BEN ASHAARI



 

Sampai dahh Kok Lanas ... lepas dari Kuala Krai tu , jalan terus clear .. Aku sendiri pon dah segarkan diri sewaktu kat stsn Petronas tadi .. lega skit .. kalau tak ngantuk aja ..

Setau aku ramai geng geng blogger ada kat Kelantan ni kan ? Tamo buat perjumpaan ke ? huhu...

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Ngantuk ..cuaca jap panas jap mendung .. lom nak hujan lagi .. aku harap hujan akan turun .. hehe.. leh bantai tidur .. tapi gaya nak hujan turun macam ada ..

Tadi dah tukar driver .. aku tak larat tahan mata .. kang merbahaya .. 2 kali gak la aku terlelap.. akhirnya aku amik keputusan tukar driver.. bukan apa , sian kat wife gak .. dia penat tak ilang dari ari tu .. jadi dia bawak kejap .. aku tangkap dengkur .. hehe..

Masih berpuasa aku ..tahan .. kasi genap sebulan .. huhu .. malas nak ganti .. insyaAllah nanti buat puasa sunat .. hehe.. kalau tak tergoda dek open house yang pastinya berjela jela jemputannya ... huhu.

Perjalanan ke Kelantan hari ni , kesimpulannya biasa jer .. tiada kesesakkan luar biasa .. cuma tadi sesak kejap kat Bukit Tujuh .. Kawansan tu mmg feveret sbb jalan dia berbukit bukau .. jap lagi nak sampai dah Kok Lanas .. huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

DSC_1173  DSC_1149 DSC_1169 DSC_1145 DSC_1172

Masih tak cukup menarik neh.. mau gak aku beli .. hehehe.. insyaAllah ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

P9090718 P9090716 P9090713 P9090715

Huih .. nasib baik ada tempat persinggahan .. Umah adik ipar wife aku ... so singgah la .. kebetulan sebelah jalanraya ni jer .. aku pulak mmg dah mula menguap .. ngantuk giler.. semalam tidur kul 2 lebih .. kul 5 bangun dah ... huhu.. Buka puasa ?? heheheh .. ada sambal udang dalam kereta tu .. huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Clear giler jalan .. baru kul 9.15 pagi .. dah sampai sini .. kalau ikut perancangan .. kat sini aku akan tiba pada jam 1 atau 2 petang tapi sebaliknya .. Mmg sms berangkai berkaitan raya pada hari khamis amat berbaloi .. ramai berpusu pusu balik semalam .. hehe..

Tapi menurut berita , belah selatan n utara jalan mula sesak .. betui ka ?  Tak kisah la sesak atau tidak , tapi berhati hati ..

Cuaca kat sini , mendung sekali .. tadi ada jap panas yg membuatkan aku mengantuk seketika .. ni berhenti pon sbb nak ilangkan ngan sambil pekena kopi  membasuh muka .. huih .. awal lagi ni ... silap silap sampai kat Kuala Pilah dalam kul 11 gitu .. sampai Kok Lanas , dalam petang gitu .. Uik .. perancangan sampai malam .. huhuh...

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

P9090709

P9090708

Bila masuk nak masuk Raub , kenderaan bergerak perlahan lahan .. sehinggakan aku mampu tidur tidur ayam.. haha.. tak la..berlakon tidur je tu .. kena hati hati.. Jarakkan kereta anda ..

P9090706 

Sebelum tu , ada lori kecil depan aku .. bila aku bagi signal untuk potong , ini kereta belakang aku pon sibuk potong .. masalahnya ialah dia potong queue .. patutnya aku potong dulu baru dia boleh masuk tapi bila aku mula potong dia potong aku dengan lori lori tu gak .. Bayangkan dua lorong je tu.. bermakna aku berada  ditengah tengah .. Tak ke merbahaya ??

P9090711

Ni satu lagi.. tak sabar sabar ..patutnya mana boleh masuk lorong kecemasan kan ? Ni dah kira langgar undang undang .. apa dia kira kalau dia sampai kampung cepat , dah boleh terus solat raya ke ???

Ok geng.. aku nak sambung .. ni skang kat masjid Raub .. Tandas , bersih .. mabeles.. Alhamdulillah ..

Destinasi seterusnya ialah Kuala Pilah untuk ke Kok Lanas , Kelantan . Pada yang memberi komen , terima kasih kerana sudi singgah .. Jemput la mai Kok Lanas bagi mereka yang berada di Kelantan .. mana tau boring boring kan .. hehehe

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Nasib baik aku yang drive ! Kalau tak sia sia je aku amik pic kereta tu .. Bayangkan jalan dua lorong .. dia dari lorong kanan , dia potong ke kiri dan berada di belakang aku kemudian dia bantai masuk lorong kecemasan yang sempit tu untuk potong kereta aku dan seterusnya masuk ke lorong kanan balik ! huh .. bikin panas ..

Skang ni kat stsn Petronas .. berhenti sat .. Setakat ni , jalan clear .. kat Tol Gombak tadi mmg tenang .. polis mmg duduk di merata rata tempat .. Hentian mmg banyak orang .. nak guna tandas ? adehh .. beratur la yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Salam .. slmt pgi ... saja je nak bagi tau ... nak bertolak dah ni.. tunggu nak subuh , baru jalan ... target akan sampai malam ni ... Mungkin akan berhenti di masjid bentong dan juga Kuala Lips .. InsyaAllah

Picture 045

Doakan kitorng agar selamat sampai dan dipermudahkan segala urusan .. Terima kasih atas keprihatinan korang yer .. InsyaAllah , kita berjumpa lagi semasa aku berhenti.. Kena drive sorang ni.. kecuali aku tak larat sangat ,baru bagi wife drive.. huhu..

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Huhu.. terima kasih buat MAT GEBU dan BORAKKOSONG .. Kedua dua sahabat ni berada di negeri yang sama tapi belum bersua .. hehehe .. insyaAllah bila CMG buat open house , kita serbu ramai ramai eh.. haha..

Aku mula berblog sehari sebelum aku balik beraya ke rumah mertua di Kelantan ( Kok Lanas ) .. Tujuan aku masa tu adalah untuk jadikan jadikan perjalanan aku tu sebagai satu diari kenangan hidup aku dan ianya benar benar menjadi kenangan di mana bila aku telah membacanya semula segala perjalanan dan aktiviti aku sepanjang di sana .. hehe.. mmg buat aku tersenyum ..

Sekejap saja masa berlalu .. dan aku berada disini.. Aku ada ramai kawan maya yang telah jadi realiti.. Alhamdulillah.. mereka semuanya adalah sahabat yang jujur dan ikhlas .. Diharap , Syawal nanti aku akan jumpa lebih ramai lagi blogger .. InsyaAllah .. Selamat maju jaya BEN ASHAARI BLOG !
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Aku salah seorang peminatnya .. Malah aku pernah beli cd dan juga vcdnya .. Cuma sejak dia 'terover' aku dah kurang berminat.. Berminat disini adalah berminat terhadap suara dia yer .. Mmg berhantu sangat sangat suara dia .. Apa saja lagu mmg sesuai dengan dia .. Bagi aku .. setakat ni , mmg takde sapa boleh lawan dia .. Mengenai peribadi dia , aku rasa tiada manusia yg sempurna .. Kita tak boleh nak kata setiap artis wajib dijadikan ikon atau pun idola tapi memadailah kehadiran mereka di persada dunia seni ini menghiburkan hati kita di saat saat kita dok tergila lagu dari seberang mahupun dari barat ..

Serius arr... album pertama dan kedua dia , aku miliki dan sampai skang .. hehe .. kadang kadang aku layan .. Sedikit hampa bila dia mengambil keputusan untuk... tapi nak buat camana kan .. jodoh pertemuan milikNYA .. Kita hanya mampu berdoa akan kebahagian mereka .. InsyaAllah .. cuma aku berharap satu hari nanti , dia benar benar menjadi idola kepada peminatnya .. Sebenar benarnya idola dan ikon .. berlandaskan Islam ... insyaAllah ...
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

kakak@kfc

Hehe... Mira oh mira .. nanti ikut Che Ben g beraya eh .. hehehe .. bawak si mira ni mmg menguntungkan .. Orang akan terhibur dengan telatah dia .. Mula mula je malu .. pastu rumah tu , abis dia takluki ..

Satu rumah paling lama pon dia leh duduk cuma 10-20 minit jer .. pastu ajak balik .. bermakna kalau bawak dia , boleh la pusing satu kampung .. hehe ... cepat skit selesai .. Bukan apa , segan nak duduk lama lama umah orang .. Lagi pon kalau dia ada , meriah skit .. hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Sembilan ditahan kerana sambut Aidilfitri hari ini


KANGAR: Sembilan anggota termasuk empat sekeluarga ditahan selepas didapati menyambut Aidilfitri lebih awal di sebuah surau di Seriab, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Abdul Malik Hussin berkata, kumpulan berkenaan, dipercayai membawa ajaran dari Dumai, Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri di surau berkenaan pada jam 8.30 pagi ini.


Ketika ditahan, kumpulan itu mendengar khutbah yang disampaikan oleh ketua kumpulan itu, Shuit Ismail, 51, di surau berkenaan yang dipercayai menjadi markas kumpulan itu.


Kesemua anggota kumpulan itu kemudian dihadapkan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada sebelah petang dan mereka didakwa mengikut Seksyen 28 Enakmen Jenayah Dalam Syariah 1991 Negeri Perlis kerana mengingkari titah perintah Raja Perlis berhubung kentetuan tarikh bermulanya puasa dan Hari Raya.


Kesemua anggota kumpulan itu berusia antara 19 dan 52 tahun itu, yang tidak diwakili peguam, mengakui bersalah atas tuduhan itu dan memohon hukuman ringan dengan pelbagai alasan termasuk menanggung beban hidup.


Ketua Hakim Syarie Perlis, Othman Ibrahim, kemudian menjatuhi hukuman denda RM1,000 atau empat bulan penjara ke atas Shuit, manakala lapan yang lain dijatuhi hukuman denda RM900 atau tiga bulan penjara termasuk dua anak Shuit iaitu Zulhaq, 21 dan Hakimul Ariff, 19 dan isterinya Haslina Md Hashim, 50.


Lima lagi ialah Shahrizal Ahmad, 26, Ahmad Darus, 62, Kamaridan Man, 54, Shahrulnizan Yusof, 21, dan Norazlina @ Aghata Abdullah, 53.


Othman, ketika menjatuhi hukuman itu, hairan dengan tindakan kumpulan itu yang menyambut Aidilfitri lebih awal sedangkan anak bulan hanya akan dicerap petang ini.


"Perbuatan ini memalukan. Orang bukan Islam tengok hari ini ada yang sudah beraya dan selepas ini ada lagi raya. Jangan buat celaru," katanya.


Pendakwaan dijalankan oleh Fakhrurrazi Md Akhir.-Bernama


sumber : Hmetro

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Baju oren .. seluar track .. kasut kerja .. beg sandang ..

Amacam ? aku dari rumah mak aku .. g amik baju raya ( baju nikah dolo dolo ) pastu beraya ngan diorng.. .. dh takde baju nak pakai , maka aku guna pakaian yang biasa aku guna ke gym .. hehe..

Pastu bila sampai Putrajaya g myden sat ... nak beli udang untuk sahur esok ... rasanya nak masak untuk berbuka sekali la kot ..

skang ? dok lepak kat mamak .. tingin maggie goreng .. nanti kat kelantan susah dah nak cari mamak .. huhu. walaupun ada tapi susah ... kan kan ?
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Yess ... esok raya !!

Kalau benar esok , baru korang leh jerit yeahooo .. Kalau tidak , sila baca entri ni pada malam esok yer .. maka bersesuaian untuk menjerit yeahoo .. tapi terlebih dahulu bersyukur dengan mengucapkan alhamdulillah ... :)

Entah kita bersua lagi di Ramadhan akan datang pon tak pasti lagi kan ? Kita dah berpuasa sama sama... sebagai blogger dan juga pembaca ... huhuh.. tahun depan , entah korang sudi singgah sini lagi ke tak .. Kalau blogger tu , aku rasa pastinya ramai dah meletup letup blognya dan kalau bukan blogger , tunggu apa lagi ? marilah bergelar blogger .. best pe dok membebel dalam blog ni .. hahaha.. Cuma satu je la kan .. ada yang membaca tu , dengan mulut mencebek dan hati mengutuk .. ada yang membaca tu sambil tersenyum dan hati tertawa riang .. Kita manusia ni sukar nak mengembirakan manusia lain .. Sedangkan Allah yang mengurniakan nikmatNYA tanpa meminta balasan langsung pon masih ada manusia yang tidak berpuashati ! huhuh..

Ops .. terlebeh sudah.. aku nak berbuka dulu.. hari terakhir aku berbuka dengan keluarga aku .. pasni nak bermaafan sebelum ke Kelantan... huhuhu.. mari kita belajar menjadi hambaNYA yang senantiasa bersyukur .. tak kira jatuh atau bangun , maka senantiasa bersyukur... Alhamdulillah ..



Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Aku nak redah kasi pecah ini perut memandangkan puasa tinggal esok je .. Harapnyer gitulah .. kalau tak , hahaha.. raya pertama di KL .. Waaallahh ...

Aku rasa kedai kedai makan awe klate banyak tutup dah ni .. semua pakat balik kg .. Takkan nak serang awe mamak plak ?? Huhu.. apa salahnya kan .. belasah jer .. Tak kisah , janji perut kenyang ...

Aku nak tanya skit bleh ? Pasai apa ek , perempuan kalau 'berdarah , mesti nak menapau makanan ? Maksud aku , bila posa boleh la pulak tahan kelaparan tu tapi kalau tak posa , mesti nak makan time lunch tu ? Adakah rugi sangat kalau tak makan ? Kalau yg dah kawin tu , time laki bangun sahur , diorng bangun sahur gak.. tumpang 3-4 meja ... korang ada jawapan tak ??? Sampai sanggup order mcdonalds pastu makan dalam bilik meeting .. erk , orang laki tak terbau ke ?? Kalau terbau kemudian terliur , sapa berdosa ? Jawap jawapan ...
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Aku g Maybank kat depan KWSP berdekatan Sogo .. Kenapa ? Nak deposit cheque Nuff tuuu .. hehe... Ni kali kedua aku deposit cheque .. Yang ari tu , aku guna sampul untuk masukkan dalam mesin cheque tu ( jenis terus masukkan ke dalam tong tu ) .. Maklumlah , tak pernah ada pengalaman ... Tapi tadi aku terfikir nak guna mesin terus ... kiranya kena key in number segalanya la..

Aku tak sure pada mulanya sbb cheque yg aku dapat tu HSBC punya .. jadi kira pihak ketiga punya la kan ? Haa.. aku bab ni slow skit .. bab keluarkan tu aku teror.. huhu .. Pastu aku tanya la pak guard berbangsa india kat situ .. Tanpa cerita banyak dia ajar aku dari A sampai Z .. siap ajar camana nak refer balik pada resit tu .. Padahal dia tu guard jeee .... Yang ari tu kat CIMB , aku tanya pak guard dia cam tanya pegawai tertinggi tentera jer .. huh ..sesungguhnya MAYBANK bank tempatan terbaik !! Cayalah Pak Belang ..
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Belum lagi la .. masih di KL .. entri tadi tu yang tahun lepas punya .. hehehe ... Skang ni kat kedai tayar .. nak kasi cek itu tayar .. huhu.. serahkan pada yang pakar ...

Jauh perjalanan ni .. sekurang kurangnya 16 jam .. huhu.. insyaAllah .. huhu .. setakat ni menurut dia , tayar keta aku tu masih ok lagi.. huhu... Save duit .. hehehe. ..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Persediaan untuk pulang ke kampung..isi perut tayar tu dengan angin secukup rasa.Biarkan kembung sampai bunyi..tiit..tiit..tiit...bila dengar bunyi tu...biarkan je lagi..sampai orang belakang tego..'bang , nak kasi tayar meletup ke ?" ..baru anda berenti.. Dah mula jammed..kalau tak silap aku , ni tak sampai lagi simpan ke Bukit Fraser..Iswara ni sesuka tekak nak masuk lorong kecemasan.Apa dia ingat jalan raya tu tempat berlumba??? Beginilah muka driver utama ...sedang mengenangkan nasib badan ..tak pun dok kira berapa banyak pokok yang ada kat laluan belah depan.. Yang ni pulak....driver kedua ...penat tengok jammed...so tangkap leleh dulu...dasat woo... Inilah kawan aku tu....membesar sama sama..dari sekolah rendah ke sekolah menengah..sama sama buduh, nakal tp akhirnya bijak dan insaf sama sama ... yang aku cita jumpa kat R N R Gua Musang...kat kl tak nak lak terjumpa...kat hulu ni gak la nak jumpa.....nama dia Bad...dulu rajin call aku..tanya tips nak besarkan badan...lagu tu gak aku tengok..hahaha



Perjalanan seterusnya , clear..cantik......bawak pun cam pelesit..pelesit pun tak bawak cam aku bawak..hahahha..

Ok..sambung lagi malam ni...daaaa
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Mungkin awal lagi aku nak ucap tapi takut ramai dah bz pasni kan .. aku pulak , awal pagi esok nak bertolak ke rumah mertua di Kelantan .. Doakan kami yer agar pergi dan pulang dengan selamat ..

Di kesempatan ini , aku nak mintak ampun dan maaf sekiranya selama ini entri entri aku ada yang membuatkan korang terasa dan tercalar di hati .. Dan juga buat mereka yang selalu singgah sahur .. erk.. singgah membaca setiap entri entri di blog aku ni , jutaan terima kasih .. Tanpa anda , BEN ASHAARI BLOG tidak bermakna ..

Dan buat mereka yang akan berjalan jauh nanti , berhati hati di jalan raya .. Biar lambat , asalkan sampai .. Kalau ngantuk tu , berenti sebentar .. pekena kopi.. huhu...

Sekali lagi... SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI .. Nak duit raya ?? Meh turun Sedenak.. eh.. Putrajaya .. hehe.. lom nak pindah sana lagi.. hahahha....

InsyaAllah akan terus update walaupun dalam perjalanan ke Kelantan ... ;)
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Salam Honey .. huhu... selamat hari rayaaa... hehe.. sihat ? Raya mana tahun ni ??

Wah honey... sedap biskut raya tu ?? hahaha.. minat minat ... Anak buah ben pon minat.. tak sempat raya , dah abis satu balang dia makan.. hahaha .. ops.. sori geng .. Ok.. Honey ada tinggalkan kad raya untuk kita beserta ucapan khasnya .. Apa kata kita g singgah blognya ? Jomm >> HONEY AMOUR ( link )

Selamat hari raya honey ..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Salam Aidilfitri cik Myza .. hehe.. tinggal sehari lagi untuk kita tinggal Ramadhan.. entah kita bersua lagi Ramadhan pada masa akan datang pon tak tau lagi .. huhu .. Diharap segalanya berjalan dengan lancar ..

Cantik sekali kad rayanya .. hehe.. Dia suh puji .. maka aku puji dengan ikhlas.. mmg cantik... kad yer ... orng ? Korng komen sendiri ek.. aku tak leh.. nanti ada mercun bola dalam kasut raya aku lak.. hahaha..

Ok... aku tak nak buang masa korang .. jom kita g baca sendiri apa yang ada kt blognya berkaitan dengan segmen ini .. > MISZ MYZA (link)
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

Hukumlah Dengan Keluasan Islam Bukan Sentimen


Ada orang bertanya saya; apakah bezanya antara politik orang dakwah dan dakwah orang politik? Saya kata barangkali itu hanya mainan bahasa. Saya kurang suka dengan mainan bahasa. Apa yang penting adalah maksud dan tujuan sesuatu ungkapan. Ungkapan itu mungkin maksudkan politik orang dakwah adalah menggunakan kaedah dan strategi yang diizinkan syarak untuk kepentingan dakwah. Adapun dakwah orang politik kadang-kala dia menjadikan ajakannya kepada Islam mempunyai tujuan politik yang ingin dicapainya. Saya bukan menafikan kemungkinan orang politik juga jujur dalam dakwahnya. Namun jika hanya kedudukan politik yang menjadi fokus dalam dakwahnya, dia bukanlah pendakwah yang sebenar yang membawa obor Islam yang syumul dan lengkap. Perkara ini saya tujukan untuk semua; tanpa berpihak.

Kita disuruh memasuki Islam dari pintunya yang syumul (lengkap). Seperti firman ALLAH dalam Surah al-Baqarah 208: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”.

Apabila kita masuki Islam secara keseluruhan, kita akan dapati dalamnya ada akidah, ibadah, ekonomi, politik, akhlak dan sebagainya. Maka kita akan berusaha supaya setiap tuntutan Islam itu ditunaikan. Juga menilai setiap perkara dengan keluasan Islam itu. Jika kita cuba melihat Islam hanya dari pintu ekonomi sahaja umpamanya, tanpa melihat soal akidah, ibadah, akhlak, politik dan sebagainya, maka perbincangan ekonomi kita itu akan kontang dari sudut akidah, ibadah dan akhlak. Sehingga jangan nanti panel-panel syariah bank hanya cekap ‘meluluskan’ produk-produk bank atas nama Islam, namun tidak memikir soal ruh keadilan dan kebebasan dari unsur penindasan ekonomi ke atas pengguna yang merupakan cabang dari akhlak Islam. Maka ramai mulai terasa sesetengah produk perbankan Islam lebih membebankan dibandingkan yang konvensional.

Demikian juga janganlah dalam keghairahan berpolitik, kita melihat segala-galanya dengan nilaian politik semata. Kita melupai soal-soal akidah dan akhlak muslim, persaudaraan Islam dan sebagainya yang menjadi tuntutan agama.

Sama kesnya apabila datang seorang wanita yang tidak menutup aurat bertanya kepada saya; “Dr! adakah saya masuk neraka kerana saya tidak menutup aurat, sedangkan saya solat dan melakukan ibadah-ibadah yang lain?”. Saya beritahu kepadanya: “Adapun saya bukanlah malaikat penjaga neraka. Bahkan malaikat penjaga neraka sendiri tidak berhak menentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka. Ini adalah kekuasaan mutlak Tuhan Yang Menciptakan neraka. Di akhirat neraka dimasuki oleh sesiapa yang ditentukan ALLAH sebagai ahli neraka. Demikian juga syurga. Namun ALLAH memberitahu tentang keadaan manusia di akhirat dengan firmanNya (bermaksud) : “adapun orang yang berat timbangan (amal baiknya), Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangannya (amal baiknya), Maka tempat kembalinya ialah “Haawiyah”, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia “Haawiyah” itu? (Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar” (Surah al-Qariah 6-11).

Adapun saya yang daif ini tidak mengetahui bagaimanakah timbangan amalan saudari di akhirat kelak. Bahkan nasib saya sendiri saya tidak tahu, bagaimana mungkin saya boleh tahu nasib orang lain?!! Namun jika saudari bertanya saya, adakah perbuatan saudari salah atau betul? Tentu jawapannya: ia satu kesalahan. Apakah perbuatan itu faktor yang membawa ke syurga atau ke neraka? Maka jawapan “dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah menunjukkan ke neraka”. Namun timbangan amalan insan di akhirat bukan hanya terbatas kepada suatu bab sahaja. Ia merangkumi segala bentuk kebaikan dan keburukan.

“Sesiapa beramal dengan kebaikan seberat biji sawi akan dinilai. Sesiapa yang beramal dengan seberat biji sawi keburukan juga akan dinilai”. Kemudian jika natijah dari nilaian itu menunjukkan kebaikan lebih berat dari kejahatan, maka selamatlah dia. Jika sebaliknya, rugilah dia. Dalam hidup ini, ada pula ujian dan cubaan. Sesiapa yang sabar dengan ujian dan cubaan, diberi pahala dan dihapuskan dosa. Kesalahan orang kepada kita juga menjadikan pahalanya dipindahkan kepada kita, atau dosa kita diberikan kepadanya -seperti dalam hadith al-Imam Muslim-. Maka keputusan neraka dan syurga adalah hak ALLAH terhadap hamba-hambaNya.

Apa yang pasti dosa menyumbang ke arah neraka. Pahala menyumbang ke arah syurga. Jika ditanya membuka aurat, riba, derhaka ibubapa dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. Jika ada yang berkata, mereka ini juga solat dan buat baik dalam perkara yang lain. Kita katakan; amalan baik menuju ke syurga. ALLAH yang Maha Adil akan menimbangnya dan menentukannya. Demikianlah semua insan. Padanya ada baik dan buruk. Amalan kita akan ditimbang di akhirat kelak”. Wanita itu diam, barangkali dia berpuas hati.

Mesej saya adalah hendaklah melihat setiap insan menerusi kerangka Islam yang menyeluruh, bukan sekadar sentimen ekonomi atau politik. justeru kita akan lebih adil dalam menilai dan menghukum. Janganlah kebencian kita kepada seseorang atau puak dalam satu perkara, menyebabkan kita tidak adil kepadanya dalam perkara-perkara yang lain. Firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

Saya agak dukacita apabila mengenangkan ada ‘ustaz-ustaz’ dari pihak tertentu yang belum dapat menerima beberapa perkara yang saya sebutkan, lantas mereka menjawabnya secara ‘maki-hamun’. Ada yang kaset-kaset mereka dijual, yang mungkin saya akan iklankan kemudian. Faktor yang menyebabkan hal ini adalah kerana menghukum semua perkara berdasar sentimen semata. Sepatutnya, persoalan ilmiah dijawab secara ilmiah. Jangan kita terbawa-bawa dengan sentimen kita, lantas kita menjadikan maki-hamun dan fitnah sebagai pendekatan dalam persoalan ilmiah syarak. Janganlah tafsirkan dan hukum semua perkara dengan nada politik atau ‘kaca mata’ politik. Penilaian sesuatu kebenaran adalah dalil dan hujah bukan sekadar pandangan mereka yang ’sekapal’ dengan kita. Jangan kerana seseorang itu, tidak ‘satu kem’ dengan kita, maka semua pandangannya ditolak, sekalipun dia telah mengemukakan dalil dan hujah. Saya bukan orang poltik. Nilailah pandangan-pandangan tersebut dengan nilaian ilmiah, bukan politik dan sangkaan.

Persoalan dakwah dan ilmiah sebenarnya lebih jauh dari persoalan pilihanraya dan merebut kerusi. Bahkan tiada kaitan dengan pilihanraya. Kerja politik pilihanraya ada musimnya. Namun dakwah kepada Islam dalam bentuknya yang menyeluruh tidak terhenti dengan berakhirnya pilihanraya. Ia berterusan, sekalipun tidak pernah wujud pilihanraya.

Kadang-kala mendengar sesetengah ceramah yang dikatakan agama yang dibaluti dengan makian dan sumpah seranah maka saya tertanya-tanya; adakah tindakan seperti ini bertujuan inginkan pahala, atau sekadar melepas amarah dalam jiwa. Adakah ini wajah dan suasana masyarakat Islam yang kita impikan?! Inikan Islam yang lengkap yang merangkumi segala keluhuran dan keharmonian. Namun saya tahu, bukanlah semua penceramah begitu. Ramai juga yang lunak dan bersopan.

Barangkali baik juga untuk semua mendapat manfaat dari nasihat seorang tokoh dakwah yang amat masyhur iaitu al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi yang pernah ditujukan kepada al-Ikhwan al-Muslimin. Nasihat ini beliau rakamkan dalam risalahnya yang bertajuk: Uridu an atahaddatha ila al-Ikhwan (Aku Ingin Berbicara Dengan Al-Ikhwan al-Muslimin). Al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi juga memetik ungkapan-ungkapan indah risalah tersebut dalam bukunya: “Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu”. Saya terjemahkan antara kata-kata bermakna itu:

“Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur.

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam hati dan jiwa, akidah dan akal. Ia terpancar dari hati sanubari sebelum terbit dari pena, atau helaian buku, atau mimbar syarahan. Ia terlaksana dalam tubuh pendakwah dan kehidupannya sebelum dia menuntut dilaksanakan dalam masyarakat keseluruhannya….istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikiran kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan ALLAH. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan.

Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada ALLAH. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan. Ini seperti firman ALLAH: (maksud) Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Surah al-Hajj: 41).

Bukanlah sama sekali kerajaan yang diperolehi itu salah satu dari matlamat mereka. Bukan jua salah satu dari tujuan mereka. Tidak jua dari tajuk perbicaraan mereka, atau salah satu dari mimpi mereka. Hanya ia adalah hasil semulajadi untuk dakwah dan jihad. Sama seperti buah yang merupakan hasil semulajadi dari kesuburan pokok dan kesungguhan pembajaannya….”

Katanya juga: “Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Bahaya bagi setiap jamaah (kumpulan) yang pemikiran mereka dibentuk atas cinta (mendapatkan) kerajaan (kuasa) dan berkerja untuk itu. Kerana ia akan menyebabkan mereka meninggalkan jihad di jalan dakwah atau boleh terpaling dan terseleweng tujuan mereka.

Sebabnya, uslub (cara) untuk mendapatkan kerajaan berbeza dengan uslub dakwah. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia –dengan izin ALLAH- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah ALLAH dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang ALLAH sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kesian kasih kepada insan yang tersiksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.

Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa –setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha ALLAH, kesemuanya pada jalan ALLAH. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH. (rujukan: al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Hasan al-Hudaibi pernah menyebut: “.Tegakkan negara Islam itu dalam diri kamu, nescaya ia tertegak di tanahair kamu”. Perjuangan mewujudkan masyarakat Islam yang lengkap atau sempurna dari segi penghayatan dan perlaksanaan Islam adalah cita-cita yang mulia. Tiada siapa pun berhak mempertikaikan hasrat itu. Cuma yang kita bincangkan, pendekatan yang kita ambil dalam mencapai maklamat yang mulia itu. Matlamat Islam mesti melalui denai-denai dan tatasusila Islam. Matlamat tidak menghalalkan cara. Hasrat Islam hendaklah diterjemahkan dalam wajah Islam. Jangan hasrat Islam diwatakkan kepada manusia dengan wajah yang tidak Islamik. Maka cita-cita Islam itu nanti akan dipertikaikan.


sumber : Dr.Maza



Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Anda seorang blogger ? Apakah isi kandungan blog anda ? Cerita tentang diri anda ? Atau sebaliknya ? Ok .. ni khas tips untuk mereka yang gemar membebel tanpa henti di blog ..

Bila membebel .. pastikan setiap satu perenggan tidak lebih dari 5 baris .. Buat perenggan .. Kalau satu perenggan terlalu panjang lebar , aku khuatir mata pembaca jadi juling .. Dah la warna blog berwarna warni kan ditmbah terlalu berjela lak bebelannya .. Maka amik inisiatif untuk buat perenggan yg mudah ...

Tips untuk idea .. Sediakan notepad dan pensil dalam beg .. Setiap perbualan anda dengan rakan pastinya boleh memberi idea .. Contoh yer .. " Aku hairan la lelaki sekarang ni .. Bila bercinta , asik nak pegang tangan je.. bila dah kawin , tangan asik nak letak dalam poket.. tangan kita ni dibiar " .. Maka jadikan la entri ... Entri pertanyaan buat lelaki dan juga pendapat sebagai wanita .. Ataupun " Aku kesian la kat kawan kita tu .. laki dia tak guna betul .. semua perbelanjaan rumah , dia yang uruskan .. laki dia ?? Sepatah haram duit pon tak bagi .. malah siap mintak lagi ! " Jangan anda menganga jer ... jadikan entri ... catit ..

Bila jalan jalan .. lebih lagi balik kampung .. Perhatikan sekeliling .. semua perkara boleh dijadikan entri .. Kenapa ? Entri itu akan dihasilkan berdasarkan pandangan anda .. cerita anda yang semestinya berbeza dengan pandangan orang lain ... Jika ada yang sama pastinya akan kata " Eh , i pon terpikir cam tu la ... " Kalau sekadar terpikir tadi tak di luahkan , tak guna jugak , bukan ??

Jadi , sapa kata susah sangat nak update blog ? Dan ini tips paling menarik sekali .. TAJUK ENTRI !! Kalau korang tulis , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , korang rasa berapa ramai akan masuk baca ??? Perlu menarik mata pembaca / pemblogwalking bila menulis tajuk .. Contoh untuk entri ucapan SELAMAT HARI RAYA ( AKU BANYAK BUAT DOSA KAT KORANG LA ) .. Mesti orang akan tertanya tanya kan .. Apa kes budak ni pulak ????

Kena bijak , kreatif dan inovatif .. Bukan asik NEGATIF ! Faham ? Kalau dah faham , ni no akaun aku.. sila masukkan duit raya !!!
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Fuh .. hensemnyer mamat nehh .. tapi ni cuma gambar contoh jer yer.. tkde kene mengena ..

Adakah lelaki hensem ini pembersih ? Dalam erti kata lain , hensem dan bersih adalah seiring .. Haa.. camana nak tau lelaki ni pembersih yer ? Cuba bau ketiaknya ?? Lihat kolar bajunya ? Erk.. kalau nak keji lagi , cuba tanya berapa hari dah dia guna seluar dalam yang sama ???

Cara lain ? Cuba check stokinnya .. ada bau tak ? Korang jangan la bau ... kang ada gak tak raya .. Kalau nak uji , sila jemput kekasih hati anda tu ke rumah anda .. bila dia datang kan , korang suh la dia borak borak dengan budak budak kecik yang ada kat umah korang tu.. pastu korang cuba curi curi ke pintu depan .. amik stokin dia tu dengan menggunakan sarung tangan yg bersih dan cuba cari kucing yang ada berhampiran dengan korang .. Hehe.. aku rasa korang mesti tau dah kan nak buat apa? hehehe .. kasi test kat kucing tu .. kalau kucing tu lari dengan sepantas kilat , lalu melanggar tiang rumah atau dinding , sah sah ... aku tak tah sambung la kan.. mesti tau dah .. huhu ..

Kalau dia tak pakai stokin atau tak bukak ? Korang guna kasut dia tu .. Kalau kasut baru , dia bernasib baik .. tapi kalau sebaliknya , dia bernasib malang .. Cara lain ??? Ok .. cuba tanya dia .. kalau dia tinggal bujang , tanya dia berapa banyak cadar tilam yang dia ada .. kalau ada lebih dari satu , bagus .. tanya kekerapan dia tukar cadar tu .. kalau setahun sekali .. huhuh... sendiri mau hengat la kan ...

Kesimpulan , kacak tak semestinya bersih ... jelita tak semestinya wangi .. kan kan ? hehe.. jgn marah aaaa...
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Khas buat pasangan suami isteri ... yg belum bernikah , sila cari ibu bapa dan minta lakukan untuk anda .. adik pon boleh la.. hehe ..

Bagi pasangan yang ada sijil nikah yg diiktiraf oleh jabatan agama Islam , kadang kadang bila terlalu penat , amat sukar sekali nak tidur .. betul ? Jangan amalkan makan ubat tidur .. bahaya untuk jangka masa panjang ..

Apa yang perlu yang anda lakukan ialah , minta pasangan anda yg anda cintai itu urutkan tapak tangan anda .. Urut dibahagian jari jemari dan belakang tapak tangan .. Urutlah secara perlahan lahan dan penuh manja.. Ikhlas juga penting ... kalau tak rasa cam tangan diurut dek streamroll jer ! Hayatilah urutan pasangan anda itu .. Dijamin belum sempat nak bukak cerita , keretapi dari utara pasti akan sampai !!

Dipercayai juga urutan tapak tangan ini mampu menghilangkan sakit kepala atau pening .. Aku dah cuba .. mmg berjaya .. Satu je pantangnya .. pastikan bila urut tapak tangan tu , bahagian lain tidak terlibat .. kalau tak , naya ! Sakit kepala akan berjangkit pada pasangan anda ! Kenapa ?? Sbb awal pagi dah kena mandi wajib !
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments


Dengar dan nilai sendiri ... sesuaikah?
Share
Tweet
Pin
Share
15 comments
Mungkin aku rabun tapi aku masih tahu ..
Mungkin aku pekak tapi aku masih tahu ..
Mungkin aku bisu tapi aku masih tahu ..
Mungkin aku tempang tapi aku masih tahu ..

Apa yang aku tahu bila aku rabun ?
Apa yang aku tahu bila aku pekak ?
Apa yang aku tahu bila aku bisu ?
apa yang aku tahu bila aku tempang ?

Aku tahu apa yang kau tahu ..
Kau tahu apa yang aku tahu ..
Cuma kau pura pura tak tahu..
bila mana aku cuba memberitahu ..

Perlukah aku membisik ?
Perlukah aku menjerit ?
Perlukah aku menulis ?
Atau perlukah aku membacakan untuk kau ?

Bila aku kata kau marah
Bila aku sebut kau geram
Bila aku bisik kau jerit
Bila aku diam kau tersengih

Jika aku biar aku berdosa
Jika aku berdosa ramai lagi berdosa
Jika mereka berdosa aku lagi la berdosa
Jika aku berdosa kau puncanya

Diam ?
Tengok ?
Jeling ?
Atau nikmatinya ?

Wanita oh wanita ..
Bila ketat mcm pocong
bergerak macam sotong
aku jugak yang kosong !
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Susah sangatkah kehidupan kita nak dibandingkan dengan saudara saudara kita di Afganistan dan juga Pakistan ? Perhatikan betul betul wajah kanak kanak ini .. Selama sebulan mereka dihurungi lalat lalat ini tanpa bekalan makanan.. Begitulah nasib sebilangan mangsa peperangan di Afganistan mahupun mangsa banjir di Pakistan ... Bersyukurlah ... Sekurang - kurangnya antara kita tidak dapat bonus mahupun pulang beraya di kampung tetapi mereka itu ??

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Jomm balikkkkkkkkkk !!! Pada yang nak jalan jauh malam ni , hati-hati di jalan raya .. Biar lambat asalkan selamat ! Aku belum nak balik lagi .. huhu.. esok masih lagi kijer .. Ni nak balik cari baju melayu kat umah mak aku nehh.. huhu.. erk.. guna baju akad nikah dulu jer .. Jimat jimat ..

Sekali lagi , biar lambat asalkan selamat tiba ke destinasi yang ditujui .. Kalau mengantuk tu , berenti , bukak laptop ... baca blog ni .. 24 jam update non stop action !!! hahahaha...
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Selamat Hari Raya ... Puan Jururawat kita ni makin rajin .. blogger baru tapi jaaaapp je ramai kenai .. huhu.. bagus bagus.. usaha lagi ...

Er.. nape tetiba aku teringat Japanese Soba eh ?? huhu.. maaf , selingan ..

Kembali ke tajuk utama.. Huih...biskut raya dia... evergreen tuuu.. aku teringat zaman aku kecik kecik.. aku minat biskut ni.. huhu..rindu jadi budak budak .. hahaha... maunya tak , kutip kutip kutip... er , lari lagi ..

Ok ok.. jom g baca apa kata blogger baru kita neh... jgn lupaa .. lupa apa ??? hehehe .. ;) tkkn tengok je kotttt .. aiseyy... i jump , u jump laa..

Jom .. > Cliche & Cliques ( link)

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
SOALAN: Pada tahun ini berhimpuan dua hari raya; hari Jumaat dan eidul Adha (& Aidilfitri), maka apakah hukum yang benar? Adakah kami perlu solat Zohor jika kami tidak Solat Jumaat ataupun Solat Zohor juga gugur (kewajipannya) jika kami tidak solat Jumaat?

JAWAPAN: Barangsiapa yang telah solat hari raya pada hari Jumaat, diberi kelonggaran kepadanya untuk meninggalkan solat Jumaat pada hari tersebut kecuali Imam, maka wajib atasnya mendirikannya (Jumaat) bersama mereka yang hadir untuk bersolat sama ada mereka yang telah solat hari raya atau mereka yang tidak solat hari raya, namun jika tiada sesiapa yang datang (untuk solat Jumaat) gugur kewajipan Jumaat darinya dan hendaklah dia solat zohor.

Para Ulama berdalilkan dalam masalah ini dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan beliau daripada Iyas bin Abi Ramlah al-Syami katanya:

“Aku menyaksikan Muawiyah bin Abi Sufian r.ham bertanya kepada Zaid bin Arqam, katanya: “Adakah kamu pernah meyaksikan bersama Rasulullah s.a.w dua hari raya berkumpul dalam satu hari? Kata Zaid: Ya. Kata Muawiyah: Maka bagaimanakah baginda s.a.w melakukannya (solat)? Jawab Zaid: Baginda solat hari raya dan memberikan keringan untuk solat Jumaat dan bersabda: Barangsiapa yang hendak solat (Jumaat) maka bolehlah dia bersolat”.

Demikian juga dengan apa yang diriwayatkan Abu Daud dalam sunan beliau daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda bersabda:

“Telah berhimpun pada kamu di hari ini dua hari raya, maka sesiapa yang berkehendaki telah cukup (telah luput kefarduan) Jumaat daripadanya, sedangkan kami akan melakukannya (solat Jumaat)”.

Ini menunjukkan bahawa diberi kelonggaran daripada menghadiri Jumaat bagi mereka yang solat hari raya dan tidak diberi kelonggaran ke atas Imam kerana sabda Nabi s.a.w: “sedangkan kami akan melakukan Jumaat”.

Demikian juga apa yang diriwayatkan Imam Muslim daripada al-Nu’man bin Basyir r.huma:

“Bahawa Nabi s.a.w membaca dalam Solat Jumaat dan hari raya dengan surah Sabbih (al-A’la) dan al-Ghasyiah, dan kadang-kadang berhimpun dua hari raya maka Nabi s.a.w membaca keduanya dalam kedua-dua solat (raya dan Jumaat)”.

Barangsiapa yang tidak bersolat Jumaat setelah bersolat hari raya maka wajib atasnya menunaikan solat zohor beramal dengan dalil-dalil umum yang menunjukkan wajibnya solat zohor atas mereka yang tidak melakukan solat jumaat.

وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم.

Lajnah Tetap untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa, Arab Saudi.

Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz – Ketua

Abdul Razak ‘Afifi – Timb. Ketua

Abdullah Ghudian – Anggota

Abdullah Qa’ud – Anggota.

[Fatwa no: 2358, Jil.8 m.s 181].

dan DRMAZA

sumber : FIQH dan SUNNAH ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
UALA LUMPUR: Polis mengingatkan orang ramai yang pulang berhari raya agar tidak mudah terpedaya dengan permintaan sesetengah pihak yang mahu mereka membawa beg atau bungkusan ke destinasi tertentu.

Ketua Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang, berkata bungkusan tersebut dikhuatiri mengandungi dadah dan taktik itu dikesan berlaku di perhentian bas, stesen keretapi dan juga lapangan terbang sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, taktik itu sering diguna oleh pengedar dadah kerana ketika itu orang ramai mahu pulang berhari raya ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

"Kita memerlukan kerjasama daripada masyarakat supaya tidak membawa beg kepunyaan orang lain yang tidak dikenali atau menumpangkan apa-apa jenis barang yang mencurigakan," katanya.

Katanya, pengedar dan pembekal akan meletakkan beg atau bungkusan mengandungi dadah di dalam bas, kawasan bagasi keretapi atau menumpang beg orang lain di lapangan terbang.

"Setibanya di destinasi, beg atau bungkusan itu akan diambil pihak kedua sebelum diedarkan," katanya. - BERNAMA

sumber : BHARIAN
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hurm.. skang ni Nuff dok bz bagi B.E kat blogger blogger di bawah naungannya .. Kira dapat bonus la untuk raya dah hujung tahun ni .. kan kan ?

Maka ramai paparkan jumlah Buff yang dia dapat dan tak lupa juga $$ .. Satu kesilapan ! Kenapa ?? Korang mengundang LHDN secara tidak sedar .. Walaupun tak banyak , tapi mereka tetap mengejar korang ( harapnya tidak la kan ) ..

Tu baru LHDN ... Bagaimana pula jika ada manusia yang PHD .. setelah mengetahui korang mempunyai 'harta' yang menarik sekali untuk di'kebas' maka mereka akan cuba mengumpan korang untuk bertengkar dengan mereka .. Cuba perhatikan blogger blogger lama .. sesekali saja mereka mencerita tentang semua ini .. Mereka lebih gemar mengeluarkan entri entri yang berkait rapat dengan dunia IT , tips dan sesekali peribadi..

Entri berkaitan dengan peribadi kita .. Ramai menyangkakan blog mereka tidak ramai baca atau terdiri dari mereka yang mengenali blogger tersebut .. Bayangkan kalau korang cerita tentang rumah korang .. kat mana korang duduk .. kemudian cerita pulak nak balik kampung .. Bukankah korang telah memberi peluang pada penyangak untuk melesapkan barang barang korang dirumah ? Atau , peluang untuk penyangak mengekori korang setelah mengetahui korang ni jenis ber'$$' ..

Hati hati dalam dunia blogging .. adakalanya kita nampak biasa tapi tidak pada orang lain .. Ada yang perlu kita ceritakan dan ada yang perlu di simpan dalam poket .. Kena fikir sebelum menaip ..
Share
Tweet
Pin
Share
9 comments
SHAH ALAM : Jalan Kuala Selangor adalah antara kawasan utama dalam senarai kawasan panas di negeri ini kerana ia sentiasa mencatatkan jumlah kemalangan tinggi termasuk mengakibatkan kehilangan nyawa.

Selain itu, Kilometer (KM) 66 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, KM4 MRR2 dari Taman Melati-Plaza Tol Gombak dan KM27 Jalan Kuala Lumpur-Seremban.

KM415-452 Lebuhraya Tanjung Malim-Shah Alam, KM1-4 Lebuhraya Elite, KM 12-KM45 Jalan Klang-Banting, KM16-24 dan KM70-77 Jalan Kuala Kubu, KM 24-69 Jalan Kuala Selangor Sabak Bernam dan KM1.9-2.7 Jalan Banting-Salak Tinggi.

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata orang ramai yang berhasrat pulang untuk berhari raya di kampung masing-masing pada minggu ini diingatkan berhati-hati ketika melalui kawasan kemalangan maut terbabit,

Ia perlu diberi perhatian kerana majoriti kes menunjukkan sikap manusia itu sendiri yang tidak sabar, tergopoh-gapah dan tidak mematuhi had laju ketika memandu adalah punca utama kemalangan, katanya ketika ditemui di sini.

Sebelum ini, beliau melancarkan Ops Sikap ke-22 peringkat Kontinjen Selangor, yang membabitkan lebih 800 anggota polis bermula 2 September lalu hingga 17 September ini bagi memastikan kelancaran perjalanan balik kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Khalid berkata, semua anggota termasuk yang bukan dari cawangan trafik bertugas sepanjang musim perayaan ini berikutan lalu lintas dijangka semakin sesak dengan pertambahan kenderaan di atas jalan.

"Ops Sikap tahun lalu mencatatkan penurunan lima peratus berbanding 2008 dan pada Ops Sikap kali ini, kami berharap kadar kemalangan terutama kemalangan maut di negeri ini terus berkurangan.

"Kami akan terus bekerja rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan syarikat konsesi lebuh raya dalam mencapai objektif itu," katanya.

Sementara itu, Pengarah JPJ Selangor, Yusuff Ayob, berkata sebanyak 269 kemalangan yang mengorbankan 41 nyawa dikenal pasti berlaku di enam lokasi berisiko tinggi di kawasan berkenaan pada tahun lalu.

"Jalan terbabit ialah Jalan KM 415-452 Lebuhraya Tanjung Malim-Shah Alam; KM1-4 Lebuhraya Elite; KM 12-KM 45 Jalan Klang-Banting; KM 16-24 dan KM 70-77 Jalan Kuala Kubu, Rawang; KM 24-69 Jalan Kuala Selangor Sabak Bernam dan KM 1.9-2.7 Jalan Banting- Salak Tinggi," katanya.

Sehubungan itu, Yusoff menasihatkan semua pengguna jalan raya yang pulang ke kampung sepanjang musim perayaan ini untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan masing-masing terlebih dulu serta mematuhi peraturan lalu lintas.
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Pernah dengar biskut raya DRAGON BALL ?? Pergh.. ni kali pertama aku dengar dan tengok .. rasa lom lagi.. hahaa...

Selamat hari raya blogger Lily .. Bos kita ni dah mood raya tu .. hahaa..sabar .. sabar .. biarkan 'dia' datang dengan amannya ... hehe..

Ok.. kad raya Lily dah ada tu termasuk juga kuih kuih raya yang lazat berkrim gitu .. Sebelum kita g serbu curik Dragon Ball dia , kita bermaafan dulu ek.. Maaf zahir batin yer .. dah dah ..jomm.. jgn lupa jadi geng dia sekali .. mariiii .. > LILY ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ray ban bukan lagi satu nama asing buat peminat-peminat kaca mata hitam malahan jenama yang telah wujud sejak tahun 1937 kian utuh menunjukan jenama ini mendapat tempat di hati pengumpul dan penggemar sunglasses.

Sedikit sejarah ringkas tentang Ray ban, mula dicipta untuk penggunaan tentera US Air Force untuk menghalang glare ketika melakukan penerbangan, dengan keluaran model awalnya aviator. Pada tahun 1990, BL telah menjual Ray ban kepada syarikat Optical terkemuka Italy iaitu Luxottica dengan harga USD 1.2Billon.

Kini di pasaran, terdapat pelbagai pilihan model Ray ban sesuai untuk digayakan oleh lelaki mahupun perempuan. Kaca mata perlu dipilih berdasarkan beberapa ciri seperti lens yang digunakan, rekabentuk frame, perlindungan dari sinaran ultra violet (UV), coating dan tinted pada cermin serta ciri istimwe lapisan anti-calar.

Ray ban Malaysia | Malaysia Sunglasses merupakan laman rasmi jual beli Ray ban seumpanyanya di Malaysia. Para penggemar Ray ban masih lagi boleh mendapatkan Ray ban vintage dan rare disini seperti model keluaran Bausch&Lomb (BL) atau Olympic Limited Edition serta Ray ban baru dengan harga menarik. Juga terdapat high grade AAAAA di mana kualitinya 99% seperti original.

Model yang mendapat sambutan hangat di Ray ban Malaysia adalah Ray ban Wayfarer 2140. Sememangnya Wayfarer merupakan sunglasses top model selling of the year. Mempunyai gaya classic-modern menjadi Wayfarer sesuai di gayakan di mana-mana majlis atau secara santai.


wayfarer 2140


Pelbagai model Ray ban boleh di dapati di Ray ban Malaysia, juga menyediakan khidmat droshipping,dan kepada yang ingin menjalankan perniagaan kecilan boleh mendapatkan Ray ban dengan harga borong disini. 100& guaranteed satisfied, high quality certified.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hehehe.. sebut betui betui CEKAINA...salah tuuuuuuuuu .. CEK AIRA ... haaa..baru betui .. hehe.. Ok , Selamat Menyambut Aidilfitri Aina ... Terima kasih kerana sudi join eh .. hehe

Uik..Cek Aira beraya kat Kelantan eh.. Kita jumpa di sana nanti .. hahaha.. kot mana tau kereta kita berselisih .. angkat la kening eh .. hahaha.. Guwau jer ..

Ok ... cek aira kita ni ada bagi kad raya .. apakah yang ditulisnya ? Begitu juga dengan kuih rayanya .. amboi..dan dan aku terliur tengok .. hahaha.. tak sempat rasa lagi kuih tu.. haaha...

Jom g jengok blognya sambil jadi geng .. hehehe.. mariiiiiiii >> CEKAIRA ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidilfitri 2010

Pada yang nak berjalan jauh atau dekat sekali pun , bolehlah rujuk pada dokumen yang disertakan ini untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas ..


Rancang rancang perjalanan kita .. Hati hati di jalan raya ..
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Maka secara rasminya JELAJAH BLOG AIDILFITRI ditutup .. hehehe ... Ok ... ada 7 lagi blog yang akan dibuat nanti .. Sabar yer ..

Selepas selesai kesemua nanti , kita akan pilih kad raya yang paling cun .. hehehe... kita buat undian ... Pemenangnya akan menghiasi profile picture KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI di FACEBOOK selama 3 hari raya ... Raya pertama , kedua dan ketiga... Amacam ? Menarik ? Promosi percuma tuu.. sapa nak bagi kan ??

Tungguuuuuuuuu......
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Esok hari terakhir aku kerja .. Aku pon dah mohon untuk amik setengah hari .. nak g periksa kereta sebagai persediaan akhir untuk berjalan jauh .. Bahaya kan kalau kereta dalam keadaan tidak bersedia ..

Berbeza sungguh balik kampung bila guna bas .. awal awal lagi dah kena tunggu kat hentian .. Buat masa sekarang ni hentian bas terutama di Hentian Putra masih belum selesa .. Ruang menunggu di dalam , kecil dan tempat duduk sedikit berbanding mereka yang menunggu bas .. InsyaAllah .. hentian bas di Bandar Tasik Selatan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi .. Keselesaan akan lebih ketika itu .. nak tunggu 10 jam pon ok jer kan ? hehehe.. kenapa aku kata gitu ? korang tngok sendiri gambarnya nanti eh ..

Gambar di bawah ni saat aku mula berblogging .. erk .. Stesen ni baru naik .. 7/10/2009 ..

Manakala ni adalah yang terbaru .. Amacam ?? 7/9/2010 )


Untuk ke sini ada 4 cara .. Melalui jalan raya , lrt , erl dan juga komuter ... Senang kan ?

InsyaAllah .. selepas ni pengguna akan lebih selesa .. Di Hentian Pudu Raya pon , pengubahsuaian sedang giat dijalankan ... Tak de la rakyat Malaysia nak hidu asap lagi kan .. hehe.. Cuma , pandai pandai laaaa jaga semua ni .. Kang ada mangkuk berayun asik nak rosakkan segala kemudahan yang ada .. huh !
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Psst... ada blogger jemput ke rumah dia laaa .. marrii mariiii ... pada yang mereka tak tau nak kemana raya nanti , korang pakat la serbu ke rumah dia tau ! hahah... tak caya eh ? Korang baca nanti kat blog dia eh ..

Selamat hari raya buat blogger MahaMahu .. Kad raya yang wajib mereka buat untuk menyertai segmen ini , setakat ni antara yang comel ialah MAHAMAHU .. hehehe ...

Juadah feveret dia , mmg antara aku akan makan setiap kali raya pertama .. tu pon bila g beraya kat umah jiran sebelah .. mmg dia rajin buat masa raya .. sedap wooo ... ok .. kalu nak tau apakah yang aku maksudkan .. jom g serang > MAHAMAHU ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Huih... cantik header bang ? Hehehe.. Selamat Hari Raya .. Raya mana bang ? hehe .. Tak kira di mana jua anda berada , di harap bergembira hendaknya .. Psst... raya ngan awek ke tahun ni ?? Ke ... membujang ? hhahaha.. guwau jeeee.. Maaf zahir dan batin yer ..

Untuk pengetahuan korang , Mozuba menyediakan kad rayanya yang cun .. Kira kalau anak dara tengok pasti tertawan hati.. Amacam mozuba , aku dah baik punya promosi ni ! Kena bagi duit raya kat aku cam ni .. hahaha..

Biskut raya yang dia sediakan semua jenis yang aku minat .. hahaha.. kita serupa lah... selera yang serupa yer .. Kang ada gak yang pk bukan bukan .. hahaha .. Ok ok .. cerita panjang tamo .. Aku buat auto post ni ... baru kul 5.40 pagi ni ... set untuk pukul ... 6.30 pagi... hehehe...

Pada yang nak baca kad raya online milik Mozuba .. mari mari .. > MOZUBA ( link )
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Semalam lepas balik melepak berpasangan dengan member aku , aku ngan wife balik terus ke rumah .. Otw balik tu , ikutla satu jalan pintas tu .. nak cepat kata aku .. Bila masuk kat jalan kecil tu , kat depan kitorang ada sebuah lori kecil ...

" Perlahan la pulak lori nih " aku nak mula membebel ..

Apalah gamaknya lori ni dok buat ??? Takkan dok menjamu selera dalam lori tu .. Aku mula nak tensen dengan keadaan tersebut .. Wife aku biasa jer ... Huh..

Tak sampai 5 minit , lori tu berjaya berlalu dari situ .. rupanya jalan lopak lopak .... Bila melalui jalan berlopak tu , terpaksalah memperlahankan kereta kan ? Tak ku sangka pulak ada pocong berdiri kat tempat tu !!!

Antara keluar atau tidak suara aku untuk membaca kalimah al-quran mahupun nak berzikir untuk menguatkan diri aku .. Aku tak perasan wife aku dah .. Yang aku tau aku perlu terus memandu atau ??

Aku mengigil .. Arghhh .. aku kuatkan diri aku... Aku tak percaya pada semua ini .. Mana mungkin .. Aku tau .. Aku tau aku sedang bermimpi.. Aku perlu sedarkan diri aku !

Terbukak mata aku .. Mmg betul la aku mimpi .. Huh.. Boleh pulak mimpi evil dead neh ... nyampah tul aku !
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
"Assalamualaikum .. kami datang nak rayaa niii "

Nak raya atau duit raya ni ? Dari mana asal usul budaya memberi duit raya ni eh ??? Bila beri , adakah kita ikhlas atau sebaliknya ? Bagaimana pula budak budak yang datang tu pulak ? Adakah datang semata nak beraya dengan kita atau mengutip duit raya ?

Apa kata kita baca pandangan dari IKIM

Ramadhan menjelma lagi. Dan walaupun umat Islam baru beberapa hari melaksanakan ibadah puasa, namun apa yang ingin diperkatakan pada kesempatan ini adalah tentang amalan memberi duit raya kepada kanak-kanak. Memang pada Hari Raya kanak-kanak adalah orang yang paling gembira. Selalunya mereka akan pergi ziarah raya dari rumah ke rumah bersama rakan-rakan. Tujuannya bukan untuk menziarah sangat, lebih bertumpu kepada duit raya yang diberi tuan rumah apabila bersalaman.

Duit raya yang dihulur mungkin merupakan suatu 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah ia mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka. Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang dari segi keikhlasannya.

Ada juga yang berniat untuk menunjuk-nunjuk semasa memberi duit Raya kepada kanak-kanak. Niat perlu betul, jangan sampai hangus pahala sedekah yang diberi. Seeloknya dimasukkan di dalam sampul agar jumlah wang yang diberi tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Kanak-kanak juga harus diingatkan agar jangan hanya berhari raya di rumah orang kaya sahaja. Tujuan asal berziarah pada Hari Raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama orang Islam. Oleh itu jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak-anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan. Walau macam mana daif pun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan anak-anak pada Hari Raya.

Anak-anak perlu diberitahu adab ke rumah orang agar tidak cacat tujuan ziarah itu sendiri. Tujuan berziarah adalah untuk bermesra bersama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar. Jangan pula tidak makan, tidak minum mahupun berbual, tetapi hanya duduk semata-mata menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah untuk bergaul dan mengeratkan lagi hubungan.

Seperkara lagi ada anak-anak yang mengunjungi sesebuah rumah sehingga dua tiga kali semata-mata untuk menambah duit raya. Tuan rumah selalunya tidak menyedari kanak-kanak itu pernah singgah lantas memberikan duit raya sekali lagi. Jangan pula mengambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya .

Namun sejak akhir-akhir ini didapati semakin ramai yang tidak gemar membuka pintu kepada anak-anak yang datang beraya. Ramai yang 'tutup pagar' takut dikunjungi kanak-kanak yang datang untuk beraya di rumah mereka. Ada yang pura-pura tiada di rumah atau ada yang sedang duduk di rumah tetapi hanya buat tidak tahu apabila kanak-kanak memberi salam dan hendak beraya.

Ada yang malas dan takut letih melayan kerenah mereka. Mungkin juga kerana takut 'terpaksa' beri duit raya kepada kanak-kanak itu. Tetapi jika kita kurang bersedekah di masa-masa lain, masa inilah paling sesuai untuk kita bersedekah kepada kanak-kanak yang datang berziarah. Masa inilah juga kita dapat berkenalan sekurang-kurangnya dengan bertanya "kamu ini anak siapa dan tinggal di mana?"

Luangkanlah sedikit masa untuk anak-anak yang bertandang ke rumah kita. Tidak perlu tunggu 'rumah terbuka' baru hendak melayan mereka. Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak-anak yang datang menziarah . Tetamu yang datang berkunjung ke rumah akan menghapuskan dosa-dosa tuan rumah. Apatah lagi apabila dia mendoakan kesejahteraan kita kerana melayannya dengan baik. Hidup kita akan dilimpahi keberkatan.

Jika kita tutup pintu kepada generasi muda ini, mereka akan bertambah jauh dari kita. Maka jangan pula mereka ini disalahkan jika mereka lebih gemar mendengar nasihat rakan sebaya, internet serta lebih banyak menghabiskan masa di depan kaca televisyen yang sememangnya banyak menyiarkan rancangan menarik semasa Hari Raya.

Harus diingat Hari Raya bukanlah hari untuk bersuka ria semata-semata, sebaliknya ia adalah perayaan keagamaan. Maka cara menyambutnya perlulah mengikut adab dan peraturan agar kita akan mendapat ganjaran dariNya.



Bagaimana ? apa pendapat korang ?? Berat tangan memberi tapi tersenyum mereka yang menerima .. Macam tu jugak kita yang menerima bonus dari boss .. Berat boss nak bagi bonus tapi demi mengembirakan kakitangannya , diberinya .. Ikhlas akan datang kemudian setelah terlihat senyuman terukir di bibir penerima ... Wallahu'alam .

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Hurm.. korang pernah dengar bunyi guli bergolek malam malam tapi takde langsung guli tersebut ?? Huhu.. Dari mana datangnya bunyi tersebut ? Sapa pulak yang main guli malam malam ?

Cuba bayangkan bunyi guli tersebut datangnya dari bilik kosong atau jika anda tinggal dirumah bertingkat seperti flat , condo atau apartment tapi rumah tersebut adalah kosong ?? Apakah yang bermain di kepala korang ? Adakah .. er.. si 'dia' yang sedang bermain ? Beranikah korang naik ke atas dan melihatnya ?

Bagaimana pula jika sedang korang lena tidur tiba tiba terdengar bunyi rantai di seret dari satu sudut ke sudut yang lain sedangkan puncanya tiada penghuni .. Adakah korang rasa korang sedang di 'ganggu ' ?? Apakah yang akan korang lakukan ?? Beranikah korang tinggal seorang diri keesokan malamnya ??
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Selamat meyambut Aidilfitri , blogger Kalamhati.. terima kasih kerana sudi meluangkan masa menyertai segmen ini ..

Kalamhati telah menyediakan kad raya untuk pembaca blognya .. Menarik sekali kad tersebut .. Selain itu dia juga menyediakan biskut raya yang mana aku sendiri minat .. hehehe... kalau layan , mmg tak reti nak berenti dah .. huhu...

Apakah kata kata yang dituliskan untuk pembaca blognya yang menarik itu ?? Jom baca sendiri .. > KALAMHATI ( link )

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Hurm .. Dahsyat 13.. mmg dasyat .. mengeleng je kepala bila menontonnya tadi .. Nak salah sapa ? Bagi aku banyak pihak perlu membuka mata antaranya jabatan agama .. Cuba tengok orang orang jabatan agama .. berapa keratkah diantara mereka ni , mesra , peramah mahupun senantiasa tersenyum bila menegur seseorang ?

Kenapa ramai anak anak muda skang ni berlaku zina ? Selain cetek pengetahuan dan pemahaman agama , prosedur untuk bernikah / berkahwin menyukarkan mereka .. Tu tak termasuk lagi bab bab bab pengurusan perkahwinan seperti hantaran pertunangan dengan harga yang mengarut ngarut .. Bila kena si lelaki tu tak berkemampuan timbul satu perasaan yang dibisik syaitan agar rosakkan saja anak dara tersebut .. Baru padan muka ! Itulah bisikan syaitan dan mangsanya adalah si gadis tersebut ..

Nak kawin susah .. murtad jalan termudah tanpa fikirkan keburukkan .. Dalam kepala , lepas murtad , kawin kemudian bertaubat .. Tu yang ada dalam kepala mereka .. Contoh lain yang diberikan tadi .. kenapa tak nak solat ? Camana nak solat sedangkan tak nampak Tuhan ?? Disini peranan ibu bapa dan diri sendiri .. Jgn tunggu tapi kena cari .. Rajin rajin ke majlis ilmu .. insyaAllah ... dapatlah jawapannya ..

Menunggu jawapan pastinya akan dibisik syaitan .. Kena berdiri dan bergerak mencari jawapan yang sememangnya ada di depan mata ... Janganlah ikut perasaan dan hawa nafsu.. Pasti menyesal kelak .. Cinta duniawi jika salah pegangan kelak menghancurkan diri sendiri ..
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

Pelik tak ? Aku tak pelik .. mmg dah bosan sangat dengan situasi ni kan ? Sikap begini menunjukkan si pencakap tu tak matang ... Dalam kepala dia , asik nak putus .. Apa dia pk bila putus , dia boleh cari yang lain ? Mmg boleh .. tak susah pon , tapi tak bolehkah diselesaikan dengan cara matang dan bijak ?

Kenapa asyik difikirkan jalan perpisahan sedangkan kita tau dia yang kita cintai dan memahami kita ? Lainlah pasangan kita tu jenis panas baran .. kaki pukul .. jenis segala raja syaitan ada dalam dirinya .. Yang tu patut diterajang keluar terus dari hati ..

Kalau sekadar kesalahan kecil tu , bagi la masa .. lelaki terutamanya , lambat nak matang .. di masa muda , mmg baran .. kena bersabar .. Kalau tak , carilah lelaki lain tapi jgnlah pandang belakang .. Jarang perempuan dapat lupakan kekasih lamanya .. tapi bila bergaduh , asyik nak mintak putus .. Bila putus ? Teriak tak hengat !

Jadi , jgn asyik fikirkan PUTUS ... Cari penyelesaian secara matang .. Jangan ingat 'awak' tu cantik senang je laki nak ?? Atau jgn ingat ' awak' tu pandai , ramai lelaki tergila ?? Hati hati dengan keegoan tu .. kelak makan diri sendiri ...
Share
Tweet
Pin
Share
18 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes