BEN ASHAARI



Blogger muda ni blogger baru la.. atau dipanggil newbie .. kan kan ? Haaa.. tadi aku saja je la g jalan jalan secara senyap sambil menjadi follower pada blog blog yg baru sebulan jagungnya .. blog blog gini kadang kadang penuh idea dan kreativitinya .. Macam macam cerita ada wooo ...

bila nak cecah 3 ribu neh ??

Mengenai FOLLOWER ni , berkali dalam entri aku yang lepas ada mengatakan ramai tak kisah sangat ... Bagi aku mudah jer .. kalau mereka tak kisah mengenai FOLLOWER , jgn letak langsung .. termasuk juga FB , TWITTER apa saja yang melibatkan keahlian .. letak je yang penting sangat jer .. kan kan ? Terpulang la kan .. hehe.. masing masing ada panah arjuna sendiri .. tau nak memanah di mana .. ahaks ..

Bagi pendapat aku ... FOLLOWER bukanlah menunjukkan sesuatu blog itu bagus atau popular .. tapi menunjukkan yang blog itu ada pembacanya yang tersendiri .. Makin ramai Follower makin menaikkan semangat blogger itu sendiri dan secara tidak langsung , trafik boleh naik .. ok.. sampai sini .. Skang aku nak masuk ke isu sebenarnya ...


Kesalahan kesalahan yang ada pd blog muda ni yang mana mereka ingin sekali menaikkan jumlah FOLLOWERnya ..
  • Kedudukan wigdet FOLLOWER - sewaktu aku merayau tak tentu hala tadi , kebanyakkan blog muda ni gemar letak di tempat tempat tersorok .. terpaksa scroll sampai ke hujung dunia untuk mendapatkannya .. Maka sila letak di tempat yang sepatutnya.. Bagi aku , kedudukan kat atas sekali pun , macam tak sesuai sebab mengambil sedikit masa untuk loading .. Nak paparkan muka muka amik masa kann? Tak caya try la...
  • Semak samun - majoriti blog muda ni penuh dengan widget widget yang aku rasa tak sepatutnya mereka letak .. Kalau blogger tu tak kisah , tak pelah .. Tapi jika nak ramai yang masuk ke blog anda tu , sila kemaskan.. buang yang tak perlu.. serius .. Aku masuk tadi , ada yang sampai buat laptop aku hang .. cepat cepat aku pangkah ! Maaf yer .. Psst.. lagu .. tolong buang lagu .. majoriti pembaca tak suka masuk blog yang ada lagu .. Tapi , kalau nak pasang gak , terpulang la yer .. cuma janganlah mengeluh blog tak ramai pembaca ..
  • Tajuk Follower - Yang ni buat ramai teragak agak nak klik follow.. Sbb apa , ada yang tulis , Peminat Aku , Penskodeng dan macam macam lagi .. Kena bijak disini .. Kadang kadang ada pembaca yang sensitif.. dari nak follow terus cancel .. Mmg anda tak kisah tapi jgnlah tergaru kepala kenapa blog anda tak ramai follower..
Ok.. aku ingat tiga tu je la aku bagi.. aku nak g shopping ni .. Mau g Ampang Park n Klcc kemudian JALAN TAR.. Huhu..

Blogger , korang kena tau .. bukan semua guna streamyx .. ramai yang guna broadband dan kualitinya .. hehe .. korang tau tau je la kan ... adakalanya mabeles.. adakalanya ... zzzzz ... Selamat berblogging .. Ampun maaf jika ada yang terasa.. Aku bukan nak tegur tapi nak bagitau .. terpulang nak ikut atau tidak ..

Jom join KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI ( link)

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di dunia ini telah tiba...1 Syawal..sebenarnya aku tak tunggu sangat 1 syawal ni..bukan apa , bila ramadhan berakhir aku takkan dapat jumpa dah bazaar menjual makanan yang berbagai jenis ..takkan nampak Jalan Tar bz memanjang...bila puasa ni , poket aku penuh ngan duit...abis duit cuma ngan transport aku pergi balik Putrajaya - Pwtc - Cheras- Putrajaya... n gym...tu jek...lain tak de la ...aku tak merokok..saving banyak tuu..

Tapi aku tetap bersyukur pada Allah yang aku dapat menikmati 1 Syawal bersama keluarga mertua aku di Kelantan. Dapat rasa kelainan dari beraya kat KL.

Seawal subuh aku bangun untuk mandi sunat aidilfitri. Sebelum tu skit punya liat nak bangun sebab best sangat tido.Mimpi pun best..Aku mimpi aku tulis blog..hahaha..sampai dalam mimpi pun aku tulis blog. Umpama mimpi dalam mimpi...

Lepas solat subuh tu , aku plan nak tidoq sat barang 10 minit gitu sebab masih terasa ngantuk ngantuk ayam tp wife aku dh suh aku mandi awal takut kang ramai guna bilik air..Aku kata kang kul 7 aku mandi ar...Bila cecah je kul 7 bini aku sound ajak g amik roti jala kat umah pakcik dia yang jaraknya hampir 10 minit dengan berkereta ..Satu masalah timbul tetiba.

Kunci keta ! Tak tau mana aku letak dalam umah tu...Seingat aku , aku letak kat atas meja tapi tak de lak...Abis satu umah kena gegar suh carik..hahaha..last last jumpa kat celah celah sofa tempat aku duduk semalam..hehehe..salah aku ..

Pastu aku pun g ngan wife aku tu... ..bawak la cam pelesit takut kang lewat nak nak g masjid..Dengan tak mandi , rambut ala ala David Arumugam ( takkan tak kenai kot sapa dia ? kalau tak kenai gak ,hang google cari la ) tapi aku pakai la cap kesayangan aku tu.

Sampai kat umah pakcik dia tu , makcik dia cakap pakcik dah kuar bawak roti jala tu tah kemana..Dia suh g cari kat umah atok yang kat atas skit dari umah dia..Bergerak la ke arah sana..sampai kat sana , diorng kata tak de pulak...huk aloh..fenin ...pastu wife aku call la makcik aku tu..dia kata pakcik ada dah kat umah..hahahha..ponat den ni ha..So bawak la balik roti jala 5 kilo tu untuk diberikan pada pengunjung masjid selepas solat sunat aidilfitri nanti.

Maka aku pun dah mandi sunat...trim skit janggut n misai...agar nampak lebih kemas skit dari David Bechkam.....hehehe..Maka berbaju baru la aku pagi ini...Nak tengok ? hehehe..tak payah la...ala..tak yah laaa...nak gak ? tak yah laaa...hahahaha...ok ok..sat aku nak upload...




Haaa..ni la baju melayu aku yang baru ...johor style..i like..selesa ..seksi ..mabeles ..anggun...kacak bergaya.....yela..aku tau..baju tu yang anggun..orangnya tak..kan kan..Manakala isteri aku pun berbaju color yang sama...nak tengok ? ehehe...tak yah...ni cerita aku , bukan dia...nak cerita dia..g blog dia..hahahaha...

Ok..bab baju dah settle...sampin ? Aku tengok kat sini semua simple..kang aku beria -beria lak , tak pasai pasai depa suh aku naik baca khutbah..baru ada akai...hahaha

Nak ke masjid mengambil masa yang lama...jauh perjalanan luas permandangan.Kira aku kuar dari pintu belakang rumah nak ke masjid mengambil masa 30 saat..jauh giler kan ..aku kata daahh..

Sampai jek masjid...aku tgk ramai dah sampai...port takde lak..so celah mana yang patut la..Untuk pengetahuan anda semua , masjid kat sini tak la besar ...cukup untuk orang kampung jer..boleh la muat dalam 30 orang lelaki n 20 orang perempuan...aku rasa la...aku tak penah kira perempuan lak...main tembak je...menurut wife aku , masjid ini dibina oleh atuk dia ...dijaga oleh mak dia skang...segala kebajikan masjid , diorng jaga..bagus tul ar...saham akhirat tuuu...aku nak gak sumbang nanti..repair apa yang patut..dapat pahala selagi diorng gunakan..kan kan ...tu baru betul...ok...so...bertakbir raya la dulu ...

Pastu masuk time solat..solat dulu baru khutbah raya..hok ni best skit...yang baca khutbah ni , adik ipar aku yang bakal amik spm tahun ni !! haaaaaaaaa....muda belia lagi tuu...Aku tengok dia baca pun gugup skit..takut la..ramai orang tua kat situ..heheheh..apa pun ..aku respek kat dia..cuba la kalau aku..rasanya aku kena sawan dah kat situ..hahahah..


( ni la adik ipar aku..baru tingkatan 5 ...hehehe...al-hafiz..aka imam rock...)

Selesai ja , ada jamuan makan kat masjid tu...aku terus balik la..makan kat umah...tapi sampai kat umah , tak sempat nak makan dah ada orang mai..orang masjid ..bilal , imam dan juga orang orang lamaa....selepas bersalam aku lari ke dapur..tak tahan nak makan roti jala..hehehe..sebab bila makan roti jala , aku pasti teringat mak aku kat KL nun..aku kan anak mak..tak malu aku ngaku...i like...hua hua hua..


Hok ni aku tensen...baru aku perasan kat muka aku naik jerawat..betui betui kat dahi ! huduh benooo...

Selesai beraya ngan mertua aku , aku ngan wife aku pusing satu kampung...adoiyai...puaas la aku senyum..aku ni jenis susah nak senyum..bukan apa...setiap kali aku tersenyum pasti ada yang tergoda...tu pasai la aku malas...lagi pun kena bayar royalti wooo..hahahhaha..

Ada la dalam 5-6 buah umah..dari kul 10.30 nak ke zohor baru selesai..dalam banyak-banyak pak sedara dia aku jumpa..ada sorang tu yang best...adik bongsu ayah mertua aku..duk kat kl gak..prima damansara..bukan apa..dia tengok aku terus dia tanya aku...g gym ke ? pastu dia cakap,..ada beli protein kat GNC ke ? aku jawap la haa...pastu dia cakap..kalau nak murah lagi..bagitau dia..dia boleh dapatkan..tu dia...dapat topik baekkk punya..abis laa..mmg berborak bab tu ar...masuk satu pala...sempoi gak pala dia...kaki lawak..

Balik dari sana...aku layan tv sat...cita kat tv raya pertama pun cita bangang gak..aku jadi boring..aku naik bilik...update skit blog..pastu tidoq...hehehe

Malam , ahli keluarga wife aku bz menyiapkan juadah untuk majlis cukur jambul esok pagi selepas subuh...huhu..aku tolong apa yang patut je la..angkat angkat barang ...cam cam tu je

Sampai la ni...kul 1 pagi..aku tulis blog ni untuk berkongsi pengalaman aku beraya di Kelantan...

Kesimpulan , aku terasa meriah kerana ramai orang beraya di sini berbanding di Kuala Lumpur dimana selepas solat sunat , aku balik n sambung tido..wat a waste...hahahaha..

Selamat hari raya semuaaaaaa....dah tinggalkan 1 syawal...huhuhu..tu la..nak sangat cepat...cepat gak ia berlalu..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
KUALA LUMPUR: Umat Islam diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri disambut pada Khamis, sebaliknya menunggu pengumuman oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam Rabu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata khabar angin itu disebar oleh pihak tertentu untuk mengaut keuntungan semata-mata. "Kita dengar (khabar angin) Raya jatuh pada Khamis...kalau jatuh pada hari Khamis maka tinggal dua hari lagi kita berpuasa dan ini seperti menjadi trend golongan tertentu (peniaga) untuk melariskan jualan mereka.

"Kita jangan ikut rentak orang bisnes," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Dana Nafkah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman
Syariah Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menentukan Aidilfitri tahun ini ditetapkan pada Rabu, manakala Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Jamil Khir turut menasihatkan umat Islam supaya berjimat-cermat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

Pada majlis itu, seramai 70 orang terdiri daripada ibu tunggal dan anak-anak terabai berikutan bekas suami atau bapa gagal atau ingkar mematuhi perintah nakfah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah menerima nafkah pendahuluan berjumlah RM200,000.

Wang itu hanya diberi kepada mereka yang memperoleh perintah Mahkamah Syariah.

sumber : Bharian
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Oh... cecah juga 3000 !! Terima kasih semua atas sokongan yang tidak terhingga pada blog picisan ini , blog BEN ASHAARI .. huhuh.. nak nanes sat ..

Ada orang tak heran bab ni .. terpulanglah.. tapi bagi aku , ia mempunyai nilai sentimental pada aku.. hahaha.. Yer la , bukan mudah nak orang klik FOLLOW tu.. Walaupun ada yang kata , follower tu klik je..pastu tak datang dah .. tapi sekurang kurangnya dia nak gak klik kan ?? hehe..

Kenapa aku beria sangat ? Sbb aku bukan artis.. Dari mula aku berblog , aku dok pk camana la nak bagi org follow aku .. blog tak best ..cerita pon ngarut .. Jadi , aku biar je la... Alhamdulillah , umur blog tak cecah setahun tapi 'dia' punyai lebih 3000 follower ..

Bangga ?? Maunya tak .. blog ni bukan dapat publisiti .. keluar kat media cetak mahupun media elektronik .. Apatah lagi aku ini lelaki yang dah .. ehem.. berkawin .. biasanya kalau nak meletop pon blog blog bujang , kacak , jelita .. cam aku ni .. apa la sangatkan .. kan kan ?

Follower ke 3000 adalah MISS EIYNAZ..
Sebenarnya aku tau , ramai lagi yang jadi silent reader .. Jutaan terima kasih kerana sokongan anda semua .. Kalau ikut hati aku , mau je aku buat open house besar besaran.. jemput semua kawan kawan blogger dan pembaca ( pada yang sudi la ) ... Bukan apa , saja nk merapatkan lagi persahabatan .. Tapi , hehehhe... tangan ada 4 je.. kang tak terlayan .. susah .. jika ada yang nak datang juga , silalah ke Putrajaya .. Walaupun bukan open house namun terbuka buat kawan kawan yang sudi .. ehehe.. Wife dah jeling tu ... hahaha...

Sekali lagi... terima kasih kawan kawan ... Doakan agar blog ini terus kekal dan semakin menarik .. InsyaAllah ..
Share
Tweet
Pin
Share
27 comments
Huwaa... cedey lagu neh ... Pulanglahh sayang .. daku merinduimuuu ... Pasti syahdu kan ? Mengenangkan si dia yang dicintai jauh nun di sana ... Sat nak lap air mata ..

Tapi kan , sebenarnya bagi yang dok kat perantauan tu kan sapa yang lebih dirindui ? Keluarga atau kekasih ? Hurm... kalau teringat kekasih , mesti terbayang saat saat pergi beraya rumah bakal mertua kan ? Atau sama sama pergi beraya kat umah kawan kawan .. Huk huk .. Tapi takpe .. masih bersama lagi kan ? Balik nanti nikah je la.. berlari bertempiaran syaitan nanti.. huhu..

Bagi yang putus cinta lak ? Lagu ni membawa makna tak ? Erk.. sat .. aku nak menyorok .. ada jugak nak kena balik kasut eh .. hahaha.. Sedey la kan .. raya raya ni , orang bergembira bersama si dia tapi ada yang dok sorang sorang.. Lepas solat raya atau bersalaman dengan ibu bapa , ada gak yg sambung tidur .. huhu.. sabar sabar yer ... Nanti ada la jodoh tu ..

Sebenarnya , kita kena ingat erti Aidilfitri ni.. Hari Kemenangan .. Menang dari melawan segala nafsu ... Erk.. korang menang ke ?? Aku rasa aku cam ... erk.. nak tidur la sat... lalalala....
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Takde kene mengene dengan kumpulan CANDY .. hehe..guwau .. Blog yg ni aku pasti ramai tak pernah tau kewujudannya sebab kalau korang masuk mesti ingat blog omputih ... hehe.. tapi bukan yer .. kalau rasa nak cari kelainan , blog ni mmg sesuai ... promosi baek punya nehh.. Suh Ady banje tiket wayang nanti .. hahaha..

Setau aku ni kali pertama blogger Haniz join segmen aku ni.. terima kasih yer .. Berkaitan dengan segmen edisi khas aku ni , kawan kita ni ada membuat kad raya yang ... menarik sekali ... Ada juga ucapan khas raya buat pembaca blognya .. Ok.. tamo jela jela bebelan aku ni , mari kita jengah sekejap blognya sambil bawak lemang ngan dengan rendang daging .. >> HANIZ EYECANDY (link)
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Tadi kan ... tadi kan.. hehe.. aku terjumpa seseorang yang aku suka suka suka .. hehe.. suka sbb .. hehe... lagu dia ... heheh.. sapa ??? Artis evergreen gitu... Aku berdiri sebelah dia .. mak aih.. sama tinggi aku dia ! Huih ..

Aku tak sangka leh jumpa dia dalam lif tu tapi sbrnnya tak heran la kan sbb mmg lif tu selalu sangat vvip naik .. sekali ngan menteri pon berkali kali .. sapa ek.. sat nak ingat.. haa.. KM Melaka .. MB Pahang pon penah..

Ala .. aku bukan la poyo ke apa tapi saja je .. kenangan kan ... Berbalik pada artis tadi tu kan , lagu raya dia pon popular woo.. tapi paling popular .. dia berduet dengan .. haaa... sapa eh .. ala.. papa rock gitu... cuba la teka .. .cepat cepat ...
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Uih.. nama blog cam Hassan Skodeng .. huhu.. guwau jee.. Selamat hari raya ... hehehe.. Ok.. Ana dan buat entri seperti mana yang aku suruh ... wajib buat .. kalau tak buat , camana orang nak tau kan ada segmen baekkk punya ..

Ana dah sediakan kad raya online hak milik peribadinya .. Haa.. begitu juga biskut raya kegemarannya yang wajib ada setiap tahun .. huih .. ok... citer banyak tamo.. korang g la bagi ucapan sepatah lapan kata kat dia eh .. >> ANA D SKODENG ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

Puan Fatimah (bukan nama sebenar) merupakan seorang kerani di salah-sebuah jabatan kerajaan di ibu negara. Beliau mempunyai seorang anak yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini iaitu Imran (bukan nama sebenar).

Bapa kepada Imran pula ialah Saleh (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang pegawai di salah-sebuah syarikat swasta yang bertugas di Shah Alam.

Puan Fatimah dan Encik Saleh amat-amat inginkan anak kesayangan mereka Imran untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR pada tahun ini. Kalau boleh mereka nak masukkan Imran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan untuk Tingkatan 1.

Puan Fatimah dan Encik Saleh risaukan tentang pencapaian Imran akhir-akhir ini yang kurang memberangsangkan.

Setiap bulan mereka membelanjakan duit untuk menghantar Imran ke pusat tuisyen.

Tapi masih macam tak nampak lagi ‘hasil’ pulangannya dari segi keputusan ujian-ujian yang Imran perolehi.

Lebih runsing lagi mereka ini bila melihat Imran asyik menghabiskan masa di depan komputer bermain game dan melayari Internet serta bermain MukaBuku Facebook.

Kalau search pasal pelajaran takpe la juga kan …

Puan Fatimah sibuk dengan kerja urusan rumahtangga manakala Encik Saleh pula sering terpaksa pulang lewat kerana tugasan di pejabat.

Memang tak ada masa sangat mereka ni jika nak pantau 100% progres Imran dalam pelajaran.

Dan yang lebih ‘parah’ lagi, mereka pernah terdengar jiran-jiran ada menceritakan anak-anak mereka yang dihantar ke pusat tuisyen bukannya mereka hadir ke kelas tuisyen. Tapi mereka telah ‘serong’ ke cyber café berdekatan untuk bermain online game.

Naik gerun juga Encik Saleh dan Puan Fatimah, takut-takut Imran pun terjebak …

nak tau dengan lebih lanjut ?? Jom baca sini

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Mental horizentel betul la .. aku g bank tadi .. ingat nak tukar la duit raya .. Serius.. bank paling aku tak suka pergi ialah CIMB ! Pasal apa ? Huhu.. pada yang kerja CIMB tu , maaf yer tapi CIMB kat PWTC ni , sombong ! Berlagak bagus ! Tapi bukan semua .. yang dok kat kaunter tu .. Guard dia pon berlagak.. apa ko hengat ko pegang pump gun aku takut ?? Takut dia tembak je la.. hahaha..

Aku g la tanya dia .. kaunter mana nak pergi lepas isi borang tu .. Ops , sebelum tu .. ada ke duit RM1 abis stok ?? Awat la tak p kat Bank Negara ?? Bank tk sepatutnya gunakan alasan kehabisan wang ...Kalau kedai runcit Pak Abu tu lain la kan .. Ok , berbalik pada guard tadi , dijawabnya dengan keeksenan .. alahai.. kalau pk tak tukar duit , aku pon tak hengen masuk bank ni la..

Aku rajin masukkan duit ASB .. Kalau kat CIMB tu , mau gak hampir setengah jam tunggu .. padahal bukan ada orang sangat.. amik tiket.. tunggu.. bagi buku.. tunggu... Kebetulan ada pejabat pos berhampiran .. Ada sekali tu , kawan aku suh je aku g masukkan duit kat Pejabat Pos tu.. Pergh.. aku tak sempat bersin , dah settle ! Mmg pantas .. Ramah lagi mesra gitu.. Senantiasa tersenyum.. kalau kita ada tulis salah pon diorg cakap cara elok .. Kat CIMB ?? Mangap laaaa ... Ni pengalaman aku di CIMB PTWC yer ..

Selain tu , aku selalu berurusan di MAYBANK Jln Bandaraya ( dekat KWSP) .. situ pon aku suka pergi.. amat amat membantu .. tanya je la apa pun , diorg jawab ok je .. Kat kaunter pon pantas .. kalau sampai turn korang , tak sempat nak duduk balik diorng panggil dah .. Kat CIMB ? Korang leh buat khemah kawin la kat situ .. Haaa.. pastu muka yang kat kaunter tu masing masing cam LION KING ! .. Aku tengok pon takut .. huh..

Maka aku batalkan hajat aku memandangkan takde duit rm1 .. Aku terus roger mak aku .. kebetulkan dia pon nak g tukar duit .. maka aku pon kirim je la kat diorng ... Diorng nak g BANK Pertanian .. Bank tu , mak aku kata bagus .. pantas .. Dia kata la..

Huh.. aku mmg tak gemar berurusan ngan bank.. ngan ATM , ok .. hehehe.. kena ubah la .. Dulu zaman BSN , yang kat kaunter semua mesra alam .. termasuk la manis manis je orangnya .. tunggu 10 jam pon ok jer ... Kalau muka cam LION KING sembelit ? 5 minit pon rasa 340 tahun ! huihh.. tak leh blah...

Sori yer.. bukan anti CIMB .. CIMB Pwtc jer.. Kasi tukar org lain je kat depan tu... kaunter maksud aku .. Alaa.. yang 2 org tuuuu .. Macam nak keluarkan duit diaaa jer lagaknya .. huh.. Abis pahala aku !
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
Huih.. ni last call punya .. pasni tunggu Ramadhan akan datang lak eh... insyaAllah ..

Aeini ada cerita baek punya katanya ... Aku pon g la baca tadi .. huih.. Patutlah..baru je berlaku ari tu , jadi dia nak abadikan dalam blognya ..Baguihhh .. dari ilang gitu je kan .. baik jadikan kenangan terindah .. cewah ..

Panjang ceritanya.. nak copy paste pon sulit..huh ... korang g la baca sendiri eh .. >> AEINI AT HOME ( link)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Uih..belum lagi aku jelajah , kawan kawan dia dah jelajah dulu.. huhu..efisien sungguh.. hahaha.. baguh la kan..entri gini pon ada yang sudi mengomen.. mana la tau kan , kot kot ada yang pandang sebelah mata je ... hehe..

Azieazah berkata , ada yang ingin ku kongsikan bersama.. iaitu Kad Rayanya yang dia buat sendiri dan juga biskut raya air tangannya ! Wah wah wah ... Tak yah aku bebel panjang panjang .. jom g baca sendiri kat raya n curik resepi biskut rayanya.. sempat lagi ni... hehehe .. mariiii > AZIEAZAH (link)
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Maaf yer ..bukan kereta ..tak de sangkut paut dengan itu kereta , katanya .. Kata aku pulak ??? Mmg pon takde .. ahaks .. Ok .. kembali ke tajuk utama .. eheh..

Menurut Puan Aitotyati ni , kad rayanya adalah hasil karya suaminya .. hehe.. bersungguh eh.. bagus bagus .. Disertakan juga biskut raya pilihannya .. Kalau nak tgk sendiri .. jom.. serbu ramai ramai .. > Bestari 206 ( LINK )
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Blog list dibuka .. Bagi mereka yang berminat terutama blogger baru nak berada dalam blog list ben ashaari , sila 'daftarkan' diri anda sekarang .. Anda hanya perlu buat satu entri ... Di dalam entri itu pastikan ada ;

  • header blog ben ashaari
  • tajuk ( BLOG LIST )
  • sila nyatakan serba sedikit mengenai blog anda .. dan ucapan selamat hari raya buat mereka yang mengunjungi blog anda .
  • kemudian tinggalkan link entri tersebut berserta kategori manakah anda berminat nak berada (Sudu Garpu - blog masakan , Tulis Diari - blog peribadi dan Botol Susu- keluarga ) di ruangan komen ini.

Ruangan adalah terhad . Terbuka untuk blogger baru .. Segera yer ..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Wah... blogger yg masih bersekolah ni !! Pergh.. Bagus betul .. aku sokong sekali blogger begini ..dr berinternet mengarut bagi buat blog .. dapat geng dan .. ehem sampingan kan ? Mana tau..simpan sikit skit .. boleh buat raya tahun depan .. raya besar woo nanti.. jgn membazir tau arol ! Serius ni.. simpa je duit yg dapat dari Nuff tu .. hehe..

Kad raya Arol .. sangat menarik .. kreatif .. lebih lagi budak sekolah yang buat neh ! Zaman sekolah aku , erk.. tak yah la.. ni cerita arol .. haha... ok ... arol juga sediakan biskut raya pilihan hatinya .. Jom kita tengok .. > Arol ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Menarik blog akak Syamila kita yang berada di Kemaman ni ... Sempat jugak buat entri ni eh.. bagus.. jika ada peluang , cepat cepat rebut .. bukan selalu ada promosi gini .. hehehe..

Ok.. akak kita ni dah sediakan kad raya dan juga biskut raya pilihannya .. Abis digodeknya blog sahabat kita tu haa .. ala.. blog tokey butik tu haaa.. hahaha .. Ok .. aku tamo buang masa korang .. mari kita tengok kad raya ciptaan Syamila ni ... jomm... > Rumah ku Syurga ku ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Huih .. panjang pantung yang blogger kita ni bagi ... Nampaknya malam malam penuh idea yer .. ok , aku copy serangkap pantun dulu eh..

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai blog pun kira ok what?

Ada lagi ... 3 rangkap semuanya .. Disediakan juga kad raya , biskut raya dan juga duit raya !!! hahaha... menarik sekali ... apa kata korang g tengok sendiri kreativiti saudari blogger kita ni .. >> Emun ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Tak ramai keje ni !! hahaha.. sonok sonok ... erl kosong.. lrt kosong .. Erk.. lupa lak ... bagi mereka yang dah tinggalkan link untuk sertai segmen JBAbersama , aku sengaja tak paparkan link tu.. link anda selamat bersama aku yer .. jgn risau .. pasti buat .. ahaks. ..

Haa.. kenapa nasib baik ?? Aku ni jenis kalau g kerja , sampa opis baru nak kemaskan baju .. kira otw tu aku tak beberapa kemas.. entah kenapa .. aku mmg bukan jenis nak nampak smart .... hehe.. Tapi mmg berbaloi buat gini woo.. Kenapa ekk ??

Lepas bayar tambang erl tadi , aku terasa pelik ... rasa longgar je seluar aku .. aku pon check la talipinggang .. ok.. kemas dah .. Erk.. seluar aku tak berzip !! Adeh... tak ke aku bernasib baik ?? Kalau tak ??? Mau gak naik erl pakai topeng oltromen !
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Sehari dua ni aku akan banyak buat entri Jelajah Blog Aidilfitri ( insyaAllah ) .. Ini kerana aku dah pon lancarkan segmen khas sempena Aidilfitri ..

Apa yang menariknya segmen kali ni memerlukan kreativiti blogger mencipta kad raya atau mencari kad raya yg unik beserta biskut raya pilihan hatinya .. Hehe.. bukan selalu boleh lihat kreativiti blogger kan ? Sesekali kena cungkil wooo ..

Aku rasa pon aku dah terlalu banyak bebel minggu lepas kan ? Jadi nak rehat skit dua hari ni .. pastu nak ke Kelantan lak .. Erk.. sapa yang ada kat kelantan eh ?? Boleh la kita berlepak raya sama sama .. hehe ..

Sapa yang plan nak berblog sewaktu otw balik kampung nanti ? Korang kena belajar guna WLW .. apa tu ? Nanti aku bagitau eh.. atau sapa yang dah tau bolehlah tinggalkan link untuk sahabat sahabat kita .. TQQQ..

Ok.. nak p keje dah ...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Wah ... Blogger mantap kita ... mantap kerana sangat cekal dalam dunia blogging ini.. dari 0 ke 100 pengetahuan dia mengenai blog ... haaa... jgn tak tau .. blogger kita ni dulu tak tau apa apa langsung pasal blog ... kan ayu kan ? hehe..

Ok.. sempena aidilfitri yang akan datang ayu telah sertai segmen baru aku iaitu Jelajah Blog Aidilfitri.. Menariknya Jelajah kali ini ialah , setiap blogger wajib buat kad raya atau menyediakan kad raya disamping menyediakan kuih raya pilihan... hehehe .. menarik bukan ?? ok.. jom g tengok kreativiti blogger kita ini ... > Citarasa Rinduan ( link)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
- MAAF .. TUTUP SUDAH -

Kita dah masuk ke minggu terakhir Ramadhan .. Syawal bakal menjelma .. Dengan ini aku nak amik kesempatan membuat JELAJAH BLOG SYAWAL selama 2 hari .. iaitu ISNIN dan SELASA ini .. Pada yang berminat , sila hantarkan entri anda ...

Apa yang perlu ada dalam entri anda ialah ..

  1. Header blog Ben ashaari
  2. Tajuk - JELAJAH BLOG AIDILFITRI BERSAMA
  3. Kad raya online berserta ucapan raya ..Boleh buat sendiri kad .. lagi kreatif lagi bagus..
  4. Biskut raya untuk hidangan tetamu ke blog anda ( sila google dan jgn lupa beri kredit pada pemilik gambar tersebut )
Tu jer .. mudah bukan ? Kemudian sila paste url entri anda tu di ruangan komen ini .. Cepat cepat .. Edisi Khas Aidilfitri..
Share
Tweet
Pin
Share
25 comments
Huih .. insaf .. aku tamo dah g sanaa .. Bukannya murah pon .. Cakap je murah padahal tak pon .. lebih kurang je harga tu ..Cuma ramainya orng tu buat meriah .. Tapi aku tamo dah kembali ke sana ..

Dari Ampang Park ke Jalan TAR.. Meredah lautan manusia untuk mencari baju kurung .. huhu .. Bila berkenan , harga macam nak menikah baru ! Mahai nak mampuih .. Nasib baik aku guna je semula baju nikah aku taun lepas.. eh.. tahun lepas ke? sat nak ingat.. ermm.. aku nikah bulan 11 , 2008 .. kira ni raya kedua aku sebagai suami isteri .. 2008 la kan ?? Iskh.. tua betul aku ni ..

Bagi aku , setiap baju yang aku tengok tu semua cantik cantik ... Yelah kan , kalau tak cantik , takkan diorng nak jual kan ? hehe.. cuma harga je la yang membezakan ..

Dari Ampang Park , ke Jalan TAR .. Ya Allah .. tolonglaahh .. ternyata aku semakin tua .. Tak sanggup nak redah orang .. Cari punya cari .. jumpa je la sepasang .. tu pon khas untuk buat g kerja .. kira beli murah je la ... baju basahan kata orang .. haaha ..

Aku tak tahan dah .. ajak orang rumah balik .. Tgk jam dah kul 5 lebih .. huih .. lewat dah ni.. nak balik Putrajaya lagi nih.. kereta parking kat LRT Cheras.. Hadoi... Nasib baik kereta tak banyak dah skang ni .. aku rasa ramai dah balik ke kampung .. nak habiskan Ramadhan bersama mereka yang tercinta .. huk huk ..

Sampai Putrajaya .. Terus g tapaw makanan kat Precint Diplomatik .. Dok baik punya tunggu , wife datang .. cakap kat sebelah ada butik baju.. cantik cantik baju dia .. huk aloh !!! Dari rumah aku ke situ , tak sampai 5 minit ! Tapi diajak pusing dunia , last last jumpa kat sebelah jer .. huih..sabar je la ben .. nasib baik bini .. kalau bukan ... mau gak aku jadi ....




Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Akhirnya TV3 menarik kembali iklannya .. Menurutnya penarikan iklan tersebut adalah respon dari penonton TV3 .. Alhamdulillah ... Terima kasih kerana peka terhadap penonton anda ..

Selamat Hari Raya Aidilfitri .. Maaf Zahir Batin ..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments



huhu .. aku makan ... japanese soba n tom yum kung .. huhu .. lapar neehhh .. air apa besh ek ?? Lama tk pekena coke neh ...

Tak larat dah nak merayau kat bazaar Ramadhan .. Maka g tapaw je kat SR di Precint Diplomatik .. huhu .. feneett.. tobat dah .. tahun depan , 10 bulan sebelum raya aku dah shopping raya !!
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
" Encik .. sila bergerak ... sebelum saya gerak gerak khaskan encik " ... Ingat ingat la orang belakang skit bang oii..

Amacam ?? Ni skit je ni .. kalau kat Jln TAR tadi , huih... aku nak keluar kamera pon segan.. hahaha.. ramai sangat .. nasib baik bawak digital kamera ..senang nak amik gambar ..

Tadi ada satu makcik tu .. Kat Semua House.. borak borak ngan wife aku sewaktu duduk merehatkan diri .. Aku sempat la update satu entri.. Skang ni pon aku berdiri je update entri ni.. hehe..

Menurut makcik tu , SOGO sesak giler .. nak masuk pon tak boleh ... tak caya ? tuuu .. korang tengok la sendiri.. berapa ramai 'parking'kan diri depan Sogo tu .. sah sah tak larat dok menempuh arus dalam Sogo tu .. Nak mencari satu hal.. nak bayar satu hal ..

Ada kawan kata , nape cari last minit ? Biasanya aku cari awal minit tapi tahun ni saja nak cari last minit sbb nak pastikan adakah harga benar benar murah .. faham faham je la kan , MEGA SALES ni kan dibawah Kementerian Pelancongan .. sekurangnya aku boleh gak bagi feedback kat orang asing kalau diorng tanya adakah murah bila sale di Malaysia ni.. hehe.. ok tak alasan aku?? haha..


Kat depan Pertama Kompleks tadi ada booth .. Pengambilan Sukarelawan /Sukarelawati Polis .. aku tengok ramai gak yang dok beratur nak join .. Dibuka sehingga umur 40 tahun .. Huhu.. aku sbnrnya minat menda menda gini malah aku sendiri pernah g dipanggil untuk kursus induksi Insp. Polis tapi rasanya aku ni jenis iman yang lemah .. Faham faham je la kan .. dari cari pasal baik aku jauhkan pasal tu kan .. hehehe..

Korang rasa .. patut tak aku join ? Aku tanya korang .. bukan suruh tepuk dada ... adeh..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Aku kat Semua House , KL .. Berhampiran dengan Jalan TAR .. Huih ... orang ??? Mak aih.. aku macam nak pengsan je nih .. Ramai giler orang .. Mmg menduga betul ... Hancus puas aku .. mana tak , dalam hati macam macam dok berkata ... Yelah , macam macam style n fesyen .. Yang paling ketara ialah fesyen' tudung terketat sana sini' .. Nak elak dari pandang camana ? Aku dah abis pakai cermin mata hitam ni .. Kalau pakai spek biasa tu , terang dunia aku .. Kalau pakai spek hitam tu , mmg tak nampak biasanya .. Tapi kali ni , kiri kanan dah gitu ..

Ada gak gambar aku amik tapi rasa tak patut aku nak paparkan kat sini .. Akan mengaibkan individu tu sendiri .. Yelah , nak kata lebih lebih lagi , diorng ni kan muda lagi .. Dulu aku pon camtu gak ... Dah tua gini baru terantuk ... nasib baik sedar gak kan .. tu pon bukan 100% .. huhu.. masih dok perbetulkan diri ..

Tadi singgah kat Masjid Jamek .. Solat Zohor kat situ jap .. Wife aku 'cuti' .. jadi dia duduk tepi tu.. jaga beg , kasut aku .. Ada la pulak hamba Allah tegur dia.. cakap tak elok duduk kat tepi ni .. khuatir berlaku fitnah .. Aku takde masa tu .. g amik wudhu' .. Bila aku sampai , takde pulak dia nak tegur kat aku .. Tu yang aku dok hangin gak .. Masalahnya , bukan wife aku sorang je duduk kat situ .. tempat yang dia duduk tadi tu ada satu makcik duduk .. dok tunggu suaminya solat .. Haih .. hangin gak aku.. Nak gak aku tanya , camana nak berlaku fitnah sedangkan tempat terbuka.. dia duduk sorang lak .. mmg terang terang nampak jaga beg n kasut .. takkan orang yan datang ke masjid tu buta ? Dia kata lain kali g duduk tempat wanita ! Adoi... mmg kurang pahala aku dok #$@%@%@ dia ... Cakap terang terang lain kali .. aku nak tau gak tang mana fitnah tu .. Aku bukan tak boleh terima tapi kalau dia ingat kitorang ni kapel , sila bertanya dulu lain kali dari main serkap jarang ! Orang cam ni patut antar g disko jer.. suh ceramah terus dalam tu .. Aku bukan tak boleh terima teguran tapi sila beri alasan yang munasabah dan jawapan sekali ..

Dan , tolonglah wahai wanita .. hormatilah kesucian agama kita .. Kalau nak harap lelaki tegur , aku rasa lelaki lagi suka pandang .. Percuma tuuuu .. Kalau bukan kita , sapa lagi nak hormat ??

BA : maaf andai ada yang terasa .. tapi inilah hakikat yang perlu diterima .. Lelaki terseksa dan ada yang gembira ..
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Mudah sekali kita nak memanggil seseorang itu kawan .. malah lebih mudah lagi untuk kita mengelarnya sahabat .. Tapi sejauh mana seorg kawan mahupun sahabat itu berkorban ? Segalanya akan nampak bilamana kita dalam keadaan senang .. Rakan akan tersenyum dari jauh lagi.. Bila kita susah , berapa ramai akan senyum pada kita dan bertanya masalah kita dan membantu menyelesaikannya ?

Ramadhan ni , mmg banyak peristiwa berlaku .. Ramai terkejar kejar mendapatkan keberkatan di bulan mulia ini dengan melakukan amal ibadat sebanyak mana yang termampu .. Namun ada yang terlepas pandang untuk memberi bantuan yang berada di depan mata ..

Hari ini ada seorang sahabat blogger memohon bantuan .. Memohon bantuan yang amat ringkas.. Sekadar berdoa untuk sepupunya yang sedang menderita kesakitan .. Sama samalah kita berdoa dan bantulah yang mana termampu ..

Untuk lebih lanjut.. sila ke blog sahabat kita ini .. SINARRAUDAH
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Aku ingatkan si CMG ( Che Mat Gebu ) ada butik jer .. sekali tadi lepas sahur , aku saja je la google.. tu diaa..banyak rupanya bisnis dia ... Patut la mampu pakai blender mahal kat umah dia .. tu diaaa ... mari kita kira harta hartanya ..



Sapa kata CMG kita tak tau pasal IT ???

Consultant lagi.. pasni kalau nak tau pasal NUFFNANG , jangan segan segan call CMG kita yer ..

Ni dia buat g pasar je ni ..

Kalau keta dia tadi tu eksiden , tak payah susah susah .. dah ada syarikat untuk uruskan bab claim mengelaim ni ..

Pasal apa aku kata eksiden ? CMG kita ni kaki lumba !!! kaki jee..tangan tak ..


Korang tengok !!!!! Siap ada jet peribadi ! Tu pasal dia boleh g serang SAJI kat hq tu , bila bila masa jer .. korang jangan cari pasal curi gambar dia !! kang dia bukak syarikat buat peluru berpandu lak .. huhu..


Ni dalam perancangan dia .. nak bukak butik kasut ala ala Jimmy Choo ..tapi brand dia sendiri.. CMG CHOII..

Segala bisnis dia bermula dari moyang dia.. diorng buat basikal ni dulu .. barulah berkembang .. tapi CMG tak nak usahakan .. dia suka memasak ... biasa laaa.. org kayaaaa ... duk dapur je laaa..

Sambil dok dapur sambil perhatikan naik turun saham .. korang ingat dia usha blog atau dok buat blogwalking je ke ??

Antara syarikat akan dibukanya nanti .. dia nak buat ibu pejabat kat angkasa lepas.. jimat katanya .

Dah inilah hobi sebenarnya di waktu dia free.. tu pasal petang petang dia offline .. nak mengayuh basikal .. pusing sedenak dengan geng geng dia ni .. semua dia taja ok !



Amacam ?? Percaya tak ? Jangan percaya yer .. semua ni aku reka di waktu subuh .. hehe.. takat ni Mat Gebu cuma ada butik jer.. tu pon kat dapur dia je ... kan mat kan ? pepel 3 keping yer .. kalau tak aku buat entri lagi yang bertajuk harta ismet ulam raja di luar negara !!!

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments


Keajaiban Azan yang masih ramai tidak ketahui ... Yahudi mahupun kafir mula gentar akan kebangkitan Islam .. Ayuh .. sedarlah saudara saudara ku ... jgn lagi terlena dibuai duniawi ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku pelik kenapa dokumentari sebegini bagus tidak ditayangkan pada hari kemerdekaan ari tu ? Dok tayang cerita tah hapa hapa jer ??

Aku dok layan channel History ( Astro ) yang bertajuk THE MALAYAN EMERGENCY .. Dokumentari ini mengisahkan perit getir Tanah Melayu sebelum kemerdekaan .. Suka duka nenek moyang kita menentang Jepun , Komunis dan juga British ..

Yang bagusnya mereka menemubual kesemua yg terlibat .. polis tanah melayu mahupun anggota komunis itu sendiri yg mana mereka sendiri telah lanjut umur .. Kembali bercerita kembali setiap detik detik yg berlaku .. Babak bagaimana rakyat dibunuh oleh komunis ... Ditembak di kepala.. di perut.. malah isi perut semua dikeluarkan agar rakyat ketika itu takut dengan ancaman komunis ..

Penuh keinsafan ... Dokumentari dokumentari beginilah patut ditayangkan di sekolah sekolah pada hari Kemerdekaan Negara kita .. Bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang !

Kita asyik dok dengar wira wira yang dah selalu baca dalam buku teks sekolah sedangkan terlalu banyak wira negara yang patut kita kenangkan ..

Aku rasa la kan .. kalau dokumentari beginilah ditayangkan samada di tv mahupun di sekolah , ramai rakyat akan sedar betapa negara kita dulu berada dalam keadaan yang sukar .. perang dan darurat .. hurm... wajib tonton !
Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Dah habis idea ke TV3 ??? Tengok iklan kat bawah ni yg simple tapi sarat dengan mesej ...




Terbaru : respon dari TV3 > sini (05/09/10)
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Menurut sumber yang sangat boleh aku percayai , cara pengoperasian perompak telah bertukar ! Mereka sekarang ni menggunakan bayi .. Penyangak berkenaan akan meletakkan bayi di depan rumah anda dan menunggu penghuni rumah keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku .. Kemudian , mereka akan segera bertindak !

Cara ini diguna pakai di sekitar ibu negara sekarang ini .. Sila ambil perhatian .. jika benar ada bayi di depan rumah anda .. jgn keluar terus .. pastikan terlebih dahulu dan buat laporan polis .. jgn memandai mandai keluar terus .. kalau kena awak berseorangan ? tak ke kes haru ..

Manakala jika terdengar bayi menangis tengah malam buta di depan rumah anda , huhuh... sila jengok ikut tingkap .. dikhuatiri bukan bayi .. hehehe...

Sila ambil berat amaran ini yer .. kes jenayah semakin menjadi jadi kebelakangan ini walaupun pihak berkuasa telah melipatgandakan usaha mereka .. Terima kasih PDRM ..
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Jawapan untuk soalan tadi ialah :

D untuk DAVIDOFF CHAMPION PERFUME ... aku baru beli tadi kat Alamanda.. Terbang RM300 .. Kata promoter tu , perfume ni sesuai untuk orang kuat berpeluh .. haaa.. termasuk jugak orang yang suka g gym.. kira lagi berpeluh lagi seksi laaa ... wow weee ..

Siap dapat mintak sample Burberry lagi.. Memula tu aku nak amik Burberry Sport.. sedap bau dia tapi bila dah bau Davidoff ni , terus aku sambar .. Yang PlayBoy tu aku beli untuk pakai waktu petang , lepas g gym jer .. hehe.. Jimat jimat ..

Jadi bagi mereka yg meneka , DUMBELL tu , harap maaf la yer.. hahaha.. takkan la aku nak bagi soalan semudah itu je kot ??? Hahahaha .. maaf yer.. jgn marah ... selamat hari raya .. maaf zahir dan batin yer ... hehehe...
Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Tidak ku sangka wahai abe Mat Gebu (CMG ) ! Dah buat bisnis baru diam diam ehhh ... awat tak habaq kitorang neh ?? Takut kitorang mintak diskaun yer ??? Jangan la gitu ... Sungguh pon kitorng ni suka mintak diskaun tapi kalau kawan kawan niaga , takkan nak mintak diskaun kot ? Kitorng siap bagi kompaun lagi , haaa ...

Abe Mat , dah bukak berapa cawangan ? Tamo bukak kat Putrajaya ke ? Mesti meriah gitu... gitu gitu , gitu .... haaa.. akak pon tumpang gembira tauuu .. Huk aloh... buang tebiat ke aku neh ??

Gini cerita dia ... tadi , la kan .. aku dok window shopping kat BLOGGER BUZZ ( kat shopping complex Blogspot ) , aku ternampak laa seorg yang aku kenali amat sangat walaupun tak pernah bersua muka tapi baik sungguh orangnya dan sangat pemurah yakni , SUEJOSHUA .. ada sesuatu yang telah menarik perhatian aku .. Rupanya rupanyaaa .. si Mat neehhh .. dah bukak butik kauuu .. bukan butik kau tapi ... tengok la sendiri haaa gambar ni ...

Amacam ?? Tak percaya lagi ?? Gambar ni aku amik dari blog SUE .. Dia yang shopping kat situ..
Tidak ku sangka Mat !! Selayaknya CMG tukar nama dah .. jadi DMG !! Datuk Mat Gebu .. huhu.. kan kan ??

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

Soalan : Dr Asri, selamat hari raya, walaupun banyak hari lagi. Soalan, biasanya setiap pagi hariraya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?

Ina, Johor


Jawapan Dr MAZA : Saudari Ina yang dihormati. Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. Hari raya adalah hari membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Kita bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Irama takbir ala melayu agak sedih. Jika kita dengar takbir yang dilaung di dunia Islam yang lain, khususnya di dunia Arab, kita akan tahu irama takbir mereka lebih bersemangat dan lebih mendekati perasaan kemenangan. Firman Allah:

“..dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan hari raya sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada hari raya. Ini semua menzahirkan kejayaan dan kegembiraan.

2. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

3. Justeru itu, Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang atau musolla (tempat solat). Baginda tidak bersolat di masjid baginda, sekalipun masjid Nabi sangat mulia. Ini bagi menzahirkan suasana gembira dan menggambarkan kepada masyarakat kekuatan umat Islam. Kata Abu Sa’id al-Khudri:

“Rasulullah s.a.w itu pada Hariraya Fitri dan Adha keluar ke musolla. Perkara pertama yang dilakukannya adalah solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari:

“Musollah itu tempatnya diketahui di Madinah, di mana antaranya dan masjid sejauh seribu hasta”.

Maka afdal solat di tempat lapang untuk lebih menzahir suasana tersebut. Melainkan tempat lapang sukar didapati, atau hujan atau memberikan kesusahan yang lain kepada orangramai. Al-Imam al-Nawawi (wafat 676H) ketika mensyarahkan hadis Nabi s.a.w bersolat di tempat lapang itu menyebut:

“Hadis ini menjadi dalil untuk mereka yang berpendapat disunatkan keluar bersolat hari raya di musolla. Ia lebih afdal dari ditunaikan di masjid. Inilah amalan orangramai di pelbagai negara. Adapun orang Mekah, mereka sejak dahulu bersolat di masjid (al-Masjid al-Haram)”. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 6/483. Beirut: Dar al-Khair).

4. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka. Banyak hadis lain menunjukkan keizinan atau galakan hiburan pada hari-hari kegembiraan seperti hari raya, hari perkahwinan dan seumpamanya. Maka, dendangan lagu hari raya yang menimbulkan suasana kegembiraan adalah digalakkan. Adapun lagu-lagu yang menimbulkan kesedihan ia bertentangan dengan konsep hari raya dalam Islam.

5. Kata Ummul Mukminin ‘Aishah r.ha:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

6. Maka, jika berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.

7. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:

“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).

Pada peringkat awal Nabi s.a.w melarang kerana bimbang kesan jahiliah dahulu masih mempengaruhi masyarakat. Apabila kefahaman Islam sudah kukuh, baginda mengizinkan kerana ia membantu mengingatkan hari akhirat. Ertinya, jika sesiapa yang apabila ke kubur akan terpengaruh dengan amalan khurafat, maka mereka ia sepatutnya mengelakkan diri dari menziarahi kubur. Jika ia menyebabkan mengingatkan hari akhirat, maka ia digalakkan.

8. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. Apatahlagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.

9. Pada hariraya disunatkan mandi, berwangian, berpakaian cantik dan berjumpa orang ramai. Dalam hadis Jabir r.a berkata:

“Rasulullah pada hari raya mengambil jalan yang berbeza” (Riwayat al-Bukhari).

Maksudnya, jalan pergi ke tempat dan pulang yang berbeza. Kemungkinan antara hikmahnya untuk berjumpa orang ramai. Maka, berjumpa orang ramai pada hari raya adalah digalakkan dan itu patut menjadi tumpuan, bukan pergi menemui yang telah meninggal dan bersedih di kubur.

10. Pertemuan pada hariraya bukan untuk mencurahkan airmata, tetapi untuk mengucapkan ucapan kejayaan. Para sahabah apabila bertemu pada hari raya mengucapkan TaqabbalaLlah minna wa minka (semoga Allah menerima amalan kami dan kamu)” (lihat: al-Albani, Tamam al-Minnah 354-356). Ucapan-ucapan lain tidak salah selagi mengandungi maksud yang baik dan bukan membawa kepada kesedihan dan kedukaan.

11. Maka, jadikanlah hariraya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan.


sumber : DRMAZA

Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Tengok betui betui .. Perhatikan dengan teliti .. apakah ini ??? Klu ?? Takde klu.. hahaha ... ok ok.. bermula dengan D ... alalala..

Hadiah ?? Takde hadiah .. hahaha.. ok ok.. kalau sapa betul ..bagi jawapan dengan tepat dan paling pantas , maka aku akan buat JELAJAH BLOG AIDILFITRI buatnya .. satu satunya JELAJAH BLOG edisi khas untuk tahun ini .. Amacam ??? Siap ropol ropol lagi .. hahaha ..

Ok .. berikan jawapan korang di ruangan komen .. Jawapannya , tengah malam nanti .. hehehe ... Cepaattt....
Share
Tweet
Pin
Share
43 comments

Sedap giler rasanya .. aku plan nak simpan untuk raya tapi dah tak tahan sangat.. aku makan guna je la .. hehe..

Tu la .. jgn ingat yang tak popular tu tak best .. Sapa kata tak popular ? Popular sebenarnya tapi kita dibutakan dek promosi bertali arus jer . Dok mengagungkan yang tu jer maka yg lain jadi tak best ..

Harga ? Murah berbanding yang dulu dulu aku suka pakai tu .. Kualiti pon best .. Keselesaan ? Mmg aku berpuashati .. kalau ikut aku , mau je ajak g sambar lagi .. hahaha

Ingat lagi seluar LEE yang aku beli ari tu ?? aku dah rasmi tadi.. Yelah , nak tunggu raya mendanya .. dah ada depan mata .. guna je la .. hehehe .. Lagi pon keluar dengan isteri .. kena la cun cun skit .. Ni takkan nak g kerja je mesti cun kan ??

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Dunia makin kejam .. $$ semakin menjadi maharaja ... Segalanya dh bertuhankan $$ .. demi $$ , manusia sanggup lakukan apa saja asalkan tercapai segala agenda ..

Itulah dunia yang kita berada skang .. ke mana mana saja $$ .. takde $$ mmg boleh membuatkan seseorang tu murung .. Tak kira bujang atau berkeluarga , $$ mmg jadi keutamaan dari dulu sehinggalah sekarang ..

Aidilfitri semakin hampir .. Ekonomi pula belum pulih .. Nak cari kerja pon susah .. sedangkan peluang $$ ada di mana mana cuma sikap MALAS tu je yang menguasai diri .. Disbbkan itulah ada manusia yang dihasut syaitan agar melakukan perbuatan terkutuk !

Kebelakangan ini kita sering lihat wanita menjadi mangsa .. begitu juga dengan lelaki .. Terbaru , sekumpulan 4 lelaki menculik seorang wanita di depan sebuah pasaraya di Kuala Lumpur .. Mangsa di heret dan dicampakkan ke dalam sebuah van kemudian dipaksa menyerahkan telefon bimbit dan barang berharga miliknya termasuk dokumen penting .. Kemudian mangsa dicampak di Stesen Komuter Sungai Buloh dalam keadaan tangan terikat.Dipercayai dilakukan oleh orang tempatan .. ( Hmetro )

Hurm... skang ni , nak ke mana mana perlu waspada ... walaupun berteman namun penjenayah tidak takut melakukannya .. Walaupun ada ramai orang pon mereka masih berani melakukannya .. Ini kerana mereka pastinya bersenjata dan mereka yang terlihat kejadian tersebut sudah tentu takut untuk membantu ..

Nasib baik tak dibunuhnya perempuan tu .. haih... Malang bagi seorang guru agama yang dijumpai mati dibunuh dirumahnya semalam ... Al fatihah buat rohnya .. ( Hmetro )

Wahai wanita .. jika tak perlu keluar dari rumah , jangan la keluar .. elakkan membawa atau menunjuk harta benda bernilai di depan orang ramai .. Biar nampak papa .. asalkan nyawa terselamat .. Jgn sesekali mengundang malang .. 'Syaitan' memerhati anda dan mereka berada di sekeliling kita ...

BA : Aku tak tau la apa dalam kepala penjenayah ni .. diorg tak kesian ke kat orang orang yang mereka aniaya ni ??? haih ...
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Ada blogger tanya kat aku berkaitan soalan di atas ... Isu ni pernah aku keluarkan dulu .. secara ringkas je ... Kat sini aku akan bagi link , dan korang baca yer .. (BUFFERED ) .. Ini sekadar pendapat peribadi aku ... Kalau ada yg berminat nak menambahnya , dipersilakan ...

Ramai yang tak perasan jika dapat BUFFERED .. senantiasa perhatikan blog dan juga Earnings di Nuffnang .. Tiba tiba je boleh ada BUFFERED EARNINGS .. Kalau dapat tu , bermakna dia nak kasi korang bonus untuk bulan tu la .. tak perlu tunggu setiap hari Isnin untuk mengetahui jumlah $$ yang korang dapat pada minggu lepas .. Yang ni tips untuk BLOG

Tips ni aku dapat dari seorang sahabat yang popular tapi dia bukan blogger namun dia gemar mengorek rahsia blogger top .. hehe.. Thanks bro .. dia cuma suruh aku rujuk pada sebuah blog seorang perempuan muda yg mana $$ setiap bulan dia mencecah 4 angka padahal dia masih lagi belajar ... dasatkan ?

Aku masuk dan baca... simple je blognya.. cerita tentang kehidupan dia tapi bijak menyusun atur blognya .. Aku masuk sekali tu jer.. terus aku print entrinya dan aku kaji .. Aku mencuba ideanya .. Ternyata benar.. Perubahan berlaku sekelip mata ..

Dulu , aku macam korang gak .. mengeluh .. rasa tak berbaloi .. setiap minggu dapat sen sen jer .. hari hari update .. tapi hasilnya ?? Nak kata tak de orang baca , ramai jer .. tapi bila hari Isnin jer .. tngok , 25 sen...50 sen .. huh.. Pastu , iklan tak keluar keluar .. bila keluar , sekali .. pastu ilang .. Mmg aku tensen.. Kemudian aku beralih arah .. guna Adverlets dan Innity .. Bila aku bandingkan ketiga tiga , aku buat kesimpulan untuk kekal dengan NUFF .. Hehe.. tak pe la , kena sabar .. Akhirnya , kesabaran aku dibayar dengan setimpal dan berbaloi ..

Jadi blogger ni kena bijak .. kena kreatif .. kena rajin .. Gabungkan ketiga tiga ni , insyaAllah .. setiap bulan , korang akan dapat duit saku hasil dari blog .. Dari membuang masa melepak , bergossip lebih baik cari duit poket .. Inilah masanya sementara berkemampuan melakukkannya .. Sapa tau , satu hari nanti masa mencemburui kita , nak tengok blog pon dh tak sempat .. InsyaAllah .. harapnya tak berlaku sebabnya , blog bagi aku umpama tempat 'berborak' .. luah perasaan dengan kawan baik .. Yelah kan .. kena tulis dengan lemah lembut dan sopan santun .. Orang membaca blog kita .. Tak kira muda mahupun yang .. senior.. hehe... Tengok , lembut je kata kata aku kan .. hahahaha.... Guwau jer..

Akhir kata .. wahai sahabat sahabat ku yang masih baru ... kesabaran tu penting .. mana ada majalah yang baru diterbitkan terus meletup ? Mereka siap bagi percuma lagi sebagai promosi .. Disamping itu mereka membaiki setiap kekurangan dengan melakukan kajian .. Jangan terlalu cepat berpuashati dengan blog korang .. Rajin rajin buat kaji di blog blog orang lama ... Jika buka mata seluas luasnya korang akan nampak 'rahsia' kejayaan mereka ... Segalanya di depan mata .. Mahu atau tidak jer ... Semoga berjaya .. Nak ucap selamat hari raya pon , lambat lagi kan .. hehe.. Selamat membaca yer ... Jadilah blogger yang terbaik di kalangan terbaik .. Aku harap korang berjaya melakukannya .. InsyaAllah ..

BA : Aku hepi bila tengok kawan aku hepi ... Aku faham erti kecewa ..




Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

Eeewwww.... perempuan berdengkur ??? Buruk benor rupenye ehh ??

Tapi tulah hakikatnya .. tak kira laki ke perempuan ke , sama jer .. cuma perempuan berdengkur ni , tetap maintain cun .. Tak caya ? Cuba tanya akak akak yang dah kawin tu .. mesti diaorg akui .. kalau tidur berdengkur tu , laki dia kejut .. kan ? Pastu bila dah jaga .. haa... ok .. balik ke topik asal .. lalala ... ( tau tau ngandung ) ...

Seperti perempuan tadi , wahai lelaki .. sila pastikan yang tidur berdengkur di sebelah anda itu adalah isteri anda .. Jika bukan , sila balik ke rumah anda !! Anda sedang melakukan dosa besar .. Balikkkk !!

Ok.. kenapa isteri kita tidur berdengkur ?? Cuba perhatikan rutin hidup mereka .. Celik je mata ... terus ke dapur .. Terus laksanakan tugas seorang isteri .. Berbeza lelaki .. Celik je mata .. nak tutup balik mata tu .. kan ? haaa .. percayalah .. mula mula jee.. tapi bukanlah semua gitu kan .. cover line skit neh.. jaga maruah lelaki .. lalalaa

Isteri ni , selagi ada dalam rumah selagi tu ke hulu ke hilir ..adaaa je keje nak buat .. Wahai suami.. tahukah bagaimana nak hentikan mereka ini dari bergerak ?? Ada dua .. satu .. sila pasang drama di tv ... tak kira drama melayu, korea , jepun , indonesia , hindustan .. pasti mata mereka terjeling jeling .. Kalau mereka terus buat kerja tu , anda cubalah cakap dengan tv tu .. kira korang beri perhatian pada drama tu la.. mesti tergoda punyalah ! Cara kedua , cuba ajak g shopping .. kata korang dapat bonus ! Tak sempat kelip mata terus dia g bersiap wooo ...

Kalau dibiarkan mereka ni bergerak tanpa henti , maka bila malam menjelma .. belum sempat korang nak ucap selamat malam , dia dah ucap dulu .. dalam bahasa Jerman ! Sah takkan paham .. KROHHH KROOOH KROOH ! Ertinya ... PENATT ... PENATTT... PENATTT ...

Lelaki punya KROH berbeza .. membawa banyak maksud ... aku tak mo bincang kat sini .. kang aku kena tidur luar lak malam ni ... dengeres.. hahaha...

Maka , bila isteri kita tidur berdengkur , maka kejutlah dia secara romantik .. Auwww... Bisikan di telinganya ... sentuh ibu jarinya dengan lembut .. betulkan kedudukan kepalanya ... Kemudian , dodoi sampai dia lena.. pastikan dia lena yer ... jgn buat kerja lain lak ... tak ilang penat dia nanti .. kang awal pagi dah bangun , korang bantai tidur lagi... sampai kiamat la dengkur dia tak ilang ..

Satu lagi tips .. masas isteri korang tu nak tidur ... kasi la urutan satu badan ... ehem.. yg belum kawin , sila tekan pangkah di penjuru kanan browser anda yer .. Tunggu dah kawin , baru leh sambung baca ... Ok , sambung .. gunakan minyak aromaterapi yg mengasyikan .. kasi dia rileks... baru leh tidur dengan aman ...

InsyaAllah ... jika digunakan tips ini , maka isteri korang pasti akan menyediakan sarapan pagi yang enak banget !! Sampai ke katil dibawanya hidangan tersebut .. Tak caya ? Cubalah .. lalala
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Krohhhhhhh !!! Krooohhhh !!!! Krooooooohhhhhhh !!!

Baiknya berdengkur eh ?? Biasanya lelaki lebih kerap berdengkur berbanding wanita .. Jgn ingat wanita control cun masa tidur weh ! Kadang kadang ada wanita terlebih 'cun' waktu tidur tapi ni bukan topiknya yer .. tu lain kali .. hehe..

Suami puan berdengkur ke masa tidur ? Sebelum itu , pastikan yang tidur itu suami anda yer .. Bukan boyfriend atau tunang .. Dosa dosa ! Ingat akhirat skit yer ..

Ok.. selepas pastikan yang tidur di sebelah anda itu adalah suami anda , barulah ikut langkah ini .. Sila tanda dalam buku atau diari .. Kalau malam ni dia berdengkur , sila catit pukul berapa dia tidur ... Selepas mencatitnya , sila tidur ...

Tunggu keesokkan malamnya .. Sila ulangi langkah yang diberitahu tadi iaitu , catit dalam diari .. Buat sehingga malam ke 30 ! Ok .. selepas sampai ke malam 30 .. anda periksa semula diari tersebut ..

Dari malam pertama sampai ke 30 , berapa malamkah dia tidur bersama anda ? Dan berapa malamkah dia berdengkur ?? Jika jawapannya , lebih dari 20 malam atau tiap tiap malam ... anda patut bersyukur kerana seteruk teruk suami anda itu , dia masih nak tidur disebelah anda ! Bayangkan kalau tiap tiap malam dia guna alasan OT .. Balik lewat malam ... atau tak balik langsung ! Atau tertidur kat spa ?? Camana tu ...

Kadang kadang , kelemahan si suami tu ada kebaikkannya .. Namun perlu cari cara untuk atasinya ... Caranya , urut kaki suami .. urut jari jemari suami .. atau nak kasi dia rileks , urut je tapak kaki dia ... haa... insyaAllah .. lagi lena dia ... anda pon pasti disayanginya lagi ... Maka tak perlulah anda risau dengan 'madu' ... kan kan ??
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Lagi pengguna Facebook hina Islam .. Haih .. tak serik ke ? Sorang sorang cari pasal .. Kali ni Katy Lim Li Lian lak hina umat Islam di dalam Facebook .. Aku try google tadi .. dia dah tutup akaun .. wah .. pantas eh .. sempat beberapa blogger save statusnya .. Maka ada bukti la ni .. Tapi dalam blog sahabat ni dia kata dia dah tukar id ... LOVE LILIAN ..

Laporan polis telah di buat tadi di Putrajaya oleh GEMPUR (Gerakan Pemuda Prihatin Putrajaya ) ... hurmm .. apakah tindakan pihak berkuasa kali ni ? Aku harap SKMM boleh bawak malaun ni ke muka pengadilan .. ini lebih daripada lawak jenaka Hassan Skodeng tu !

Diharap siasatan terperinci dilakukan .. takut takut ada unta padang pasir buat aniaya pada perempuan ni lak .. mana la tau kan ? sapa sapa boleh buka FACEBOOK dgn guna nama orang dan gambarnya sekali atas dasar sakit hati atau hasad dengki ..

Aku bukan nak sokong unta ni , tapi dunia cyber skang ni ... faham faham la.. ramai gak kawan kita pernah kena kan ?

Kalau benar dia yang buat , takat RM50 ribu tak cukup .. Kasi ISA terus ... atau tarik kerakyatan dia .. kasi pengajaran pada mereka yang berani nak hina Islam !


BA : Hehe.. jgn sampai FACEBOOK atau semua laman sosial diharamkan atau di tapis dah ler .. huhu..
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Ahaks .. awai raya eh... bonus tarak ka bos ? hahahaha... kata bisnis kencang ? Mmg kencang pon .. kan kan ? Kalau tak , takkan berlambak boleh dapat BE kan .. tapi pelik la , berdasarkan apakah pemberian BE ni ? Bolehkah En. Nuffnang memberi penjelasan kepada kami dan mereka mereka di luar sana .. Kalau nak kata berdasarkan trafik atau profile survey , aku rasa tak kot .. Diharapkan bolehlah beri penjelasan sepatah dua kata ..

Oh ya.. kalau nak buat open house NUFFNANG tu , buat la tempat open skit ... baru la meriah gitu .. kan kan ? Selamat hari raya yer en.nuff .. maaf zahir dan batin .. banyak gak buat dosa dulu kat En.Nuff ni .. maklumlah , tak sabar orangnya saya ni.. hahaha...

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Iskh.. aku baca Malay Mail tadi berkaitan Hassan Skodeng yang dibicarakan berkaitan entrinya TNB tu ..Patutkah dia dihukum kerana entrinya yang lebih pada lawak tu ?

Ahli politik , peguam malah bloggers sendiri mempersoalkan tindakan SKMM itu .. Adakah kita tidak boleh lagi menerima lawak jenaka yang sinis ? Kenapa mereka yg mengeluarkan kenyataan di blog yang biasanya berbaur hasutan , boleh pulak terlepas ? Betul jugak kata diorng tu .. Biasanya ikan bilis yang jadi sasaran ...

Kesian kita kan .. pasni blogger nak tulis apa saja untuk memberi pandangan pon kena hati hati .. bermakna kena tulis yang bagus bagus jer .. Tak pun cerita jer ari ni makan apa .. esok nak g mana .. Maka terkongkonglah kita di mana sepatutnya kita bebas ..

Bagi aku , boleh ada pantauan .. perlu wujudkan satu undang undang yang terang dimana blogger boleh tau mana satu batasan mereka ... tapi kalau sekadar melawak tu , pihak yg terbabit tu kenalah bersikap terbuka.. sekadar satu hiburan .. bukan ada makian atau cacian pon ..

Kalau melawak pon tak boleh , apatah lagi kebenaran yang hakiki ??


Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Tergerak la hati aku nak check email kat gmail tadi.. huhu.. dok pk la.. mana la nak cari duit raya .. hahaha.. yang ada skang ni pon cukup sampai lepas raya.. Alhamdulillah tapi tak leh la nak enjoy kan .. nak kena simpan lagi dalam bank ... Ingat hari tua anda .. huhu.. Jangan ingat Ayam panggang madu janda Datuk Mat Gebu tu .. Datuk ??? Aminnn.. hahaha... lom datuk lagi .. Tapi sapa tau kan ? Aiseh.. lari tajuk ..

Dok belek la satu satu ... haih ... Saja ilangkan penat pasang lampu lip lap yang tak abis lagi tu sbb ada orang datang kat luar tu .. Tiba-tiba .. aku ternampak HSBC !! Eh.. biar betul ???

Takkan dh masuk kot yang aku cashout ari tu ? Ari tu yakni bulan Julai yer.. bukan semalam .. Aku pon klik laaaa.. nampak laaa gitu gitu haa..
Waahhh .. ada duaa ... otw cheque tuuuu .. Macam tak caya ... Aku terus check dalam NUFF .. waahh .. dia dah send .. huhu ... mungkin ari ni atau minggu depan dapat la ... InsyaAllah ..

Paling baru , 31hb Aug aku cashout lagi .. rasanya akan cashout lagi pas raya ni ... hehe... rezeki .. Pada En.Nuffnang , jutaan terima kasih kerana telah menceriakan aku pada hari ini.. hehe... sbb semalam tensen .. ari hepi... Alhamdulilah.. syukur... Tula.. Kalau Allah nak beri rezeki , datang tak disangka sangka ... Yang paling penting , bersyukur dan berjimat !

Pada rakan pembaca yang rajin masuk blog aku ni , jutaan terima kasih kerana rajin melepak kat sini .. huhuh... Semoga Allah merahmati hidup anda semua ...

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments
Oh tidak .. bagaimana aku nak berjalan jalan di sana nanti ? Nampak gayanya aku pasti beraya dalam kawasan DUN je la .. huhu.. Baru plan nak turun KB .. Cam tak jadi je ni... Nak ke Wakaf Che Yeh , lagi laa.. Kena buat perancangan teliti ni.. kalau tak , ada gak menghabiskan hari dalam kereta .. Ops.. nak tau ke apa kes ??

Lebih 600,000 kenderaan akan berada di Kelantan semasa raya

JELI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menjangka lebih 600,000 kenderaan akan memenuhi jalan raya di negeri itu serta bakal menimbulkan masalah kesesakan di jalan utama semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pengarahnya, Abdul Ghani Che Kassim, berkata anggaran itu berdasarkan jumlah kemasukan kenderaan luar serta jumlah kenderaan yang didaftarkan di Kelantan.

"JPJ merekodkan 600,000 kenderaan didaftarkan di negeri ini. Kita menjangkakan penambahan 30 peratus hingga ke 40 peratus kenderaan dari luar. Ia akan menyebabkan kesesakan jalan raya di negeri ini terutama apabila hampir musim raya ini," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Beliau berkata, bagi menghadapi sebarang kemungkinan, pihaknya menempatkan 150 anggota penguatkuasa untuk mengawal dan meronda kawasan berisiko tinggi kemalangan di sepanjang Jalan Kuala Krai-Gua Musang pada musim perayaan ini.

Katanya, gerakan itu dijalankan serentak dengan Ops Sikap ke-22 yang bermula hari ini hingga 19 September.

Beliau berkata, antara kawasan tumpuan gerakan ialah di 13 lokasi yang telah dikenal pasti kerap berlaku kemalangan serta dikenali "jalan sakratulmaut".

"Kami akan meletakkan anggota penguatkuasa berkawal dan membuat rondaan 24 jam di sepanjang jalan terbabit pada musim perayaan ini," katanya. - BERNAMA

BA : erm... raya kat luar negara best tak ??
Share
Tweet
Pin
Share
12 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes