BEN ASHAARI



 

Segalanya dari sini .... blog korang sendiri ...

image

Terima kasih .. Aku tak pernah minta mereka meletakkannya di bloglist mereka .. Dan alhamdulillah , mereka dan korang semua sudi meletakkannya di dalam blog ... Terima kasih ,terima kasih ..

Aku tak tau la.. Mmg dua tiga hari ni aku hari aku bersyukur sebab usia blog aku dah mencecah 1 tahun ..er.. berapa bulan eh.. haa.. satu bulan dan tak lama lagi aku pulak yang akan mencecah 34 tahun .. tua dah kan ? Sapa sangka lelaki ini boleh berada di tahap ini dalam tempoh setahun  tanpa gunakan 'helikopter' ?

Kejayaan blog aku ini terletak pada ... RAKAN RAKAN BLOGGER itu sendiri ..

image

Buat masa sekarang ada 1,726 sumber trafik aku dan jumlah mereka yang meletakkan link di blog mereka ada 1,720 .. Hurm.. ramai yang sudi yer.. Jutaan terima kasih !!!!!!!

Maaf la yer .. macam kelas sejarah lak .. hehe .. Maka sebenarnya naiknya blog ini kerana blog korang juga .. Tak perlulah korang nak kagum atau rasa rendah diri atau pon iri hati pada blog ini ..  ok ?

Ops... satu lagi.. Aku tak pernah pinta mana mana blog suruh buatkan entri ' TERIMA KASIH BEN ASHAARI ' ! Mereka melakukannya atas keikhlasan diri mereka .. Sama juga sewaktu kali pertama aku berkenalan dengan MAT GEBU dan kesudian dia meletakkan berkawan dengan aku lalu aku juga membuat entri penghargaan buatnya sebagai tanda terharunya aku ..

Sebab itulah aku kata , blogger kena saling bekerjasama untuk sama sama naik ..  Apa guna kondem mengondem sedangkan kita sama sama dok merangkak ? Tutup monitor , habis terus dunia maya ! Kembali ke dunia realiti .. betul tak Mr Ceym ?

Dulu , aku mulakan blog ini dengan tak tau apa apa .. Ada blogger tinggalkan mesej kat aku ajak exchange link .. Aku kata giler ke budak ni ??? Yang aku tau money exchange .. Takkan link nak tukar pon di ajak ajak ? Iskh .. dan satu lagi ... blog aku ni , orang baca pon tak de pastu nak ajak tukar ? Buang karan jer tukar dengan aku ni haa...

Itulah perasaan aku .. Kita tak tau rezeki kita dalam dunia blog ini . Pucuk pangkalnya adalah usaha dan nasib .. hehehe..Ada yang berusaha tapi belum lagi rezekinya ... Tapi bila 'datang' , korang tak tertahan tahan pulak !  ..

Ok ? Aku harap mulai hari ini , korang senantiasa bersemangat bila melakukan apa jua perkara yang korang terlibat .. Belajar , bersukan , bekerja ... Semua orang boleh berjaya selagi mana dia ingin berjaya !! Dahulukan mana yang patut didahulukan ... Okeh ??

Share
Tweet
Pin
Share
58 comments

image Jumlah FOLLOWER pada petang tadi , jam 4:05

image

Dan ini pula pada jam 2 pagi berikutnya dengan jumlah 47 ribu kunjungan mesra dari rakan rakan ... Alhamdulillah .. terima kasih ..

Penambahan yang aku tak sangka dan sepantas ini menambahkan lagi keyakinan aku bahawa terdapat sesuatu yang menarik minat mereka ..

Adatlah bukan ? Dari 1000 tu belum tentu 100% menyukai kita .. tapi jangan amik jumlah yang kecil itu .. amik majoriti .. tu yang sepatutnya bukan ?

Dunia ini cukup indah untuk kita berkongsi .. Awan yang membiru .. Udara yang nyaman .. Matahari yang menyinar .. Bulan yang terang benderang .. Cukup indah .. Kenapa perlu dicemarkan dengan satu perasaan yang sepatutnya tidak perlu ada dalam hati kita ?

Aku bermula dari 1 UV ... dan kini aku berakhir dengan 3 ribu hingga 4 ribu UV tanpa bantuan sesiapa.. Semangat yang datang dari rakan rakan bloggerlah segalanya .. Tanpa mereka , blog aku ini tiada erti .. tapi aku akan terus menulis walaupun tiada pembaca .. Kerana aku mmg suka ..

Pelik ? Jangan pelik .. inilah hakikat yang perlu aku terima atas segala penat lelah aku selama setahun .. Berapa ramaikah blogger yang mampu bertahan selama setahun tanpa sehari pon bercuti dari mengupdate bognya ?? Maka inilah hasilnya .. Jangan hairan dan jangan pelik ... Jangan tengok masa dia berdiri tapi tengok sewaktu dia merangkak ...

Terima kasih kerana sudi singgah walaupun tak suka dan tak faham mengapa dan kenapa .. Yang penting apa yang diperolehi .. Dan apa yang dibawanya bersama ..

Adakalanya kita hanya nampak pelangi itu cantik tapi tak tau kenapa dia muncul .. Adakalanya kita bencikan panas terik sedangkan ada yang mendoakan kemunculanya .. Adakalanya mereka takutkan hujan sedangkan ada yang menagih setitis darinya ... Maka , tadahkan tangan .. berdoa .. bersyukur .. dan istighfar ..

Ya Allah ... Jauhkanlah kami dari perasaan hasad .. murahkan kami dengan rezekiMu .. Berkatilah hidup kami .. Amin ...

Semoga Berjaya , Wanda

Share
Tweet
Pin
Share
42 comments

 

Pergh.. aku tak sangka betul .. Dalam tak sengaja perkara tu boleh berlaku .. Adakalanya kita tak sangka langsung perkara malang boleh berlaku pada kita sekiranya kita tidak berhati hati.. Mungkin kita rasa orang lain boleh menduga tapi sebenarnya tidak langsung .. Kita kena amik segala kemungkinan yang boleh berlaku ..

Tadi , di masjid Putra, Putrajaya ada la satu pasangan ni asyik mengambil gambar .. Biasanya pada cuti umum , Masjid Putra menjadi tarikan pelancong ..Maka kereta akan penuh dikawasan parking .. Berlambakla kereta di kiri kanan bahu jalan .. Dari dua lorong jadi satu lorong ..

Si pasangan ni punya la baek punya posing .. Ada satu babak tu dia suruh makwe dia posing sambil menyangkung kat atas jalan raya yang mana aku rasa kalau ada pemandu kereta tak perasan , boleh sauk terus dia !! Bengong tul pakwe dia tu.. sampai hati suruh posing kat tempat sibuk !!! Dah abis lokasi ke apa ??

Kadang kadang , kita kena berfikir 2 kali untuk membuat sesuatu perkara .. Yang pertama , kenapa ? Dan yang kedua , kemungkinan yang boleh berlaku .. peratusan sesuatu perkara buruk boleh berlaku maka dengan itu kita boleh berhati hati ...

Biar nampak tidak bijak dari mmg tak bijak ! Betul tak Eka ...

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

image

Baru lepas tengok kat Alamanda tadi .. Selepas membaca review dari NADIA , keinginan menonoton cerita lakonan Denzel Washington semakin kuat .. Akhirnya malam tadi , jam 11 malam .. g tngk la cerita tu kat Alamanda ..

Best ke ? Waaalaahh !!! Cerita ni mmg takde putar belit .. dari mula sampai abis , mmg tak senang duduk .. Menarik sangat untuk ditonton .. Dan cerita ini berdasarkan dari kisah benar .. hehe .. Berapa bintang ? Hurm... 4 bintang dari aku .. hehe.. Susah nak dapat 5 bintang woo .. hehe.. tu pendapat aku la..

Sahabat Blogger Malam ini : Aswani , Autumn Leaves dan Tasha

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Pernah dengan ayat tu ?? Pernah kan ? Cuba kita tengok balik filem filem kita kebelakangan ini .. Cuba bandingkan dengan filem filem luar ..

Bila kita cuba buat perubahan maka pelbagai cerita timbul .. Maka di manakah taraf filem kita ? Bila kita nak buktikan kita boleh maju dalam filem animasi , maka dikatakan .. hehe.. korang tau la kan .. Dulu KRU penah buat filem animasi Lagenda ... pon ada isu gak .. Skang UPIN dan IPIN ..

Dulu arwah Yasmin buat filem biasa biasa tapi 'sinis' pon orang kata .. Dah tu ? Apakah kita hanya layak layan cerita cerita ..ermm .. yang ada UNDI UNDI atau .. apa ek... ke layak tengok cerita orang lain je ?

Sampai bila kita nak maju ? Kalau maju dan berjaya sekali pon akan timbul isu .. Mulut manusia .. senantiasa cari salah walaupun terang terang ada kebenaran disebaliknya .. Dibutakan mata untuk lihat kelebihan itu untuk melihat kekurangan yang sengaja diciptakan ..

Nak kata apa dah kan ? Layan je la .... kan ... Yang penting , yang berjaya akan terus naik .. yang penuh hasad tu ,duduk je la kat takok tu ...

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Jangan dilayan yang tak patut dilayan ..

Dari dulu sampai skang , isu bas mmg tak abis abis.. dari bas ekpress , bas awam ( bas henti henti orang kata ) dan bas sekolah ..

Aku pasti ramai pernah ada pengalaman dengan bas awam ni .. Kalau diorg diatas jalanraya , pemandu tu bawak seolah olah jalan tu diorng yang punya ..

Banyak kali berlaku pada aku , bila bas awam ni bagi signal nak masuk laluan kita , diorg terus masuk jer .. tak de makna nak tunggu tunggu.. Kalau kita ? Haram diorg nak lepas .. Boleh kira berapa kali je diorg bagi kita lalu.. Ini pengalaman aku yer..

Tadi .. ada sebijk bas awam di Putrajaya .. marah kat aku.. hehe.. nape dia marah ? Sbbnya aku tak bagi dia lalu .. camana aku nak bagi dia lalu  sedangkan tu laluan laju .. kalau aku berenti , mahu mahu ada kereta belakang bantai aku .. Dan kenapa dia sabar je tunggu ? tunggu je la kan ... sampai clear , masuk la... haih..

Berlalu dari situ , 300 meter dihadapan ada lampu merah .. Aku berenti , dan dia pun berenti sebelah aku.. Dia jengah kat tingkap tengok aku .. Aku tengok dia balik .. Apahal ?? dia ingat dia besar pastu semua kereta kecik kena tunduk ? Heloo... ikut la peraturan ...

Aku tau.. dia nak balas dendam .. Lampu hijau dinyalakan.. Seperti yang aku jangkakan .. dari lane kiri aku terus dia pancung aku untuk masuk ke selekoh .. Heh..Dia ingat aku hairan ?? Aku pecut dari arah kiri ... pancung dia belah kanan dan berada di depan dia balik..

Kemudian aku pandu pelan pelan .. kasi bakar dia .. hahahha.. padan muka dia ... Apa dia ingat aku takut sangat ?? Sikap pemandu bas ni mmg aku tau lama dah.. Keluarga aku sendiri terdiri dari pemandu bas.. maka aku tau dah.. Dan aku membesar dengan menggunakan pengangkutan awam ! Dari kecik sehingga ke besar aku guna bas... skang ni je baru guna ERL dan LRT.. hehe..

Yer..aku tau.. bukan semua pemandu bas gitu... ada yang bagus tu bagus.. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Sumpah .. Aku pon tak kenal dia.. hurm... Mesti ramai pelik apa halnya blogger dok sebut pasal dia ni ?  Aku pon pelik naper ramai blogger dok sebut nama dia ..

Nak kata bagus sangat blognya , tak la pulak kan ? Nak kata dia ni keluar kat suratkhabar , pon tak jugak kan .. Dah tu , nape ?? Iskh.. tak faham ..

Ada perkara kita faham.. dan ada perkara kita tak faham ...  Apakah dengan menjadi artis , wartawan , ahli politik atau berkerjaya bagus saja baru layak untuk dikenali orang ?

Hehe.. aku sendiri pon tak tau .. bukalah minda ... zaman makin maju .. Jangan ingat artis je boleh buat nama .. Skang ni jurugambar pon boleh popular ... Driver taxi pon boleh popular .. Malah tukang sapu sampah pon boleh popular.. Bezanya bagaimana mereka boleh popular ..

Jangan tengok kulit untuk menilai sesuatu .. tengoklah isi .. kalau nak tengok isi , tengok dari muka satu hingga habis.. kalau baca belakang belakang je , maka jawapannya .. hurmm.. biasa jeee..

Serius .. kalau orang tanya apa yang bagus sangat blog aku , aku jawab satu je .. BLOG AKU TAK BAGUS LANGSUNG ! Tapi orang nak baca blog aku .. Mereka yang nilai .. Nak tanya .. Blog ko bagus ke ? Sehari berapa puluh ribu orang masuk ? Berapa banyak rangkaian television panggil untuk temubual ?

Maka , ada perkara kita faham .. dan ada yang tidak .. Kalau tak faham , sila bertanya .. Tak tanya maka tak tau kan ? Cari yang positif .. kalau cari yang negatif maka jumpa yang negatif...

Negara kita ni kotor.. sampah sarap merata rata .. Penduduk dia semua jenis pentingkan diri sendiri .. Nak tanya , dah habis pusing ke Malaysia ni ? Dah abis jelajah ke Malaysia ni ? Jadi , jangan mudah buat sesuatu rumusan atas sbb kita tu berpelajaran tinggi... Setinggi kita masih ada yang tinggi tapi mereka merendah diri..

Bosan bila ada yang cuba berlagak pandai padahal ?? Ops .. aku bukan blogger otai .. Wang ? Bukan segalanya tapi tanpa wang ?

Share
Tweet
Pin
Share
34 comments

image 

" Wah ... terjojol tengok awek tu .. cun dan seksi.. Kalau dapat , sumpah tak cari lain !!  "

Kaum hawa mesti nyampah kalau terdengar dialog ni keluar dari mulut lelaki kan ? Tapi zaman skang ni , perempuan pon pandai dah tengok lelaki yang kacak dan seksi dah .. Er, lelaki seksi kat belah mana eh ?? hehe..

Tapi kan , berapa ramai yang berjaya jadikan perempuan cun atau lelaki kacak ni sebagai pasangan hidup mereka ? Apakah fizikal ini menjadi faktor utama dalam pemilihan menjadi pasangan hidup mereka ?  Sbbnya bila nak dijadikan pasangan hidup , mereka akan memandang faktor lain pulak ...

Di sebelah kanan blog aku ni , aku ada sediakan kotak undian .. silalah pilih yang mana menjadi faktor utama dalam pemilihan pasangan bagi anda .. Jangan persiakan undian anda yer .. hehe..Terima kasih pada yang sudi mengundi tu .. Nak bagi duit , tak mampu lagi. heheh..

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

KOTA BHARU 5 Nov. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta para penyokong dan anggota Pas tidak kecewa berikutan kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas dengan Barisan Nasional (BN), yang mendapat majoriti lebih besar, semalam.

Sebagai pejuang Islam, mereka tidak patut kecewa dengan keadaan itu yang dianggap sebagai suatu cabaran yang mesti dihadapi, kata Menteri Besar Kelantan ketika ditemui pada majlis pelancaran kutipan derma untuk membina bangunan tambahan Masjid Mukim Panji di sini hari ini.

Pada PRK DUN Galas kecil itu, calon BN, Abdul Aziz Yusoff, memperoleh 5,324 undi mengalahkan calon Pas, Dr Zulkifli Mohamad, yang mendapat 4,134 undi.

Sementara itu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, faktor penglibatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan Raya BN akan dijadikan salah satu kajian dalam ”post-mortem” Pas.

Katanya, post-mortem itu akan diadakan pada satu mesyuarat Ahad depan bagi mengkaji kekalahan Pas dalam pilihan raya kecil itu.

– Bernama ( UTUSAN )

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

KUANTAN: Pahang kini bersiap sedia menghadapi bencana banjir yang dijangka lebih buruk berbanding tahun lalu berasaskan keadaan banjir di utara Semenanjung sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata kerajaan negeri telah mengenal pasti 594 pusat pemindahan yang mampu menampung kira-kira 128,528 mangsa jika berlaku banjir.

Selain itu, katanya, bekalan juga telah dihantar sejak Oktober lagi ke 92 pangkalan yang diwujudkan bagi menampung keperluan mangsa banjir yang terputus hubungan.

"Seramai 9,138 pesakit berisiko tinggi di kawasan yang mungkin terbabit banjir turut akan diberi perhatian sewajarnya, termasuk kanak-kanak di bawah satu tahun, pesakit mental, ibu mengandung yang dijangka bersalin pada tempoh banjir, golongan istimewa dan lain-lain," katanya.
Kerajaan Pahang juga, kata beliau, telah mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif bagi pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia sekiranya pusat sedia ada terbabit dengan banjir.

Muhammad Safian berkata, sebanyak 442 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko dilanda bencana itu termasuk 123 kawasan di Temerloh, 64 di Pekan dan 47 di Kuantan.

"Cuti penjawat awam juga dibekukan bagi tempoh 15 November hingga 15 Januari," katanya. - BERNAMA

 

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Huih.. panas ... tapi betulkan ? Sapa berani tegur mereka mereka ini tika mereka sedang merokok ? Ada ?? Malas dan tak larat dah nak tegur suh merokok jauh jauh .. Haih ..

Tadi , selepas solat Jumaat  aku ngan kawan aku g Ali Bistro kat Precint Diplomatik .. Makan tengahari kat situ .. hurmm .. belakang aku ada dua org brader ni... baik punya dok merokok tanpa ada belas kasihan kat orang lain ..

Saja aku tengok dia dua tiga kali ..tapi wat dek jer .. hurm.. perlukah nak tegur ? Aku pasang telinga dengar diorg berborak .. Hurm.. aku tak rasa diorng ni jenis cikai punya orang .. Kira keje bagus la gak .. tapi sayang , otak kat lutut !

Kalau di tegur , tak rasa nak dengar cakap .. Atau perlu ke tegur ? Dah cukup tua dah tu untuk fikir menda sekecik ni .. haih ... Ego ke sombong ? Pentingkan diri sendiri ???

Share
Tweet
Pin
Share
14 comments

 

Bagi Islam, terdapat dua hari raya yang diiktiraf sepertimana yang dikhabarkan oleh Nabi saw di dalam hadith baginda yang diriwayatkan dari Anas bin Malik ra. katanya:

Maksudnya: "Ketika Rasul s.a.w. sampai di Madinah, bagi penduduk Madinah itu ada dua hari (raya) yang mereka bermain (berseronok) pada hari tersebut sepertimana kebiasaan semua kaum (Rom dan Parsi), setiap umat itu bagi mereka hari raya mereka tersendiri. Dan adalah bagi orang Arab Madinah ketika zaman Jahiliyah terdapat dua hari yang mana mereka bermain (dan berseronok) pada hari tersebut. (apabila Nabi s.a.w. melihat mereka menyambut dua hari tersebut) Nabi saw bertanya: "hari apakah dua hari ini?" Mereka menjawab: "Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini." Sabda Nabi saw: "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitulah hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." (Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasa-ie dari Anas Bin Malik. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata: "Sesungguhnya Isnad hadith ini berdasarkan syarat Muslim)

sambungan > Bahaya Syirik

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Mula mula aku berblog .. aku dikenalkan dengan dua tiga nama yang popular dalam dunia blogging ini .. Aku masuk .. aku baca .. cari di mana keistimewaan blog itu .. Cari .. godek .. jumpa ... Hehe.. apa istimewanya blog tu ??  Penulis itu sendiri .. Masa dan kreativitinya ..

Hurm.. aku terfikir .. Kalau itulah keistimewaannya , aku rasa aku pon boleh .. Sbb aku sendiri pon mmg gemar menulis serta aku senantiasa memikirkan cara untuk memajukan diri.. Kalau aku boleh fikirkan itu , bermakna aku boleh fikirkan sesuatu untuk blog aku ini ..

Kemudian aku g lagi ke blog blog yang diceritakan oleh mereka yang mana mampu menjana beribu ringgit sebulan hanya dengan blogging..

Huh.. Aku tak percaya la.. mana mungkin boleh .. Tetapi mereka buktikan dan aku percaya .. Aku terfikir .. kalau mereka berjaya , pasti aku boleh juga kan ? Sbbnya mereka manusia dan aku manusia.. Mereka ada akal dan aku juga begitu.. Jadi apa kelebihan mereka ? Mungkin mereka lebih bernasib baik ..

Tak pe.. Aku percaya Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah .. Rezeki mmg DIA yang tentukan tapi kali kita cari dan berdoa senantiasa agar dimurahkan ,insyaAllah.. tak kemana rezeki itu.. Yang penting , usaha !

Aku godek lagi .. cari lagi .. Wah .. ramainya pembaca blog mereka .. Bagaimana nak dapat cam mereka itu ?? Hurm... kena keluar suratkhabar baru boleh popular ??? Huhu.. sapa aku untuk keluar kat suratkhabar ? Patah semangat ? Hurmm... tak mungkin ... kalau tak dapat berpuluh ribu, kita cari la beribu kan ? Gunakan kreativiti yang ada..

Akhirnya .. skang ... setiap bulan pastinya 'NUFFNANG' menjengah..

IMAG0016a 

Dan setiap hari ada bilangan di kotak FOLLOWER aku ini bertambah .. Ini membuktikan bahawa blog aku ini diterima mereka.. Syukur .. Semangat untuk mempertingkatkan blog ini semakin hati semakin bertambah ..

imageBlog blog yang membuatkan aku terbeliak bijik mata satu tika dulu kini tidak lagi membeliakkan mata aku kerana aku sudah tau apa rahsianya ..

Maka sekarang , segala usaha aku membuahkan hasil .. Berbaloi ker ?  Hurm... hurmm... Dengan duit blog aku dah beli kamera dslr , pda dan ... ASB.. hehe.. berbaloi... tak lupa , belanja kawan kawan.. hehe.. rezeki kongsi kongsi la skit kan ..

Semangat untuk memajukan blog ni datang bila idea aku diketepikan oleh blogger blogger lama .. Idea aku dipandang remeh .. Tak pe la.. Kalau mereka tak nak , biarlah yang baru ni nak.. Maka blogger blogger baru inilah yang menaikkan aku.. Sbb itulah aku tak lupakan jasa mereka.. Setiap blogger baru muncul dan minta pendapat atau tips dari aku maka aku dengah sukarela mengongsikannya.. hehe.. nak rugi apa kan ?

Ini bermakna.. sebenarnya semangat berblog aku ni datangnya dari blogger blogger baru ..  Aku taknak di puji jauh sekali di puja.. cukuplah bagi aku mereka berjaya bergerak sendiri tanpa di tolak oleh blogger lama.. itu dah cukup membanggakan aku ..

Dan paling utama sepanjang aku berblog ini ialah persahabatan .. Persahabatan yang terbina dengan blogger blogger dunia masakan mmg amat mengembirakan aku..  Aku berjaya menyatukan dua dunia menjadi satu dunia .. Masakan dan personal ..

Kalau tak caya , korang cuba la berkawan dengan blogger masakan.. sangat sangat berbaloi... Mereka akan jadi kawan , kakak mahu pun ibu buat kita tatkala kita memerlukan kawan untuk berbual.. hehe.. Terima kasih ..

OK la.. tu je... letih nak bebel .. nak mop umah lak.. malam nak g tengok wayang kat ALAMANDA.. Walaupun boikot , g tetap g alamanda.. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
53 comments

Ini cara aku .. lain orang lain caranya .. Aku banyak menekankan pada entri sebab sasaran aku adalah pembaca yang senantiasa keluar masuk blog aku ..

Ada blogger gemar menggunakan teknik blogging untu menangkap 'trafik' dan ada juga menggunakan isu isu panas dan terkini .. Apa jua cara sekali pon segalanya bergantung pada entri .. Tak guna blog lip lap dan penuh bunga bunga tapi kandungan seperti budak sekolah rendah punya cerita .. Maaf , bukan mengutuk atau mengeji tapi sama sama kita belek semua hasil tulisan kita ..

Dalam enti sebelum ini aku ada terima banyak pendapat dan pertanyaan .. Antaranya 'takut tkde pembaca nak baca ' ...

Gini eh .. buat blogger blogger baru .. apa jua tulisan korang dalam blog tu anggap sebagai latihan .. Latihan untuk memperkukuhkan lagi dari segi isi .. Jadikan komen (walaupun satu komen ) yang diterima tu sebagai pendorong .. Jadi , jangan risau ada orang baca ke tak .. Mula mula takde orang ... lama lama ?

Aku dulu pon gitu .. aku cerita segalanya jenis cerita .. Tujuan nak tau apa sebenarnya yang diminati oleh pembaca blog aku ni .. Dari situ , aku perbaiki sedikit demi sedikit .. Pada mulanya pun sama gak cam korang .. nak dapat 10 UV pon susah ... Tapi aku tak kisah .. aku terus berblog.. terus tanpa rasa jemu .. Tolak tepi apa jua orang kata ... Cerita mengarut .. takde cerita .. dan macam macam lagi.. Sekarang ??

image

Apa jua yang aku postkan , pasti ada baca .. Syukur , Alhamdulillah .. akhirnya blog aku diterima .. Namun begitu , aku masih belum boleh kata yang blog aku ni ok dah .. Belum langsung ! Kalau di beri rating , aku rasa aku baru dapat 2/10 .. Masih terlalu jauh untuk dikatakan BAGUS ..

Satu lagi pertanyaan yang aku dapat ialah dari segi bahasa .. AQ,AK,DIEW,KITEW dan banyak lagi.. mmg nampak fancy atau cute gitu tapi nak tanya , apakah entri itu untuk dibaca oleh orang ramai atau khas untuk diri sendiri ? Fikirkan itu yer ..

Entri entri lama patut di delete atau tidak memandangkan gaya bahasa berubah dari masa ke semasa .. Untuk mengelakkan menjadi isu di kemudian hari , ada baiknya di delete .. Atau biarkan saja untuk menunjukkan pada pembaca yang blogger itu berubah cara penulisannya dari semasa ke semasa .. Kira ada peningkatan laa.. ok ?

Bila kita dah berjaya memikat pembaca melalui entri kita , barulah ke peringkat selanjutnya iaitu , teknik seo dan macam macam lagi .. Teknik teknik berblog ini boleh korang godek sendiri dgn mengoggle..

Aku malas nak terjemahkan dari ENGLISH ke BM dan kemudian berbangga dengan entri tersebut.. hehe.. tamoo.. Apa yang aku tulis ini adalah pengalaman aku sebagai blogger .. aku tulis apa jua yang ada dalam hati aku .. Orang nak baca atau tidak , terpulang .. Aku tak rugi apa .. Ramai lagi yang berminat nak baca .. hehe ...

Faham tak ni ? Kalau tak faham , tinggalkan pendapat dan sebarang pandangan sila kemukakan.. Terima kasih .. Jom lepak Alamanda mlm ni .. hehe..

Share
Tweet
Pin
Share
37 comments

 

Mula mula aku nak ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen di setiap entri aku ... Aku baca setiap entri tu dan jika perlu aku respon , aku respon ..jika korang sekadar meninggalkan pendapat atau jejak , aku hargainya.. jika nak kritik , silakan tapi pastikan membina dan berfakta .. Gunakan bahasa yang menunjukkan 'status' korang .. Jangan lupa ada yang membaca komen tu ..

Ok.. aku nak bagi satu tips mendapatkan kestabilan trafik di blog korang .. Kestabilan ini juga membantuk korang mendapatkan $$ yang agak cun sekiranya korang mempunyai BE ..

Kalau benar korang nak serius untuk meningkatkan taraf blog korang tu , maka tolak tepi segala alasan .. Tiada alasan untuk kejayaan.. Kalau benar tiada masa , curik masa yang ada ..

Mudah jer .. setiap entri yang buat , biarlah santai .. bersahaja.. ringan dan berinfo.. biar ringkas tapi padat .. Jangan mengarut dan paling penting ialah penggunaan bahasa .. Tolong gunakan bahasa Melayu yang betul .. Fahamkan maksud aku bila aku kata bahasa melayu yang betul ? Tapi kalau korang nak guna bahasa rojak tu gak , terpulang la.. ikut selera blogger tu sendiri ..

Ok... mulakan hari anda dengan post 1 entri pada tengah malam ..Satu entri yang mempunyai cerita yang menarik .. Tajuk yang diberi pada entri itu perlu menarik mata .. Tapi ingat ..tajuk dan cerita adalah selari .. Jangan tarik pembaca dengan tajuk tapi cerita mengarut ! Kena kutuk nanti ..

image

Trafik dari kul 12 tengah malam hingga 8 pagi

Kemudian .. satu entri lagi di antara pagi hingga tengahari .. Kalau kerja , sampai sampai opis , post la satu entri..sebelum g makan .. curik 5 minit untuk satu entri jer .. dari buang masa makan sambil melepak baik 'hidupkan' blog tu ..

Entri ketiga , post di antara petang ke malam ... Buat student , takkan takde masa langsung ? Aku perhatikan , mereka banyak masa ngadap FACEBOOK dan YM tapi kata takde masa ? 5 minit pon takde masa?  hurm.. pelik gak aku sebenarnya..

Ini tips yang aku bagi pada mereka yang seringkali kata ingin berjaya dan meningkatkan taraf blog .. Segalanya bermula dari usaha .. Usaha tangga kejayaan.. Jangan asik mengeluh ingin berjaya tapi kaki tak melangkah langsung !

Dan akhir sekali , buang sikap memberi alasan sibuk atau takde idea .. Idea , kalau korang boleh berborak dengan kawan kawan ,bermakna korang ada idea .. Anggap setiap kali korang post entri tu , korang borak dengan kawan .. Pembaca adalah kawan borak korang .. Haa.. gunakan cara ni .. InsyaAllah ..

Tu je la .. Mahu atau tidak , tepuk dada tanya .... tepuk pelan pelan yer .. Mulakan dengan itu untuk membuktikan blog korang itu 'hidup' 24 jam ..

 

Tok Esah kata ..

Selamat malam semua cucu Tok Esah. Semoga Sihat2 blake (semua). Hurm, Tok minta maaf sangat2 kerna tak sempat nak update Blog ni tuk hari ni dan membalas kunjungan sahabat2 sekalian. Sekali lagi Tok menyusun seribu kemaafan. Mungkin ada yg tertanya2 apa yg dah terjadi kat tok kan>..?? haha (amek berat juga kat tok ni)

Alhamdulillah Tok sihat sahaja tapi keadaan tak mengizinkan tok nak update blog dan membalas kunjungan semua. Almaklumlah, tok busy sket sejak dua menjak ni. Kena belajar bio, Chem, com, Bi, Arab dalam satu hari. Nak pengsan tok rasanya. Huhuhuhhu

So daripada membuang masa buat kerja tak berfaedah, tok ada terserempak dgn satu makhluk ni.. erkkk, bukan makhluk tuhan paling seksi, Mulah Jamilah nyanyi tu...Ni makhluk yang tak bernyawa atau dalam kata yg lebih mudah difahami...

Share
Tweet
Pin
Share
66 comments

 

KUALA LUMPUR 4 Nov. - "Saya bukan Islam, jadi tidak perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah."

Kata-kata tersebut diungkapkan oleh 'hartawan Lebanon' Elie Yousseff Najem dengan nada yang tinggi pada hari ini selepas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Mohd. Amran Mat Zain menetapkan 20 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes khalwatnya.

Elie yang tidak diwakili peguam syarie melontarkan ungkapan sedemikian setelah tidak berpuas hati kes tersebut akan tetap dibicarakan.

Dia turut meminta Pendakwa Syarie, Hanifah Haydar Ali Tajuddin menarik balik pertuduhan tersebut.

Mohd. Amran yang berang dengan perbuatan tertuduh tersebut telah mengarahkan anggota polis membawa lelaki tersebut keluar dari mahkamah dengan serta-merta.

Terdahulu, lelaki tersebut yang memakai pakaian seragam penjara warna jingga dan menaiki kerusi roda tiba di mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan dikawal oleh tiga pegawai Penjara Kajang.

Elie, 50, bersama pasangannya, Roslin Taha, 49, didakwa berkhalwat di sebuah bilik bernombor 8804, Tingkat 8, Wisma Belia, Brickfields di sini pada pukul 3.45 petang, 27 April lalu.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 27(a) dan 27(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Hartawan itu yang menimbulkan banyak kontroversi juga pernah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas tuduhan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dengan bekas isterinya, Farinnie Mohd. Farid, 24.

Pasangan tersebut yang kini telah disahkan bercerai, dikurniakan dua anak, Prince-Kovadis Yousseff Najem, 3, dan Nur Analeeza Sofya, 2.

Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara enam tahun terhadap Elie setelah didapati bersalah menipu Tan Sim Chai di sebuah premis beralamat B-3-14, Blok B, Megan Avenue 2, Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 19 September 2005.

Elie juga dihukum penjara lima bulan oleh mahkamah yang sama atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosialnya dengan menjadi pengarah sebuah syarikat.

-UTUSAN-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku terlupa malam ni malam jumaat .. aku layan nyang rapik tadi ..tiba tiba , skang bulu roma aku berdiri dengan sendirinya .. Aku ingatkan dah takde .. rupa rupanya ..

Huh.. sedang aku asyik tengok tv , tiba tiba aku terperasan sesuatu .. hurm... takkan dia muncul time gini ? Bila aku pandang ke tempat tu , takde ! Hilang terus ..

Argh.. ni yang buat aku tak leh tidur ni .. Camana eh .. perlukan aku g usha tempat mainan dia ? Kang aku usha , aku lak tak leh tidur ... kalau tak usha , nanti dia datang kacau aku .. ARghh ... aku bingung.. wife dah tidur dalam bilik.. aku di ruang tamu.. dia tidur kat atas sbb tak nak pasang kipas.. aku lak , kena senantiasa pasang kipas.. aku kan berdarah panas.. huh..

Haaa.. tu diaaa.. muncul lagi !! arghhhh .. tungguuuu jap yer.. aku nak kejar lipas lipas tu !!!

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Tahniah kerana berjaya memikat pengundi pengundi di Galas dan Batu Sapi ... Diharapkan BN akan melunaskan segala janji janjinya secepat mungkin .. sbb nanti PRU akan datang akan tabur beribu jenis janji lagi .. Maka sebaiknya tunaikan yang dah ditabur tu dengan kadar segera ...

Maka skang tanggungjawab GALAS di tangan BN ... Nak bangunkan dengan segera... Yeargh... ada mata memandang skang ni .. Nak gak tau apakah tindakan Pemuda Umno yang turun ke sana ari tu selepas ini .. Apakah mereka akan turun lagi.. Begitu juga Puteri Umno .. Pasni nak singgah lagi ke ? Ke nak antar je anak anak buah yang tak tau apa apa tu kat sana ? Hurm..

Aku bukan anti UMNO dan bukan juga anti pembangkang cuma aku tak suka kat satu parti yang mengarut tu  je.. hehehe .. PAS ok lagi bagi aku .. Aku tak nak bangsa asing kata MELAYU ni pandai cakap jer tapi tak reti buat kerja ! Aku melayu yang beragama ISLAM .. Dua parti yang berebut kuasa ni pon MELAYU ISLAM .. Kalau dua dua tak boleh buat kerja , sapa lagi yang kita nak harapkan ???

Jangan sampai kuasa jatuh ke tangan yang salah .. Merana anak cucu kita nanti ...Erk.. aku anak pon lom ada lagi.. heheh..

 

PROFILE ANITA

" Aku bukan gadis manja yang korang cari, bukan gadis cantik yang suka dikejari. Aku gadis biasa yang turun ke bumi untuk mencari cinta Illahi :D "

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Tak larat ? Mmg tak larat tapi aku tetap suka .. suka membebel apa saja di dalam blog ini .. Yang paling aku suka ialah aku mampu memberi 'semangat' pada rakan rakan lain .. Aku tau sangat perasaan itu ..

Masa aku dulu , yang bagi semangat tu tak ramai.. Aku masih ingat lagi mereka yang senantiasa menyokong aku tu .. Terima kasih buat mereka dan yang masih setia menyokong aku tanpa rasa jemu ialah jiran dalam rumah aku ni .. tak lain tak bukan , MAT GEBU AL BUAYA aka www.tiffinbiru.blogspot.com .. baik korang ingat blog dia ni sbb tak lama lagi dia meletop kat HARIAN METRO lak .. skang ni dia popular kat MAJALAH JELITA .. Hehehe..

Cita cita aku terhadap blog ini adalah satu jer .. nak berada sekali saja dalam carta top 100 malaysia.. tu jer.. pastu , tutup terus blog.. hehehe.. tapi tu la.. tak tau bilanya ..Skang ni blog ni dok bergerak pelahan lahan .. Ari tu dah no 281 dan world 74 ribu .. Malam ni check...

image

Dah semakin naik .. ari tu tak silap aku pernah sampai 210 kot.. pastu aku malas nak tumpu sangat .. maka jatuh .. skang sedang mendaki semula dan yang pastinya aku berada di depan blogger yang .. ermm... ala. yang tu laaa... yang delete aku tuu.. hahaha..

Ah tak kisah la... aku nak berada dalam dunia maya ni pon tak tau berapa lama boleh tahan .. sebab tu nak cipta sejarah tersendiri sebelum menutup buku.. Kalau mampu , aku teruskan .. kalau tak ? Wallahualam ..

Pernah dalam satu entri aku dulu , aku give up pasal Alexa ni .. tapi skang tah , nape nak up balik ... Mungkin NUFFNANG tamo sayang aku dah kot .. Huhu.. apa nak buat.. blog aku takde warna merah.. huhu... hehe.. nanti tu kang ada la orang repot.. hahahaha..

 

Cerita Suziana

"Contohnya paling simple dalam pergaulan kita bersama teman taulan (ceh!pandai aku gune bahasa ini,.heee). Ok ! tiba satu saat itu dengan tiba-tibanye (jeng.jeng.jeng) salah seorang rakan kita itu berubah perangai bukan bentuk ye.Mane tahu berubah bentuk petak or bersegi-segi ke rakan2 korang haha ! dah2! Maaf k! Die berubah perangai la tp bukan perangai pelik yang saya nk utarakan selatankan disini tapi die berubah macam kita ada buat salah pada dia."

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Dulu aku tak tau apa itu ayam penyek .. Adakah hidung ayam itu penyek ? Atau daging ayam itu dipenyek penyek ? Hurm ... Malas bertanya sesat jalan bukan ?

Ada sekali tu , aku g makan kat KLCC ... aku ternampak la kat food court KLCC tu ada jual ayam penyek ..Pe lagi kan ? Cuba je la .. Hurmm... Sejak tu , aku ketagih lak nak makan ayam penyek kat situ .. Ayamnya lembut dan sambalnya pedas giler .. Tapi tang mana penyeknya ??  Menurut kawan aku yan giler makan ayam penyek , sedapnya ayam penyek tu terletak pada ayamnya yang dah direbus dan dagingnya dah lembut abis ..

Betul ke ?? Kalau begitu , hilanglah khasiat yang ada dalam ayam tu kan memandangkan ayam tersebut telah direbus.. kan kan ? Jadi apa yang bagusnya makan ayam penyet ?? Ada sesiapa tau ?

Samada berkhasiat atau tidak , aku rasa aku dah ketagihan ayam penyet ..Menurutnya ayam penyet popular di JB .. yeker ?? Dan ada satu di Cyberjaya yang sedap gak .. hehe.. nak serbu la kat sana nanti .. amacam ? Nak follow ?

Tak kisah la.. buat masa skang , aku suka g makan kat ALI BISTRO di Precint Diplomatik tu ha.. Kenapa aku suka g sana ? Sbb pantas .. hehe ..

Cerita Padil ..

aku dah bukak new page untuk dijadikan online shop dimana aku menjual pakaian yang bersaiz besar untuk mereka yang extraordinary macam aku jugakk.....setakat ni stok tak banyak lagi..Insyallah dalam masa terdekat...aku tambah lagi barang kt kedai X-tra L aku tu...kepada mereka yang senasib dengan aku..sering kali pegi SALE kat mane2 tapi tak dpat nak beli pape pon (sbb takde saiz)...boleh la singgah ke kedai aku...Korang juga boleh REQUEST barang yang korang nak...contohnye kalau nk Levi's saiz besa or jersey bola besar..just tinggalkan komen kt ruangan komen or email trus kt aku...Insyallah aku coba carik..harga jgn risau...memang berbaloi-baloi...

Cerita Amirrah Zawani

Emak aku pun pernah cakap, kalau kita mimpi yang berkaitan dengan air yang banyak, kita akan mendapat duit. Contoh air yang banyak ni macam mandi sungai, mandi laut, banjir dan ect. Yang ni lah yang aku mimpi semalam. Haha! Aku mimpi nak bot dengan adik-adik aku. Kitorang pergi Tasik Dayang Bunting. Then, aku terjun mandi kat tasik tu. Kalau betul lah maksudnya dapat duit, gembira lah saya. Hehe! :)

Selamat berkenalan ...

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

Niat aku kebelakangan ini adalah sessi kenal mengenal blogger .. Kalau dulu aku buat JELAJAH BLOG tapi rasanya kali ni aku tak larat nak buat sbb masa tidak mengizinkan ..

Tujuan utamanya adalah untuk memperkenalkan blogger blogger yang rajin mengupdate blog kepada blogger lain .. Cara yang aku fikirkan selain dari blogwalking ..

Cara yang aku guna pakai skang adalah PILIHAN BLOG dan juga  2+1 iaitu di dalam setiap entri terkini aku akan aku masukkan juga entri dari blog pilihan peribadi aku .. InsyaAllah aku akan pilih tanpa pilih kasih.. InsyaAllah .. Semua berpeluang asalkan 'tunjuk muka' kat aku.. kalau tak camana aku nak sedar kewujudan blog tu kan ?

Jadi aku harap takde sapa salah faham bahawa dengan cara aku ini akan menaikkan trafiknya .. Tu salah anggapan.. Naik atau turun trafik adalah haknya .. Segalanya terletak di jarinya sendiri ... hehehe .. Semoga berjaya ..

" kadang kala ak tertanya sendiri..  adakah abang posmen sudah mula cuti? kenapa posmen macam malu2 kambing nak dtg umah ak? adakah kerana kesilapan semalam buat abg posmen malu nak dtg? adakah hari ini abaang posmen akan buat kesilapan cam semalam? abg posmen, kamu rindu saya x? agak2 abg posmen sampai umah saya hari nih kul baper ek? mungkinkah.." .. lanjut di sini ..

Share
Tweet
Pin
Share
39 comments

 

image

Hurm... Undi cyber menunjukkan BN bukan pilihan mereka .. Peringatan ! Mereka ini bakal  memangkah pada PRU akan datang .. Lihat berapa ramai yang tidak mahu mengundi serta sengaja merosakkan undi .. Jika kedua dua ini mengundi BN pastinya PAS akan tewas .. Mereka ini tidak pasti sapa yang ingin mereka sokong.. Sapa yang benar dan siapa yang patut diundinya ?? Parti politik kena lebih jujur dan telus lagi bila berkempen ! Semoga berjaya !!

" Assalamualaikum...Salam sayang buat semua . Nak tau tak..LM selalu dengar orang kata jangan makan Burger King sebab tak halal..tapi LM tak jumpa apa-apa bukti . Pernah juga berbahas dengan Encik Suami pasal dia tak mau makan kat sana...tapi bila dia nasihatkan..terus LM tak makan sampai la ke hari ini...Alhamdulillah kerana benda tu tak jadi darah daging LM ".. lanjut disini > LM

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

Aku tengok setiap kali aku post entri , ada je yang tinggalkan komen walaupun aku tak balas.. Bagus tul .. tu la sikap blogger yang tak kenal erti jemu.. Sikap begini aku tengok dari blogger yang sebelum ini dah pon berjaya menempatkan diri di dalam kelompok masing masing.. Merangkak bagi mereka cuma sehari dua jer kemudian dah berjaya berjalan tanpa bantuan sesiapa pun .. Semuanya kerana berkat usaha sendiri berkawan dengan blogger blogger lain ..

Ok .. aku terpikir ... sehari aku akan perkenalkan 5 blogger... lama lagi la kan turn kawan kawan lagi .. maka aku bercadang nak buat satu entri 2 + 1 .. hehehe .. faham tak ? Tak faham ??  hahah.. tak pe.. nanti korang faham .. Tapi aku hanya pilih blog yang tinggalkan komen di blog aku .. erk , yang ok ok je maksud aku .. 

Hurm... bila nak mula kan ? entah .. hahahah .. tunggu je la.. nanti korang perasan sendiri punya .. kan kan ?

" 500 yen tu boleh makan dinner or lunch, kat cafe, lauk biasa2 je, kalau ambil lauk simple dan amount sedikit, 500yen tu bolehlah survive untuk lunch and dinner, nasib baik kami bawa bekal... dah jimat... memandangkan tak banyak makanan yang boleh dimakan di cafe tu..."  ... cerita lanjut di sini ..

Share
Tweet
Pin
Share
31 comments

 

Apa yang menyebabkan aku tertarik ialah dari segi penyampaian yang bersahaja , cerita yang mudah difahami serta susun atur blognya .. Kali ni aku pilih 5 blog saja ..

Blog blog tersebut ialah :

  • http://www.lovelyshafa.com/
  • http://iyou90.blogspot.com/
  • http://manyusoef.blogspot.com/
  • http://sayafaiz.blogspot.com/
  • http://efagurlz.blogspot.com/

5 dulu .. aku pilih berdasarkan komen harian mereka .. aku membalas setiap komen mereka dengan kembali ke blog mereka .. Itu cara yang aku lakukan kerana kesudian mereka menjengah ke blog aku ini ..

InsyaAllah , di kelapangan masa aku akan jengah dan cuba ketengahkan blog blog yang fresh dan terbaik dari ladang.. sama sama kita memberi sokongan pada mereka dan juga blogger2 yang lain ..

Share
Tweet
Pin
Share
54 comments

 

Tu la yang berlaku pada kami .. Kami tu aku ngan wife aku la .. Rakan rakan di blog aku ni sedia maklum yang aku tak sihat hari ni sbb tekanan darah aku naik .. Hurm..

Tengahari tadi aku dapat panggilan dari wife aku .. dia bagitau yang dia tak sihat sangat... sakit kepala dan sejuk sejuk badan .. Hurm... Sepatutnya dia kena g N.9 sbb ada keje luar tapi dapat excuse dari bos dia disebabkan kesihatannya itu ..

Dalam tengahari tadi , aku g amik dia .. Sampai rumah terus tidur dia.. dia kata sangat sangat kepala dia.. Hurm..bab sakit kepala ni jangan main main ...

Aku yang mulanya plan nak g klinik untuk jumpa doktor , akhirnya dibatalkan .. aku suruh dia je jumpa.. Maka petang tadi , aku bawak dia ke klinik...

Sampai dalam 435 gitu.. doktor takde lagi.. tak masuk.. dalam kul 5 gitu katanya.. Tunggu jelah .. takkan nak blah atau g klinik kerajaan lak .. Kalau g sana , entah berapa lama lak nak tunggu , kan ?

Doktor sampai .. Muda belia lagi ..Nama dipanggil .. dia masuk .. Tak sampai 10 minit dia keluar .. Menurutnya doktor suspek denggi (harap harap takde kaitan langsung ).. bukan suspek 100% .. kalau tak baik gak dalam masa 2-3 hari , dia suruh g hospital kerajaan .. Suh amik darah .. Maklumlah , PUSAT PENTADBIRAN NEGARA ni dah banyak kes denggi .. Huh.. Camana tu ?

Aku ? takde mc..g keje nanti , isi borang cuti la gamaknya .. huhu.. skang , giliran aku lak jaga wife aku ... Jawabnya esok .. basuh baju.. jemur baju.. kemas rumah .. mop rumah ... oh tidak ! Blog ??? Cuti la esok eh.. Deepavali ... ahaks..

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Semalam aku buat satu gerak gempur .. ehehe.. Gerak gempur aku ni ialah add semua rakan rakan blogger yang ada di KELAB BLOGGER .. Memula aku nak add diorg diorng ni tapi aku segan .. segan tak dilayan .. mana la tau kan .. aku ni kan dah tua gitu.. yang aku nak add semua muda muda yang terdiri dari lelaki dan perempuan.. hehe ..

Tapi respon yang aku terima sebaliknya .. Erk.. diorg pulak yang terkejut dan terharu lak .. Ayoyo.. awat lagu tu ??? Selama ni ingat aku sombong ke ??? Heloooo.. aku bukan artis tau .. orang nak add , dengan gembiranya aku accept.. Bertambah rakan rakan dalam FB aku .. haaa... kan kan ..

Ok.. ni aku bagi tiga port aku selalu lepak di FB

  • BEN ASHAARI
  • BEN ASHAARI II
  • KELAB BLOGGER BEN ASHAARI
  • KELAB WANITA
  • BEN ASHAARI BLOG
  • KELAB MASAKAN

Erk.. tiga ke tu ???  Cukup la tu kan .. Jangan malu malu add saya yer .. KELAB WANITA tu untuk wanita je yer .. hehehe

Nak dijadikan cerita la kan .. dulu pernah la aku add satu blogger popular malaya ni .. Add FB dia .. Memula dia accept aku la .. wah.. bangga aku .. tak lama kemudian dia delete aku balik .. hahahha .. adoi.. mentang mentang la aku tak setaraf dia .. hahaha.. tak pe la... nak buat camana kan ... Aku dalam FB dia pon bukan nak buat onar pon .. saja je aku add ..

Alhamdulillah .. dalam FB aku pon ramai gak artis ... diorg accept aku tanpa banyak cerita gak .. ada yang siap pernah aku berborak lagi.. Bagus la kan .. Ni ??? Baru blogger berlagak artis ! Poyosss .. 

Marah ? Dak aaiihh .. hangpa jangan perangai lagu tu noo bila hangpa dah popular nanti tau !! Jangan lupa cheq ni tauu... huk huk.. cedey...

Share
Tweet
Pin
Share
32 comments

 

PUTRAJAYA: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 akan diumumkan Khamis depan.

Lembaga Peperiksaan Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan semua calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Seramai 494,493 calon menduduki UPSR tahun ini di 8,192 pusat pemeriksaan di seluruh negara.

image SHAWL TERKINI dari ISLAMICOPARADISE

 

Kerajaan diminta tunda SPM jika banjir berterusan

KUALA LUMPUR: Kerajaan dirayu supaya menunda peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana banjir terburuk yang kini melanda Kedah dan Perlis dibimbangi boleh menjejaskan persediaan calon di kedua-dua negeri berkenaan.

Presiden Persatuan Kumpulan Ibu Bapa Bertindak Untuk Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim, berkata kerajaan wajar memberi peluang kepada mangsa banjir terdiri daripada calon SPM membuat persediaan lebih rapi bagi menghadapi peperiksaan itu yang dijadual bermula 23 November ini.

"Saya dapat merasakan kesusahan mereka kerana terpaksa mengulang kaji dalam keadaan yang berpindah randah, buku-buku pula mungkin ada yang hilang atau basah terkena air. Justeru, perkara ini sedikit sebanyak menjejaskan perhatian pelajar dalam membuat persediaan untuk SPM.

"Kerajaan perlu sensitif kerana situasi yang tidak kondusif mampu menjejaskan peluang pelajar untuk cemerlang dalam SPM dan ia turut membabitkan masa depan mereka," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang, bersetuju supaya SPM ditunda kerana banjir menyukarkan calon peperiksaan memberi tumpuan kepada pelajaran, terutama jika terpaksa berpindah ke pusat penempatan sementara banjir.

Katanya, kerajaan juga perlu memberi bantuan kepada calon terbabit untuk memastikan keselamatan dan kebajikan mereka sekeluarga terjamin.
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berharap Jabatan Pendidikan Negeri di negeri yang dilanda banjir, memberi laporan lengkap kepada kementerian dan pihak berkuasa berhubung situasi sebenar yang dihadapi calon SPM.

"Ini adalah soal kebajikan. Sebagai seorang yang pernah mengambil SPM, saya tahu bagaimana keadaannya kalau tidak mempunyai ruang dan situasi yang kondusif untuk belajar sebab SPM ini 'berat'.
"Jadi saya harap jika banjir terus berterusan, tunda dahulu SPM sehingga keadaan pulih," katanya.

Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata Kementerian Pelajaran bersedia menghadapi sebarang kemungkinan jika banjir berlarutan sehingga SPM berlangsung termasuk memindahkan calon SPM ke sekolah lain bagi kemudahan mereka.

Banjir yang kini melanda Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu menyebabkan 31,000 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara. - BERNAMA

-BHARIAN.COM-

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Memalukan .. Tu satu perkara yang ingin aku cakap dari dulu lagi .. Tikus bukan lagi mainan kucing ! Di Kuala Lumpur , size tikus hampir sama besar dengan anak kucing yang berusia beberapa bulan ! Malah paling best boleh nampak  HAMPIR di mana mana kedai makan sekitar  Kuala Lumpur ..

Rumah lama aku di Cheras , terdapat satu kawasan kedai makan tepi jalan yang popular .. Mmg ramai punya g makan situ  setiap malam .. Ada yang sedap ada yang biasa biasa .. Ikut tekak masing masing la kan ..  Tikus ? Jangan cerita laaa .. boleh muncul depan korang seolah dia tu kucing siam ! Kira tak segan la .. ala ala dia fikir dia comel gitu .. padahal ?

Baru baru ni , ada rakan aku bagitau .. seorang pelanggan kedai makan  disitu dimasukkan ke hospital kerana disyaki terkena jangkitan kencing tikus !! Benar atau tidak berita ini , sepatutnya kita amik tindakan dengan berhati hati .. Jangan sampai terkena pada kita atau ahli keluarga kita mahupun jiran tetanggga ..

Hurmm.. Aku bukan kata semua kedai atau restoran tu kotor .. Segelintir jer ..Tak guna juga kedai yang kita pergi tu bersih manakala kedai sebelah tu kotor ..  Tikus akan datang juga ..  Nak salahkan sapa ?

Jangan makan di kedai ? Hiskh.. aku bukan la kata gitu .. Aku suka gak makan di kedai .. cuma aku berharap pihak berkuasa tempatan ambil berat perkara ini dan juga sikap peniaga yang diharapkan lebih menjaga kebersihan kawasan perniagaan mereka .. Kalau semua orang pakat tak nak datang lagi camana ? Semua pakat masak je kat rumah ? Sapa rugi ? Hurm.. fikirkan je la ye ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

Tengahari tadi aku ke PARCEL E skali lagi untu amik wife aku ... Nak balik lunch .. Dari situ ke rumah aku 5 minit jer .. dekat sangat .. Dan kali ni aku tak lepaskan peluang untuk amik gambar yang mana kebetulan aku lalu situ balik ..

Kalau diperhatikan , mmg tabiat orang kita suka meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan yang mana aku rasa bukan dikhaskan untuk meletakkan kenderaan .. Tak kira la kat mana mana , korang pasti akan nampak situasi ni ..

Perkara begini boleh mengundang masalah kepada pengguna jalanraya yang lain di mana boleh membawa kepada kemalangan kecil hinggalah ke kemalangan besar ..

Alasan jauh tidak boleh dipakai langsung ! Ini kerana , jika pengguna pengangkutan awam boleh berjalan kaki untuk ke pejabat masing masing , mengapa mereka tidak ? Kalau benarlah dia tu tidak sihat , mengapa datang juga ke pejabat ?

Bagi orang ramai yang berurusan dengan jabatan awam , mungkin mereka tidak tahu memandangkan belum ada papan tanda dinaikkan ..

Dan satu pinta aku untuk PBT dan juga kerajaan , tolong jangan kenakan bayaran !! Yang aku nampak di Stsn ERL Putrajaya , tidak lama lagi akan dikenakan bayaran.. Adoi... Apa kata semua parking termasuk di JPM tak kira pegawai atau kakitangan sokongan termasuk juga menteri menteri dikenakan bayaran ! Kata 1MALAYSIA ??? Mmg rakyat didahulukan ... apa apa rakyat bayar dulu .. kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Walaah.. ramai wooo .. tapi ni yang sudi meluangkan masa mereka selama  5 minit untuk menjawab tag yang aku sengaja kenakan pada diorg demi membalas geram aku tadi.. huh !

Buat mereka semua yang terkena tu , maaf la yer.. tak janji yang tadi tu last .. insyaAllah akan ada lagi .. hehe ..  Seperti yang aku bagitau dalam entri sebelum ini ... mereka yang ada masa dan sporting tu adalah seperti berikut ..

  • Amni  : http://mrsamirul.blogspot.com/2010/10/nak-tau-tak.html
  • Diela Zaimi : http://teacheradila.blogspot.com/2010/11/kan-dah-terkena.html
  • Izamir Ridzwan : http://izamirridzwan.blogspot.com/2010/10/bahagian-55-25-perkara-mengenai-aku.html
  • mush : http://mushpunyer.blogspot.com/2010/11/terkono-dengan-ben-ashari.html 

Ok ..dah dah.. jangan bagi tag lagi buat masa skang .. sakit kepala ni .. kalau bagi gak , ada gak tahun depan baru jawab.. haaaa.. camana tu ? Aku gak dipersalahlkan .. hehe.. guwau jer .. Kalau ada masa , aku jawab yer .. tapi kebanyakkan tag semua aku jawab dah .. tak caya tanya mat gebu.. dia ok.. dia suka layan tag . kan mat kan .. jap aku nak lari ....

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Huh .. memaksa namanya ni ..  Aku di tag oleh si KOBEJORDAN secara paksa ! Tak pe tak pee... sapa baca ni , secara automatik aku tag dia lak !!! Korang baca kan ?? Haaa..buat buat !! Tak kiraaaaaa ... Lepas buat , tinggalkan link korang kat sini .. nanti aku buat spesel entri untuk itu.. hehehe ..tqqq

Huh.. sambung geram kat si Kobe nih.. 25 soalan kena jawab eh ? Nape tak buat esei atau tesis terus jer ?? Feveret neh... hahaha.. kata suka bebel.. takat 25 tu , kacang baitu jer ..

  1. nama penuh ? BEN ASHAARI
  2. tarikh lahir ? tak lama lagi
  3. status ? tiga masih kosong
  4. kerjaya ? bebel non stop action
  5. tempat blajar ? skolah rendah dan sekolah menengah.. tadika tak sempat masuk ..
  6. hobi ? tak sure ...
  7. yang ni aku tak sure apa soalannya ? Aku jawab ye je la..
  8. sapa faizal tahir ?
  9. ketagih ngan keyboard
  10. lepak ? lepaking
  11. katakan tidak pada perokok
  12. suka kehidupan di TAMAN MEWAH dan ALAM MEGAH ..
  13. nak beli rumah 100% guna duit NUFFNANG
  14. nak anak dari setiap isteri.. boleh ??? hahahaha.. lariiii ..
  15. suka color apa ? color ais kim paddle pop.. boleh ? hehe..

Dah dah ... nak jawab lebih lebih nanti mak bapak benci ... kalau korang rajin nak jawab lagi , silakan g blog KOBEJORDAN tu .. Aku nak g amik wife kat opis .. dia pon demam .. pastu nak g klinik .. huhuh.. laki bini demam neh ... Dalam demam pon kena dera dek blogger ..huhuhu.. sian kan ? hahahah..guwau jer..

Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Proses pengundian di DUN Galas dicemari insiden pergaduhan

GUA MUSANG: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas hari ini dicemari dengan pergaduhan, dipercayai berpunca daripada provokasi penyokong PAS yang memasuki kawasan khemah Barisan Nasional (BN) untuk meraih undi di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Wangi, di sini.

Dalam kejadian pada 8.15 pagi, sekumpulan penyokong PAS telah memasuki kawasan di sebelah BN, menyebabkan penyokong BN meminta mereka supaya keluar dari kawasan itu.

Seorang saksi, Mahmud Ismail, 56, berkata keengganan penyokong PAS untuk berpindah ke kawasan khemah parti mereka mencetuskan insiden maki-hamun antara kedua-dua pihak sehingga menyebabkan penyokong PAS mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penyokong BN.

"Reaksi daripada kata-kata kesat itu mendorong penyokong BN hilang sabar dan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak namun tiada kecederaan serius berlaku berikutan kepantasan polis bertindak," katanya.

Dalam tempoh beberapa minit, polis tiba bersama empat trak kecil dan beberapa anggota Pasukan Penggempur Ringan untuk meleraikan pergaduhan itu.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Kontijen Sarawak Datuk Ahmad Soffian Md Yassin yang juga Timbalan Pengarah Operasi Markas Taktikal Polis (Martek) DUN Galas, berkata pihaknya telah mengarahkan kedua-dua penyokong parti supaya bersurai dan berada di khemah parti masing-masing.

"Kita juga telah menggantung garisan kuning polis untuk membuat sempadan bagi membahagikan kawasan kedua-dua penyokong parti itu dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya - BERNAMA

Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada lebih 28,000

ALOR SETAR: Bilangan penduduk yang dipindahkan kerana banjir di negeri ini meningkat kepada lebih 28,000 orang pagi ini berbanding sekitar 27,000 malam tadi, berikutan keadaan banjir yang semakin buruk di empat daerah.

Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang mencatatkan peningkatan jumlah mangsa yang dipindahkan, manakala keadaan banjir di Padang Terap pula semakin baik dan jumlah mereka berada di pusat pemindahan berkurangan.

Di Kubang Pasu, seramai 15,637 penduduk daripada 4,347 keluarga kini dipindahkan, manakala di Padang Terap seramai 3,219 orang masih berada di pusat pemindahan, Kota Setar melibatkan 1,788 penduduk, Pokok Sena (1,259 orang) dan daerah Pendang merekodkan 158 penduduk dipindahkan.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata, sehingga 9 pagi ini sebanyak 104 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dan daripada jumlah itu, 46 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, 15 di Kota Setar, tujuh di Pokok Sena dan satu di Pendang.

Katanya, keadaan banjir di Padang Terap bertambah baik dengan 774 orang daripada 274 keluarga dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Keadaan banjir di Kota Setar pula semakin buruk dengan paras air semain naik walaupun hujan telah berhenti.

Beberapa jalan utama di bandar raya Alor Setar pula semakin digenangi air menyebabkan lalulintas sesak.

Selain itu beberapa kawasan kediaman juga berdepan dengan gangguan bekalan air, termasuk terputus bekalan. - BERNAMA

 

-BHARIAN.COM-

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Aku terperasan , ramai blogger yang berada di Putrajaya .. samada bekerja atau tinggal di Putrajaya .. kan ? Korang perasan tak ? Tak ??? Hurmm.. aku je la yang perah santan ni ..

Kalau ada la kan .. tinggal tinggal komen korang n bagitau korang kat mana .. Kot kot kita ni berjiran ke.. haha.. Yelah , dok p pasar malam setiap ari selasa n jumaat .. berselisih tapi wat tak tau .. dalam blog  baek jee.. kan kan ?

Ok... kalau sudi .. tinggal tinggalkan di ruangan komen tu .. mana tau leh lepak lepak di Precint Diplomatik nanti. .kan kan . heheh..

Share
Tweet
Pin
Share
51 comments

 

Korang pernah g Parcel E , Putrajaya tak ? Perasan tak situ penuh dengan kereta ? Penuh kan ? Nak parking pon susah ... Maka pihak bertanggungjawab pon buat la tempat letak kereta yang baek punya besar .. Kira selesa la ...

Tapi !!!! Ada jugak tuuu yang malas ! Serius .. Diorg kalau boleh , nak parking depan meja pejabat diorng agar bila nak balik nanti , selangkah je ke kereta .. haih...

Tempat letak kereta yang disediakan pon tak nak guna.. Hanya segelintir jer guna .. Ada pulak tu sanggup g parking depan pintu besar yang menghala ke dalam Parcel E tu.. camana tu ? Malas ke atau apa ?

Sikap ni kita boleh nampak di mana mana saja dalam Malaysia ni .. Apakah orang Malaysia ni malas berjalan kaki atau lebih dikenali sebagai senaman ataupon alasan terbaik mereka takut kereta hilang ?? 

Bagi mereka yang menggunakan alasan cukup dah bersenam waktu petang , ni mmg sah malas ! Bukan apa.. senaman bukan sekadar berseluar track dan berbaju t dengan bermain bola , jogging semata tetapi pergerakkan seharian yang betul juga boleh dikatakan senaman ..

Bagi alasan takut kereta kena curi pula , parking la kat mana mana walaupun depan rumah sekali pon ... kalau nak kena curi tu tetap kena curi .. Haih..

Maka .. tolong gunakan kemudahan awam yang disediakan selagi ianya percuma ! Kalau bayar setakat seringgit dua apa salahnya .. ada jugak orang tolong tengokkan kereta tu kan dari parking tak tentu hala dan menyusahkan orang ramai .. betul tak ?

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

Jakarta wajib ibu susu bayi hingga 6 bulan

 

JAKARTA: Indonesia meluluskan undang-undang baru yang mewajibkan semua ibu menyusui bayi mereka sepenuhnya bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.

Undang-undang yang akan berkuat kuasa awal tahun depan itu menetapkan mana-mana ibu yang enggan berbuat demikian akan didenda hingga 100 juta rupiah (RM35,200) dan setahun penjara.

Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Tari Tritarayati, berkata undang-undang akan memperincikan bagi syarikat yang mempunyai kakitangan daripada ibu yang menyusui bayi perlu menyediakan kemudahan untuk menyusui anak mereka, memerah dan menyimpan susu.

Katanya, ini penting kerana Indonesia kerap dikritik dan didakwa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi hak ibu menyusu yang bekerja. – Agensi

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Ops .. hari ni hari jadi blogger SITI RAHAYU ABDUL RAHMAN @ http://ruhayurazali.blogspot.com/ .. SELAMAT HARIJADI AYU ..

Tak lama lagi aku akan menyambut ulangtahun perkahwinan ke 2 .. bukan nikah 2 yer .. Seminggu lepas tu , aku punya birthday lak.. erk... 30hb November.. Ada sapa sapa yang sama tarikh dengan aku tak ? leh sambut sama sama .. Hehehe.. Ops..sapa yang berbintang Sagitarius gak ni ? Hahah...

Sepanjang aku bergelar blogger ni , paling melucukan ialah aku dipanggil UNCLE BEN .. Tua benar aku yer.. hahaha.. tak sangka title tu dah aku dapat .. Ala.. baru umur 33 .. lom layak dipanggil Uncle la dik oiii .. Mat Gebu tu layak la.. esok umur dia dah 45 tahun .. tu pon dia kata .. kalau ikut rekod perubatan gigi dia , dia dah 94 tahun .. dia amalkan petua orang dulu dulu .. makan petai mentah mentah .. kan mat kan ?

Selain dari UNCLE BEN ,  BEN10 , CHE BEN , ABE BEN , BERUKBEN , AH BENG , ,S JIBENG , BENG BENG BENG ... dan banyak lagi la.. Tak kisah la apa pon korang nak panggil , asalkan jangan 'buruk' maksudnya dah la yer .. Panggilan nama pon satu doa .. haa.. tau ke tak ? Sbb tu nama kena elok-elok ... okeh ? Dah dah .. g pekena roti canai telur .. perghhh ... sedap tuuu..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Mereka seolah olah tau yang kitorang akan melancarkan perang tak lama lagi .. Apakah mereka telah berpakat untuk berundur buat seketika untuk mengatur perancangan tersendiri untuk mempertahankan diri mereka?

Dalam aku berwaspada sewaktu tidur , aku diserang oleh pakatan aku sendiri !! Wife aku telah mengkarate muka aku !!!!! Waahhh ... apa kes ??? Apa yang dia mimpi sehinggakan dia sanggup mengkarate muka aku ?? Huhu... Aku terus tegur dia ..  " Kot ya benci sekali pon jangan la attack muka !! " .. Lalu dia jawab .. " Ala , bukan sengaja.. Tu pon ok lagi la berbanding kena 'pukul' di malam pertama perkahwinan " .. Erk... hehe..lupa lak aku 'amuk' dalam mimpi aku di malam pertama .. hehe..

Lepas kena karate tu , aku tak lena dah tidur .. Pening kepala aku kembali ... rasanya ubat sakit kepala dah abis kesannya kot .. Ni kang nak kena g klinik untuk amik ubat..

Oklah .. aku nak sambung tidur .. Boss , saya mc ari ni yer .. darah tinggi .. Tqqq ..Bukan pintaku ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hehe.. bijak ! Dengan cara begini , blogger ini mampu menarik perhatian blogger blogger yang sememangnya ada 'nama' di kalangan pembaca mereka sendiri ..

Macam aku kata , semua blogger mampu berdiri sendiri dan tak mustahil mampu berdiri sama tinggi dengan blogger yang terlebih dahulu berjaya !

Kreatif ! Blogger kena kreatif .. bagaimana nak kreatif ?? Terpulang pada kebijaksanaan sendiri .. Kreatif perlu seiring dengan bijak .. Bila ada idea , gabungkan kedua duanya.. Hasilnya adalah seperti blogger MILA ... Tahniah MILA ! Semoga berjaya !!

Tapi berhati hati .. kreatif jangan sampai ada yang terluka !

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

 

Sian ayah aku .. Mak aku bagitau aku tadi yang dia sakit sangat tangan dia sehinggakan nak angkat tangan pon tak larat .. Tu gara gara urat belikat yg tersalah lorong la kot .. Mmg sakit kena tu .. Aku pernah kena cam tu gak .. 2 minggu susah nak bangun , nak bergerak ...jgn cerita la kalau sakit perut .. azab giler ..

Lepas maghrib tadi aku offer diri untuk urut badan dia ... Hurmm.. bila terpandang wajah tua dia , mmg buat hati aku sayu .. Teringat sewaktu susah dia membesarkan aku .. Cakap je nak apa ... dia pasti usahakan .. tapi mesti berkaitan dengan pelajaran atau sukan jer .. bab lain , jgn mimpi la ..

Ayah aku dizaman muda yakni sewaktu aku masih kecil dulu , sangatlah garang .. tapi garang garang dia adalah kerana nak didik anak anak dia .. Hurm... entahlah .. banyak aku kecewakan dia ..

Satu nasihat aku buat mereka yang masih punya ayah dan juga 'rasakan' diri tu dah cukup matang dan dewasa untuk hidup sendiri.. Hargailah orang tua kita sementara mereka masih ada.. Dengarlah segala kata mereka .. Jagalah mereka sebaik mungkin .. Jangan hampakan mereka .. Tak lama dah mereka bersama kita .. Bila bila  masa jer kita boleh kehilangan mereka .. Jangan sampai saat tu baru kita nak teriak tak hengat .. Nyesal tak sudah ..

Ingat.. hari ni kita sebagai anak .. Esok kita sebagai ayah atau ibu pula .. Kalau segalanya dipulangkan pada kita , camana ?

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Geram aku terhadap si lipas semalam belum berakhir . Jumaat ini , aku ngan wife akan mulakan Operasi OH LIPAS secara besar besaran tanpa belas kasihan ..

Tak tau dari mana puncanya .. Mana sarangnya .. mana datuk neneknya ... sampaikan anak cucunya macam satu batalion tentera ! Huh ..

Malam ni nak try letak daun pandan lak .. orang dulu dulu kata letak daun pandan ... Tak tau la camana kesannya nanti .. Guna air sabun pon dah.. mmg berkesan tapi nak tunggu dia keluar tak tau la bilanya.. diorng ni beroperasi bila lampu lampu dah ditutup .. hurmm ...

Lipas kat umah aku ni cam dah mengalamai evolusi .. Makin bijak lak ..Letak perangkap lipas , mula mula je jadi .. pastu tak dah .. hurmm..

Disbbkan lipas tu , aku sakit kepala sbb berkali kali terjaga..Mana taknya terjaga , merayap kat kaki.. kat tangan... Geli siut.. tah mana diorng merayau sebelum tu .. huh.. Tu pasal aku mengamuk tengah malam malam buta.. Tapi yang peliknya , wife aku boleh lena je tidur.. Aku amuk pon dia tak sedar ..huh..

Aku rasa tekanan darah aku naik ari ni .. Mungkin sbb lipas tu ..tapi bila wife aku bagitau , sbrnya tekanan darah aku naik disebabkan aku hirup kuah yong tau foo yang penuh dngan kicap...

Ye tak ye gak.. hurm.. dh tak pasal pasal aku demam ni... Satu hari takd mood .. Hangin je badan.. huhu... kat opis pon duk diam jer.. haih... Esok keje tak ? Tengok la camana... hurmm....

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Rukun Islam

 

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

 

Rukun Iman

 

  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar

 

Rukun Negara

 

  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan
Share
Tweet
Pin
Share
25 comments

 

Popular dalam dunia blog ni camana eh ? Adakah seperti Redmummy tu baru dikira popular ? Kena muka cun.. seksi meksi .. baru leh orang kenal ? bila orang kenal baru masuk blog dia eh ? Jom serbuuuuu.... 

Eh ? Gitu eh ? Mari kita lihat contoh paling dengan dengan aku yakni jiran sebelah aku ni.. Nama dia Adnan Sempit Ibrahim atau MAT GEBU al Buaya dengan blog popularnya www.tiffinbiru.blogspot.com.. Ok.. sila ulangi blognya .. www.tiffinbiru.blogspot.com .. Ok ? Hafal dah ?

Mari kita tengok rupa Mat Gebu yang telah merangkul beribu ribu ribu trafik setiap hari ...

image Amacam ? Hensem ? Antara dia ngan Tom Cruise sapa hensem ??? Haaa.. tau pon .. mestilah Tom Cruise kan ... Tapi nape orang perempuan lebih ingat nama Mat Gebu dari dia ??? Sbb entrinyaaa yang best best termasuk gambar dia yang menjilat monitor tuuu.. haaa..

Jadi , sila buang pandangan yang tak masuk akal tu.. Asal ada rupa jer baru blog boleh popular .. salah tuuuu .. Gunakan kelebihan dan keistimewaan korang untuk memikat pembaca ..

Lagi contoh .. aku.. haaaa.. pasal apa aku letak gambar tu ? Gambar tu aku guna sejak berkurun lamanya.. penah aku nak tukar gambar lain tapi mereka dan keluarga mereka tak benarkan .. paksa aku letak balik .. maka , dengan berat hati aku letak balik.. sebab tu aku guna gambar biasa je kat atas tu .. tu pun tak lama lagi nak tukar .. Nak guna gambar yang mengikut peredaran masa.. okeh ?

Kesimpulannya .. korang tak perlu la dok ingat , aku tak cun . aku tak hensem untuk upkan blog tu.. aku sendiri pon buat 20 entri sehari untuk sampai ke tahap ni ..

Faham ? Ni dah cukup ringkas ni.. takkan nak bebel lebih lagi ????

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

Sahabat ,

Aku tak mengerti apa jua kesakitan yang dikau lalui ,

Apa yang pasti , tangan ini ku tadahkan ,

memanjat doa pada Ilahi ,

agar segalanya kembali seperti sediakala ..

Sahabat ,

Sungguhpun kita saling tidak mengenali ,

kita disatukan di dunia maya ini ,

apa yang pasti , tangan ini ku tadahkan lagi ,

agar kita bertemu kembali ...

GayahSpears .. semoga segalanya berjalan dengan lancar .. InsyaAllah ... Buat mereka nak mengetahui ceritanya ... bolehlah lawat ke blognya ... berikanlah kata kata semangat buatnya ..

GAYASPEARS

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

Buat kali pertama , blog aku berada dalam kedudukan bawah Top 300 .. Sebelum ni dok main lingkungan 300 jer .. hehe.. Cuma untuk Alexa traffic rank tu , pencapaian terbaik aku , 72 ribu... ok la.. aku ada 2 bulan untuk mendapatkan kepuasan berblog ..

Ada sekali tu , aku frust dengan kedudukan Alexa ni .. mmg cam biskut..jap naik jap turun .. tapi kali ni aku nak cuba dapatkan top 200 ... hehe.. dalam Malaysia pon ok la kan .. Saja untuk kepuasan berblog di samping dah terbukti blog boleh menjana pendapatan sampingan ..

Anda pula bagaimana ??? Hahaha. cam iklan MLM lak ... adeh.. dah dah... korang jangan terkejar kejar ALEXA ni.. kasi mantop dulu blog korang .. kasi cun dulu .. nanti ALEXA tu mai sendiri ... Mantapkan entri dan cara penyampaian korang .. okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Satu perkara yang paling aku menyampah sekali bila bab kerja ni ialah , jawatan jawatan kosong yang diisi oleh adik beradik , sepupu sepipit mahupun mereka yang ada pertalian bau bau belacan dengan mereka ..

Kena pulak yang buat pengambilan tu , kononnya spesis yang ikut buku .. Maksudnya jenis yang berprotokol la gamaknya .. Protokol tongkol dia !

Ikut buku , mmg ikut buku.. tang orang lain , kena ikut buku tapi kalau kena kat dia lak ?? Buku mana dia ikut ? Buku sejarah dunia tingkatan 1 ke ??

Ni la dia kalau dah ada kuasa skit .. belum ada power cam wolverine ke.. cyclops ke ... abis dunia dia belasahnya .. Nasib baik kuasa dia cukup cukup untuk mengawal kucing kucing dari berkeliaran !

Ubah ubah la perangai .. Tak ke mana dengan kuasa tu .. keluar je pintu opis , ko tu kerdil gak ! Dalam opis pon kerdil gak cuma orang malas nak bising .. Tapi ingat.. batasan perlu dijaga !

Share
Tweet
Pin
Share
15 comments

 

PETALING JAYA, 2 Nov (Bernama) -- Selepas kejayaan merangkul Piala Malaysia buat kali pertama selepas 55 tahun, pasukan bola sepak Kelantan, atau dikenali dengan nama "The Red Warrior", meneruskan kecemerlangan mereka apabila meraih lima daripada tujuh anugerah utama pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-FAM 2010.

Pada majlis anugerah yang diadakan di sini pada hari Selasa, penyerang berbisa skuad itu, Norshahrul Idlan Talaha, dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga dan Penyerang Terbaik musim ini.

"Ia satu anugerah yang cukup bermakna dalam kerjaya saya. Saya akan terus melakukan yang terbaik. Selepas bersama pasukan kebangsaan memenangi pingat emas Sukan SEA tahun lepas, sasaran saya kini adalah untuk membantu Malaysia di Sukan Asia Guangzhou," kata Norshahrul di sini.

Pada majlis itu, beliau menerima piala dan hadiah berupa wang tunai RM3,000 untuk Anugerah Pemain Paling Berharga, serta piala dan wang tunai RM500 untuk Anugerah Penyerang Terbaik.

Selain itu penjaga gawang pasukan itu Khairul Fahmi Che Mat turut meraih dua anugerah di mana beliau dianugerahkan dengan Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Muda Terbaik.

Sementara itu, B. Satianathan yang membimbing kejayaan penuh bersejarah pasukan Kelantan pula dipilih sebagai penerima Anugerah Jurulatih Terbaik.

Anugerah Pemain Tengah Terbaik dimenangi oleh Baddrol Bakhtiar daripada pasukan Kedah, manakala Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak daripada pasukan Negeri Sembilan menerima Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik.

Majlis anugerah itu turut memberi tiga anugerah sampingan iaitu Anugerah Kelab Terbaik kepada Johor FC, Persatuan Bola sepak Selangor (Anugerah Persatuan Bola sepak Terbaik) dan Persatuan Bola sepak Kedah (Anugerah Kelab Penyokong Terbaik).


-BERNAMA-

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

ALOR SETAR, 3 Nov (Bernama) -- Berikutan banjir yang semakin buruk di utara Semenanjung jumlah mangsa yang dipindahkan di Kedah dan Perlis terus meningkat dan menyebabkan gangguan bekalan air di tiga daerah di negeri Kedah.

Di Kedah, seramai 20,902 penduduk daripada 5,734 keluarga di beberapa daerah di negeri itu dipindahkan ke pusat penempatan banjir akibat dilanda banjir teruk sejak dua hari lepas.

Daripada jumlah itu 12,872 penduduk daripada 3,655 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, manakala 3,908 mangsa daripada 984 keluarga adalah dari Padang Terap, 3,182 penduduk daripada 878 keluarga di Kota Setar dan 940 penduduk daripada 217 keluarga di Pokok Sena.

Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata 88 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di keempat-empat daerah dan daripada jumlah itu, 40 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, empat di Pokok Sena serta sembilan di Kota Setar.

Tinjauan Bernama di daerah paling teruk dilanda banjir iaitu Kubang Pasu mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.

Sementara itu, tiga daerah iaitu Kota Setar, Pokok Sena dan sebahagian kawasan di daerah Pendang mengalami gangguan bekalan air bermula semalam dan hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) hari ini, gangguan bekalan air itu disebabkan oleh Intake Loji Bukit Pinang Fasa 1, 2, 3, dan 4 dan Nephelometric Turbldity Unit (NTU) ditenggelami air terlalu tinggi.

Pihak Sada memohon maaf di atas kesulitan itu dan sebarang aduan dan pertanyaan boleh hubungi Pusat Informasi Sada di talian hotline 1-300-88-0017.

Di PERLIS, keadaan banjir di sekitar Kangar bertambah buruk dengan angka mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 6,052 orang berbanding lebih 4,500 mangsa petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata mereka ditempatkan di 40 pusat pemindahan yang diwujudkan di seluruh Perlis.

Setakat ini, 4,127 mangsa yang dipindahkan ialah dari kawasan Kangar manakala 1,091 dari kawasan Padang Besar dan 834 orang dari kawasan Arau.

Sementara itu, para petugas media di Perlis beroperasi di luar pejabat hari ini berikutan laluan ke pejabat di bandar Kangar ditenggelami air.

Beberapa wartawan juga terpaksa berhadapan dengan tugas sukar kerana ada yang menjadi mangsa banjir dan terpaksa berpindah termasuk dua wartawan Biro Bernama di Perlis.

Di KELANTAN, mangsa banjir yang dipindahkan di Rantau Panjang pada sebelah pagi ini bertambah iaitu seramai 452 orang berbanding semalam 297 mangsa berikutan limpahan air Sungai Golok.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas berkata kesemua mereka ditempatkan di dua lokasi pemindahan sementara iaitu di Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi dan stesen keretapi lama di pekan Rantau Panjang.

Sementara itu Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kementeriannya sudah mengarahkan 1,182 pegawai dan kakitangan bersiap sedia bagi menghadapi musim banjir khususnya di bahagian utara semenanjung Malaysia berikutan amaran hujan lebat di tiga negeri itu mulai semalam.

Beliau berkata ini kerana banjir mendedahkan masyarakat kepada risiko berlakunya penyakit berjangkit seperti cirit-birit, deman kepialu, taun dan leptospirosis.

"Seperti kita sedia maklum, banjir boleh menimbulkan berbagai masalah kesihatan terutama kepada kanak-kanak, wanita dan warga tua. Jadi, kumpulan ini perlu diberi perhatian sewajarnya," katanya kepada pemberita di Gua Musang hari ini.

Katanya pasukan kesihatan dan perubatan di pusat-pusat pemindahan akan ditempatkan secara tetap sekiranya jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan tersebut melebihi 500 orang.

Liow berkata tindakan yang akan diambil juga merangkumi penyediaan serta memastikan stok ubat-ubatan, peralatan, vaksin dan alat pelindung diri sentiasa mencukupi.

- BERNAMA -

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

" Apa beza  RON95 dan RON97 ?? Sama je.. nombor je lain.. Atau tahun dibuat ... "

Itu perbualan yang aku curi curi dengar pagi tadi .. Erk.. nak kata curik pon tidak sbb diorg bercerita mmg nak kasi dengar satu gerabak ERL tu ..

Dari stesen ERL Putrajaya hinggalah ke dalam ERL , terdapat sekumpulan kakak kakak non stop berceloteh .. Dari satu topik ke satu topik hinggakan aku yang nak membaca majalah dalam ERL tu pon terpaksa menumpukan telinga aku untuk mendengar butiran cerita mereka ..

Aku tak rasa aku je yg dok menjeling hujung hujung mata kat diorg tetapi ramai lagi ..  Kadang kadang aku rasa cam tak sesuai jer diorg berborak sambil menunjukkan tahap IQ diorg tu ..  Dari kes Sosilawati sampailah ke isu minyak ..

Yang nak buat aku tergelak besar bila diorng cakap pasal perbezaan minyak tu .. Haih.. kot ya pon , jgn la dibincangkan secara terbuka sambil menggunakan 'hailer' .. Malu weh .. orang yang naik ERL tu bukan budak sekolah .. macam macam profession ada .. yang tengah duk duduk tu aku perasan pilot ... pegawai pon ada berdasarkan pakaian yang mereka pakai .. Adoi.. memalukan ..

Yang bestnya , cerita pasal laki diorng .. pasal mak mertua pon ada !!! Yo heelloooo... akak tu bukan budak sekolah laa.. anak anak pon dah sekolah rendah ... segan la skit kat orang sekeliling ... Aku pulak tak sabar nak keluar dari ERL secepat mungkin ... haih ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kebelakangan ni politik negara menjadi semakin haru biru .. Yang muda mengelengkan kepala .. yang tua menganggukan saja .. janji masyuk .. kan ?

Mengikut kotak undian di blog aku ni  , image PAS menjadi pilihan .. Samada pengundi yang kat blog aku terdiri dari orang muda atau macam aku ni ( kira pakcik makcik la ) , tak pasti ..Tapi rasanya majoriti terdiri dari org org muda..

Ok..Aku dapat satu pertanyaan semalam ... Berkaitan dengan undian tersebut .. MENGAPA PAS menjadi pilihan dan bagaimanakah cara memulihkan kepercayaan muda mudi dan nak  menarik pengundi pengundi yang terdiri dari muda mudi agar menyokong kerajaan ?

Jadi di sini , aku nak amik kesempatan  untuk bertanyakan pendapat korang .. Ini pendapat masing masing yer.. Harap tak perlu ada emosi di sini.. Nak dalam suasana santai jer .. Kenapa dan mengapa ...

Jika ada pihak yang memantau tu , harap boleh bersikap terbuka dan amik pandangan mereka ini memandangkan PRU tak lama lagi kan ? Korang boleh tinggalkan komen di sini atau buat dalam bentuk entri dan tinggalkan url korang di sini ...  okeh ?

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (61)
    • ▼  Disember 2025 (2)
      • Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !
      • Slips disc rupanya aku !
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes