8948 6334 atau 019-397 3558.


sumber : UTUSAN

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Muka hensem ... hidung mancung .. muka cantik ... bibir comel .. tapi bila borak , korang leh nampak bulu hidung dia terkeluar .. apakah reaksi korang ?? Bila borak dengan si dia yang mana bulu hidung dia terkeluar , mana satu korang nak pandang .. mata dia atau bulu hidung dia ? haaa..

Pernah aku nak membeli barang ( kamera sebenarnya ) di satu kedai ni ... Jurujual dia mmg ok sangat .. tapi di sebabkan bulu hidung dia tu banyak sangat melebihi sempadan , buatkan aku .. erk.. korang paham paham sndiri la yer .. Terus aku kensel beli kat dia.. g kat tempat lain .. huhu..

Kadang kadang lelaki yang spesis 'berbulu lebat ni , terlalai ... tak perasan .. jadi sama samalah kita perhatikan lubang hidung setiap kali mandi .. jgn sampai ada awek dok perati je lubang hidung kita tu .. bukan sebab mancung tapi sebab dia geram nak bulu hidung korang tu buat cam gambar kat atas tu .. huhu ..
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Hehe..abis sudah shopping .. aku g cheras .. umah orang tua aku .. kat sana , aku borak ngan bapak aku tentang kamera kesayangan dia ... menurut dia , kamera SLR CANON AV-1 yang dibelinya berharga RM1,000 .. aku sendiri belum lahir lagi waktu tu .. bayangkan ..skang aku dah umur 34 .. kamera yang dibelinya tu sblm aku lahir dah ada ..

Ni CANON AV-1 .. sama jenis dengan milik bapak aku .. menurutnya zaman dia tu yang popular ialah CANON AE -1 .. harganya sama tapi AE-1 lebih laris dan kehabisan stok lalu dia membeli AV-1 ..

aku tanya dia , apa bezanya antara keduanya .. menurutnya AV agak sukar nak operasikan berbanding AE -1 .. wallahualam ..


Dia mmg cukup sayang kamera dia tu .. mmg tak kasi anak anak dia usik. kalau kasi pun , cuma jenguk viewfinder tu jer.. hehehe... jgn sesekali usik lens tu.. mau kena karate leher kalau usik .. hehe

Kamera tu masih boleh pakai cuma ada part yang perlu ditukar katanya .. huhu ... Aku sendiri dah berjaya miliki kamera aku sendiri .. sekadar minat .. hehe.. tak bercadang nak jadi pro pon.. tapi sapa tau kan ? Belum mahir lagi .. kalau dah mahir , sapa tau kan ? heheh..

Tapi hobi ni , kos dia tinggi .. bukan murah woo harga kamera dslr skang ni .. kena pikir betul betul masa nak beli tu .. tapi yang penting , jgnlah paksa ibu bapa suh beli... kesian kat diorg .. kan kan .. guna duit sendiri beli ,baru puashati !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Adusss... penat ... kat tempat kasut lak ... plan nak cari barang aku .. tapi ? Barang aku cari 10 minit .. lagi 120 minit jln tengok barang dia .. Kata dia .. nak datang JAYA JUSCO ni susah .. aku mmg liat nak datang JJ ni .. hehe.. bukan pe , kalau datang aku malas nak nganga jer ..sah sah aku beli macam macam ..

Ni skang aku dok kat tempat kasut .. Ada budak comel dok tengok aku menaip .. dia ingat aku layan game kot ? hehehe ... Sori la dik .. abang dah berkurun tak main game .. kalau nak layan pon , layan kat hp jer .. malas abang nak main game .. abang rasa tua dah ni .. hahaha .. tua laaaaa ..

Ni mana ilang lak bini aku pon tak tau .. zup zap zup zap .. cari kasut dia .. tadi cakap nak tengok kasut aku .. bila pegang je kasut .. tengok harga .. tu diaaa ... 2 bulan punya nuff .. hahaha.. tak yah.. membazir .. pakai je yang lama .. selagi tak tercabut tapak dia , aku pakai .. JIMAT BANG JIMATTT ...


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Adeh... 20 kali aku buat kawad cam kat depan department bra neh .. huhuh.. bukan aku nak laa.. mem besar ...huhu ... aku tunggu jer ... tadi aku dah sambar 2 pasang baju kemeja.. hehe .. Ops .. korang tau aku update blog ni sambil berdiri ? Aku dah tak tau nak buat apa ... ke hulu ke hilir ... last last aku jumpa port leh letak laptop aku ... aku berdiri neh .. fenat.. tak sampai lagi umah mak aku neh ..

Tapi serius la... walaupun diorg tulis SALE SALE SALE !! Bohong aja.. 5 tahun aku check seluar slack RENOMA .. harga tu gak weh.. hahahah .. bengong tul .. dah la tu , kerusi tempat duduk pon takde .. patut sediakan lah untuk para suami melepaskan penat .. ni dok mengekorrr jer .. kang aku ekor masuk department bra , sapa susah ? Tak pasal pasal aku di tuduh datuk mencabul !!
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Eh .. tu tajuk.. boleh ke tajuk tulis panjang panjang ?? Ahhh ... pedulik ahh .. yang aku tau skang .. aku mau ke Cheras ... Mak aku baru roger aku .. dia masak kari kepala ikan ... sbb dia ingat aku nak balik sana .. biasanya mmg aku balik umah mak aku sbb nak ke gym.. tapi memandangkan mem besar dah balik , aku balik Putrajaya je la kan .. Eh.. aku lupa nak bagitau korang .. Esok kat Taman Warisan Putrajaya ada buffet buah-buahan ... makan sampai pengsan .. Bayar RM 15 satu kaplaaa.. satu orang laa..

Berbalik pada kari kepala ikan .. haa... pergh.. kalau korang kena kari kapla ikan penang mai punyaaa , aku habaq korang .. sah sah merangkak masuk bilik... tidoq berdengkoq wooo... bukan senang woo .. Apa mau buat kan .. aku ada kacuk mamak skit .. hahaha.. blah mak aku weh... tapi mak aku mamak puteh weh ..

Sebelum tu .. aku mau pg JAYA JUSCO TAMAN MALURI.. mau beli baju ... lama dah aku tak tukar baju kerja .. last aku beli pun minggu lepas ... heheee... dok ehhhh .. tahun lepas .. kesian kan ?? Aku bukan apa.. aku senantiasa dahulu kan isteri ... bagus tak aku ? Ada sapa sapa berminat nak amik aku sbg laki dia tak ? hahahahha.. aku guwau laa..serius tul korang neh .. tak pe tak pe... nak posa dah ... nanti mintak maaf balik no.. hehehe ... jgn amik serius ehh ...

Ok la.. aku mau bersiap .. baru lepas telan 4 keping pizza ... kat opis tadi telan 4 lagi.. baru 8 kan ? Rezeki... balun aja donggg...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Wawawaaaa .. risau keee atau ... hehehe.. Risau la beb .. Takkan nak cemburu , kan ? Sapa tak risau asal malam jer , abang kata abang over time ... dah la over time tapi tak dapat di jejaki kemana hilangnya .. Bila call hp , tk dapat ... Call opis , tkade orang angkat ... Risau la kan .. Yeker??? hehehe ..

Zaman ni , bagi aku tak kira laaaa laki ke perempuan .. sama je ligatnyer ..jgn la kata , perempuan lagi setia berbanding laki ... takde maknanyer ! Kalau setia kan , takkan terdetik dalam hati tu nampak lelaki cam ni .. Ala.. takde gambar laki kacak la .... Ok .. cuba korang bayangkan lelaki paling kacak sedang lalu depan korang ... apakah yang terdetik dalm hati tu ?? heheh ... Paling tidak pun .. " uik " je kan .. haaaa..

Kan kan ... ala .. ngaku je la.. normal la kan ... setakat terdetik gitu jer. .. Tengok tak semestinya minat.. Minat tak semestinya nak .. 'Nak' tak semesti nikah kan ? hahahah .. bahaya tull ..

Sama gak lelaki .. lelaki ni , mata je gatal ... hati baekkk... mulut je nakal... jiwa kental ! Hanya pada yang satu .. Ala.. yang nikah dua tu bukan sebab tak setia tapi saja nak mengurangkan jumlah wanita yang single tu je .. kalau tak , abis di sapu dek a-bang-la atau cik abang luar sana tu ..

Maka disebabkan tu lah ramai lelaki melayu yang tak berkemampuan ni nak nikah dua ... kesiaann... adeh... ok tak alasan tu ?? hehehe.. Jadi pada akak akak serta adik adik yang tercari cari di manakah abangnya itu , jgn risau .. mereka selamat ..samada mereka selamat atau diselamatkan ... kalau risau .. ajak ajak je che abe tu g buat HIV test .. mau mengamuk diorng .. hahahaha...

Bang.. saya guwau jer .. tu la..sapa suh curang ...hahahaha...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Elee laki .. cakap gempak jer .. belakang bini... cerita setinggi gunung.. dialah raja dialah permaisuri .. Baru petik jari , bini mengigil pala lutut beb !!!

Penah dengar laki orang cakap cam tu ? Penah beb... wa cakap luu ... Tapiiii baru bini sms , dah mengelabah tak tentu arah .. peluh ?? menitis nitis .. hehee.. biasa kalau laki gitu , laki yg ada buat salah punya .. tak caya ? try la...

Bukan takut sebenarnya.. tapi hormat .. apa guna takut pada bini atau takut pada laki ? Tak aman hidup tau ! Dalam perhubungan suami isteri , paling penting ialah hormat ... kalau take hormat , mmg bakal runtuh la rumahtangga .. Tak perlu bagi takut .. suami hormat isteri .. isteri secara automatik akan hormat suami .. maka keluarkan sorang bayi .. hehe.. larik lak tajuk.. bukan bukan..tak semestinya kuar .. aku tak pon ?? hehe.. tu soal rezeki .. jgn dipersoalkan !! dosa..

Nak dapatkan hormat dari suami , amat mudah sekali ... senantiasa bersih , wangi .. senyum ... cakap dengan nada yang rendah .. kalau boleh bisik kat telinga dia .. haaa.. sah suami tersenyum.. " giler ke bini aku ni atau ..dia nak ??? hahahaha... guwau guwauuuuu ... tapi tu la dia .. cakap dengan lembut... senantiasa penuhi kehendak seorang suami.. balik je suami dari kerja , tolong bukak stokin ... bukak kasut.. bukak baju.. ok. sampai situ.. stop .. g buat air untuk si suami ..

Si suami lak .. malam sebelum tidur... urut kaki isteri... sambil berbual bual .. tanya khabar .. pastu kalau boleh bermanjaan dulu ... insyaAllah .. esok pagi isteri buat makan pagi wa cakap loooo.. siap dengan bekal untuk bawak g kerja .. tak caya ? cubalah ..

Jika semua ini berlaku , kepala lutut suami pasti tidak akan mengeletar lagi bila sms dari isterinya masuk ! hehehe.. tak caya tanya sama abang madon !
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Berikut adalah senarai suplemen mengandungi bahan racun :

Kopi pahlawan
Kopi Hari2 -mau Power X
Kopi Tenaga Tok Lebai Plus
Strech MAx Coffee
Men Energey Coffee
Kopi angguk
Kopi Oji
Kopi super angguk
Ice Lemon Tea
Jamu Tenaga LElaki
Bio Trim
Extreme Man / Woman
Macha Ax
Sasanergy orange jus
tricajus
ttri-max
vigor candy
goji plus capsul
vvng for 100
promax
mentalk

sumber : Berita Harian (updated 6/8/2010)
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Sahabat Blog @ Kelab Blogger : Emunnn
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Puasa bukan diet ... diet bukan berpuasa ... haaaaa... silap tu... Jangan samakan konsep berpuasa dengan berdiet .. Diet ialah pengambilan makanan seimbang .. segala zat mesti mencukupi.. tak leh terlebih tak leh terkurang .. hehehe ... tu aku mudahkan .. Manakala puasa pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar
hingga matahari terbenam .. Berbezakan ?

Ada orang kata , dari ko berdiet , baik ko puasa .. dia puasa sebab nak kuruskan badan .. apakah niat dia ? kuruskan badan ? Hehe.. fikir sendiri ek .. malas bicara .. Niat untuk sebarang tindakan adalah penting .. niat di hati , bukan dilafazkan .. kalau tak , niat lain buatnya lain ..

Ok berbalik pada tips aku tu ... aku rasa la kan.. untuk ramadhan ni , aku nak berbuka dengan cara paling mudah ... tapi nak amik makanan yang agak berat ketika sahur ..

Maksud aku ialah.. ketika berbuka , aku sekadar nak makan roti , sayuran , buah , ikan bakar atau ayam panggang .. cukup .. untuk sahur baru aku nak makan nasi .. haa..tapi nasi biasa biasa je la. bukan lauk pauk beraneka jenis .. Serius , ramadhan ni aku berniat nak mengurangkan segala perbelanjaan .. beli yang perlu jer .. elak dri mengunjungi bazar Ramadhan kerana di sana terlalu besar dugaannya ..

Haa.. aku bukan nak kuruskan badan yer tapi aku nak menjaga kesihatan aku .. kebelakangan ini aku rasa aku dah tersasar dari penjagaan makanan.. Jadi Ramadhan ini , aku nak amik kesempatan semua ini .. Niat aku , sememangnya nak menjaga hati , mata , telinga , mulut yang aku rasa semakin .. hurm... tak terkawal .. haih .. perlu lebih senantiasa beristighfar dan berzikir .. kalau ada rezeki lebih , nak bersedekah ... insyaAllah ..

Adakah aku berjaya ? hehe.. kita tunggu lepas Syawal ...
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Ramadhan bakal menjelang .. tak lama lagi ... maka di bulan Ramadhan yang suci ini penuhlah aktiviti - aktiviti keagamaan...Alhamdulillah ..Berpusu pusu umat Islam di dunia dan di Malaysia sendiri sudah pastinya berusaha mencari keberkatan di bulan yang mulia ini .

Yang dikejar tak dapat ... yg dikendong pula berciciran .. Hehe.. tak caya ? Masa ni cuba bukak mata ... berapa ramai akan berusaha menambahkan lagi amal ibadat .. Alhamdulillah baguslah begitu kan ..

Cuma bagi aku la kan , yg wajib tu patut diperbaiki agar lebih sempurna ... yang sebenar benar tujuan puasa patut dilaksanakan seperti hindari dari mengumpat , mengutuk , pembaziran makanan ketika berbuka , jaga mata , telinga dan paling penting perbaiki solat agar lebih sempurna .. Ada juga yg masa ni nak pakai tudung bagi menutup aurat ( diharapkan untuk selamanya dan bukan semata sbb Ramadhan saja ) .. Baguslah .. Janganlah gunakan alasan tutup aurat semata nak hormat bulan Ramadhan ... bulan lain camana pula ? Hormat Bulan atau hormat agama ( perintah Rasul dan Allah ) ..

Utamakan yang patut diutamakan .. barulah buat yang sunat ..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Adakah bila pakai tudung je , secara automatik wanita tu berperangai elok ? Mmg disuruh semua wanita berperangai elok , berbudi bahasa dan bersopan santun .. Bukan perempuan jeeee.. laki ponnn.. kalau boleh , singa mahupun beruk pon kena berperangai elok tapi diorg tu tak berakal namun masih boleh diajar.. Manusia ??

Aku cukup pelik dengan segelintir mereka yang kerap menjadikan point ' pakai je tudung tapi perangai ??? ' .. Kalau begitu , yang tak pakai tudung tu , perangai camana ??

Bertudung adalah sebahagian daripada menutup aurat .. Itu tidak mencerminkan perangai seseorang walaupun secara lahiriah semua orang tau , kalau bertudung je mesti alim... Sama cam bersongkok atau berkopiah. .terus dapat title 'pak imam' , 'ustaz' atau 'pak aji' ..

Samada menutup aurat atau tidak , kita diminta berkelakuan sopan ...jaga bahasa ... tak kira di mana jua kita berada .. Menutup aurat tu wajib.. masing masing tahu dosa pahala.. bab tu masing masing jawab ... Aku tamo sentuh bab tu sebab dah berkali sentuh .. kasi orang lain lak sentuh.. hehe..

Aku risau nanti ramai anak dara nak bertudung , jadi segan sebab perangai mereka yang masih kebudakan , masih nakal atau macam lelaki ( kira cam kasar bila bergurau ) .. haa...takut nanti orang akan kata " ko neh bertudung tapi perangai cam lelaki jer " ... bagi aku , bertudung tu adalah perintah Allah , wajib.. buat dapat pahala ... tak buat ?? Bab perangai .. kes lain .. kalau berperangai baik , dapat balasan.. berperangai tak elok .. sendiri jawab ..mudah je kan ?

BA : Ada pelacur berbaju kurung dan berpakaian seksi ..
Share
Tweet
Pin
Share
20 comments
Supplemen beracun ?? Rakyat malaysia ni , secara sedar dan tidak sebenarnya di racun ... mereka yang semua ni tak kira dah apa pun .. yg penting duit duit duit ..

Tak kira makanan , minuman , ubat ubatan mahupun kosmetik segalanya dah ada racun .. haih .. tapi kita masih tak kisah .. sebab apa ? pilihan terhad .. takkan segalanya nak buat sendiri ? ikan , ayam .. sayuran ..minuman ... ubat sakit demam ? segalanya .. takde pilihan...

Contoh .. kat gym ... pengambilan steroid ... sebenarnya memudaratkan walaupun kesan tu nampak cam 'best' jer ... padahal ? makan dalam tu untuk jangka panjang .. puas nasihat tapi tamo dengar ..

Dengar cerita , produk yg di promosi oleh selebriti terkenal pon terlibat sama .. aiseyy.. penat neh.. aku pon rajin gak minum produk produk gitu .. maklumlah.. ari ari guna tenaga yg banyak .. haih... terpaksa minum .. kata nk cepat.. kalau nak bancuh satu satu .. mau terlelap kat dapur tu.. huhu.. alasan ..

Apa pun , diharap kerajaan tolonglaaahhh bagitau produk produk yang terlibat tu ..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Semalam dan tadi .. di tempat parking kereta .. kelihatan pondok 'tol' akan didirikan .. Pondok tol ni kaunter pembayar tiket parking daaa.. hehe... ini bermakna selepas ni tiada lagi parking free ..

Duit lagi ni ... Bayangkan ek...minyak nak ke sana ... tambang erl pergi dan balik .. tambang lrt lagi .. pergi dan balik ... pastu nak bayar duit parking kat erl tu lagi ?? Kata suruh guna pengangkutan awam ?

Ok.. suruh naik bas ? Kul berapa aku nak keluar ? Kul 6 pagi ? Kalau 6 pagi punya bas ... kul 5 pagi dah kena bangun .. mandi , solat .. pastu keluar tunggu bas .. kul 6 pagi ?? Kalau bas sampai tepat lain la.. kalau sampai lewat ? Pastu bas tu mesti nak ronda sana sini dulu.. bukannya terus pergi ke stesen .. haih..

Balik .. kul 5 petang dah keluar .. naik lrt.. erl ... pastu sampai stsn tunggu bas .. bas lak bukannya terus jalan ..tunggu ramai skit baru jalan .. dah la tu .. mesti bas tu ronda sana sini dulu .. Yang bagusnya.. dah la dalam lrt berdiri.. erl berdiri ... dalam bas mesti kena berdiri gak !! Penat weh gini ...

Persoalannya , kereta tu suh pakai hujung minggu je ke ? Atau suh beli sorang satu kereta ? Kata nak kurangkan kesesakkan jalanraya ? Takkan nak buat car pool ? Apa kata suh orang orang yg pandai memberi cadangan ni buat dulu ?? Suh diorng car pool je g parlimen ... atau majlis majlis rasmi ...

Skang ni , sana sini dah kena bayar .. gaji tak seberapa .. nak buat side income , kena daftar .. mmg la bagus ..bukan tak bagus nak daftar mendaftar ni tapi dah terlalu menyukarkan ... Penat gini beb ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Baru pas tengok citer tu .. emm.. ermmm ..erm... ermmm ..ermmm ... best ? haih ... erm... berbaloi ? .. menarik ? pendapat anda , bagaimana ben ? cepatlah.. ramai nak tau ni ... camana ? ok tak ?

Entah.. aku layan jer .. aku nak komen tapi takut tersalah komen lak ... hehehe.. bagi aku .. cerita ni .. boleh tengok je.. anggap je cerita kartun .. jgn anggap lebih dari tu .. hehehe...

Berapa bintang ? Kalau dari sudut kekatunan , aku leh bagi 4 bintang ... menarik .. yelah , citer kartun kan .. kalau dari sudut lain .. hehe.. takde bintang aku bagi ... tersurat dalam tersirat cerita ni .. pendapat aku jer ..

Kalau dah tak de cerita nak tengok , boleh la tengok .. tu je komen aku .. hehe...
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Hehe...tetiba lak syaitan bisik kat aku jangan g gym.. suh tidur jer neh.. camana ek .. nak g ke tak .. nak g ke tak ... iskh... ada date kul 930 lak kat Alamanda neh .. huhu .. kang lewat , letih tinga nak kena dengar bebelan .. huhu ..

Bukan mudah woo nak maintain badan... buat masa skang ni bagi aku cukuplah gini .. tak larat nak kasi cun banget.. dah tua kata orang .. hehehe ... lagi pun metabolisme body pun dah turun skit .. nak guna suppliment , susah.. tanpa nasihat doktor , boleh mendatangkan kemudaratan wooo ..

Ops.. aku tau nape aku malas nak g gym.. baru abiskan satu bijik durian .. maka .. mata ngantuk.. bila ngantuk .. mesti nak tidur sat.. maka.. tidur la 5 minit ..dah ok sikit baru g.. hehee... kan kan ..

Yang penting sihat .... erk.. sihatkah kehidupan kalau asik makan tidur makan tidur ?
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Dunia blog ni tak seindah dirasa sebenarnya .. Manisnya seketika saja jika tidak pandai menjaga. Hakikat ini aku dapat rasakan sejak aku mengenali dunia blog masakan ..

Pertama.. aku terharu bila ada blogger yang aku hanya kenali di internet sanggup menghulur bantuan untuk seseorang yang akan ke tempatnya ( Denmark ) minggu depan.. Menurut .. dia akan ambil dari airport dan dia akan tolong uruskan segalanya .. Wahh.. terharu aku .. Tqq sue.. Tak kenal dan berlainan bangsa .. 1 MALAYSIA weh !

Bayangkan.. hanya kenal tak lama , tapi dah sanggup tolong ? Aku rasa ini adalah disebabkan atas dasar kepercayaan dan persahabatan yang terbina .. Sekarang ni , jika aku nak ke mana mana .. aku rasa aku tak perlu risau .. aku ada ramai kawan maya yang sanggup tolong ..

Kedua .. baru baru ini , aku hanya berkata aku nak ke Tioman lantas seorang blogger yang pangkatnya kakak pada aku terus menghulurkan bantuan tanpa meminta sebarang balasan .. Dari A-Z segalanya diuruskan olehnya .. Aku hanya perlu bawa $$ jer.. hehehe.. termasuk bawa diri la..

Ketiga .. hehe.. kes JOE tu... hahaha.. tu tak yah la aku ungkitkan ...

Keempat dan banyak lagi laa.... bagi aku sebenarnya dunia blogging ni bukan semata mata .. $$ dan trafik jer tapi talian persahabatan dan silaturahhim... seperti aku pernah mengenali dunia chatting sewaktu aku berusia 20 an.. Sungguh meriah waktu tu ..tapi disebabkan wujud PHD , segalanya hancur musnah ..

Ermm... skang ni pon aku dah mula nampak bila dunia blog ni dah terpecah kepada beberapa kategori .. tapi nilah hakikat yang perlu kita terima ... masakan dunia nyata pon boleh terpecah kerana ideologi yang berbeza inikan pula dunia maya .. hehe..

Apa pun , jgn sampai bergaduh dah ... masing masing punya cara dan idea .. ada yg naik dan ada yang turun.. cuma bila dah naik , jangan tak tengok bawah langsung ... ;)

BA: Lepak Alamanda malam nehh.. dengan geng FB ... layan The Last Airbender...

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Exhibit at the International Islamic Consumer Fair 2011!
Date: 8 - 10 July 2011 (Fri - Sun)
Venue: Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur, Malaysia

Visit our website at www.islamicfair.net!

The International Islamic Consumer Fair (IICF) 2011 will be held for the first time at Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur, Malaysia from 8 - 10 July 2011! This will be a great opportunity for manufacturers, wholesalers, distributors, retailers and service providers of Islamic products and services to exhibit and market to the large Muslim population in Malaysia. With more than 1.3 million Muslims in the country, there is definitely a high purchasing power for Islamic products and services.

Exhibitors can conduct on the spot selling, give samples, distribute brochures, leaflets and flyers, and do products demonstrations.

This fair is organized by Asif International Sdn Bhd, an events management company that has been prominently organizing exhibitions, conferences and seminars throughout the world successfully for the past 8 years.

With the theme “A grand shopping fiesta”, IICF will be a fun-filled event with competitions and other activities. Malaysians, who generally love shopping, will find this as an enjoyable experience!

Only 100 booths up for grabs! Book yours today!

*If you know of anyone that might be interested...Pls suggest this exhibition to them...Your help is highly appreciated...

Regards,
Putri Farah
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Sedikit sedutan dari entrinya .. hehehe.. cam drama korea lak ..


" salam hampir ramadhan..dua tiga hari lepas ada jenguk-jenguk blog ben ashaari..terbaca lak entri pasal geledah dapur ramadhan ni..so, berminat lak nak share satu resepi..memang dari awal nak share resepi ni..tapi asyik tak berkesempatan nak menaip je..

ok la..resepi ape ye yang aku nak masukkan ni??

kalu korang selalu pegi kedai cak mesti terliur tengok cheese cake kan..kalau aku memang sentiasa terliur bila tengok cake..rasa nak bedal je semuanya..hari ni aku nak share resepi "Crunchy Cheese Cake"..memang sedap..sebab hari tu kak ngah aku ada buat sekali kat rumah..separuh aku makan..hehe.. "

Haaa.. nak tau sambungannya .. meh >> MANGGES


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Dengan Kerjasama dari Jab. Tenaga Kerja Malaysia, kami akan berada di Kg Kerinchi untuk mencari kakitangan untuk menghasilkan produk kami. Kepada mereka yang ingin menambah pendapatan atau yang tiada pekerjaan , Jumpa kami disana dan kami akan terangkan bagaimana anda akan dapat menjana pendapatan dari RM416 Sehingga RM1,109.30 atau lebih.

Program tersebut akan diadakan
pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-


Tarikh :7 Ogos 2010 (Sabtu)

Tempat : Projek Perumahan Rakyat (PPR),
Kerinchi Lembah Pantai,Jalan Pantai Permai,
59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur .
Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang


JUMPA ANDA DISANA !!! SINERGI KASEH SDN BHD

Terima Kaseh

Sebarang pertanyaan , sila tanya pada Fizzacute Sidek di FACEBOOK ..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Sahabat Blog @ Kelab Blogger : Carthamus


Sedikit mengenainya :

A final year student who loves blogging to express her feelings, thoughts and current activities (including the campak-campak recipes) in the Gandhi's land.

Nak berkenalan ? Jomm .. Carthamus
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Pergh.. tak sangka... durian runtuh neh... sapa nak bagi kan ... terima je la ... erk.. tapi bukan dari Nuff tau... mana mungkin dia nak bagi.. sapa la aku ni kan..bukan best pon blog aku.. nak ngampu nuff , lom berapi lagi tulisan aku... tulis yang ikhlas je la ..

Jadi camana aku leh dapat RM500,000 tu.. haa.. tu la dia...kajian membuktikan bahawa ... bahawa .. ala..tu korang kena selidik sendiri la.. rajin rajin buat kajian .. camana tu ? Entah ler ... aku pon tak tau sebenarnya .. hahaha..

Bagi aku la... rezeki yang dapat dari dunia maya ni , alangkah bagusnya dikongsi dengan rakan rakan lain .. wat pe kedekut ? Ingat..tanpa rakan rakan yg sealiran ni , kita ni ibarat debu jer !! Mereka mereka inilah ibarat lebah yang menyebarkan aura kita ke tempat lain ..

Jadi , patut atau tidak , terpulang pada diri sendiri.. kalau tak nak berkongsi , jgn menghebohkannya.. simpan jer .. saja nak kasi kawan kawan terliur ? kalau berkongsi , biarlah ikhlas...

Ilmu dunia ni , kalau disebarkan , makin ramai guna makin berganda pahalanya..tapi pastikanlah ilmu yang membawa ke arah kebaikkan ... bukan ilmu mengarut ! Sekian ..

BA : Berkawan biar ikhlas .. takkan selamanya kita di atas ...
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Tak kenal dia ? Dia adalah blogger pertama pertama yang join GENGBLOGGER .. Aku no 2.. saja kasi dia rasmi.. hehehe.. Maka aku dengan dia adalah admin GB .. Cuma kebelakangan ni kitorang tak aktif di GB ..hehe..bz sket... cuma ping jer ..

Ok ...buat MISS IZAH ... SELAMAT HARI JADI ... SEMOGA CEPAT BERTEMU JODOH .. TERINGIN NAK MAKAN NASI DAGANG neh.. heheeh...

Pada sapa yang nak bagi ucapan tu , sila la ke blog dia.. bagitau sendiri pada akak yang single mingle lagi cun neh .. nak no tipon dia ke ? boleh jeee... 1000 UV kasi dulu.. hehe..guwau ..

jom g blognya > MISS IZAH
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
gambar dari Tourism Malaysia


Ada orang kita ni , suka sangat g melancong luar negara.. katanya dlm negara ni boring ... tak de yang menarik ... Asal bercuti jer , g luar negara .. dalam negara sendiri pon tak abis pusing lagi .. ermm..

Bukan tak boleh melancong luar negara ... tak kisah la kan.. duit masing masing .. tapi tak perlulah keluar pendapat gitu .. Kalau tak suka , pulangkan je kerakyatan tu ...tak payah nak kutuk mengutuk ni...

Pelik tul orang kita ni... Bila bab kutuk kutuk ni , mmg teror ... pantas .. tanpa tengok cermin.. terus je baling batu ... bila orang baling kat awak lak , tau lak menangis .. haih..

Bagi aku la.. melancong la mana sekali pon tapi kalau tak reti nak hayati dan dalami sesuatu keunikkan satu satu tempat tu , hhehe..membazir je.. kecualilah nak g melancong kerana ... shopping !!!!!!!! .. tu lantak ler..


Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Aku pelik la... kenapa perlu kutuk negeri itu ini ? Orang negeri itu begini ... orang negeri ini begini ? Apa yang membuatkan orang negeri itu lebih bagus dari negeri ini ? Pelik betul la..

Aku .. berkawan tak kira dia dari mana negeri sekali pon .. mcm mcm aku belajar .. dari segi adat budaya, bahasa , ragam mahupun dari segi pelancongan .. Sekali pon negeri itu mundur , jgn sesekali salahkan orang negeri itu .. Salahkan sapa ? Itu aku rasa korang tau la kan ...

Dan kenapa perlu di kecohkan di laman sosial atau blog ? Kalau tak suka , diam diam dah la... kutuk la dengan geng yg sekepala masa minum pagi ke... lepak kat disko ke... masa tu , nak kutuk , lantak la.. tu antara korang jer ..tak yah dikecohkan di internet ..

Perlu ingat ... tak kira negeri mana sekali pun , semua di bawah satu bumbung... MALAYSIA ! lain la kalau nak kutuk negara lain .. tapi tu pon berhati hati lah.. kalau sekadar tempat tu takde KFC , tak yah nak kutuk... tak mati tak makan KFC ! tu contoh la.. yang kes ni , bukan pasal KFC .. aku malas nak sebut..

Perbuatan kutuk kenegerian ni bagi aku , orang yg tak matang je lakukan .. terlalu cetek pemikirannya .. perkara seremeh itu diperbesarkan .. Sedarlah... masuk kandang kambing mengembek.. kalau cuba mengaum , mau mau kena terajang keluar dari kandang tu...
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments


Salam ... selamat pagi kawan kawan .. hehe..

G kerja aku ari ni .. semalam terpaksa amik cuti sebab tak berapa sihat .. sbb tu tak berapa update sangat blog .. Bab update ni , ada 'orang' agak tidak berpuashati tentang kekerapan update di dalam blog .. ada yang tak suka sbb terlalu kerap .. hurmm .. aku antara mereka yang kerap update ... Sbb aku tak suka jaja satu entri selama satu hari .. Ke hulu ke hilir dengan 'buah' tu jer..

Walaupun 'buah' yang dijaja tu mungkin baginya 'berisi' dan bagus tapi ada jugak yang tak suka 'buah' yang terlalu berisi ... ada yang suka santai jer .. Masing masing punya tekak kan ? Jadi , jgn di komplen... Buat , baca .. Tak suka ? Pangkah x !

Personal blog ni , biasanya diupdate untuk menghilangkan rasa tekanan dalam diri .. Ingin diluahkan di mana kawan kawan boleh baca .. mudah jer .. kan ? Kalau nak berserius , aku tak rasa la personal blog ini akan cerita tentang aktiviti harian dia .. Maka , tak perlulah nak dikomen bagus atau tidak blog tersebut .. Tu pendapat aku... tak setuju ? Terpulang .. hehe..Aku tak maki sapa sapa dalam entri ni dan juga sebelum ini .. Aku cuba berhemah sebaik mungkin ..

Ops.. lari tajuk .. berbalik pada tajuk utama... blogger masakan popular kita , resepinya masuk dalam majalah JELITA .. wahh ..bukan sekadar masuk je tau , haaaa... masyuuukk wooo ... Kira 2 dalam 1 ... pada MAT GEBU , tahniah .. semoga terus berjaya ... ahaks ... nanti kirim duit raya ekk .. ahahaha...
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Oh tidak .. malam ni aku akan berkeseorangan ... huk huk .. aku ditinggalkan pergi... tapi tak pe la.. pergilah..pergilah.. kalau tidak , kau pasti menyesal .. hehehe .. wife outstation da.. nasib baik malam ni dah ada projek baeekk punya dengan geng FB yang berada di PUTRAJAYA .. hehe.. mau layan movie , THE LAST AIRBENDER ...betui ke aku eja ? sat checking .. betui betui ejaannya ..

Ops..tadi aku dalam ERL ..kali ni aku nak duduk.. tak larat nak berdiri .. sambil duduk , aku update entri ni .. malas nak duduk kosong .. rasa membazir masa begitu jer ... sekurangnya dapat la satu entri kan.. Walaupun pendek , tapi mesej aku sampai iaitu JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI .. hehehe..

Kenapa aku duduk ? Kalau aku tak duduk , lelaki lain lak yang duduk .. dari lelaki lain duduk , baik aku duduk kan ? Memandangkan takde perempuan nak duduk maka aku amik je la kesempatan tu .. Tapi yang buat tensen ni , bila duduk , masa bergerak satttt jee..tau tau dah sampai .. mau tak tensen .. huh.. kalau berdiri kosong.. rasa berjam lamanya .. ok sampai dah..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Reti ke budak sekolah ni bercinta ? Apa yang diorg tau pasal cinta ? Duit sekolah pon mak bapak bagi .. makan pakai pon mak bapak bagi tapi ada hajat nak cerita pasal kawin ?

Atas dasar apakah mereka kata kat gf/bf mereka .. " I MISS U dan I LOVE U " ? .. Apakah benar mereka saling mencintai atau sebenarnya sekadar dipermainkan oleh perasaan mereka sendiri ? Yang sebenarnya itulah ada mainan syaitan agar mereka terpesong dari niat sebenar ... Iaitu , mendapatkan ilmu ..

Mendapatkan ilmu adalah wajib.. wajib setiap manusia yang berakal untuk mendapatkan ilmu selagi bernafas .. Bila niat sebegitu , maka syaitan tak senang duduk maka mereka mulakan pelan perancangan bagi merosakkan segalanya ..

Sebab itulah banyak kes kes budak sekolah mengandung luar nikah .. Budak perempuan yang masih belum cukup matang ni amat mudah dipengaruhi oleh perasaan .. Ditaburkan dengan janji manis .. abis tergoda segalanya .. maka tergadai apa yang ada .. hurmm ..

Budak lelaki lak ,camana ? Cinta budak laki ni sebenarnya bukan lebih pada perasaan .. tapi nafsu .. terpengaruh dengan unsur unsur tidak sihat di internet membarakan lagi nafsu anak anak muda ni .. Bila ada 'mangsa ' , maka tidak dilepaskan segala peluang yang ada ..dipraktikakan segala 'maklumat' yang ada ... Malangnya , anak dara yang terpengaruh jadi mangsa .. Lelaki lepas tangan , perempuan tunduk ke bumi .. menahan sebak di dada dengan penuh penyesalan ...

Cinta pada ilmu lebih baik dari mencintai budak lelaki yang masih tak cukup umur ! Kalau cukup umur sekali pon , selagi bergelar pelajar , lupakan segalanya terlebih dahulu .. Balaslah pengorbanan ibu bapa dahulu dengan mengembirakan mereka dari mengalirkan air mata kesedihan bila melihat anak dara mereka dipermainkan ...


Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Anak anda yang masih bersekolah lagi bernikah , adakah anda benarkan ? Katanya dah terlalu sayangkan kekasihnya tu ... camana ?

Jika dah terlanjur , bagaimana pulak ? nak benarkankah ? Apakah tindakan yang ingin anda amik sekiranya anda berada di situasi tersebut ?

Hujah di TV9 malam ni KM Melaka , menerangkan sebab sebabnya .. Sekolah Hamil atau sebenarnya Sekolah Majlis Agama Islam Melaka akan membenarkan mereka yang bernikah bawah umur untuk bersekolah di situ ..

Erm.. aku setuju juga bila mana beliau mengatakan dari mereka melakukan zina dan membuang bayi , lebih baik ada pihak tertentu mengambil berat terhadap mereka . Ini kerana sudah pastinya keluarga dan masyarakat membuang mereka ..

Tapi ini bukanlah satu lesen bagi mereka yang bawah umur untuk berzina atau nak bercinta ketika belajar .. Ada syarat syarat juga bagi mereka yang bawah umur ni untuk bernikah ... bukan semudah itu jer .. tapi ini antara jalan penyelesaian yang mereka nampak .. Alhamdulillah .. Dari mencela , baik cari jalan keluar yang lebih sempurna ..

Boleh ke budak bawah umur ni berkawin ? Kalau kita perhatikan mak bapak kita dulu dulu .. atuk nenek kita , boleh je ?? Kalau kita guna alasan , cikgu dulu dulu lempang anak murid , mak bapak tak kisah , alasan yang sama gak... Mak bapak dulu dulu tak kisah pon anak mereka bawah umur kawin muda ... kan kan ?

Apa pendapat anda ?

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Hurm .. Kalau bicara pasal PINK LADY atau MAK NYAH ni , mmg letih .. pelbagai alasan akan diberikan .. antara paling popular , " nak buat camana .. bukannya diorng nak jadi cam ni ? " .. Yeker ? Sama gak alasan penagih dadah dan juga perokok .. Bukannya tak nak berenti tapi sukar .. Sukar sangatkah ? Apa usaha yg dah dibuat untuk membuang semua tabiat tu ? Berapa lama dicuba ? Hurmm .. aku tak nak cakap pasal penagih dadah atau perokok.. diorg tu semua dah sedia maklum tentang hukum hakam agama .. malah dah ada fatwa mengenai rokok tapi ?? Dadah tu ... faham faham je la yer ..

Bab PINK LADY ni ... bolehlah baca apa kata ulama terkemuka di negara kita ni ... Dr. Mohd Asri..

Tanda-tanda Dunia Kita Mula Terbalik

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.

Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.

Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.

Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.

Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.

Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.

Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.

Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.

Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.

Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.

Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:

“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).

Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.

Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.

Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:

“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.

Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.

Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.

Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:

“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

Disiarkan pada Nov 16, 2008 di DRMAZA.COM

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Pada Mei tahun lalu misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang. Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd's, Demam pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis berdarah, Penyakit Stuttgart, Demam Canicola. Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.

Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.
Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:
  • 1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran - misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
  • 2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
  • 3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.


Gejala:
  • 1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
  • 2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
  • 3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 - 100 peratus pesakit.
  • 4) Batuk tidak berkahak ( 25 - 35 peratus pesakit)
  • 5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
  • 6) Radang selaput mata
  • 7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber - Infosihat.gov.my)


INFO: Leptospirosis
  • Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
  • Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
  • Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
  • Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
  • Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

    sumber : Bharian
  • Share
    Tweet
    Pin
    Share
    3 comments
    Hurm ... darah tinggi ? Erm.. tak tau .. hehe.. kalau g klinik sah sah kena marah dek doktor.. mmg aku tak makan ubat ..cuma minum air campuran epal hijau dengan peria katak .. Dikatakan itu antara petua orang lama lama untuk darah tinggi ..

    Ramai pandang ringan penyakit tekanan darah tinggi ni .. Sedikit sebanyak tentang darah tinggi ni ..
    Pengenalan
    Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
    menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
    bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

    Apakah itu Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
    Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam dimana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini
    menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza
    bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

    Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?

    Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan
    samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah
    Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
    Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.
    Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke Klinik pesakit luar,
    kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.


    Apakah kesan hypertensi/tekanan darah tinggi?

    Diantara kesan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
    • Rasa tidak sihat yang menjejaskan fizikal dan mental serta memberi kesan kepada
    keluarga anda dan kerja anda.
    • Sukar memiliki polisi insuran baru dan anda akan dikenakan premium yang tinggi

    Apakah penyebab Hypertensi/Tekanan Darah tinggi?
    90% penyebab sebenar Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala
    10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu.
    • Sebab yang tidak diketahui (90%)
    • Sebab sekunder (10%)
    1. Penyakit buah pinggang
    2. Penyakit sistem endokrin
    3. Penyakit pembuluh darah

    Adakah Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi diwarisi dari ahli keluarga?
    Jika kedua ibu bapa anda mengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, 50% kemungkinan
    anak-anak akan mewarisi penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tersebut. Jika salah
    seorang dari mereka mengidap darah tinggi, maka anak-anak mungkin mendapatnya.


    Faktor Risiko Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi

    Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
    • Cara hidup tidak aktif
    • Umur melebihi 35 tahun
    • Merokok
    • Kegemukan
    • Paras kolesterol tinggi
    • Sejarah keluarga
    • Pengambilan alkohol yang berlebihan
    • Pengambilan garam yang tinggi
    Tanda dan Gejala
    • Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala
    • Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
    • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)
    • Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.

    Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

    Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
    Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

    • Otak
    o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)
    • Penyakit jantung seperti :
    o Coronary Heart Disease
    o Congestive Heart Failure
    o Left Ventricular Hypertrophy
    • Komplikasi pada mata
    o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
    o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy
    • Komplikasi pada buah pinggang
    o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi,
    Microalbuminuria, Proteinuria).
    • Peripheral vascular disease seperti
    o Aneurysm
    o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

    Apa yang perlu anda lakukan jika disahkah mengidap penyakit
    Hypertensive/Darah Tinggi?

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat
    • tanpa menggunakan ubatan
    o Perlu mengubah amalan cara hidup andae
    o Amalkan permakanan sihat
    o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol
    o Melakukan senaman berkala
    o Kurangkan berat badan jika berlebihan
    o Atasi tekanan secara berkesan
    o Berhenti merokok

    Kategori tekanan darah normal/optima
    • Galakkan amalan Gaya Hidup Sihat .
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang
    bersesuaian.

    Pra Hypertensi
    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Dapatkan nasihat untuk berhenti merokok, pemakanan dan aktiviti fizikal yang
    bersesuaian.
    • Periksa semula tekanan darah anda dalam masa setahun

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1
    • Rawatan tanpa ubatan adalah rawatan utama
    • Anda perlu mengubahsuai gaya hidup
    • Amalkan pemakanan sihat
    o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol dalam makanan
    • Lakukan aktiviti fizikal yang teratur
    • Kurangkan berat badan jika berlebihan
    • Atasi tekanan secara berkesan
    • Berhenti merokok
    • Periksa semula tekanan darah anda mengesahkan tiada Hypertensi/Tekanan Darah
    Tinggi
    • Jika anda disahkan mengidap Hypertensive/Darah Tinggi, sila ikut nasihat yang
    diarahkan
    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi

    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
    Gabungan rawatan tanpa ubatan beserta pemberian ubatan diperlukan bagi merawat
    Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2
    • Amalkan gaya hidup sihat
    • Berhenti merokok
    • Mematuhi pengambilan ubat dan rawatan susulan
    • Prevent and treat complications early
    • Pengesanan komplikasi terutamanya :
    o Jantung
    o Ginjal
    o Mata
    • Dapatkan keterangan lanjut berkaitan Hypertesion/Tekanan darah tinggi


    Kumpulan Sokongan
    • Pertubuhan Hypertensi Malaysia (Malaysian Society of Hypertensi)
    • NASAM
    • Yayasan Jantung Negara

    sumber : MOH

    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    1 comments
    Semalam aku ada post satu entri berkenaan video murid pukul guru dan agak panas sedikit pendebatannya lalu aku edit dan simpan komennya.. aku tak nak berpanjang lebar disitu sbb ada salah paham di situ ..

    Aku menyalahkan guru guru yang terlibat di situ ( ada 3 guru ) dan bukannya pelajar .. Ada sahabat yang tidak berpuashati kerana pendapat aku itu mengatakan aku tidak ada pengalaman semua itu .. Perlu diingatkan , aku beri pendapat berdasarkan situasi itu .. Jgn dikaitkan dengan cerita cerita lain ..

    " Mengalah bukan kalah " bagi aku .. sepatutnya murid itu ditenangkan .. atau guru laki tu beredar dulu.. setelah keadaan tenang , baru dia kembali dan menyoal murid tu..

    Siapa yang patut dipersalahkan sebenarnya jika berlakunya kes seperti ini ? Ini pendapat aku dari pelbagai sudut berdasarkan pengalaman aku ... FYI , aku ada pengalaman mengajar selama 2 tahun di sebuah sekolah ..

    Ibu bapa ...
    Ibu bapakah yang bersalah dalam hal ini ? Kenapa ada ibu bapa pertahankan anak anak mereka ? Yang suka pertahankan anak anak ini , kebanyakkan ibu bapa yang ada sorang dua anak .. Jika mereka ada banyak , aku rasa , mereka tak kisah sangat cikgu nak buat apa pon ..

    Nak dapat anak bukan mudah ! Nak jaga dari bayi sehinggalah ke kanak kanak .. Pelbagai ragam dan kerenah .. Bila dah masuk sekolah , senang senang cikgu nak naik tangan semata mata sesuatu perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan mengikut kebijaksanaan guru ? Ada ibu bapa berfikiran begini yer buat pengetahuan anda ..

    Pengalaman aku sebagai anak : Mak bapak aku , sering marah dan rotan aku jika aku gagal .. apa yang aku rasa ? geram , benci ...tak nak sekolah .. salah sapa ? Nak kata mak bapak tak bagi sokongan moral untuk belajar , diorng dah bagi segalanya ..cakap nak buku apa ? nak tuisyen ? Termasuk la diorng sendiri yang ajar .. semua mak bapak aku dah buat .. tapi aku sendiri ? Sedangkan waktu tu dah besar pon..dah dewasa ... Patutkah aku salahkan mak bapak aku ?

    Pengalaman aku sebagai guru : Aku sendiri hampir diugut saman oleh bapak budak tu semata mata aku rotan kat tangan dia kerana tak buat kerja rumah .. Rotan sikit je tuu...

    Ibu bapa tu ke pejabat guru besar... Aku dipanggil ... Aku turut dipersalahkan oleh guru besar tu .. sedangkan dia patut pertahankan anak buah dia .. tapi sebaliknya berlaku .. Bermula dari situ , aku tak amik kisah langsung tentang budak tu.. Nak tergolek.. nak menjerit .. lantak la... Sbb aku tau , mak bapak dia bagi tuisyen.. Jadi pendidikan kat sekolah ni sekadar tempat bermain bagi dia ..

    Guru guru

    Patutkah mereka ini dipersalahkan ? Guru guru di Malaysia , ada pendidikan khas .. mereka dilatih sewaktu di maktab perguruan agar menjadi guru yang mantap .. Tapi guru adalah manusia jugak .. Takkan takde perasaan ? Sama je... setinggi mana pon pendidikan , kadang kadang terikut jugak nafsu .. marah geram .. semua tu bisikan syaitan .. tak boleh nak lari ..

    Pengalaman aku sebagai murid : Aku pernah ditampar oleh cikgu matematik aku .. hanya kerana aku bercakap dalam kelas.. aku masih ingat lagi waktu tu aku darjah 3 .. kelas matematik.. tajuk mata wang ... seingat aku , aku bukan menjerit atau bising .. cuma berbisik dengan kawan aku .. Aku dipanggil ke depan dan terus DITAMPAR di pipi aku .. Kesan dari situ ? Aku benci matematik !

    Pertama .. ada cikgu tu tanya aku apa yang aku bisikkan ? Kedua .. ada amaran dari dia ? Perlukah dia tampar aku sehinggakan memberi kesan pada pipi aku waktu itu ? Kalau aku beritahu pada ibu bapa aku , aku pulak yang kena marah dan rotan .. YA ! MMG SALAH AKU tapi patutkah aku dihukum kerana perkara sekecil itu ?

    Kedua .. sewaktu aku di sekolah menengah .. aku pernah dipanggil oleh guru disiplin .. Tanpa mengetahui punca , aku terus dirotan di tangan .. Aku dituduh bersubahat membawa VIDEO LUCAH !!! Aku tak diberi peluang untuk membela diri terlebih dahulu malah aku dihukum terus .. Bila dah dirotan , baru dia tanya .. aku yang tak tau hujung pangkal , sah sah dah berair bijik mata .. MALU beb ! Dirotan dalam bilik guru yang mana ramai guru ketika itu ..

    Selepas tu , aku tanya kawan aku tu ( yang bawak video tu ) .. kenapa babitkan aku ? dia kata kat cikgu tu , aku ni saksi dia yang video tu bukan dia punya .. dia sendiri tak tau video tu dari mana datangnya dan aku ini rakan yang senantiasa bersama dengan dia .. Maksudnya , dia nak aku bagitau cikgu disiplin tu yang mana dia tu seorang budak baik ..

    Kesan dari situ ... rasa hormat aku terhadap guru tu hilang ! aku yang gemar bersongkok waktu itu , terus hilang semangat nak bersongkok.. Ini kerana sewaktu aku dirotan tu , aku pakai songkok... aku dipersendakan oleh guru tersebut dengan mengatakan aku berlagak alim tapi ??

    Tapi ada seorang guru wanita ... mengajar subjek Sains .. dia gunakan pendekatan psikologi pada aku .. aku tak suka sains ... dia panggil aku ke bilik guru .. dia bagi aku buku latihan sains miliknya .. Terharu aku ... Aku ingatkan dia garang giler .. sewaktu kelas , aku diletakkan di bahagian depan .. dari tak suka sains , aku suka banget sains waktu itu .. D

    Pengalaman aku sebagai guru : Hanya segelintir guru yang benar benar ikhlas bab mengajar ni .. Zaman sekarang ini , profesion guru hanya KERJAYA .. bukannya lagi tanggungjawab yang harus dipikul oleh mereka .. Masuk kul 730 pagi.. kul 2 petang balik .. Cukup ..

    Sewaktu aku mengajar dulu , aku nampak ada guru ( bukan semua tapi bilangan kecil je ) membahagikan murid ni dua kategori .. pandai dan tidak .. Yang sering jadi perhatian adalah murid pandai .. Bagaimana pula yang tidak ? Dipinggirkan ? Mereka tidak amik kisah sangat murid murid kelas belakang ni .. sebab bagi mereka , mereka dah tak boleh nak diajar ..

    Aku , yang menjadi guru kelas murid kelas paling belakang sekali .. mereka ini terdiri dari anak yatim , mak bapak yang bercerai berai dan miskin .. Bayangkan , budak darjah 3 , hidup di bandar ..mencari tin kosong untuk dapatkan duit belanja harian dan juga di beri pada mak dia !

    Kelas tu .. ibarat terbiar... hanya guru ganti je yang mengajar kelas tu .. ada jugak la guru tetap tapi apa yang aku nampak bila guru tetap masuk mengajar kelas tu , ala kadar je.. alasan mereka , bukan nak buat kerja pon.. main jer ... buang air liur je... Hurmm..

    Bagi aku .. murid kelas belakang ni , sungguh pon mereka bukan pintar ...selayaknya mereka diberi ilmu jugak .. Ajar mereka membaca , mengira ... Beri mereka peluang untuk jadi manusia yang berguna .. Mungkin tidak jadi PM tapi biarlah jadi kakitangan PM .. tu sebagai contoh la..

    Ada satu kes , seorang budak ...nakal ... hari hari ada report tentang dia .. gaduh .. buat bising ..tak buat kerja rumah ... sampaikan ada cikgu yang masuk tu tak tahan dengan dia lalu di serahkan pada guru disiplin .. dia dibawa ke kantin .. di sana ada ramai guru lelaki .. ermm... faham faham je la apa yang berlaku .. kebetulan ada guru perempuan .. guru kaunseling .. wat dek jer .. dia sendiri kata dia tak tau nak buat apa dengan diorng tu .. hehe..

    Murid murid begini bagi aku .. kalau tak boleh dijadikan emas , jadikanlah gangsa .. kalau tidak pon sekadar papan lapis... berguna jugak nak bina bangunan .. jangan dibiarkan jadi sampah terus ..

    Satu perkara yang aku tak gemar ialah 'murid kesayangan ' ... Jika ada murid kesayangan .. haih.. di timang timangnya .. Jika bukan ? Sampaikan seorang ustaz boleh memanggil anak murid yang bukan kegemarannya dengan gelaran .. erm.. tak yah la tulis.. buat sakit jiwa je korang baca ..

    Anak / murid

    Patutkah anak atau murid tu dipersalahkan ? mereka ini ibarat buluh yang sedang dilentur .. tak kira laa dah sekolah menengah sekali pon , kita masih mampu melentur mereka ... cuma nak atau tidak jer ... jgn sesekali dihantar mereka ini ke sekolah budak nakal .. dua kemungkinan akan berlaku .. samada makin teruk atau menjadi manusia ... yang jadi manusia berapa ramai ?

    Budak budak ni belum cukup akal.. mereka buat apa yang mereka nampak .. Kita sebagai orang dewasa , ada pengalaman hidup ..gunakan pengalaman kita itu untuk bimbing mereka .. selagi mereka bernafas , selagi itu kita jgn putus asa terhadap mereka ..

    Pendidikan dari rumah dan sekolah penting buat anak .. Perlu benar benar seimbang.. Keluarga dengan kasih sayang dengan berakar umbikan agama dan adat .. sekolah dengan ilmu serta disiplin diri ..

    Kita yang dewasa ini pon seringkali membuat dosa yang sama , dan senantiasa digalakkan bertaubat .. apatah lagi mereka yang belum matang fikiran ini ??

    Kesimpulannya .... Tak kira kita kerja apa .. polis , doktor , pilot .. sama je... semua datang dari hati dan paling penting adalah keikhlasan ...

    Bukan semua polis tu amik rasuah .. bukan semua doktor tu jual mc .. bukan semua pilot tu kaki perempuan .. dan macam macam lagi ..

    Aku sendiri pon kakitangan awam .. Ada yang bersuara mengatakan kakitangan awam (penjawat awam ) pemalas .. suka melepak .. Tapi adakah semua begitu ?

    Kita buka bukakan mata ... Rambut sama hitam ... hati ?? Aku bukan nak buruk burukkan sesiapa disini ... Sikap kita yang suka menuding jari sana sini adalah punca segala permasalahan ini.. Kita gemar mencari kesilapan dari menanganinya secara bijaksana ..

    BA : Ini sekadar pendapat aku .. jika ada yg terasa .. aku minta maaf ..bukan berniat nak mengoreskan hati sapa sapa.. aku tau ramai pembaca blog ni terdiri dari guru .. pendapat aku ini adalah dari pengalaman aku sebagai anak , murid dan juga bekas seorang guru ...
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    22 comments

    Salam Along .. hehehe..

    Terima kasih laaa bagi resepi ni buah melaka ni .. peberet i neh.. huhu ... nyum nyum ... Dulu mak ben suka buat buah melaka ... macam macam lagi la... tapi sayang.. bakat dia tu tidaklah saya warisi... waris bakat makan tu jer.. huk huk..

    Ok ok.. cita panjang tamo.. dalam blog along ada bnyak lagi resepi antaranya ialah ... Banoffee Meringues ( tergeliat lidah sat ) ... heheh..

    Ok... kalau nak dapatkan resepinya ... mari kita selongkaaarrrrr >> HOMEkREATION
    Share
    Tweet
    Pin
    Share
    No comments
    Newer Posts
    Older Posts

    Blog Stats

    Blog Archive

    • ▼  2026 (8)
      • ▼  Mac 2026 (2)
        • Antara briskwalk dan angkat beban !
        • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
      • ►  Februari 2026 (3)
      • ►  Januari 2026 (3)
    • ►  2025 (63)
      • ►  Disember 2025 (4)
      • ►  November 2025 (2)
      • ►  Oktober 2025 (2)
      • ►  September 2025 (5)
      • ►  Ogos 2025 (3)
      • ►  Julai 2025 (6)
      • ►  Jun 2025 (4)
      • ►  Mei 2025 (5)
      • ►  April 2025 (5)
      • ►  Mac 2025 (8)
      • ►  Februari 2025 (10)
      • ►  Januari 2025 (9)
    • ►  2024 (170)
      • ►  Disember 2024 (9)
      • ►  November 2024 (11)
      • ►  Oktober 2024 (13)
      • ►  September 2024 (10)
      • ►  Ogos 2024 (15)
      • ►  Julai 2024 (20)
      • ►  Jun 2024 (16)
      • ►  Mei 2024 (22)
      • ►  April 2024 (16)
      • ►  Mac 2024 (14)
      • ►  Februari 2024 (10)
      • ►  Januari 2024 (14)
    • ►  2023 (171)
      • ►  Disember 2023 (12)
      • ►  November 2023 (14)
      • ►  Oktober 2023 (16)
      • ►  September 2023 (13)
      • ►  Ogos 2023 (16)
      • ►  Julai 2023 (14)
      • ►  Jun 2023 (17)
      • ►  Mei 2023 (14)
      • ►  April 2023 (10)
      • ►  Mac 2023 (18)
      • ►  Februari 2023 (13)
      • ►  Januari 2023 (14)
    • ►  2022 (182)
      • ►  Disember 2022 (22)
      • ►  November 2022 (9)
      • ►  Oktober 2022 (12)
      • ►  September 2022 (9)
      • ►  Ogos 2022 (11)
      • ►  Julai 2022 (10)
      • ►  Jun 2022 (10)
      • ►  Mei 2022 (13)
      • ►  April 2022 (14)
      • ►  Mac 2022 (21)
      • ►  Februari 2022 (21)
      • ►  Januari 2022 (30)
    • ►  2021 (389)
      • ►  Disember 2021 (26)
      • ►  November 2021 (23)
      • ►  Oktober 2021 (23)
      • ►  September 2021 (26)
      • ►  Ogos 2021 (26)
      • ►  Julai 2021 (29)
      • ►  Jun 2021 (27)
      • ►  Mei 2021 (30)
      • ►  April 2021 (36)
      • ►  Mac 2021 (56)
      • ►  Februari 2021 (42)
      • ►  Januari 2021 (45)
    • ►  2020 (329)
      • ►  Disember 2020 (39)
      • ►  November 2020 (36)
      • ►  Oktober 2020 (28)
      • ►  September 2020 (29)
      • ►  Ogos 2020 (36)
      • ►  Julai 2020 (24)
      • ►  Jun 2020 (30)
      • ►  Mei 2020 (28)
      • ►  April 2020 (23)
      • ►  Mac 2020 (23)
      • ►  Februari 2020 (18)
      • ►  Januari 2020 (15)
    • ►  2019 (407)
      • ►  Disember 2019 (22)
      • ►  November 2019 (30)
      • ►  Oktober 2019 (44)
      • ►  September 2019 (34)
      • ►  Ogos 2019 (48)
      • ►  Julai 2019 (27)
      • ►  Jun 2019 (30)
      • ►  Mei 2019 (42)
      • ►  April 2019 (37)
      • ►  Mac 2019 (43)
      • ►  Februari 2019 (25)
      • ►  Januari 2019 (25)
    • ►  2018 (420)
      • ►  Disember 2018 (24)
      • ►  November 2018 (32)
      • ►  Oktober 2018 (32)
      • ►  September 2018 (36)
      • ►  Ogos 2018 (29)
      • ►  Julai 2018 (30)
      • ►  Jun 2018 (38)
      • ►  Mei 2018 (38)
      • ►  April 2018 (46)
      • ►  Mac 2018 (36)
      • ►  Februari 2018 (33)
      • ►  Januari 2018 (46)
    • ►  2017 (648)
      • ►  Disember 2017 (47)
      • ►  November 2017 (44)
      • ►  Oktober 2017 (49)
      • ►  September 2017 (51)
      • ►  Ogos 2017 (56)
      • ►  Julai 2017 (46)
      • ►  Jun 2017 (47)
      • ►  Mei 2017 (58)
      • ►  April 2017 (75)
      • ►  Mac 2017 (80)
      • ►  Februari 2017 (49)
      • ►  Januari 2017 (46)
    • ►  2016 (788)
      • ►  Disember 2016 (57)
      • ►  November 2016 (65)
      • ►  Oktober 2016 (77)
      • ►  September 2016 (64)
      • ►  Ogos 2016 (75)
      • ►  Julai 2016 (80)
      • ►  Jun 2016 (69)
      • ►  Mei 2016 (58)
      • ►  April 2016 (58)
      • ►  Mac 2016 (68)
      • ►  Februari 2016 (50)
      • ►  Januari 2016 (67)
    • ►  2015 (1019)
      • ►  Disember 2015 (68)
      • ►  November 2015 (78)
      • ►  Oktober 2015 (66)
      • ►  September 2015 (57)
      • ►  Ogos 2015 (63)
      • ►  Julai 2015 (86)
      • ►  Jun 2015 (89)
      • ►  Mei 2015 (105)
      • ►  April 2015 (91)
      • ►  Mac 2015 (104)
      • ►  Februari 2015 (104)
      • ►  Januari 2015 (108)
    • ►  2014 (1504)
      • ►  Disember 2014 (130)
      • ►  November 2014 (119)
      • ►  Oktober 2014 (137)
      • ►  September 2014 (121)
      • ►  Ogos 2014 (119)
      • ►  Julai 2014 (103)
      • ►  Jun 2014 (104)
      • ►  Mei 2014 (106)
      • ►  April 2014 (121)
      • ►  Mac 2014 (132)
      • ►  Februari 2014 (139)
      • ►  Januari 2014 (173)
    • ►  2013 (2151)
      • ►  Disember 2013 (169)
      • ►  November 2013 (180)
      • ►  Oktober 2013 (160)
      • ►  September 2013 (138)
      • ►  Ogos 2013 (182)
      • ►  Julai 2013 (220)
      • ►  Jun 2013 (199)
      • ►  Mei 2013 (186)
      • ►  April 2013 (149)
      • ►  Mac 2013 (184)
      • ►  Februari 2013 (188)
      • ►  Januari 2013 (196)
    • ►  2012 (2986)
      • ►  Disember 2012 (194)
      • ►  November 2012 (211)
      • ►  Oktober 2012 (285)
      • ►  September 2012 (260)
      • ►  Ogos 2012 (210)
      • ►  Julai 2012 (239)
      • ►  Jun 2012 (220)
      • ►  Mei 2012 (281)
      • ►  April 2012 (240)
      • ►  Mac 2012 (299)
      • ►  Februari 2012 (283)
      • ►  Januari 2012 (264)
    • ►  2011 (4966)
      • ►  Disember 2011 (303)
      • ►  November 2011 (299)
      • ►  Oktober 2011 (418)
      • ►  September 2011 (390)
      • ►  Ogos 2011 (350)
      • ►  Julai 2011 (396)
      • ►  Jun 2011 (424)
      • ►  Mei 2011 (424)
      • ►  April 2011 (481)
      • ►  Mac 2011 (483)
      • ►  Februari 2011 (488)
      • ►  Januari 2011 (510)
    • ►  2010 (4406)
      • ►  Disember 2010 (559)
      • ►  November 2010 (502)
      • ►  Oktober 2010 (453)
      • ►  September 2010 (387)
      • ►  Ogos 2010 (389)
      • ►  Julai 2010 (429)
      • ►  Jun 2010 (439)
      • ►  Mei 2010 (416)
      • ►  April 2010 (473)
      • ►  Mac 2010 (202)
      • ►  Februari 2010 (89)
      • ►  Januari 2010 (68)
    • ►  2009 (167)
      • ►  Disember 2009 (52)
      • ►  November 2009 (27)
      • ►  Oktober 2009 (67)
      • ►  September 2009 (21)

    Kelab Blogger BenAshaari

    Kelab Blogger BenAshaari

    Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes