Blogger muda ni blogger baru la.. atau dipanggil newbie .. kan kan ? Haaa.. tadi aku saja je la g jalan jalan secara senyap sambil menjadi follower pada blog blog yg baru sebulan jagungnya .. blog blog gini kadang kadang penuh idea dan kreativitinya .. Macam macam cerita ada wooo ...
Mengenai FOLLOWER ni , berkali dalam entri aku yang lepas ada mengatakan ramai tak kisah sangat ... Bagi aku mudah jer .. kalau mereka tak kisah mengenai FOLLOWER , jgn letak langsung .. termasuk juga FB , TWITTER apa saja yang melibatkan keahlian .. letak je yang penting sangat jer .. kan kan ? Terpulang la kan .. hehe.. masing masing ada panah arjuna sendiri .. tau nak memanah di mana .. ahaks ..
Bagi pendapat aku ... FOLLOWER bukanlah menunjukkan sesuatu blog itu bagus atau popular .. tapi menunjukkan yang blog itu ada pembacanya yang tersendiri .. Makin ramai Follower makin menaikkan semangat blogger itu sendiri dan secara tidak langsung , trafik boleh naik .. ok.. sampai sini .. Skang aku nak masuk ke isu sebenarnya ...
Kesalahan kesalahan yang ada pd blog muda ni yang mana mereka ingin sekali menaikkan jumlah FOLLOWERnya ..
- Kedudukan wigdet FOLLOWER - sewaktu aku merayau tak tentu hala tadi , kebanyakkan blog muda ni gemar letak di tempat tempat tersorok .. terpaksa scroll sampai ke hujung dunia untuk mendapatkannya .. Maka sila letak di tempat yang sepatutnya.. Bagi aku , kedudukan kat atas sekali pun , macam tak sesuai sebab mengambil sedikit masa untuk loading .. Nak paparkan muka muka amik masa kann? Tak caya try la...
- Semak samun - majoriti blog muda ni penuh dengan widget widget yang aku rasa tak sepatutnya mereka letak .. Kalau blogger tu tak kisah , tak pelah .. Tapi jika nak ramai yang masuk ke blog anda tu , sila kemaskan.. buang yang tak perlu.. serius .. Aku masuk tadi , ada yang sampai buat laptop aku hang .. cepat cepat aku pangkah ! Maaf yer .. Psst.. lagu .. tolong buang lagu .. majoriti pembaca tak suka masuk blog yang ada lagu .. Tapi , kalau nak pasang gak , terpulang la yer .. cuma janganlah mengeluh blog tak ramai pembaca ..
- Tajuk Follower - Yang ni buat ramai teragak agak nak klik follow.. Sbb apa , ada yang tulis , Peminat Aku , Penskodeng dan macam macam lagi .. Kena bijak disini .. Kadang kadang ada pembaca yang sensitif.. dari nak follow terus cancel .. Mmg anda tak kisah tapi jgnlah tergaru kepala kenapa blog anda tak ramai follower..
Ok.. aku ingat tiga tu je la aku bagi.. aku nak g shopping ni .. Mau g Ampang Park n Klcc kemudian JALAN TAR.. Huhu..
Blogger , korang kena tau .. bukan semua guna streamyx .. ramai yang guna broadband dan kualitinya .. hehe .. korang tau tau je la kan ... adakalanya mabeles.. adakalanya ... zzzzz ... Selamat berblogging .. Ampun maaf jika ada yang terasa.. Aku bukan nak tegur tapi nak bagitau .. terpulang nak ikut atau tidak ..
Blogger , korang kena tau .. bukan semua guna streamyx .. ramai yang guna broadband dan kualitinya .. hehe .. korang tau tau je la kan ... adakalanya mabeles.. adakalanya ... zzzzz ... Selamat berblogging .. Ampun maaf jika ada yang terasa.. Aku bukan nak tegur tapi nak bagitau .. terpulang nak ikut atau tidak ..




























