BEN ASHAARI



 

Tengok ragam dia , teringat masa kecik setahun lepas .. huhuh.. Sekarang , dah penat mengejar dia .. ahahaha ... Tu 'berkemban' jer sbb payah benar nak pakaikan suar dia skang ni ..

Comel cam daddy dia je kan ?

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Semalam gi Low Yatt utk beli gadget bagi memudahkan lagi kerja kerja aku .. Sasaran aku ialah Samsung Note 8.0 atau Sony Tablet Xperia Z .. Harga tak jauh beza pon .. Walhal Samsung bukanlah gadget pilihan aku sbb ramai sangat dah guna jenama ni .. Aku suka yang tak ramai guna tapi berkualiti .. heee.. (htc la tu .. )

Bila aku pegang Xperia Z ,  terasa nak sangat amik ..Tapi memikirkan apakah aku mudah mengusungnya ke hulu ke hilir dan melakukan kerja dengan lebih mudah rasanya Xperia Z ni lebih sesuai duduk dalam rumah atau tempat tempat tertentu je .. Lagi pon ianya lebih pada 'entertaintment' walaupun specnya cukup mengagumkan.. Perisian khas , tiada la pulak .. Aku tak tau la kot ada , mungkin terlepas pandang. Dah check tapi tak nampak .. hurmm.. Harga , RM1999 ..

Ok.. aku naik ke tingkat atas .. Minggu lepas , harga standard Note 8.0 ialah RM1599 dan minggu ni dah turun .. RM1500. Sewaktu di kedai tu , ada 2 lagi pilihan iaitu ASUS dan ACER .. Kedua duanya di bawah RM1000 . Spec mmg ok sangat.. Bila aku test Note 8.0 , ternyata ada beza dengan kedua dua tu walaupun Note 8.0 tak selancar ASUS dan ACER yang terbaru tu .

Antaranya kewujudan S Pen yang memudahkan aku untuk mengambil nota bila ada apa apa meeting atau perjumpaan. Perisian yang sedia ada di dalam Note 8.0 pon sangat cool ..

Aku pening kepala jap . Skang ni aku nak tengok 'berhibur' atau nak buat kerja ? Hurmmm .. Kalau nak berhibur atau bersosial , Htc One X aku tu saja dah cukup terbaik !

Alasan aku untuk beli gadget baru skang ni adalah untuk buat kerja ! Jadi , aku amik Note 8.0 .. Nekad .. Aku tanya penjual tu apa yang boleh dia offer pada aku . Ok , aku amik .. Bayar tunai dan balik .. Sony tu , bila ada duit lebih baru amik .. hahaha ..

Memula cuba pakai , terasa beza sangat dengan Htc yang aku dah setia lebih kurang 4 tahun .. huhuhu .. Nak cuba apa yang best sangat guna Samsung Note 8.0 memandangkan jiran aku yang bekerjaya profesional pon mengesyorkan Note ni ..

Kesimpulan .. Kualiti paparan gambar ( kamera ) tak secun Htc One bila aku up ke Instagram . Mungkin bukan paparan HD kot ? Tapi perisian nak buat kerja tu , mmg best ! Dan S Pen tu , mmg menyeronokkan ! Aku kembali menulis !!!

Kita takkan mungkin memiliki semua apa yang kita inginkan tapi sekurang kurangnya pastikan kita dapat apa yang kita mahukan ..

Tapi rasanya aku akan kembali guna HTC terutama HTC ONE dikatakan yang terbaik di kalangan smart phone yang ada skang ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

-iklan-

 

 

Salam Ramadhan

Bulan yang berkat ni peluang untuk kita merapatkan lagi hubungan kita dengan Allah..

Solat lebih masa, Mengaji Al-Quran, Jaga Hati , Jaga Mata, Jaga tutur kata & Jaga Pemakanan & juga anda boleh Menurunkan Berat Badan sambil menjaga Kesihatan..

Untuk yang nak turun kan berat badan secara SIHAT, SEMULAJADI, SELAMAT & CEPAT..

Alphalipid SD2 Boleh membantu

Anda hanya perlu minum 3 kali sehari

  • Sahur – 3Scop
  • Berbuka – 3Scop
  • Sebelum tidur – 2Scop

Usah risau.

Ada setengah orang risau, jika berdiet dalam bulan Ramadhan ni badan akan jadi lemah dan lesu..

Jangan kuatir SD2 sudah lengkap dengan kandungan yang HEBAT..Time berbuka nanti hanya ambil Protin sehingga anda kenyang..

Berapa berat boleh turun?

Satu tin dalam masa seminggu , berat badan akan turun dalam 2-5 kilo dan membantu mendapatkan bentuk badan yang ideal..

**Jangan terperanjat ye , Aidilfitri ni boleh pakai baju kebaya..**

Hubungi kami untuk HARGA HEBAT SEMPENA BULAN RAMADHAN INI..

FREE POSTAGE + FREE TERBO SHAKE + FREE CONSULTANT + SPECIAL FREE GIFT + FREE HAND BOOK..

(ID:1340896) HAYATI - 019 232 5102
(ID:1336341) FIKRI - 019 232 5120

FB : https://www.facebook.com/alphaLipid.hayatifikri

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Belum sempat aku rasmikan , dia dah bantai guna dulu ! Bila aku amik , menjerit siap kejar lagi ! Hahahaha .. masak akuuuu …

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Dah lama aku tak harung jammed gini . Gi jemput wife di Putrajaya pastu balik ke Cheras .. malangnya , tersangkut dalam jammed .. Tengok jam semakin hampir ke waktu berbuka ..

Apakah bekal yang ada ? Tadaaaa .. susu Qhaliff ! Nasib baik Qhaliff aku tinggalkan awal awal kat mak aku .. heeee ..

Dah pukul 630 ni .. jalanraya takde menunjukkan tanda tanda akan lengang malah semakin teruk ..

Apakah aku akan berbuka dgn susu Qhaliff memandangkan takde bekalan utk berbuka ? Huhu

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Kejadian yan berlaku semalam sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah .. Hurmm .. Bila tgk kedua dua kereta ni rasanya macam pertembungan akibat cuai .. Nak cepat balik rumah ke ?

Hurmm.. serius .. pada petang ginilah pemandu tak sabar sabar nak balik ke rumah sedangkan jam baru kul berapa ?? Kalau nak masak utk keluarga sekali pon , jangan sampai buatkan anda berbuka puasa di hospital dan keluarga anda pula masakan untuk anda ! Ha.. ingat ingat la skit. Kalau tak sempat , beli jer ..

Aku nak je kata time gini la kan , pemandu perempuan sangatlah pentingkan diri sendiri ! Yer , bukan semua tapi segelintir je masih mampu fikirkan keselamatan diri .. Jangan marah , ianya hakikat.. Kalau anda nak kata lelaki pon sama , lelaki dari dulu mmg gitu tapi masih ramai berhati perut ! Hahaha.. betul kan ? Tak eh ? Aku dapat dari mana statistik ? Caya ke ngan statistik ? Atau pengalaman diri sendiri ? Aku lebih percaya pada pengalaman diri sendiri dari statistik zmn ini !

 

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Pening jap .. semua cantik baju baju yang ada di Bintang Collection ni.. Semua nampak bersesuaian dengan Qhaliff yang berkulit cerah .. Tak putih dan tak gelap .. ehehe

Aku ada tanya kawan-kawan di FB dan Instagram ( @Ben_Ashaari) , mana yang lebih sesuai memandangkan mereka ari ari dok tengok muka Qhaliff .. heee..

Biru Langit Biru MudaCoklat Gelap

Yang ni , aku berkenan dengan BM0110 sbb tahun lepas punya baju ada gini gak  colornya .. Tapi yang 0201 tu cantk gak .. Yang 0111 tu , sesuai utk kulit putih ..

 Hijau MudaKuningMerah Cili

Kuning ? Perghhh .. Cantik tapi tak sesuai sangat untuk Qhaliff tapi tak cuba tak tau kan ? Warna 0112 tu sejukkk mata .. Tapi 0202 tu , aku suka tapi confirm mak dia tak suka ! Hehehehe ..

MustardPink MudaPurple Muda

Ramak kawan kawan pilih 0115  dan aku pun berkenan dengan warna ni .. Lembut jer .. Cam bapak dia .. Lembut tapi bukan bererti dia si lembut yer ! Hehehe ..

417835_116915768507363_2104287380_n

Ok , Size , mestilah S laa kan .. Warna , tau dah nak amik mana .. Buat kengkawan yang berminat nak order , baik cepat sebelum abis stok .. Baju ni RM55 sepasang untuk semua size. harga adalah termasuk pos.

Untuk sebarang pertanyaan sila bertanya pada SMS / Whatsapp ke

Ayu: 012-355 1277

Khairil: 012-5586225

Facebook : Bintang Collection

 

Terima kasihhhh …

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Waktu tidur semalam .. Qhaliff dok mai ‘merayu’ kat aku suh pasang Upin Ipin walaupun dah berkali gosok mata tapi aku yang masih dalam mood ‘ Ibu Bapa Genuis’ , terus pasangkan zikir dan selawat untuk dia ‘layan’ ..

Apa yang berlaku  Dia terus cari mak dia dah lama tidur tu utk menyusu ! Hahahaha … Oooo .. terus mengantuk yer !!

Awal pagi subuh tadi .. Di kala semua orang sibuk mengemas , aku bukak tv utk Qhaliff layan sementara .. Terkeluarlah Upin Ipin. Senyum terus dia dan tak kisah dah mak ayah dia nak wat apa !

Nasib baik bulan puasa…

Dah abis , baru sambung menguap !

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Ada  dua .. jika ada rezeki lebih , apa salahnya kan ? Kalau rasa tak mampu nak sedekah , kongsikan saja di wall FB anda utk pengetahuan rakan yang lain .. Terima kasih yer ..

Rujukan lanjut di : http://aqiqahkemboja2013.blogspot.com/2013/06/sukacita-dimaklumkan-pelajar-sarjana.html

 

Terima kasih !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Bila gi mall , gini la jalannya .. Kalau pandang depan , banyak pulak pahala dipotong ! Peliknya yang pakai gitu tu , tak rasa pulak berdosa .. Yang tengok ni ‘kena rasa berdosa ‘ … iskhhh..

Tu belum lagi gi bazaar Ramadhan .. Bayangkan bila gi bazaar Ramadhan , ternampak laaaa awek pakai sendat sendat lalu kita tegur secara baik .. Apakah dia akan dengar cakap kita ? Rasanya peratusan tu amatlah kecil sekali ..

Tapi bila guna cara gini .. camana ?

"Awak pakai ketat ketat gini , nak gi ke mana ?.

Andaikan dia jawab gini .. " Gi bazaar Ramadhan la .. nape ?"

Lalu kita jawab dengan intonasi yg lembut dan sopan .. "Oh.. nampak macam nak gi neraka jer gayanya .. ".

 

Malangnya , cara begini pon ada yang kata ‘menghina’ atau ‘kasar’ sbb ada sebut neraka ! Waduhhh .. Abis tu nak sebut apa lagi kalau dah tau balasan terhadap dosa tu apa ? Janganlah nak kata ‘ satu hari nanti dia bertaubat .. “ … Tu kalau pon sempat sampai ke hari tu . Kalau tak sempat ? Sapa yang berdosa sbb tak tegur dia ?

Aku ni bukanlah baik sangat .. Tapi aku tamo la kumpul dosa dengan melihat orang lain yang saja saja buat orang lain berdosa ! Cukup cukuplah .. Bawak sedar sedar la.. Neraka tu cukup luas untuk diisi oleh makhluk yang engkar terhadap perintahNYA .. dan sesungguhnya aku amat takut bila memikirkannya .. sangat menakutkan ..

Cuba baca entri Terkedu ketakutan aku .. dan Tak takut pada ALLAH kah ? ni ..  Kemudian , terpulanglah pada pendapat korang sendiri.. Tugas aku dah lepas ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

 

Shopping ? Takde maknanya.. Banyak dah beli untuk dia .. Tapi akan beli gak la 3-4 helai untuk dia.. Daddy tak yah pon tak peee ..

Pastu bawak gi cari barang dapur .. Rasuah dia dengan makanan .. Sedap..feveret aku tuuu .. Hanya makan je mampu buat Qhaliff diam sekejap sementara menunggu ibu siap cari barang dapur ! Dan aku kena standby air mineral utk dia .. Bila dah abis makan , maka dia mula bizi laaaaa ..

Sibuk nak menolak ! Dalam dok menolak , agaknya dah penat sangat .. tenaga pon abis.. Terjatuh dia.. nangis sudah ! Heheh.. Daddy biar je .. pastu baru angkat .. Saja nak latih dia skit rasa erti ‘sakit’ .. Pastu pujuk la balik .. Tak susah pon dia ni nak dipujuk ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Pergh.. berpeluh aku tengok .. Bukan sbb apa .. Kagum dengan cara didikan mereka yang berjaya melahirkan anak yang cukup bijak .. Hurmm ..

Banyak yang perlu aku perbaiki dan tambah lagi .. Hurmm .. Nak jugak Qhaliff menjadi orang bijak pandai , dunia dan akhirat !

InshaAllah .. Aku tak harapkan dia menjadi genius tapi memadai dgn mampu memberi kebaikkan pada agama , negara dan masyarakat .. Kalau dapat jadi genius , satu bonus buat aku tapi syaratnya , ibu bapanya perlu jadi genius agar dapat menurunkan genius pada anaknya dengan didikan yang betul dan tepat ..

Gulp .. Tiada lagi Upin Ipin ?

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Apa saja yang melibatkan masakan di bulan Ramadhan ni , pastinya memberi pulangan lumayan pada si penjual , pemakan , perut dan juga tong sampah !

Tapi … aku dalam dunia blog ni pastinya lebih tertarik pada rezeki trafik pada blog ! Pastinya blogger masakan akan menjadi tumpuan pada waktu ini ! Mencurah curah trafik ketika ini .. hahaha.. Rezeki benar tuuu ..

Jiran aku , Mat Gebu akak Dapur Tanpa Sempadan seperti tahun tahun lepas akan tersenyum jer bila melihat ‘counter’ pengunjung bergerak seperti air sungai .. Lajuuuuuuu jer .. Memberi ilham serta idea pada mereka yg berkeluarga untuk menikmati juadah pilihan si ibu atau isteri. Pastinya melazatkan !

Photo: ......Ganas gak orang singgah blog DTS awal Ramadan ni kan...apa2 pun terima kasih yea...harap2 apa yang ada kat DTS tak sikit banyak dapat membantu anda...ingat bukan paksa suruh ikut 100%, che mat sekadar memberi idea sahaja....

Mat , pinjam sat gambar noo ..

Sememangnya trafik begini menjadi idaman mereka yang bergelar blogger. Tanpa perlu ‘main SEO isu semasa ’ , pengunjung akan masuk bertalu talu hanya untuk mencari resepi pilihan .. Menarik bukan ?

Inilah rezeki di bulan Ramadhan . Tapi sayangnya ada pulak yang amik kesempatan pada mereka ni ..

Photo: .....nak berniaga apa sekali pun, biskut ke, kek ke, tak kesah lah apa benda sekali pun, guna gambar produk sendiri ATAU kalau nak guna gambar hak milik orang lain, SILA MINTA IZIN....tu je nak kata...salam Ramadan...

Hak orang , jangan salahgunakan .. Mintak izin jika nak guna.. Hehehe .. Kan dah kena tegur ngan Mat .. Huhuh ..

Hati-hati yer ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Nak layan Upin Ipin skg ni mesti daddy kena join sama ! Kalau aku tak join sama ( tido dgn tangan pegang hp ) , confirm badan aku dilumurkan dgn air liur oleh si Qhaliff sendiri !!

Nasib baik tak muntah darah tgk Upin Ipin yg dah masuk beribu kali diulang tayang samada di hp atau tv !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Bangun awal pagi ni semua skali sbb nak gi antar wife ke LCCT .. Mau ke UUM dia.. ada meeting katanya .. Tak sangka dari rumah aku ke sana cuma 16 minit jer.. Ingat jauh .. Guna WAZE .. Hehehe… mudah rupanya guna menatang tu ..

Sahur dulu pastu terus gi antar dia .. Dalam kul 5 40 sampai gitu . Kemudian terus ke Cheras . Plan sampai sana nanti nak tidur lama skit sbb aku tak cukup tidur beberapa hari ni. Sakit kepala dah ..

Dalam kul 6 lebih sampai .. Qhaliff segar molek ! Terus dia bermain dengan sepupu dia . Mak aku kasi dia roti .. Dia bukan nak makan sangat . Usung ke hulur ke hilir .. pastu terjatuh .. Cepat aku kutip dan bersihkan.. Pastu terus masuk ke mulut aku , seperti biasa ! Elakkan pembaziran …

Tetiba aku rasa cam ada sesuatu tak kena ..

“ Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !! Aku puasa laaaaaa !!! “

Dengan pantas aku buang balik saki baki yang masih ada dalam mulut aku. Nasib baik skit jer aku gigit tadi !

Kecik besar kecik besar je aku tengok Qhaliff … huuhh.. Terkena gak aku ! Semalam berjaya ingatkan diri ni .. Hari ni , baru sejam dah terlupa ! Maklumlah , hari gelap lagi …

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
24 comments

 

Dalam comot tu ,nak jugak dia pelawa .. Heee.. Tapi yg tak tahan tu bila dia amik hp aku dengan jari jeari dia yang … hurmmmmm…

Nasib baik anakk…

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Nyarisss .. Sebelum babak ni , apa yang Qhaliff buat ialah pegang biskut tu dan tayang depan muka aku ! Biasanya aku akan ngap dgn hujung bibir aku dan Qhaliff akan cuba merampasnya kembali !

Dan aku nyaris nak lakukan tadi ! Hahahaha .. Kalau tak ? Tak batal sbb terlupa pon .. hehehe … Baiknyaa alasan kan ? Hanya Allah saja yang mengetahui apa yang berlaku .. heee .. 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Kalau takde ???? Abis satu rumah dia selongkar ! Tak cukup dgn selongkar , ngan aku aku dia kaco !

Bayangkan aku tgh wat tekan tubi ( senaman ) , dia mai belakang aku dan naik ! Buat ala ala kuda .. Adehhh ..

Bila kuar je Upin Ipin kat tv , baru dia gi tgk tv .. dan lantak la apa ayah dia nak buat ! Tak kisah dah ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Ramadhan datang lagi .. Ramai yang teringin nak bersolat berjemaah di masjid atau surau surau tetapi buat mereka yang punya anak kecil pastinya menjadi sedikit masalah kerana risau mereka akan menggangu jemaah lain nanti ketika solat .. Hurmm .. patut ke kanak-kanak dibawa bersolat sekali ?

Mereka yang belum punya anak , mungkin belum merasai masalah ini. Kalau nak kata anak buah ke , anak jiran ke .. lain .. Tak sama dengan anak sendiri punya !

Di Malaysia , ada masjid yang buat saf khas untuk kanak kanak. Risau mereka akan ganggu jemaah yang terdiri dari orang dewasa .. Atau ada yang kata , kanak kanak yang berada di dalam saf orang dewasa akan memutuskan saf maka kurang pahala .. Benarkah ?

Google dan cari jawapannya  .. Bila buat gitu , anda pon dapat gak ilmu . Pahala lagi woo..  Aku buat dah dan aku jumpa pon jawapannya .. Aku takde masalah nak bersolat sebelah kanak kanak .. Malah aku lebih galak mereka serta sekali solat berjemaah sebabnya lama kelamaan , mereka akan tertarik dengan setiap perbuatan yang ada di kiri kanan mereka .. Dan ianya menghasilkan satu pertanyaan .

“ Mengapa mereka buat begitu ? Solat tu apa ? “

Secara tidak langsung , bila tengok tingkahlaku orang dewasa ketika bersolat , mereka akan berdisiplin . Tapi si ibu dan ayah pon kena la mainkan peranan dengan mengajar dan memberi sedikit tunjuk ajar sebelum meletakkan mereka disisi ..

InshaAllah .. lebih baik mereka dididik begitu dari dah plan nak main mercun bila tiba malam !

Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

 

" Apa punya rajin laaaa bini aku dok kong kang , kong kang kat dapur tu ? ".

Amik handset ..tgk jam..

"Baru kul 5 pagi !! Lama lagi subuh niii .. Dok bising kat dapur tu , bgn jugak Qhaliff nanti . Dah la mengantuk ni ". Getus hati aku lagi ..

Baring semula. Tak sempat nak mimpi Neelofa , dia dtg kejutkan aku..

Aku terpinga pinga. Bangun dan berjalan membontoti dia ..

" Laaa.. puasa rupanya ! Dok buat sahur la tadi tuu .. ".

Nasib baik aku bangun sahur .. Kang ada yg membedal kul 8 pagi nanti sbb terlupa dah masuk Ramadhan.

Alhamdulillah.Syukur pada Allah sbb diberi peluang sekali lagi menikmati keindahan Ramadhan..

 

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hurm.. tengok dia dalam gambar .. Tengok dia live .. Berbeza .. Hahaha .. Skang ni dia kurang skit dah nak kat orang tapi kalau orang dukung je , dia takde la nak nangis .. Dia ok jer.. heee..

Seharian jaga dia hari ni . Dia mmg semakin melucukan ! Kalau aku dok baring atas toto depan tv ni , dia akan duduk atas perut aku . Tah dari mana dia belajar pon tak tau laaa .. Kalau aku dok layan hp , dia akan gi blkg aku dan mencakar belakang badan aku ! Pedih siutt !! Suka suka diaaaa jer wat gitu !

Kalau dia tak tidur hingga masuk waktu zohor , mmg naya laa aku .. sbb bila aku solat dia dengan selamba duduk atas sejadah tu .. Nasib baik masa sujud tu dia dah bangun ! Tapi .. yg jadi kes naya bila tahiyat akhir tu.. dia boleh mai duduk kat celah pangkuan aku .. Hahaha .. Tau nape ? Sbb aku tak layan dia ! Dia mundar mandir dpn aku tapi aku wat dek jer diaaa ..

Tak pe laa Qhaliff .. nanti dah besar .. kita sama sama solat eh ..

Tadi gi tarawikh kat masjid berhampiran rumah aku. Alhamdulillah , ramai ibu bapa bawa anak mereka bersama .. Yang bagusnya kan , ajk masjid tak kisah pon budak budak ni. Jauh sekali nak buat tempat khusus untuk kanak kanak. Mereka boleh bersolat di antara orang orang dewasa. Yang buat bising pon ada tapi takde la kena halau . Bagus la mereka buat gitu untuk menarik minat anak kecil supaya cintakan masjid ! Alhamdulillah ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Bagi je pisang ..tak sampai sejam..tu laaa hasilnya ! Tak senang duduk dia selagi tak abis..

Bila dah abis ... Pandai pulak ajak gi basuh ..Main dkt tandas je.. Jadi , fhm fhm je la yer ...

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Ramadhan menjelang. Pastinya ada antara kita masih ‘terpinga-pinga’ atau terlupa .. Takpe .. Disini aku kongsikan serba sedikit mengenai Puasa Ramadhan .. Semoga memberi manfaat pada kita semua . Selamat beramal ..

image

 

Sebelum kita tersilap faham, niat bukanlah seperti yang dibayangkan oleh sesetengah pihak iaitu ucapan di lidah “sengaja aku berniat sekian dan sekian..”. Sama sekali tidak. Itu hanyalah ucapan lidah, belum tentu mewakili tujuan sebenar. Niat juga bukan perkataan yang di atur dalam minda yang menyebab ramai orang yang tidak faham berulang kali kononnya melafazkan ‘niat’, sehingga terganggu solat, puasa, iktikaf dan seumpamanya.

seterusnya di Segalanya kerana niat

 

Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

seterusnya di  Puasa Tidak Boleh Berpisah Dari Dalil Sunah

 

Sebenarnya melafazkan (menyuarakan) niat untuk berpuasa bukanlah perkara yang wajib. Yang wajib adalah apabila seseorang itu mengetahui dengan sadar apa yang akan dilakukannya. Jika seseorang itu terganggu dengan perasaan was-was, maka dianjurkan untuk menyebut dalam hati sekedar “Inilah puasa aku”. Jika masih was-was, maka boleh menyebutnya secara lisan untuk mengukuhkan penyebutan dalam hati tadi. Jika setelah itu masih was-was juga, maka jangan diberi perhatian, karena tidak lain dan tidak bukan dia adalah permainan syaitan.

seterusnya di Niat Puasa

 

Ramadhan dianggap bulan termulia di dalam bulan-bulan Islam. Penurunan Al-Quran di dalam bulan Ramadhan menjadikan bulan ini sangat mulia lagi istimewa. Di dalamnya terdapat pelbagai fadilat yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan. Bulan Ramadhan juga dianggap sebagai Madrasah Kerohanian di mana pada bulan ini umat Islam diwajibkan berpuasa. Risalah kali ini akan memaparkan dua pesanan pilihan berkenaan cara kita menyambut Ramadhan.

seterusnya di Bagaimana kita hendak menyambut Ramadhan

 

Tumpuan kita yang pertama kepada perkara yang ditokok tambah ialah hukum memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan membatalkan puasa. Contohnya:

1. Memasukkan pen ke dalam mulut membatalkan puasa.

2. Menelan air liur membatalkan puasa.

3. Mengorek telinga atau membersihkan telinga dengan cotton buds membatalkan puasa.

4. Mengorek hidung atau debu pasir yang masuk ke dalam hidung membatalkan puasa.

5. Membuang air besar tanpa meneran sepenuhnya agar najis keluar sekali gus membatalkan puasa.

seterusnya di Puasa Ramadhan : Antara yang ditokok tambah

 

Apakah batal puasa seseorang yang tertelan kahak? Perlukan seseorang itu berusaha keras mengeluarkan kahak tersebut walaupun perlu ketahap memuntahkannya?

Harap ustaz dpt perjelaskan.

seterusnya di Kahak Membatalkan Puasa ?

 

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

seterusnya di Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

 

Soalan: Yang dikasihi Dr Asri, menjelang Ramadan, baru-baru ini ada penceramah yang berceramah menyatakan bahawa sesiapa yang solat tarawih kurang dari dua puluh rakaat tidak sah. Beliau juga menyata Saidina Umar orang pertama mengadakan solat tarawih berjemaah, maka tidak mengapa kita mencipta ibadah baru sekalipun Nabi s.a.w tidak pernah ajar. Beliau kata juga sesiapa yang solat tarawih tapi tidak berselawat beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan di tempat kita maka tidak ikut amalan Saidina Umar dan sesat. Soalan saya, betulkah demikian ?

seterusnya  di Kekeliruan Tentang Solat Tarawikh

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Serius .. aku tak pernah anggap diri aku popular malah setiap hari aku pasti bekerja keras utk terus update entri di blog .. hehehe ..

Ok , kenal abe hensem kat bawah ni ? Bukan merah tu.. Berbaju merah yang hensem tu , aku pon kenal .. Yang sebelah dia tu haa ..

 

Kali pertama aku dengar nama EYRIQAZZ , dari mulut penolong pengarah unit tempat aku berkhidmat dulu. Dia bagitau yang blogger ni cukup top di kalangan blogger perempuan .. Amboi brooo !!  Hahaha ..

Dia kata banyak pertandingan yang dianjurkan dan event ,  pasti ada muka bro Eyriqazz .. Perghh … dasat tu ! Tertarik aku mendengarnya. Aku takde la pasang cita cita untuk jadi cam dia .. sbb aku baru sangat bertapak dalam dunia blog tapi aku dah ada agenda aku sendiri utk menaikkan nama aku ..

5 tahun berblogging dan kami saling berhubungan samada di FB , blog mahupun Twitter , akhirnya Allah menemukan kami .. Ada jodoh gituu .. hahaha ..

Alhamdulillah .. orangnya tak kedekut ilmu dan senantiasa merendah diri walaupun dah bergelari otai gitu ! Hehehe ..

Buat rakan rakan yang baru dalam dunia blogging , segalanya tidak mustahil .. Yang penting perlu ada IMPIAN dan SEMANGAT untuk MENGAPAINYA !

Kenal dah bro kita ni ? Belum ? Haaa.. Pe kata gi baca blog dia lak .. hehehe .. EYRIQAZZ

Serius la .. aku ingat dia cikgu ! Tapi ? Hehehe .. Gi baca sendiri kat blog dia ..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Tidur dah puas .. Bangun , kasi makan skit dulu sebelum mandi dan makan lagi .. Kiranya untuk alas perut laa ..

Dia tamo makan bubur  yang mak dia buatkan untuk dia !! Nak makan kek yg bapak dia makan punya , boleh ??? COnfirm la aku tak leh kasi sama dia kan ? Ada pelbagai ramuan dalam tu haa

Pastu ?  Dia merajukkk laaaa .. Tu merajuk la tu konon ? Bila bg kek , tamo gak .. tau apa dia nak ??

Dia nak bekas tu dan sudu ! Nak main la pulaakkkk .. Makan  tamooo .. Aku kasi biskut , baru dia nak makan .. Kasi bubur sekali lagi .. Siap tarik dan nak buang lagiii !!

Grrr.. ni semua salah … sapa ???? Memilih makann nehh …. Dah pandai dahhhh niii …

Diam terus !

Published with Blogger-droid v2.0.10
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (10)
    • ▼  April 2026 (2)
      • Hilangkan gerd dan anxiety !
      • Konsisten itu mahal harganya !
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes