BEN ASHAARI



 

Selamat hari raya ... hehehe... hati hati balik kampung .. jangan main parit tu.. kang.. haaa... ok.. tu pesanan penaja dari Protong ..

Ops.. berkaitan dengan blog list ni .. lama dah kan ? 2 bulan ? Tempoh matang dia bulan 12 ni kan .. cukup jer 31 hb 12 tu , masuk je tahun baru maka , bom diletupkan ... hehehehe..

Ala.. tak boleh diletupkan ? Iskh.. ada ramai lagi nak tunggu masuk tu.. gilir gilir la .. kan kan ? 

Kenapa aku nak letupkan .. Pembaharuan .. Sesi pertukaran pembaca diantara semua pembaca blog .. Diantara aku punya dengan mereka punya .. Menarik apa ? Kalau kita biar cam tu jer , kita asik dikelilingi pembaca tu jer .. Apa kata kita perluaskan lagi minda kita dengan cara memperkenalkan geng geng blog yg lain ..

Setakat ni , apakah bloglist di blog aku ini membantu ? Tak membantu ? Maaf la .. aku cuma mampu merancang .. Usaha untuk melakukan sesuatu agar semua pihak dapat keuntungan .. Apa ?? Aku yang dapat lebih ? Hurm.. mungkin la kot.. Tapi kena ingat .. untung aku sekejap jer.. korang yang ada dalam ni nanti ? Dok tarik sikit sikit.. hari hari tu camana ? Haa..

Ginilah.. jangan kedekut.. Tanah yang ada tu , apa kata kita usahakan ramai ramai .. berguna jugak dari dok tanam lalang tu je kan ? Mmg cantik lalang tu naik kat tanah tu tapi apa salahnya kalau digunakan.. dapat gak untung dari situ kan ? Faham tak ni ?

Belum tiba masanya untuk dimusnahkan semua tu.. tapi bila tiba masanya , aku harap korang faham .. Pembaharuan ni aku rasa amat berbaloi buat semua.. Tiada guna tamak sbb tak bawak mati pon semua ini ..

Bagi aku , berkongsi adalah jalan terbaik .. Kalau aku tamak , korang rasa aku nak buat ke segmen semua ni ? Siap rekemen kat blogger yang aku tak kenal pon hujung pangkal ???  Baik aku makan sorang je kan ? Macam.. atau aku kenakan bayaran.. haaa.. untuk satu url blog.. RM.. haa.. ingata takde ke??? Ada orang buat ..

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

 

Perghhhh... Tajuk dasat ... Ini pembongkaran yang lebih dasat dari UNCLE PICKERS tuuu .. haa ..dia ingat dia je pandai bongkar membongkar ?? Aku pon pandai gak wooo..

image

OK...nampak tak tu ? Apa yang korang perasan tentang ini ? Pada jam 10 dan 11 , letupan gunung berapi berlaku.. Ini adalah kerana .. entri aku yang bertajuk Jawatan Kosong - Kementerian Pelancongan Malaysia .. Tajuk biasa je kan ? Tapi kenapa ramai masuk ?

Disini gunanya GROUP yang korang buat tu.. bila ada entri yang selayaknya untuk diwarwarkan , maka gunakan MESSAGE ALL MEMBERS.. Kalau ada 4 ribu orang dalam tu ,bayangkan kalau 1000 orang klik masuk ...

Ini peringatan ! Jangan salahgunakan.. Hanya boleh guna sebulan sekali atas tujuan memberitahu entri entri penting seperti kes tadi , amal jariah dan sebagainya.. Kalau nak bagitau pasal gossip artis , aku rasa , dari 4 ribu orang tu tinggal 4 orang jer.. tu pon 3 orang tu sendiri punya !

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Angka korban kebakaran pangsapuri Shanghai cecah 53 orang

 

SHANGHAI: Angka korban kebakaran besar terhadap bangunan pangsapuri yang sedang diubah suai di Shanghai meningkat kepada 53 orang hari ini dengan lebih 70 yang lain dirawat di hospital.


Agensi berita rasmi Xinhua melaporkan saksi sebagai berkata kebakaran itu bermula apabila bahan binaan terbakar dan merebak ke perancah sebelum ke bangunan 28 tingkat itu.

Kerajaan berkata lebih 100 jentera bomba dipanggil untuk melawan kebakaran yang berjaya dipadam empat jam kemudian.

Anggota bomba dilihat membawa keluar mayat dari bangunan itu manakala mangsa yang terselamat dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Laman berita Eastday.com melaporkan seorang pekerja pembinaan sebagai berkata mereka sedang memasang penebat penjimat elektrik apabila kebakaran itu berlaku. - AP

 

-BHARIAN-

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Alhamdulillah .. sejak berblog ni , aku dah berjaya menolong 2 orang sahabat blogger mendapat pekerjaan walaupun gaji tak besar.. hehehe.. Yang penting pengalamanan dan tidak menganggur kan ?

Baru tadi seorang lagi kawan blogger berjaya dalam interviewnya.. Aku cuma boleh bagitau tentang kewujudan peluang tersebut dan selebihnya terpulang pada mereka sendiri .. Tahniah buat mereka ..

OK.. nak raya ni kan ? Tercari cari biskut raya nak buat ? Seperti yang kita nampak , CMG dah mengeluarkan resepi terkininya..

image Ni namanya TAT GULUNG STRAWBERRY .. nak tau resepinya , sila g amik sendiri kat blog CMG yer...

Dan satu lagi ni.. haaa.. ada iklan khas ..SHAWLS dari ISLAMICO PARADISE

image Terhad ni kata tuan punya kedai.. g la tengok dulu... > sini

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Pada yang berminat / tercari cari pekerjaan (sambilan yer ) , sila hantarkan resume anda , segera !! Keutamaan LELAKI .. Perempuan pon leh cuba gak ..

Kelayakan : Diploma

Waktu kerja : Waktu pejabat ler

Lokasi : Menara Dato' Onn , PWTC .. sudah semestinya di KL

Jika berminat , sila email resume dengan kadar segera ke nursoleha@motour.gov.my

                   - SILA WAR WARKAN -

 

Jawatan Kosong ini di taja oleh :

image image

Shawls : AyuCinta       Design beg terkini : Ayu's Store

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Belajar menggunakan dengan yang sedikit itu maka ianya akan berkembang ..

Blog tanpa pembaca ibarat layang layang tanpa angin .. Cantik hanya di darat .. jika diterbangkan pastinya lebih menarik .. kan ? Pastinya kita sebagai blogger nakkan pembaca masuk membaca dan seterusnya menilai setiap entri kita tu ..

image

Aku tau , ada yang tergaru garu dan terfikir bagaimana nak dapatkan pembaca yang ramai ..Toksah gugurkan rambut korang tu ! Cara paling mudah , kumpul kawan kawan blogger.. Percayalah ! Dengan cara tu , lebih mudah untuk dapat lebih ramai pembaca yang mana terdiri dari blogger sendiri ..

Apa yang akan terjadi sekiranya hanya blogger saja yang baca? Jika mereka berminat .. mereka akan letakkan blog kita dalam bloglist mereka.. Jika itu terjadi , maka sila amik kesempatan tersebut dengan rajin menonjolkan diri pada pembaca mereka .. Apa yang jadi seterusnya , aku rasa korang faham.. hehe..

Sikit sikit lama lama jadi bukit.. Aku dulu pon gitu.. pk pk pk.. camana nak dapat seramai itu setiap masa.. Tak nak tengok angka '0' pada conunter tu .. hurmm..

Ngorat blogger tu ... pasti mujarab.. Bagaimana nak ngorat ? Jangan memuji.. gunakan keikhlasan dan kebijaksanaan sebagai seorang blogger yang berpendidikan ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Adus... mmg tensen bila seluar sendat.. Geram cam nak mengamuk abis ! Salah siapa ? Tak penting ! Yang penting bagaimana nak hilangkan semua ini .. Arghhhhhhhhh.. geramm.. Bagaimana mereka berjaya melaluinya semua ini ??? Haih.. Aku tak boleh.. sbb apa ? Sbb aku ada hbp.. kena kawal semua ni.. kalau biar , diabetes lak hinggap.. Bila dah hinggap , jantung mula kacau.. 3 serangkai !! Jangan biarkan semua ini menghampiri kita !! Maka , katakan tidak lagi pada makanan luar !!!! Ari ari jadi 'kambing' .. salad time !!!

Ok.. awal lagi.. ramai baru celik bijik mata ... baru kul 9 dan aku dh ada 5 entri .. hahahaha.. Kuantiti beb ! Kualiti ? Carilah sendiri .. Hehehe.. jangan tensen. .Selamat hari raya ..

image Nak order kek dan sbgnya ? > DELICIOUS CUPPIES

 

Dah .. jangan buang masa.. aku tau ramai nak memasak dah tu kan .. sebelum tu , kita g meramaikan majlis kat blog diorng ni.. Kang bila blog tak ramai orang , korang gak kata blog korang tak meriah.. haa.. salah sapa ? Jangan tuding kat aku yer.. tuding kat cermin tu.. lalala..

Berikut adalah senarai nama nama calon bagi kategori blogger popular 2012 SINGGAH 6 :

  1. ♥yaya♥
  2. Pensel Kontot
  3. Ejen 010
  4. cik zita
  5. Kedai Serbaneka Online
  6. Nyssa Nuar
  7. azian_ab
  8. akbintangkcikdlangit
  9. s.h.a.z.a
  10. esya ann
  11. Nurul Hani
  12. paih ujey
  13. hanna iymeera :)
  14. Ain Tralala
  15. abdul quddus
  16. fana
  17. enz
  18. Bi4RL4HR4HSi4H
  19. MissMarshmallow
  20. ~ShAzWaNiZaRmUdI...

Okeh.. jumpa lagi nanti.. ahakss...

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments

Bertarikh 10/10/10 , aku dapat follower ke 3,333 dan yang bertuah menggenapkan angka tersebut ( yang lain pon bertuah cuma kebetulan dia lak kat depan kan .. hehe ) ..

image

OK.. apa yang menarik sangat AJIM selain dapat no 3333 dan 10/10/10 ni ?? Hehehe...

HARI NI HARIJADI AJIM GREEN !! Maka... amat sesuailah hadiah entri khas ini diberi untuk dia oleh kita semua ... kan kan ? Maka ... mari kita penuhkan ruangan komen dia dengan ucapan selamat buatnya .. Mari mari !!!

SELAMAT HARI JADI AJIM.. SEMOGA ANDA DIBERKATI ALLAH .. > BLOG AJIM GREEN ( link )

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurm... bukan salah seluar.. bukan salah perut.. bukan salah lemak ! Tapi salah aku sendiri ... Arghhh.. makin malas nak g gym ..hurm.. apakah yang patut aku lakukan ? G gym je la kan ? Nak lakukan apa dah ??? Haih...Lepas raya ni g la.. lama sangat monteng .. huh !

Aku ni dok menunggu masa je nak g kerja .. dah siap dah ni .. tapi terawal la pulak.. hahah.. Bangun awal sbb terjaga dek wife memasak untuk sahur .. puasa.. hehe.

Rasanya kang kat ERL pon tak ramai orang .. Pakat balik kampung dah semua .. hehe...Mesti dapat duduk.. Kat opis lak camana ? Ramai ke tak ? Tak pasti tapi rasanya yang ada kampung pakat balik... Aku ? Beginilah adanya.. raya je kat Cheras ..

Alangkah indahnya dunia ini kalau kat opis tu ramai takde .. sunyi jer.. Suka suka ... hahahha... Mengulat ? Oh tidak.. aku bukan spesis tu.. heheh..  Budak baik la katakan ..

Ok.. nak g opis sudah .. hehehe... jumpa di sana nanti... hehe..asik hehhe.. nyampah tul !

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Salam, terkejut suarapeople apabila membaca satu berita tentang seorang operator pengeluaran kilang di Malim, dekat sini, mendakwa dirogol seorang buruh binaan warga Indonesia tidak dikenali ketika datang ke rumah suspek Rabu lalu untuk mengambil semula telefon bimbitnya yang dilarikan lelaki itu.aduh..kesiannya....

Lanjut > SUARA PEOPLE
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kebelakangan ini perkataan popular , fofular , femes amat kerap aku dengar samada dalam tv , radio , majalah mahupon dalam ERL ..

Sekarang ni , aku amat bersyukur pada Allah kerana blog aku diterima ramai .. Walaupun tak best namun ada segelintir setia menunggu entri aku setiap minit.. Aku suka tu.. biar setiap minit dari setiap hari atau minggu .. Seolah olah dapat memberi kepuasan bagi aku dan juga mereka.. kan kan ?

Sbb tu aku mampu tarik beribu trafik sehari disbbkan entri aku yang tak kunjung putus.. Aku sangat berpuashati.. aku tak nak beribu untuk satu entri je.. hurm.. Aku nak mereka kembali dan terus kembali.. hehehe.. Tamak eh ? Tamak perkara baiik tak pe kan ?

Atas faktor inilah aku berjaya menaikkan blog aku . Aku tak de buat tutorial.. tkde nak edit edit code serta main teknik teknik berblog.. Bagi aku , kepuasan aku ialah cerita aku .. Mesej aku untuk pembaca aku .. Walaupun sekali aku beritahu yang aku ini miskin , namun aku tak malu asalkan mereka sedar .

Ada yang kata aku popular maka aku mudah buat apa saja segmen dan seterusnya jadi meriah ... Salah tu wahai sahabat .. Kejayaan setiap segmen aku ini adalah berpunca dari kawan blogger yang lain yang mana mereka sudi menjayakanya tanpa ada perasaan hasad ! Jutaan terima kasih buat mereka.. Anda sebahagian dari kejayaan ini !! Patut berbangga !!

Sebab itulah korang , walaupun blogger muda , korang patut berusaha lagi bagi membuktikan yang korang juga mampu buat.. Helooo.. aku ni dah tua tau... 34 tahun ! Korang muda lagi ! Kalau aku di usia korang , senang senang aku lipatgandakan usaha aku ni..

Maka aku tak berpegang pada konsep popular boleh buat apa saja ! aku setiap hari setiap saat seperti korang .. mengerah idea dan jari jemari ini untuk mengekalkan serta mempertingkatkan lagi mutu dan kualiti termasuk kuantiti agar blog ini tidak lapuk dek zaman !

Work hard untuk work smart ! Faham ?

Share
Tweet
Pin
Share
19 comments

 

" Ala bucuk bucuk... klik sponsor aku ( sambil tunjuk iklan nuffnang) tu , aku kish kish handphone ko ehh.. "

Skrip diatas ni korang takkan dapat lihat di mana mana dada blog mahupon dada blogger tu sendiri sebabnya aku reka sendiri .. Okeh ?

Tadi aku ada bagitau.. bukan nak tegur bukan nak ajar.. pk la sendiri apa pun dia punya jawapan , yang penting korang tau apa maksud aku .. Sebelum kena sembur dek blogger yang lebih tinggi taraf kedudukannya di dunia maya ini , biarlah aku selaku , ketua majlis pengemis maya ( aku pun tak tau bila dilantik ) ini membaca utusan dari blogger blogger VVIP tu .. haa.. Faham ?? Bagus..

Aku rasa ramai dah bagitau.. jangan klik klik iklan nuffnang tu.. Aku tamo cerita pasal tu aih.. Nuffnang tak bayar aku suruh bagitau .. hahaha.. Ye lah.. dia tak bagi BE.. mana aci kan.. hahahha... Ala Nuff.. rileks aarr.. aku guwau je ar... esok meh turun PWTC .. Kita korbankan Nuff eh.. Eh.. lembu eh.. amacam ? Tersasul laaaa.. Ketat je muka ttuuu .. huhu..

Ok.. Gini.. Cuba korang perhatikan.. Aku rasa berjuta kali dah aku habaq ni ..

  • Jangan tulis SILA KLIK NUFF SAYA ( buruk rupe aih blog tu.. jadi cheapmore betul ! )
  • 20 orang penyangak sedang skodeng ! Kalau gitu , aku tengah masuk baca tu , aku penyangak la yer ?? adeh..
  • PEMINAT SETIA AKU .. korang rasa la kan.. dalam 100 orang masuk tu, berapa ramai akan klik dan mengaku dia peminat setia ??

Haa... tu je la aku ingat.. nanti aku ingat  dan aku jumpa dalam blog korang , aku bagitau yer ... Aku blogwalking cam RED dan bukannya cam GI JOE !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Tolong jangan amalkan ini bila bertandang ke rumah abang atau kakak mahupon pakcik makcik blogger korang , yer ..

  1. Bila nak follow saya ?
  2. Nak berkenalan boleh ?
  3. Kritik tapi tak bagi buah fikiran untuk memperbaiki kelemahan tersebut.
  4. Bagi komen berkaitan entri kecuali penting , bolehlah lari tajuk ..
  5. Tunjuk pandai walaupun pandai.Gunakan pendekatan reverse psikologi.
  6. Jom singgah blog sayaaa....

Dan ada banyak lagi.. Kalau ada sesiapa yang ingin menyumbang buah fikiran , silakan ..

Kenapa ? Abang , kakak mahupun makcik pakcik blogger korang ni , dah lama dalam dunia blog ni walaupun baru 2 bulan tapi disbbkan pengalamana harian serta kerajinan mereka berblogwalking maka mereka dapat pelbagai pengalamanan dan ilmu tentang dunia blog ini . Maka , bagi blogger bogger baru yang nak 'tackle' blogger blogger yang agak lama skit makan garam ni , hendaklah kena smart skit..

Bukan suruh mengampu.. kalau mengampu lagi laaa tak jalan ! Haa.. Tapi gunakan akal fikiran .. Bila mengeluarkan pendapatan atau idea dalam komen tu , pastinya blogger tersebut akan tertanya tanya .. Gerangan sapakah blogger yang cerdik seperti cendawan butang ini ?  Maka dia pon akan mengelik nama , tengok profile seterusnya I FOLLOW ! .. Itulah yang aku buat... hehhehe.. Mereka ? Tak tau tak tau ??

image image Wah... apa citer?? > lanjut ... SUFFAH

Cuba guna konsep ini.. Ingat , bukan mudah jadi blogger bijak walaupun dah jadi  pelajar bijak ! Inilah masanya membuktikan apa yang dibelajar di bangku sekolah mahupun di bangku kantin universiti dipraktikkan di dunia maya ini..

Nasik kandar memalam ni pon best.. tu laa.. dah baik demam , kebuloq pulak !

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Alhamdulillah.. selain $$  , aku bersyukur sejak aku berblog ni aku ada ramai kawan kawan baru .. Kalau nak tulis kat sini , mmg tak terkira ramainya . Kalau boleh aku nk je jumpa semua orang dengan buat gathering.. tapi aku takut aku tak mampu buat .. Yelah , kita cuba yang terbaik  tapi ada yang tak puashati kan ? Maka dari timbul masalah itu dan kembalinya kepada aku maka aku lebih rela jumpa bila 'rezeki'  seperti aku jumpa blogger Ezzu Raza di ERL  ..

Seperti ada yang korang tau dalam entri entri lepas , aku pernah jumpa blogger popular dari pelbagai kategori blog.. Aku nak je tulis nama semua tu tapi ramai sangat.. kang terlepas pandang ada lak yang terasa .. Hehe.. maaf yer..

Selain dari tu , aku dapat ramai lagi kawan baru yg kebetulan berada di 'kawasan' aku ni .. Putrajaya.. Mmg kami akan berjumpa untuk menonton wayang di hujung minggu bersama .. Bestkan ? Padahal kalau ikutkan 'kerusi' di pejabat , kerusi kitorang berbeza 'keempukkannya' ... Maka dunia maya ini telah 'membuang' semua perbezaan tersebut..

Ada seorang lagi yang teringin aku nak lepak bersama kat kedai mamak satu hari nanti.. Nak tau sapa? hehehe.. Dan nak tau nape ? Tu korang kena tengok sendiri kat blog dia .. hehehe ...Sapa ? EELOBOR ..

Tu antaranya.. Apa pon , aku amat bersyukur sbb mengenali dunia maya ini .. Ada baik dan buruknya.. Pandai pandailah kita bezakan yang mana baik dan mana buruknya...

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Hahahha.. aku pernah join satu group ni dalam FACEBOOK .. Sangat best !! Mmg terbahak bahak kalau korang baca komen kat wall dalam tu..

Lama dah aku join group ni .. Mmg ditubuhkan untuk jutawan jutawan LOGIN FB DALAM 4 JUTA .. Apatah lagi masa tu pon ada geng geng blogger yang cool ... hehe.. kenangan ..

Serius.. kalau korang tengah tensen , cuba join group ni.. baca la kat wall tu.. korang leh nampak mereka mereka yang dah berjaya menjadi billionaire kerana join program tu !! Hahahhaha

image

Nak join ? meh sini > LOGIN FB DAPAT 4 JUTA DOLLAR

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Alhamdulillah .. lega skit kepala aku .. aku rasa cuaca panas sangat kot .. Dua hari cuti dihabiskan  ke... eh.. hurmmm...hurm.. aku rasa aku tau la nape aku sakit kepala ... PUMP BOOSTER .. tau apa tu ? Wife aku sedang mandi kat atas dan dia on pump booster agar air mandian jadi lebih deras .. PUMP BOOSTER berada di bahagian bumbung.. Bunyi dengungan dari pump booster tu mmg menyakitkan kepala.. bukan telinga tau .. Hurm.. nak kena siasat apa yang ada pada pump booster .. hurmm...

OK.. sambung SINGGAH blog .. dah masuk siri ke 6 dah .. :

  1.  pandapolarbear
  2. adorable.gal
  3. maz
  4. CiK EmMa
  5. Princess Nur
  6. DJ BAKERY
  7. azieda razak
  8. enaz weeweet
  9. anis.farhana
  10. Encik Suami
  11. sya hassan
  12. Cik Ila
  13. .::cEritEra Hati FaTiN::.
  14. kaka no
  15. ratu panda jejel
  16. Aq Waeda
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

image

Pernah makan roti ni ? Roti ni dulu harganya 50 sen sebungkus .. Memberi sejuta jasa kepada aku  ..

Masih aku teringat , satu tika dulu sewaktu aku bekerja kontrak di sebuah agensi kerajaan di Putrajaya .. Gaji yang aku terima masa tu amatlah kecil saja namun aku bersyukur sbb ada kerja setelah lama menganggur ..

Pada mulanya aku g kerja dengan ada sorang jiran aku tapi bila ada dengar cakap cakap belakang yang mmg tak menyedapkan telinga apatahlagi yang membawa mulut tu pulak orang yang aku respek maka aku buat keputusan g kerja dengan pengangkutan awam..

Tambang LRT dan ERL sebulan , setengah dari gaji aku masa tu .. Baki dari tu aku bagi orang tua aku .. Hanya tinggal ciput je untuk belanja g kerja dan g gym masa tu .. Simpan ? Jangan mimpi..

Maka setiap hari aku g kerja , aku hanya makan pagi dan tengahari , roti ( gambar diatas) dan minum air mineral ... Kalau orang tanya aku , aku cakap diet ... Hehehe..

Cafe kat tempat aku tu , boleh aku kira berapa kali aku jejakkan kaki kat situ .. Bila tengok kawan kawan makan sedap ,sapa tak terliur ? Cepat cepat mintak diri sbb kesiankan diri aku ..

Aku tau , ramai lagi yang jauh lebih menyedihkan .. Cerita aku ni bukan nak menagih simpati tapi sekadar nak mengingati saat saat aku di bawah dulu .. Setiap kali aku terjumpa roti ni , aku mesti beli.. hehe...Mmg mengenyangkan ...hehe.. apatah lagi di cicah ngan kopi.. Waalaahh...

Jadi , jika ada rakan pembaca blog aku ni , rasa seolah 'dianaktirikan' maka ingatlah pada ALLAH .. Senantiasa berdoa ... Percayalah ... cuma kita tak tau bila masa kita akan sampai ..

Share
Tweet
Pin
Share
30 comments

 

Setiap minit ada je yang add aku sbg FOLLOWER .. Kenapa aku nak terharu ? Yang pertama , aku bukannya selebriti .. Kedua , aku ni seorang lelaki .. Ketiga , aku ini dah pon kawin .. Keempat , blog aku ni tak cantik .. Dan yang keempat , cerita dalam blog aku ni sekadar cerita biasa ..

Kalau tak silap aku , semalam baru cecah 4300 , dan sampai sekarang  dan image .. Mmg tak banyak pon bagi sesetengah orang tapi bagi aku , dah cukup bagus dah ..

Setiap kali orang add aku setiap kali tu aku rasa terharu.. Seolah blog aku ini diterima ramai .. Ini akan menafikan segala kata kata mereka yang cuba menjatuhkan semangat aku ..

Bagaimana aku nak tutup atau berehat dari tengok blog walaupun aku tak sihat sedangkan aku tau ada diantara mereka ternanti nanti cerita dari aku walaupun hanya serangkap cerita ? 

Jangan mencebik.. tak caya tanya mereka ! 10 orang benci blog aku ni , berapa ramai yang suka ? Kalau 1000 sekali orang pn membenci , aku tak kisah .. Sebab apa , sebencinya korang kat blog ni , korang masuk baca gak cerita aku .. nak cari isu untuk kondemkan aku.. Nak kata apa kan ? Yang bagus , korang tk nak cerita .. tapi korek yang berlubang tu gak .. ehehe...

Ok rakan sekalian .. aku harap korang jadi blogger yang berjiwa murni .. Perbanyakkan kawan dari musuh .. Selamat berbuka puasa...

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Berapa ramai blogger dalam Malaysia ni ? Aku penah baca ada sehingga cecah 2 juta orang .. Wah.. betul ke ? Tapi yang aktif tu tak  tau la berapa ramai kan ..

Kenapa kebelakangan ini makin ramai nak jadi blogger ? Apakah cerita cerita mengenai mudahnya memperolehi pendapatan dari blog menyebabkan mereka juga ingin sama 'melombong'nya ? Wallahualam ..

Tapi aku tak rasa semua gitu kan ? Ada yang suka menjadikan blog ini sebagai diari rutin kehidupan mereka dan tak juga menjadikan pusat simpanan dan rujukan segala informasi di dunia ini.. Apa jua 'alasan' mereka , pastinya mereka mengetahui hukum hakam bila berblog ini ..

Cuma satu je la kan .. berhati hati bila bercerita .. Tau , mmg best cerita isu isu panas .. tapi kalau rasanya kita tolong menambahkan aib mereka itu , apa hukum dia yer ? Kenapa semasa dia memberi kita hiburan , mengembirakan hati kita dengan telatah dia , kita tak g kredit berbelah bagi ?? Bila satu kesilapan kita kutuk abis abisan .. Bagaimana jika itu bukan kesalahannya ? Sapa sekarang yang berdosa ?  Atau benar dia bersalah , sapa kita tolong menyebarkan lagi keaiban dia tu ? Apakah kita sendiri seperti malaikat ?

image ISLAMICO PARADISE

Seronok bercerita tentang orang kan.. Bagaimana pula satu hari nanti 'aib' kita dibuka ? Sepatutnyaa , tadahkan tangan dan mohon agar diberi hidayah ...  Jangan suka menjelir lidah pada orang sedangkan hati kita sendiri menjelir lidah pada kita ..

Apa salahnya bercerita tentang yang baik baik dan sesuatu yang memberi pengajaran dan tauladan pada diri sendiri dan juga pembaca..

JANGAN INGAT KITA BAGUS SANGAT SAMPAI NAK CACI ORANG !

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

 

Terima kasih pada yang sudi doakan kesejahteraan aku tu .. Hanya Allah dapat membalas kebaikkan korang tu ..

OK.. kebelakangan ini kita dikejutkan dek dua cerita panass... Satu kes Nabil dan kes Uncle Seekers tu .. Hurm.. Apa pendapat aku ? Pendapat aku tk penting sebenarnya .. kan kan ?

Bagi aku , kedua dua kes ni ada hikmahnya.. kita jangan pandang dari sudut negatif.. dok mengutuk atau mengeji perbuatan mereka tu .. Mereka manusia biasa tak kira pangkat apa sekali pon , mereka sama jer .. Ada akal ( tak pakai) , ada nafsu dibiar bermaharajalela serta iman biarkan pergi ditiup angin ..

Samada benar atau tidak kedua dua kes ini , mereka saja yang tahu.. Diaibkan atau sengaja membuka aib , masing masing ada motif tertentu .. Kita yang memerhati ini , pandang dengan mata , baca dengan hati , fikir dengan akal .. Kenapa dan mengapa semua ini muncul tiba-tiba .. Apakah ini satu petunjuk dari Allah buat kita yang semakin leka dengan duniawi ? Betapa Allah boleh memberi nikmat pada bila bila masa saja yang DIA mahu boleh menariknya juga pada bila bila masa.. Tapi dimanakah keimanan kita ?

Kita tau , kedua dua orang ni ada nama besar.. sebut je , orang kenal ..Tapi lihatlah sekarang ? Semudah itu berada dipuncak dan semudah itu berada di bawah.. Apakah sumbangan yang telah mereka taburkan sewaktu berada diatas ? Kita tak tau.. hanya mereka saja yang mengetahui..

Syukur atas setiap nikmat yang Allah beri ..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Dah jumpa doktor... tekanan darah ok.. normal ... Suhu .. ok..dah tu ? Kepala dok pening je ni.. Hurmm... tapi sakit apa eh ? Rasanya kena hujan semalam kot ? Entah ler..

Ok..masuk ke SINGGAH 5 dah .. jap je kan ? Kali ni aku rasa ramai sebab peram dari pagi tadi sampai tengahari.. huhu ..Maaf tak leh nak bebel lebeh.. hehe..

image Amenda ni ? Meh klik tengok dulu > Pincess

 

SINGGAH 5 :

  1. Syamilia
  2. husniah zaimah
  3. Anna
  4. alia haryanie
  5. Miza Yusof
  6. nursuraya
  7. NADYA ANWAR
  8. ^*NaNa*^
  9. zurayda
  10. Noor Faezah Mazli
  11. Am (Flora Heights)
  12. Ezznaz
  13. ZiraZin
  14. Mila
  15. Nur Diyana Mukhtar
  16. remizati
  17. Sideq's Stories
  18. αииʏнαтα αɛиʓα
  19. nora amila ghazali
  20. AkuHanyaPenulis
  21. amimarz

Fuh... Menarik... kalau boleh g masuk semua tu , mmg berbaloi tul .. ramai beno kawan baru kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Dah siap nak g kerja.. Tiba tiba berpinar kepala .. Pelik .. apa yang aku salah makan ? Nak tak nak terpaksa aku cuti ari ni .. Makan ubat dan berehat.. Ni baru bangun.. pon masih lagi sakit kepala .. haih ..

Tak pe la .. ramai yang sertai segmen baru aku ni .. Aku senaraikan yer.. Maaf .. Nak bebel lebih , kepala tak mengizinkan .. Jadi mana yang berminat nak bekenalan dan menambah kenalan baru , silakan menziarahi mereka ..

SINGGAH 4 :

  1. EDY
  2. LUKISAN PENA
  3. Cik Ila
  4. sArAh
  5. LyNn'Azlina
  6. Zoulhusni:My Emancipation
  7. noreed
  8. Fa-zlyn
  9. rabiatul
  10. Q'ein
  11. Durratul
  12. Ainismaira
  13. Syeeda Sobbihi
  14. hidayahmiamir
  15. masmurni
  16. *cilipadi=hafizah*
  17. hasrul hassan
  18. Sara Mysara
  19. [ Krafaina ]
  20. Pensel Kontot
  21. deefaLya~
  22. { finie }
  23. salem:D
  24. azlini

Terima kasih semua ..

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

Anak anak bangsa kita semakin hancur ? Salah siapa ? Perlukah disalahkan teknologi kerana semakin canggih ? Apakah peranan kita ? Tegur salah di biar pon salah ..

Cinta ? Atau nafsu ?  Buta ? Atau pekak ? Tak tahu atau tidak mahu ambil tahu ? Apakah tiada iman atau sebenarnya mmg mengikut kata telunjuk syaitan ?

Tergoda atau mengoda ? Apakah segalanya kerana cinta ? Bila cinta , perlukah terkorban atau mengorbankan diri ? Dimana akal , di mana iman ? Bila terduduk baru teraba raba .. Nasib baik mampu meraba lagi dari berpeluk tubuh buat selamanya !

Tengok sendiri dan fikirkan hala tuju anak bangsa kita akan datang ..

http://www.facebook.com/video/video.php?v=169148946448063

Aku ? Semakin tua dah ... Kubur dah memanggil aku ...

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Aku terkejut.. Sedang aku dok blogwalking pada waktu ini .. pergh.. pagi dah ni.. nanti nak keja lak .. mampus aku.. huhu .. OK sambung..  tiba tiba aku terdengar sesuatu ..

Aku tercari cari dari mana bunyi tu datang.. Handphone aku ? Oh tidak ! Aku letak kat atas .. dah tu ? Hp wife aku ? Sapa call dia malam malam buta ni ??? Cari pasal nehhh  !!!

Pon bukan.. arghhh .. Dah tau .. luar rumah aku ? Takkan .. erk.. ghostbuster ??? No no no...Takkan kot... Oh tidak !! Eh... Haih.. speaker netbook ni aku on lak.. patut laaaa.. Lagu yang keluar tu dari blog orang.. Selama ni aku off speaker .. hahaha.. tak suka dengar lagu dari blog .. Tu pasal aku terkejut .. adoii...

Oh ya.. aku terperasan sesuatu la.. Sebagai  seorang kawan kepada blogger , maka aku nak habaq ni... tajuk entri dengan kandungan entri , pastikan ada kaitan .. Faham tak maksud aku ? Hehehe.. Kalau tak , cuba fahamkan jugak..  ;)

Share
Tweet
Pin
Share
21 comments

 

Pelik ar... bayar bukan murah .. Lambat bayar diorng potong .. Tapi pasal apa makin makin kerap ada iklan kat ASTRO nih ? Bukan ke patutnya tiada iklan  ? Haih..

Mahal tau bayar .. Kitorang bayar bukan untuk tengok iklan .. boring betul giini .. Baru nak 'panas badan' tngok cerita , tau tau iklan .. Ya Allah... Serius.. kalau ada pesaing baru , mmg aku tukar terus !

OK... tukar tajuk ..boring pasal tu.. Skang masuk ke Singgah 3 ... huih.. ada banyak penyertaan eh ...

  1. nurul amira
  2. haswani
  3. KimiCnoL
  4. AuTumN LeaVes
  5. Ieza
  6. tiaris ahmad
  7. syira qahira
  8. Hisyam
  9. FiZ
  10. mokwonik

OK.. 10 untuk penutup malam ni.. kalau ada lagi..esok ehh .. hehehe.. Ramai balik kg raya ni ?

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Hurm... Kenapa aku amik insurans ? Yang paling utama , aku taknak susahkan ahli keluarga aku iaitu isteri dan juga mak bapak aku .. hehe.. Bukanlah satu doa atau permintaan tapi aku kena sediakan payung .. Mana la tau aku sakit .. kena masuk hospital (Alhamdulillah , setakat ni tak pernah lagi tidur situ ) atas sakit sakit yang mana memerlukan perbelanjaan besar .. Sekurangnya adanya insurans boleh mengurangkan beban..

Aku rasa setakat ni ramai kawan kawan pembaca blog ni tau yang aku senantiasa menggunakan pengangkutan awam untuk ke pejabat dan gemar merayau di hujung minggu .. Hurm... maka aku rasa sudah tiba masanya aku lindungi diri aku dengan insurans ..  Apatah lagi sekarang ni usia aku dah semakin lanjut .. kan kan  ? Ok..cukup bab insurans tu sbg intro.. nanti cerita lagi .. hehe ..

image Tudung khas di majlis perkahwinan > lanjut di EQ

Ok... tiba masa untuk singgah menyinggah ke senarai blog terkini :

  1. [n a j e e b]
  2. eszwan
  3. mRa amira
  4. iqbalhakimi
  5. kay yea
  6. Eda
  7. jimmy jimboo
  8. WannZ_AzryN
  9. ♥ kyu

  10.  MissAinia
  11.  Ziezah a little girl
  12. anizsDANbintang...

  13. Zaffadz

  14. cik ainil

  15. uNa da wiTch

  16. AiNiey Bariyyah

  17. cik lya

  18. known as shed cepet

  19. aima in luv

Alhamdulillah ... kali ni awal awal lagi dah ada blogger lelaki yang sudi sertai segmen ini .. Terima kasih buat semua .. Semoga segmen ini memberi kita rakan rakan baru di dunia maya ini ..

Share
Tweet
Pin
Share
26 comments

 

Alhamdulillah... segala urusan hari ini selesai .. bukan semua la tapi yang penting penting seperti urusan insurans , bersihkan tandas dan juga makan .. heheh.. makan tidak ketinggalan yer... Pasal insurans tu nanti aku cerita ye.. tu lain kes ..

Ok... Segmen baru tapi lama , kembali.. Kali ini diberi nama , JOM BERKENALAN : KHAS BUAT BLOGGER BARU .. Blogger baru ni yang baru buat blog la maksud aku .. Yang dah lama tu , tapi tak pernah join segmen sebelum ini, boleh la berbuat demikian.. hehe..

Promosi segmen ini juga ada dibuat oleh beberapa oleh blogger seperti AIN MUSTAZA , Mrs Wani kepada Mr.Khairul , Cik Mimmie , ::.Love Story Cute.:: ,ALL IN ONE dan haniz*eyecandy .Kalau ada yg terlepas pandang tu , tolong bagitau yer.. maaf ..hehe... Sesuai untuk blogger baru menjengah mereka ..

Amaran : Mungkin anda akan dikutuk oleh mereka yang tidak sukakan segmen ini atau mungkin tak suka aku ? Hehe.. kalau tak kisah , silalah join ... hehe..

image Tercari cari kek untuk sambut harijadi atau cupcakes ? Lanjut > sini

Ok .. untuk SINGGAH 1 .. apa  kata kita jengah satu persatu .. Masa untuk menambahkan lagi kenalan blogger ...

  1. b!b
  2. BajinganCinta
  3. Apple Sweet
  4. Azwani
  5. ~Athirah's Aunty~
  6. amy shuhada
  7. cikmimmie
  8. ...diriku syazliana...
  9. ♥♥azatiesayang ♥♥
  10. sembil9n
  11. mr.F
  12. Mohamad Yusrizal Yaakub
  13. Mas
  14. ctsamsena@cekdesam
  15. cik ciput (amboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii )
  16. niDa 
  17. Nor'aen
  18. Azwani
  19. kinah
  20. whitecappuccino
  21. chunk kul
  22. PMOfficial
  23. syamimi
  24. norh
  25. masterXperfect

Wah.. tak ku sangka... baru sejam ... dah seramai ni.. Sejam ke ? Aku rasa aku open jam 430 tadi.. hehehe.. berjam dah .. ok la kan ? Hehe... Okeh.. jom kita bina persahabatan ..

Share
Tweet
Pin
Share
22 comments

image

Tak kira blogger baru , tengah , atau lama .. pastinya akan lihat widget  ini untuk mengetahui 'kekuatan' sesuatu blog.. Ini adalah salah satu kesan psikologi pada blogger ..

Aku sendiri mula mula berblog akan lihat widget ini .. Mungkin pengaruh dari FACEBOOK .. Bila lihat betapa ramainya 'kawan kawan ' dalam koleksinya pasti kita akan tertanya , SIAPA DIA NI ?? APA YANG BEST PASAL DIA NI ? atau ARTIS KE ? Tu untuk FACEBOOK ..

Kalau untuk blog .. Bagus atau tidak sesuatu blog itu bukan bergantung pada FOLLOWER tetapi !! FOLLOWER memainkan peranan penting  di sini .. Bila ada pembaca masuk blog kita , mereka akan lihat.. Jika melihat betapa ramainya FOLLOWER  tu , pasti mereka akan meredah membaca blog kita.. Bagus atau tidak .. tu belakang cerita .. Kalau nak tau , selepas habis baca  mereka add follow kita samada secara senyap atau terang terangan ..

Ada yang kata , follower tu belum tentu akan datang kembali , tapi bagi aku la kan .. bila mereka klik FOLLOW tu ibarat mereka KLIK ' I LIKE'  sbbnya aku tak tulis pon kat situ , U FOLLOW ME , I FOLLOW U ' ..

Setiap hari angka FOLLOWER aku tu akan bertambah .. ini menunjukkan blog aku semakin berkembang lagi.. Satu perkembangan bagus untuk aku.. Dan ini membuatkan aku lebih berhati hati dalam bercerita dan juga cuba memasukkan pengajaran di dalam tulisan akuuntuk kesedaran bersama  namun begitu aku tetap akan bersantai dan aku akan tetap post entri setiap kali aku singgah mana mana 'pit stop' .. suka atau tidak , terpulang ..

Buat mereka yg sudi FOLLOW blog aku tu , jutaan terima kasih .. Korang adalah semangat aku !

Share
Tweet
Pin
Share
40 comments

 

@Alamanda skang ni .. Dok dengar 'ceramah' pasal insuran.. mmg nak amik dua pon ..satu untuk aku dan satu lagi untuk wife .. Prudential .. hehe..

Semalam , terjadi satu kes.. aku punya seterika buat hal... rosak .. haha.. takde angin takde ribut , tau tau tak nyala dah.. Yesss... Mmg aku dok cari alasan untuk beli baru je sbb tak suka yang ni .. Tak puas bila seterika baju.. ringan kot.. aku suka yang berat.. hehe..

Maka plan ari ni nak g Alamanda untuk cari satu la.. hehe .. Tapi malam tadi , selepas balik dari tengok wayang tu .. segala hasrat aku terbantut ...

Nak dijadikan cerita .. aku bukak peti ais .. Aku pelik.. tak sejuk !! Tiada lampu .. huh.. takkan rosak gak kot ? Oh tidak !! Ni mesti !! Hurmm.. Aku g check kotak suis utama .. Ceh.. patut laaa... 'Tendang' !

Aku 'up'kan semula semua suis dan .. waaallaahh.. ok rupanya.. ceh... Bermakna kena tunggu lagi la jawabnya.. Susah ada 'akauntan' dalam rumah ni.. huh !

Psstt.. aku bawak wife aku jumpa Anne ni ( agen insuran ) ni.. maka dia je la yang dok soal jawab.. aku ? Update blog.. ok ? hahaha.. bukan apa.. wife aku mmg suka bersoal jawab.. kalau aku ??  OK JEEER smuaa !! hahahah.. aku mmg mudah terpengaruh.. Ada sapa sapa nak jual barang kat aku ?

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

image Yer .. aku tau aku miskin ...

Yer .. aku tau bukan satu alasan aku untuk tidak mencantikkan diri ..

Yer . aku tau aku tak bekerja ..sbb tu aku miskin dan tak boleh mencantikkan diri ..

Yer .. aku tau aku tak berpelajaran tinggi .. sbb tu aku tak boleh dapat kerja ..

Yerlah... aku sedar sapa aku.. Ramai pandang hina kat orang seperti aku ini ...

Aku nak tanya skit kat kau boleh ? Pandai je pandang hina kat aku , tapi ada ke kau nak sedekah walaupun sepuluh sen kat aku ?

Apa dia ? Cari sendiri ? Kalau aku kena cari sendiri , maka apa layaknya engkau memandang hina pada aku ? Kau bukan memberi dan aku bukan meminta..

Aku tau aku mengemis .. Ke hulu ke hilir dengan bekas tin ini .. Tapi tahu ke kau dengan duit yang aku dapat tak seberapa ini aku sedekahkan juga pada orang lain yang lebih memerlukan dari aku.. Bagi aku , cukuplah sepotong roti dan sebungkus air kosong setiap hari.. Bukannya aku minta pizza huts sbg sarapan pagi dan kenny rogers sebagai makan malam ..

Aku bersyukur.. mungkin kecil je sumbangan aku namun ada yang hargai .. Bukankah itu lebih indah dari tahu membaling batu je ?

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

 

Adeh... Semalam aku penat giler.. Opss.. maaf.. salam dan selamat pagi .. Nasi lemak dan kopi 'o' ... hehe .. Sambung .. Bila aku penat giler , maka otak dan jari aku tak senada .. Apa yang aku pikir dan apa yang aku taip , jadi lain lak.. hahhaa.. bila aku baca pagi ni , ada perkataan yang tertinggal di dalam satu satu ayat tu menyebabkan jadi agak janggal dantergantung.. Moral , tidur kalau dah penat tu ! hahaha ..

Ni jap lagi pon nak sambung tidur balik ni.. jap je celik .. nak post satu entri .. heheh.. biasalah kan .. sapa tak kenal aku ... suka post banyak banyak tapi sayang takde kuali .. eh.. kualiti .. hahahha..

Eh .. tak abis lagi ke ? Lama dah abis.. aku tak kisah apa sekali pon tanggapan mereka terhadap ini blog .. Pandanglah ke arah blog yang masuk paper / majalah tu.. g amik segala kualiti yang ada dalam tu.. kan kan .. jgn baca blog ini haa.. tiada maklumat .. info dan sebagainya .. Tiada harta karun disini ..

Oh ya.. kalaulah blog ini hanya sekadar post kosong maka tidaklah aku terima email email pertanyaan dan juga meminta nasihat .. Hurm ... perlukah aku menyuruh mereka yang meminta memerlukan buah fikiran seorang blogger picisan aku ini pergi ke blog yang berkualiti pemikirannya untuk mendapatkan nasihat ? Ada contoh ..dh letak tadi..aku keluarkn takut sengaja dijadikn isu ..

Banyak lagi aku dapat .. ... Ingat , nak beramal sambil berhibur bukannya mudah dan bukannya payah .. Kena bijak menyelitkan dalam setiap entri kita .. Sapa tau kan , durian yang berbau busuk itu rupa mengandungi pelbagai khasiat dan harga amat mahal di Jepun .. 

Sebelum nak kritik , buka buka mata tu ... belajar membaca yang tersirat !

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Ada blogger tanya aku di FB .. Camana aku boleh banyak idea jer ? Maka aku pon jawab la gini ..

"buka mata .. tanya hati ... buka mata ..banyakkan membaca .. proses maklumat. ..jadikan entri... hehe...ok ? "

Kalau buntu , tutup laptop.. rehat.. Keluar dari bilik.. Tidur.. G makan .. G tengok awek sebelah rumah ker .. Keluarkan dslr tu , amik gambar lalat ke .. Buat perkara yang boleh larikan fikiran dari blog sebentar .. Jangan dipaksa ..

Aku sendiri pon garu kepala.. Kekadang buntu lebih lagi bila ada masalah dalaman negara .. Haa .. mmg keras la otak aku .. puas kasi cair.. Jadi cara terbaik , jangan paksa.. Kalau paksa , entri jadi 'sampah' ..

Sebaiknya , banyakkan membaca buku .. majalah .. atau tengok muka awek yang lalu lalang ..Kalau perempuan , shopping tingkap ... Sejuk hati tu kan.. Bila dapat idea , cepat cepat taip dlm handpone.. simpan.. balik keluarkan dan buat entri .. haaa.. senang kan ? Cam wartawan gitu .. catit segala info .. Jangan biarkan ..rugi... lainlah kalau nak buat entri berkualiti .. kenalah peram berminggu lamanya agar lebih masam .. lagi masam lagi best kan ?

No komen.. blog aku blog kuantiti.. Kualiti ? Sila tengok belah kanan side bar aku .. Aku tak tulis pun , I FOLLOW U .. U FOLLOW ME.. Mereka add aku nape yer ? Ada cabutan bertuah ke ? ;)

Share
Tweet
Pin
Share
12 comments

 

Aku terhibur bila mereka terhibur.. Aku tersenyum bila mereka ketawa .. Aku sayu bila mereka mengalirkan air mata .. Aku gembira bila mereka suka ..

Itulah perasaan aku  bila setiap kali entri aku dibaca oleh ramai orang tanpa mengira umur .. Aku tak sasar mana mana peringkat umur .. Asal mereka faham , dah memadai bagi aku ..

Pembaca blog aku ini ada yang masih sekolah dan ada yang dah beranak pinak ..  Maka aku cuba sampai setiap cerita tu dengan seringkas mungkin .. Yang paling penting , mereka faham mesej aku ..

Aku bangga dengan pencapaian seorang blogger budak sekolah ni.. hehehe... Alhamdulillah... suka aku baca entri dia tadi.. Berblog ni membantu dia memperbaiki mutu penulisan Bahasa Malaysia dia .. Wah.. Tahniah Amir .. hehe .. nak tau , baca sini.

Mengenai tajuk entri aku ni , aku sekadar nak bagitau pada mereka yang dok ingat aku ini popular atau femes emes ni .. Aku ini sekadar blogger tepi longkang jer .. Walaupun hina tapi tanpa longkang ni , air takkan sampai ke takungan .. Faham ? Takkan tak faham kot ?

Aku bangga aku berblog di mana mana saja .. Kenapa ? Sbb tak ramai buat gitu .. Nampak hinakah ? Hehehe.. Tak kisah la... Yang pastinya aku bukan nak 'A' jer .. Walaupun F aku terima asalkan , korang gembira tersengih baca entri aku ni .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Hurm.. maaf la yer .. Atas permintaan rakan blogger , MUSH .. dia mintak aku war warkan entri prihatinya terhadap rumah  jirannya yang baru mengalami kebakaran ..

Maka aku amik kesempatan ini untuk mintak rakan rakan blogger lain yang berminat untuk memanjang entri ini beserta membantu mangsa bagi meringankan bebannya ..

Terima kasih pada yang sudi .. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , sila klik link ini .

image

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

{ STICKY POST - ENTRI TERBARU DI BAWAH ENTRI INI }

Aku rasa ramai dah tau kan ... sapa pemenang diantara pemenang CERITA KREATIF kan ? Heheh... Persaingan sengit ketara pada awalnya tetapi pada penghujung waktu , LM memotong tanpa pandang belakang dah .. laju terus ke hadapan .. hehehe.. dan seterusnya bergelar pemenang .. Tahniah bua LM dan semua !

image

Koleksi CERITA KREATIF ( link )

PEMENANG UTAMA CERITA KREATIF : Lydia Miza(Aidyl Azim)

image

Share
Tweet
Pin
Share
28 comments

 

Alhamdulillah .. selesai urusan ari ni .. Esok lak ... nak basuh kereta .. nak basuh tandas .. basuh diri.. hehe.. ops.. sori.. ni cerita peribadi.. kalau tak nak baca , sila EXIT ROUTE 999 , 100 meter di hadapan anda .. Terima kasih  ..

Esok aku juga nak jumpa agen insuran Prudential .. Dulu aku ada amik insuran tapi pastu aku tutup sbb masalah kewangan.. haaa.. cerita peribadi lagi ni .. hehe.. guwau .. Ada satu kesedaran yang membuatkan aku perlu amik insuran iaitu perubatan ..

Aku tak nak susahkan orang lain bila aku ada masalah nanti lebih lagi bila melibatkan fizikal.. Kita kena sediakan payung sebelum hujan .. Mana tau kita ada masalah dengan kesihatan dan pada masa yang sama ada masalah kewangan .. Camana tu ? Sekurangnya dengan ada insuran , boleh 'tolong tolong' skitkan .. hehe.. ok tutup bab tu .. lupa, kalau ada sapa berminat nak dengar sekali , jom ar.. jumpa kat Alamanda esok.. hehe..

Ok.. atas satu permintaan seorang kawan blogger ..Dia bertanyakan tentang buku yang aku beli tu .. hurmm... Tajuk dia SENI PEMIKIRAN KRITIS - Suatu Pendekatan Logik Tak Formal  , tulisan LIM KIM HUI ..

Kenapa aku nak beli buku ni ? Buku ini mengutarakan teknik teknik kemahiran berfikir secara kritis dan bagaimana ia boleh membantu dalam usaha membentu hujahan yang lebih baik dan berkesan sama ada dalam penghujahan sehari hari atau semasa menulis artikal penghujahan .. Amacam ? Tertarik ?? Hehe..

Kalau korang berminat nak beli ? Aku jual murah punya.. RM50++ .. Amacam ?? hahaha.. aku guwau jer... buku ni harga RM37 setelah ditolak diskaun .. Kalau nak beli , cepat cepat g ke KARNIVAL ORI di Mid Valley.. Cari booth DEWAN BAHASA PUSTAKA... hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

image

Entri ke -30 hari ni .. Waahh.. kuantiti .. Sedap makan kat Maeps Steamboat.. Berbaloi ! Satu kepala RM19.90 .. termasuk air .. Dan pada mereka yang berminat nak ke sini sila search jer MAEPS RESTAURANT dan jangan lupa buat tempahan tau ! Kalau tau , makan asap je ler... hehehe.. menunggu lama woooo ..

Hurmm .. tahu tak berapa ramai blogger yang berilmu tapi entri ala kadar jer ? Maka janganlah memperkecilkan entri mana mana blogger selagi dia berada dilandasan penulisan yang beretika .. Tiada carut marut.. caci maki mahu pon mengkritik keterlaluan ..

Blogger yang bijak adalah blogger yang berfikir samada ketika menulis mahupun membaca ... Jangan main hentam keromo mengkritik .. Sebelum kritik , pastikan dalam entri tu ada penyelesaian pada kritikan itu .. Bantu membantu kan bagus .. kan kan ?

Share
Tweet
Pin
Share
20 comments

 

Seperti biasa , aku akan blogwalking untuk membaca cerita cerita blogger lain .. Aku tertarik dengan satu entri kawan kita ni berkaitan mana lebih bagus .. kualiti atau kuantiti..

Hurm... menarik .. bagi aku .. apa saja yang lahir dari hujung jari dia sendiri maka itu adalah datangnya dari kepala dia yang mana puncanya samada dari hati atau matanya.. Telinga tu kadang kadang la kan ..

Nak tanya .. bagaimana korang menilai kualitinya sesuatu tulisan ? Apakah entri yang berkualiti itu hanya melibatkan sesuatu isu semasa ?  Atau entri yang memerlukan kajian yang terperinci ? Atau makan malam tak boleh dijadikan entri yang bagus ?

Aku sedang makan malam di MAEPS STEAMBOAT RESTAURANT.. Korang  tau kat mana ? Ada yang tau dan ada yang tidak .. Korang tau berapa harga satu kepala ? Ada yang tau dan ada yang tidak .. Korang tau sedap atau tidak ? Ada yang tau dan ada yang tidak ..

Maka .. satu nasihat dari aku .. Bila kita baca sesuatu tulisan orang .. baca dengan minda terbuka.. Ada sesuatu yang ingin disampaikan .. Nampak selamba atau ringan tapi pasti ada sesuatu .. Walaupon nampak 'bodoh' tapi proses maklumat itu dengan positif ..

Dan satu lagi .. perlu ingat.. pembaca blog ni terdiri pelbagai peringkat.. Ada yang nak santai.. ada yang nak serius.. macam macam .. Seperti mereka yang gemar membaca novel ..macam macam jenis ada novel... yang tak suka baca novel , boleh pilih baca komik atau majalah ..

Maka , samada kuantiti atau kualiti seperti aku ini yang mementingkan kuantiti tetapi cuma menjadikannya kualiti pada pembaca , cuba menjadikan setiap kali entri aku itu satu latihan penulisan.. Setiap hari ada je kerja rumah yang perlu aku buat .. Yang aku utamakan , pembaca aku terhibur serta maklumat aku walaupun sebesar kuman ini sampai di kepala mereka ..

Jangan mudah memandang remeh tulisan orang lain walaupun nampak tidak berkualiti .. Sekurangnya dia ada inisiatif berbuat begitu dari dok mengarut tah hapa hapa ..

Jangan terasa ... Tepuk dada tanya selera .. Nak tengok JOGHO atau SENARIO LAGI ??

Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

image

Walaupun aku lambat tengok cerita ni tapi... BERBALOI !! Sangat menghiburkan .. Nak kata apa kan .. Bruce Willis ngan Morgan Freeman.. Dua hero yang aku minat .. hehe... Berapa bintang... dari aku 4 bintang ..

Lepas balik dari Alamanda tadi , aku lelapkan mata jap.. dalam 10 minit gitu .. pastu baru gerak g Alamanda ngan wife .. Member aku , Ady Hazman yang tolong booking ( selama ni pon dia yang booking ) dah setia menunggu.. hehehe.. Masuk panggung pon dah gelap dan start pon .. hehehe.. Aku mmg tak suka masuk lambat tpi tadi kes istimewa.. hahaha..

Lepas maghrib ni , nak g MAEPS kat Sri Kembangan tu lak .. nak try makan buffet kat situ .. hehehe.. Hari ni mmg hari keluarga sungguh .. hahaha.. yelah , dari ari Isnin sampai Jumaat , bz  jer siang malam ..

Sepatutnya perancangan ari ni nak ke Cameron Highlands tapi terpaksa di batalkan sbb nak g shopping kat Mid Valley .. hehe.. Tak pe , lain kali leh g..

Karang nak live in action kat MAEPS lak .. Diorng kata sedap .. Sedapkah ? Tungguuu ...

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

image

3 buah buku yang aku beli tadi kat Karnival Ori tu .. Murah jer tu ... Jumlah ke tiga tiga tu , RM60 jer.. pastu dapat masuk cabutan bertuah.. Wife aku g cabut.. dapat la 2 tiket wayang free ..apa apa movie aja.. heheehe..

Skang ni kat Metrojaya , Mid Valley .. Aku tercari cari casing untuk hp aku ni.. Sebelum dia terjauh atau tercalar , lebih baik aku beli .. hehe.. Hadiah harijadi aku ni.. aku dok pikiaq nak apa.. hahaha.. HD7 atau G-SHOCK ? Sebarang cadangan ?

Cari seluar kerja... dari tadi aku cari  seluar kerja.. baju pon gitu.. tapi semua cam tak kena je.. Bukan tak cantik.. bukan sebab harga.. tapi cam perlu padahal amat memerlukan.. hehehe.. dah naik reput seluar tu.. Tah ler .. aku mmg susah sikit bab ni... kecuali bila dah terdesak , rembat je apa yang ada .. hehe ..

Bagus Metrojaya ni... sediakan tempat beristirehat..heheh..

imagePasni balik Putrajaya kemudian g Alamnda lagi.. nak tengok RED .. hehehe

Share
Tweet
Pin
Share
18 comments

 

Maaf yer .. bukan entri gatal atau berbaur seks .. atau nak perli sapa sapa ..

Aku di Mid Valley ni .. Duk depan Pasaraya Jaya Jusco .. Wife aku , g menghabiskan sisa sisa gaji bulan lepas .. Tu pon dah pakat simpan banyak dah .. kira baki ni mmg untuk keperluan diri ..

Nape aku tak ikut sama ? Aku rasa dia kesian kat aku kot dok mengikut sana sini.. Dah la tak cukup tidur semalam.. hehe .. Jadi dia suruh aku duduk kat kerusi tu sambil update blog .. Dan dia pon selesa nak memilih apa yang dia nak .. Kalau jumpa yang menarik , dia call aku untuk tanya pendapat ...dan aku pon g la tengok...ok la kan ?

Tadi ada satu auntie berbangsa cina ni tegur aku.. Kebetulan dia duduk sebelah aku .. Bahasa Melayu dia fasih sekali .. Dia tanya aku pasal netbook yang aku guna ni .. Dari pertanyaan dia , dia bukan jenis buta IT .. hehe.. Dia tanya bagus ke tak.. pastu bla bla bla la ngan dia .. Lama gak .. dalam 10 minit gitu.. Sampai masuk bab politik .. haahha .... Dia ada cakap kat aku , ada satu perempuan popular ni , disbbkan dia punya kuasa , maka dia boleh amik hak orang dengan mintak gitu jer .. Perghh... Tu dia kata la.. Wallahualam..

Selepas tu , suami dia datang , dan dia mintak diri .. Aku sambung tulis entri .. heheeh.. Tiba tiba mata aku menangkap wajah perempuan ni.. Aku rasakan dia mesti pelajar UIA berdasarkan dari pakaian dia ..

Hehe.. mmg menutup aurat sungguh .. sampai ke hujung jari kaki dia .. hehe.. Aku 'saja'  tengok dia lama lama .. Mustahil dia tak perasan di pandang sbb dua tiga kali lalu depan aku dan paling bagusnya .. dia tak pandang aku langsung sedangkan 2 orang kawan dia tu , ada la juga memandang ke arah aku .. Bukan la tengok gatal ke apa tapi tengok gitu je la.. Mungkin aku duduk kat sini dengan laptop la kan.. Pelik gitu.. hahaha ..

Tapi serius laa... aku rasa mmg dia ni jenis pemalu sungguh.. hahahaha... bahagia pasangan dia nanti .. Alhamdulillah .. Syukur .. masih ada yang 'dara' di zaman ini ... Ramai woooo cuma tak tau di mana mereka.. Biarlah tersembunyi dari di goda dek .. dek sapa ? korang tau je la kan .. haahhaha.. Iskh.. bukan aku laa... aku tak mampu nak bela anak orang lain dah.. hahahaha.. cukup sorang jer ..

Maaf jika ada yang terasa .. Bukan niat ku cuma itulah yang ku rasa sekarang ini ..  ;)

Share
Tweet
Pin
Share
29 comments

 

Aku terbaca satu entri seorang kawan blog yang kebetulan dia berada dalam blog list aku pasal blogging ini .. Itu pendapat dia ..hehe.. tak pe.. masing masing punya pendapat ..

Aku dah setahun berblog.. Niat berblog pada mulanya mmg suka suka .. tapi bila aku tau berblog boleh menjana pendapatan sampingan , aku mencubanya .. Apa salahnya aku cuba kedua dua nya , kan ? Sayangnya seperti dia juga , aku mula mula berfikiran begitu .. Tidak berbaloi ..  Hampa ..

Namun ada seorang kawan aku , memberitahu teknik berblog yang mana aku gunakannya secara 'terbalik' .. Dia mintak aku betulkan ... Katanya sangat mudah.. kalau kawan dia tu boleh dapat , mengapa aku tidak ?

Berbaloi ? Aah .. sangat berbaloi .. bukan dari segi $$ saja tapi macam macam .. Dengan berblogging , aku kenal ramai kawan .. Aku pergi mana mana tempat saja pasti ada kawan disitu .. Terbaru , aku ke Terengganu , KAK NOR SECUBIT GARAM mempelawa aku dan wife ke rumah dia .. Johor , MAT GEBU .. KUANTAN , KAK UMMI ZAIHADI dan banyak lagi ..

Kalau kita berblog untuk mencari $$ , pastikan blog kita itu mmg dibuat khas untuk $$ .. Kalau untuk suka suka , pon gitu jugak .. Kalau nak dua dua , maka apa saja yang datang .. terima jer ..

Sebenarnya dunia blog ini besar ... Kita cuma disekat dengan kepopularitian blogger blogger tertentu saja .. Terlalu ramai lagi blogger di luar sana yang menjana pendapatan sampingan yang tinggi tapi low profile..  Tak berminat untuk mengejar populariti ..

Kesimpulannya .. berbaloi atau tidak , segalanya bergantung pada cara kita berblog .. Seperti meniaga kedai makanan , kalau masakan sedap tapi tak de orang , tak guna .. Kalau masakan tak sedap  tapi ramai orang , berbaloikah ? Kalau dua dua faktor tu ada , lagi puashati bukan ?

Sikit sikit lama lama jadi bukit .. Jangan pandang 5 angka... mulakan dengan satu angka kemudian 'ternak' agar jadi 5 angka..

Share
Tweet
Pin
Share
17 comments

 

Seawal 9 pagi dah keluar untuk ke sini .. sini ni maksudnya Mid Valley yer .. Tujuan utama nak cari barang barang tertentu di samping nk tgk apa yang ada dijual di Karnival Ori ni .. Hehe..

Tujuan g awal ni sbb nak elak takde parking .. sini mmg susah nak dapat parking.. biar awal dari abis minyak terpusing pusing.. hehe ..

image

Antara yang di jual , tv , dvd , cd , baju , kasut , buku , hp  beg deuter , raket , set golf , kosmetik , pakaian budak budak dan ada beberapa jenis lagi yang aku tak perasan ..

image

Aku sempat beli 3 buah buku ... Salah satunya sangat bagus untuk aku memantapkan lagi penulisan blog aku ni.. Hehe.. mana tau kan ? Ok.. nanti aku cerita pasal buku tu eh .. Keluaran DBP ..

Aku dok pk.. nak beli bench ke tak ni .. hurmmm.... malas nak g gym dah ni.. leh jimat kos skit .. hehe.. layan kat umah je ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Penantian yang sia sia ! Tu yang boleh aku cakap ...

image

Menunggu member aku datang amik aku pada jam 12 tengah malam untuk menonton cerita yang disangkakan best sangat !

Duduk bersila kat tepi jalan neh ! Sementara tunggu dia , aku keluarkan laptop untuk update entri .. Baru je on laptop , kereta dia muncul .. tak pe tak pe... Dia tanya aku lama dah tunggu ? Cam biasa jawapan bagi dia rasa bersalah , ' Baru je .. Sempat update 3 entri ' ... hehe.. saja jeee...

Pastu terus ke Alamanda .. hehe.. tak sabar neh nak tengok .. Aku minat cerita alien gini neh..

imageSerius ... JANGAN TONTON ...  Ni pendapat aku la ... Berapa bintang ? 1 dari 5 bintang ... Haih.. balik tidur pon best !  

Share
Tweet
Pin
Share
27 comments

Aku rasa sekarang ramai blogger baru dah faham maksud contest yang aku buat tu .. Kalau nak kembangkan blog korang tu , maksud aku nak mengembangkan lagi sayapnya ... bukan kembangkan cam maggie kembang tu .. faham ? .. ok sambung.. kalau nak kembangkan blog korang tu , kena gunakan segala medium yang ada .. FACEBOOK..TWITTER dan macam macam lagi ... Gunakan semua tu ..

Aku yakin ramai blogger baru boleh bina empayar mereka sendiri.. Tahniah ! Tak lama lagi , aku pulak g 'bermain main' blog mereka ... hehehe.. Korang rasa la kan .. sapa yang korang nampak akan naik ?

Aku nampak ramai ... apa yang perlu mereka buat ialah ' perkenalkan diri mereka ' lagi.. rajin rajin gabungkan dua dunia .. blog dan Facebook.. Bagi aku , FACEBOOK lagi mudah nak promosi blog berbanding yang lain ..

Kena berani mencuba .. tak cuba tak tau.. Nak lagi best , cuba cari partner.. gabung dengan mereka.. Aku pasti lagi meletup.. Setahun sekali kena rajin buat contest yang interaktif... pikat pembaca .. Sbb apa , skang blog jadi bualan mulut ke mulut ..

Selamat mencuba ..

Share
Tweet
Pin
Share
23 comments

10 buah cerita yang dapat undian tertinggi dari berpuluh puluh cerita.. Ini bukanlah menunjukkan cerita cerita yang lain tu tak best.. tak caya ? Baca la sendiri kat sana ..

Tapi inilah yang mendapat pilihan serta undian paling tinggi .. Dari sini kita akan pilih , sapakah yang paling tinggi undian bagi menentukan pemenang CERITA KREATIF ..

Lydia Miza(Aidyl Azim)
faizs
razucute
g0m0k9enDek
Mama Zara
paDel
tengkorakemas
alieff
CekLa
Shaofie

Susunan mengikut undian paling tinggi ..

OK.. kotak undian akan dinaikkan sebentar lagi.. Tempoh undian sampai kul 12 malam ini ... hehehe... okeh ??

Terima kasih pada mereka semua yang mengambil bahagian dari yang menyertai sehinggalah menyumbangkan tenaga untuk memilih cerita yang mereka rasakan menarik .. Terima kasih !!

Share
Tweet
Pin
Share
44 comments

 

image Hehehe .. makan dulu yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (8)
    • ▼  Mac 2026 (2)
      • Antara briskwalk dan angkat beban !
      • Raya macam dulu dulu di Pusat Pakaian Hari Hari 2026
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes