BEN ASHAARI



 

Hurmm .. Bulan bulan lepas , aku berbangga kerana berjaya mencatatkan rekod bil dibawah RM200 .. Tiba-tiba hari ni , terkejut beruk aku !

Photo: Biasanya Rm100++ .. tiba tiba gini ??? Hampir 600 !! Siang takde rumah.. malam baru ada pon mahal ???

Gilaaa laaa.. Kali terakhir aku dapat macam bil ni punya mahal  , zaman guna TMNet ! Elektrik ? Giler ke apa mahal gini ? Nak kata aku guna 10 aircond dalam rumah , takde la pulak.. Aku guna 1 je.. Tu pun bukan on 24 sbb aku sebelah siang mmg takde kat rumah. Belah malam baru on.. Tu pon seperti bulan bulan sebelum ni .. Takde la tahap mahal gini !

Aku cara bacaan sewaktu dia rekodkan ke dalam bil ..

Hurm.. tak comel la kuku aku tu.. Kena wat medicure ni.. Iskh.. Haa.. sambung.. Tengok kat bacaan DAHULU.. 6495 dan SEMASA yakni yang terakhir dia rekodkan .. Kiranya hari dia keluarkan bil ni laaa ..

Dan aku terus capai hp aku yang dah banyak berjasa pada aku ni , terus ke peti meter elektrik.. Zassss .. aku snap ..

Hurmmmmm .. 7131 ! Berapa banyak beza tu ???? Huk alohhh.. Apa alasan dia ? Sebab tak leh masuk rumah ? Eh , sebelum ni aku nampak pekerja TNB tembak dari luar pagar rumah , dan bil pon cuma hampir jejak RM200 jer ..

Haihh.. aku up gambar ni dan nak tau apa pandangan rakan rakan .. Ramai terkejut unta la tengok bil. Ada yang tanya aku , aku buat mini empangan ke kat rumah ? Atau ada buat kilang aiskrim ? Huhu… Home teater ? Aku dah guna 4 bulan home teater , takkan bulan ni lak baru mahal ? Tengok tv pon , bkn 24 jam !

Apakah salah kira ? Ok.. esok aku nak gi TNB utk dapatkan penjelasan .. Ada yang kata tunggakan ! Bil air dan elektrik , tiada tunggakan yer.. Kitorang mmg tak suka berhutang. Apa yang boleh dilangsaikan , langsaikan dengan segera !

Aku pasti ramai pernah alami kes gini.. Dan ada yang amik tindakan dan ada yang diam .. Hurm…..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Kebanyakkan kita guna ialah mask gini kan ? Dari apa yang aku baca di sebuah blog , katanya ni mask yang biasa digunakan untuk perubatan.. Sesuai ke untuk tapis udara kotor seperti jerebu ni ?

Kalau bukan yang ni , mask apakah yang sesuai ? Katanya , guna N95 Mask ..

 

Hurmmm … Sebarang pendapat ? Aku tengah pakai topeng Spiderman je ni ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Jerebu makin teruk .. Aku dok pikiar gak , nak gi gym ke tak ni ? Saja nak kasi peluh .. Demam dan selsema pada masa yang sama.. Hehehhe..

Dalam perjalanan nak naik ke gym , ternampak la satu orang ni.. Atas motor. Di telinga dia , aku ternampak getah mask ni haaa.. Hati aku berkata ..

“ Sian dia.. naik motor ni kena guna mask .. Diorang lagi terdedah dengan udara tercemar ni .. Hurm.. “.

Tiba-tiba ternampak sesuatu yang menghilangkan terus rasa kesian aku..

Ditangan dia ada rokok.. dan dia sedut dalam dalam..Pastu dengan bangganya dihembusnya keluar tanpa rasa bersalah..

Haihhh … Diorang ni , tak nak sedut jerebu tapi asap rokok diorang , dibiarkan orang lain sedut ! Eh , korang je ke nak hidup dalam dunia ni ????

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Aku terima pelbagai printscreen dr rakan rakan di FB .. Geleng kepala juga pada awalnya. Tapi bila aku fikir fikir semula , takkan la diorg ni begitu cetek akal pemikiran utk up status begitu terutamanya di laman sosial..

Perlu ke aku sebarkan ? Setelah bertahun lamanya aku dalam dunia maya yg makin canggih ni , aku berpendapat makin byk fitnah disebarkan.Jika benar sekali pun , biarlah pihak berwajib saja yg buat tindakan. 

Aku ? Aku tak nak kumpul dosa. Yg sedia ada pon dah cukup byk .. Nak tambah lg sebarkan menda menda yg tidak sahih atau sahih sekali pun yg pasti mendatangkan kemudaratan pada si polan tu ? Tak yah laaa..

Fikir panjang kawan .. 
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments

 

Gi Alamanda tadi.. Aku nak cari bola futsal yang baru .. Memula nak cari kat Al Ikhsan tapi terlupa pulak dah tutup sbb dia dah pindah ke lot lain ..

Gi masuk lak ke Aeon .. Hurmm…. Ada tu ada tapi tu bola padang.. takde pulak bola futsal..  Wife belikan dia kertas lukisan dan pensil warna.. Qhaliff kalau gi umah mak aku , kalau jumpa pensil warna , confirm akan berebut dengan anak buah aku yang lain ..

Wife hantar gambar melalui whatsapp .. Ketidaksabaran Qhaliff setelah dapat pensil dan kertas lukisan tu ..

Photo

Hurm.. lepas tu , aku bagitau wife yang aku nak gi cari bola futsal tu kat Parkson.. Aku tinggalkan diorang kat depan Mph jap.. Sian kat wife nak kena follow lak semata mata nak beli bola jer ..

Haaa… Ada … Beli satu.. Leh pakai main hari Jumaat nanti.. Program futsal bersama rakan blogger pertama untuk tahun ni .. Heheehe..

Aku kembali kat diorang .. Aku tunjuk bola tu kat Qhaliff .. Terus dia buang semua tu dan amik bola ! Hahahaha .. Anak jantan , tetap anak jantan ..

Photo: Bola baruuu.. jom futsal jumaat ni

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

 

Hurmmm … Kalau mak aku kasi dia makan , dia makan jer.. Tapi kalau aku ngan wife ? Hurmm.. susah aihh.. kecuali dia nak makan roti krim atau roti dengan Nutella .. Gula tinggi ? Hee.. Dia bukan makan banyak pon.. Lebih pada makan main main .. Nak meratah krim.. Pastu , cergas laa diaa.. huhu ..

Di Secret Recepi tadi ..Saja nak belanja famili makan .. Rezeki murah minggu ni .. Heee.. Alhamdulillah..  Jadi , nak kasi laaa dia makan yang sodap sodap ..

Salad ? Huhu.. Tamo dia… Jawabnya , aku la kena makan .. Kongsi ngan mak dia ..

Japanese soba ? Pon tamoooo dia ! Hehehe.. Takkan dia nak makan ni kan ? Jadi dia nak apa ?

Kek ?????

Macam tak nak je kan ?

Silap percaturan ! Hahahaha … dia nak menda ni haaa .. Huhuh.. Terpaksa aku ‘offline diet’ aku . Kongsi dengan dia.. Makan pon main main je dia .. tapi sekurangnya dia nak makan gak la.. Huhuh.. Ada gak la tenaga dia ..

Setiap pagi , mak dia akan masak nasi untuk dia .. Buat macam macam dah .. Tapi tamo makan .. Hurmmm.. Ramai parents ada masalah gini kannn .. hehehe ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Hurmm.. bekalan air masih dicatu . Masih tiada tanda hujan akan turun. Pembenihan awan dihentikan seketika untuk memberikan laluan pada kerja kerja pencarian pesawat MH370 yang masih hilang secara misteri tu.. Hurmm..

Buat masa sekarang , air minuman kena beli. Nak guna yang direct walaupun ditapis , aku kurang yakin.. Yelah , kena hati hati.. Bukan tak percaya tapi buat masa sekarang , perlu berhati hati ..

Photo

Bukan apa.. kalau kena air tercemar , mau kesian kat anak kecil kita ni.. Kalau dah tua cam aku ni , ok lagi la.. Leh la tahan skit .. Yang budak ni haaa.. Sian diorang ..

Bekalan air minuman kena cukup .. Aku masak maggie pon guna air mineral.. Sedap la pulak rasanya .. hehehe .. Ke psiko je ni ? Hahahaha ..

Jangan kedekut untuk berbelanja lebih bagi memastikan kesihatan keluarga kita ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Baru lepas meeting dengan kawan aku .. Dia ni pemandu pelancong yang dah berpengalaman bertahun lamanya.. Biasanya dia dok main area Taman Negara.. Jadi , dia ada perancangan untuk menggunakan blogger bagi mewar warkan projek akan datang ..

Haaaa .. Lama dah aku usulkan perkara ni kat dia. Masa tu dia tak nampak sangat .. Sekarang ni , barulah dia nampak kepentingan media sosial bagi meluaskan lagi projek projek pelancongan dia dan juga agensi yang lain..

Banyak .. Aku nak cerita pon , nanti korang kata aku gebang je lebih.. Tak kisah la.. InshaAllah aku akan cuba jadikan satu kenyataan… Hehehhe ..

Bukan satu tu je sebenarnya .. Banyak lagi yang dibincangkan tapi aku lebih tertarik part pelancongan ni .. Maklumlah , aku dulukan keje ngan pelancongan.. Jadi tau la part mana yang jadi tarikan dan perlu diceritakan..

Projek ngan Tourism Malaysia ? Hurmm.. Entahlaah.. Aku dah usulkan .. Pengarah dia dah setuju tetiba lak diam gitu je .. Jadi aku anggap mereka tak berminat la .. Aku , ok jer.. Tak nak , sudah ! Heee..

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Hurmm.. Geram ? Entah laa.. nak kata geram tu , takde la sangat tapi jangan la buat mcm blogger ni terhegeh atau ‘cikai’ sangat ! Tau la blogger ni takde ‘pengiktirafan’ dari mana mana pihak tapi jangan la lupa berapa ramai dah blogger keluar masuk tv / majalah atau akhbar !

Mungkin ada blogger yang suka bikin panas dalam dunia maya ni tapi itu perkara biasa la.. Manusia ! Selagi ada manusia , selagi tu la ada ‘perangai’ ! Maka , terima je la gitu.. Dan jangan lupa , segelintir je ‘berperangai’ gitu ..

Aku kerap menerima jemputan percuma. Takde masalah ! Mana yang aku rasa berbaloi , aku terima . Mana yang tidak , terpaksa aku tolak. Bukan nak demand tapi faham faham je la situasi sekarang ni.. Bukan murah nak hidup di kota besar berjerebu ni .. Haaa .. Bukan selalu berjerebu yer ! Heee.. Di kota yang berkembang pesat ini haaa..

Terbaru , aku terima satu jemputan. Kemudian perbincangan diadakan menerusi email dan juga telefon. Persetujuan dicapai dan tarikh juga telah diberi. Pada awalnya , segalanya ok.. hinggalah aku mintak mereka menyediakan agenda untuk aku dan juga rakan rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari , sepanjang di sana tetiba berubah pulak perancangannya.

Ok .. aku boleh terima tetapi kenapa alasannya sungguh mengarut ? Ingat aku tak reti nak pk ke ? Kalau benar la ada perubahan , kenapa tak diemail beritahu ? Kenapa tunggu aku email bertanya berita , baru nak berita ! Dah nak tiba masa lak tu ! Ada rakan blogger dah amik cuti semata mata memenuhi rancangan ni ..

Bukan besar pon permintaan.. Dah la tak nak bayar.. Nak bayar pon , tak lepas duit minyak tol gitu haaa.. Apa ingat blogger ni hadap sangat ke ? Niat nak gi bantu gak usahawan kita ni .. tapi buat gini lak ! Huk alohh ..

Jangan buat gini .. Nak maju , kena profesional ! Kalau gini caranya , huuhhh ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Amboiii.. mana belajar ni ?? Sekarang ni dah cepat tangan dia ! Hurmmm… Tak leh usik tab dia .. terus dia gi ‘babap’ org tu .. Tamparan dia bukan jenis tamparan biasa lak tu.. Birat la jugak rasa .. Iskhhh..

  

Gambar diatas ni .. Hurmmm … Mak dia nak tolong je tuuu .. Dia tak kasi .. Terus laaa dia kejar mak dia .. Babap sampai dapat ! Huhuhu.. Ni perangai sapa laaa dia ikut ni ? Kalau ikut perangai aku , aku kasi je .. Aku ni berhati mulia… Haaa.. sapa punya perangai ni ? Sampai sekarang , ianya masih lagi misteri !

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Hidung berhingus… Pedih ! Berdarah pon yer .. Mata berair.. pedih.. Nak bernafas pon sukar .. Terasa rindu pada udara yang cukup segar ketika ini ..

Photo

Gambar ni aku amik minggu lepas.. Hari ni pon masih lagi sama keadaannya .. Khabarnya ada hutan terbakar sekitar Putrajaya ni .. Aku up status di TimeLine aku… Mana tau ada rakan berkongsi maklumat sahih yang bukannya datang dari mulut  kawan atas kawan punya ..

  • “Tul. Sepang pon. Ade terbakar ke sane “
  • “ Yup kat serdang pun jerebu teruk “
  • “ Putrajaya tgh pesat dgn pembangunan.... Sn sni bukit ditarah... Sana sni jambatan dinaikan... Sn sni under construction.... Arghhh.... “
  • “ Semlm lg teruk kot abg ben smpai ke mlm dlm umah masuk jerebu habis bau asap....huhuhu... “
  • “ Teruk sangat jerebunya, keluar opis tadi macam masuk kawasan kena fogging... “

Tu pun aku tengok ada yang masih ‘sudi’ berjogging tadi di taman kawasan Putrajaya.. Perghh.. aku tak tau la camana paru paru dia dan hidung dia berjaya menapis segala ‘udara tercemar’ ni ketika bernafas , dengan cemerlangnya.. Respek ! Ke organ aku ni dah tua.. huhu ..

Qhaliff pon aku tengok dah mula berair hidung.. Nak bawak berjalan taman ? Tidak la sekali kali ! Hurmmm ..

Di Cheras tadi , berlainan pula.. Panas terik .. Nak keluar rumah pon , pk banyak kali .. Huhuh…

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Haaa .. dah tak lama dah .. Satu satu , kena cari ! Ni nak cari baby quilt lak.. Dan aku cari di LovelyKhaisya yang dah lama buat menda ni ..

Sebenarnya , aku tak tau pun fungsinya .. Nanti dah siap , baru tau.. hehehe .. Ni pon wife yang uruskan .. Aku cuma tolong settlekan jer perbincangan jual beli.. Hahahaha .. Kononnya laa.. Padahal tajaan dari LovelyKhaisya .. hehehe.. Tak baik menipu wooo..

Jadi nak pilih yang mana ??

 

Contoh yang dah siap.. gini haa ..

Cantik kan ? Haaaa… Banyak corak abis dah ni .. Huhuhuh… Kena segera kalau nak …

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Hurmm.. tergaru kepala aku jap.. Tengok kat tv , macam macam kupasan ada .. Malah siap panggil orang itu ini termasuk jugak artis .. Wow .. menarik !

Tengok di internet , lagi menark ! Ramai profesor , pakar pakar pengkaji muncul. Pelbagai pendapat yang melangkaui kemampuan daya fikiran aku untuk menaksirkannya. Apakah ada konspirasi ? Fuh.. tetiba teringat kematian Micheal Jackson yang juga dikatakan terlibat dengan konspirasi ..

Hurmm.. Tadi tengok kat tv jap. Satu channel ni tak putus putus dok update pasal isu ni.. Yelah , selagi belum jumpa , selagi tu la boleh buat pelbagai ‘tarikan’. Yang terbaru di Instagram… Huhuh.. Bagus laaa.. Ramai leh letak video kat situ nanti .. Tertanya gak , keluarga mangsa sempat ke nak tengok semua tu ?

Kekadang bagi aku la .. maaf cakap yer .. Isu ni macam satu bonus utk mereka yang tercari isu panas untuk diupdate atau dicerita kan pada medium mereka .. Benarkah mereka ikhlas ? Wallahualam ..

Aku hanya menanti dan mampu berdoa agar segalanya selamat dan dipermudahkan. Aku kesian pada mereka yang terus menanti dan mengharapkan berita yang sebenar benarnya berita .. Dan tolong jangan amik kesempatan ke atas isu ini ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Terasa dah perubahan pada diri dia .. Semakin membesar dan semakin garang ! Huhuhu .. Tengok la gaya dia tengok tv tu.. Hurmmm .. Aku angkat letak atas tilam , dia gi turun balik bawah tu.. Huhuh..

Photo

Yang ni , bahaya skit .. Dia dah pandai lari dan menyorok.. Tunggu aku datang kejar dia .. Kalau aku tak ikut , dia akan patah balik .. Tak kira tempat la dia nak main sorok sorok.. Kena kat shopping mall , mmg aku kena ikut rapat atau dukung dia..  Stroller ? Hurm.. 10 minit jer.. pastu boring !

Cakap ? Dah boleh skit skit .. Takat ‘tak nak ‘ , ‘ nak ‘ , ‘ air ‘ , ‘daddy ‘ , dan beberapa patah lagi boleh la keluar .. Tapi kalau kita cakap ngan dia , dia paham..

“ Qhaliff.. jom gi amik air .. “. Dia dulu bangun dan berlari ke peti ais ! Huhuhu ..

Dok latih jadi abang skang ni.. Suruh angkat itu ini.. Angkat diaa…  Pujuk mak dia menangis pon pandai dahhh .. hahahaha …

Kalau aku saja saja bertekak ngan mak dia , dia akan marah.. suruh berenti .. hahahha .. Ok la tuuu ..

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 

Photo

Dulu aaa .. aku guna MIFI broadband.. Tuu yang dalam gambar , yang bersegi empat putih ada tulis MAXIS tu haa .. Puashati ?? Hurmm.. Kelajuannya aku puashati la tapi yang tak bestnya setiap kali masuk awal bulan , kuota 5GB yang diperuntukan untuk sebelah siang , abis !  Direnew setiap 17hb kalau tak silap aku .. Pastu masuk awal bulan .. abis dah ! Terpaksa guna 128kbps jer utk internet ..

Tapi kaan.. segalanya berubah bila aku masukkan simkad broadband tu ke dalam tab Lenovo aku tuuu .. Haaa ..Yang warna hitam tuuu.. Perghhh .. Menariknya , bulan lepas aku buat gitu.. sampai dia renew semula kuota , tak abis abis ! Haaaa ..

Ini menunjukkan .. kalau korang guna MIFI tu , cepat abis kan ? Cuba guna mana mana hp yang ada ‘hot spot’ dan masukkan simkad broadband tu.. Tak perlu guna dah MIFI .. Kalau guna LENOVO , dia mmg ada dual sim .. tapi bukan semua la.. kena cari.. hehehe ..

Kelajuan ? Serius aku puashati bila guna.. nak upload gambar dari kamera pon laju gak berbanding sebelum ni .. hehehe ..

Cuma .. yang aku perasan … bila lebih dari 2 users nak kongsi internet menerusi ‘hot spot’ , dia jadi slow sangat .. Masih ada kelemahan.. heeee..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Photo

Anak penuh dengan bedak sejuk… Heheheh.. Tu pasal jadi gitu.. Rasa teraniaya ? Takde maknanya ! Dia perasan comel .. tu wat gitu tuuuu ..

Photo

Ok.. yang ni bapak dia ! Kelihatan benar seperti didera ! Dengan senyuman yang penuh kepalsuan gitu , ternyata dia dipaksa bertudung ! Haaa .. untuk apa ? Ni mesti ada sindikit edar gambar di internet ni !

Heee.. takde laaa .. saja je test drive pakai tudung.. Yelah , pelik laa nape susah sangat nak bertudung.. Nampak ayu apa ?? Aku kalau buang misai dan janggut tu , confirm esok gak ada orang mai masuk minang ! Orang kaya tu dah pasti laaa ..

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Baru baru ni beberapa orang rakan blogger ada terima jemputan dari agen yang menguruskan projek THE HUB SS2 yang sedang dalam pembinaan di Petaling Jaya. Aku antaranya la .. heee..

the_HUB_SS2-27

Terus terang , biasanya bila melibatkan hartanah ni .. aku kurang gemar … Dari dulu lagi.. Bila orang tanya aku , aku kata ok jer ! Sebab tengok dalam gambar , semuanya perfect ! Cantik , menarik dan tertawan.

Ok.. sewaktu di sini , aku ada ajukan beberapa soalan terutamanya mengenai developernya. Maklumlah , biasanya bila agen bercerita .. segalanya cantik jer ! Dan kita pasti tertarik..

Projek The Hub SS2 ni diuruskan oleh Selangor Dredging Berhad (SDB) yang dah banyak buat projek besar besar .. Tak caya ? Cuba google sendiri dan baca .. Hee..

the_HUB_SS2-18

Menurut agen yang menerangkan projek ni pada aku , The Hub SS2 ni terletak di lokasi yang strategik sekali .. Aku dibawa tengok contoh unit yg dah dihias.. Ok , mmg sangat sesuai untuk mereka yang baru berkahwin atau mereka yang bekerja sendiri terutama si bujang tuu.. Mereka boleh jadikan rumah mereka ni sebagai pejabat juga..

the_HUB_SS2-15

Ok .. Nak tau dengan lebih lanjut ? Aku nak cerita pasal hartanah ni , aku tak pandai sangat .. Jadi aku serahkan pada dua rakan blogger yang arif pasal ni .. hehehe ..  Klik je nama mereka utk baca dengan lebih lanjut .. Eyriqazz dan Isaac Tan.

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Malam tadi , seorang sahabat yang juga seorang blogger yg ‘hot’ ada mesej aku di Whatsapp.. Dia memberikan satu keratan utk aku baca dan bertanyakan pendapat ..

Hurm…

Sebenarnya ramai rakan rakan berniat baik utk berkongsi apa yang mereka dapat , tahu di laman sosial ni .. Sebagai contoh , tempat makan best .. Kat mana nak shopping atau taman permainan yang sesuai utk anak anak kecil kita beriadah .. seperti yang aku kerap update di Taman Cabaran..

Tahukan akan risikonya ? Kita terlupa kadang kadang sbb niat kita baik tapi dalam tak disedari kita , mungkin ada mereka yang berniat tidak baik yang mana boleh rancang pelbagai jenayah terhadap kita..

Contoh lain seperti , kita sibuk bagitau .. ‘ Ok , dalam perjalanan balik kampung ..’ .. ‘ Sat lagi nak pi bank.. Dah gaji hari ni ! Yeahooo..’ .. ‘ Qhaliff dah sekolah .. kat sekian sekian sekian… ‘..

Haaaa .. tak ke itu bahaya sebenarnya ? Aku mmg bercadang berhenti bercerita mengenai Qhaliff bila dia mula ‘bersekolah’. Takkan bercerita kat mana pon nanti.. Merbahaya untuk semua orang nanti ..

Ada rakan rakan yang berniat baik nak berkongsi pendapatan yang mereka perolehi di internet ni.. Itu pun sebenarnya boleh mengundang masalah nanti..

Hati hati.. sekadar nasihat dari aku yang juga perlukan nasihat ini ..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Dalam dunia maya ni , kita boleh buat berjuta kawan. Dan dalam berjuta tu , tak mustahil akan ada yang jadi lawan sekelip mata .. Kenapa semua ini boleh berlaku ?

Lumrah manusia.. Aku tak layak nak bincangkan pasal ni ..

Kelmarin di Sepetang Bersama Blogger 2014 anjuran Denaihati Network, aku diberi peluang untuk bercakap di atas pentas. Antara isi kandungan yang berjaya aku sampaikan ialah soal percakaran antara blogger .. Musuh dalam selimut , atau gunting dalam lipatan. Atas sbb apa semua itu boleh terjadi ? Segalanya kerana keuntungan jangka pendek ..

Dan alhamdulillah .. apa yang aku sampaikan ianya berguna juga pada rakan rakan seperjuangan .. dan juga aku ..

Selepas itu , blogger yang pernah berselisih pendapat dengan aku .. bermaafkan .. Terasa lega di hati bila segala kehitaman dalam hati dah dibuang ..

0-0 . Tenangnya hati bila kita saling bermaafan ..

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments

Terus terang laa aku katakan, aku mmg cukup suka giler makan kat FISH MANHATTAN di Alamanda ni .. Nasi dia tuu.. perghhh .. Makanan laut dia .. Aiyookk .. Semua sedap laaa ..

Ingat lagi , kali terakhir aku makan FISH MANHATTAN ni .. Niiii…jari dalam gambar bawah ni.. Esoknya , dia la yang keluar dari perut mak dia … haaaa…

DSC00491

DSC00481

Dan kini dia kembali lagi utk kali ke berapa pon tah laa.. Suka dia dapat makan nasi tu.. Siap nak makan sendiri .. huhu ..

Photo

Serius menyelerakan ! Hahahaha … Rasa macam na order dua jer !

Photo

Photo

Photo: Off diet..

Sedap weh.. aku order 2 lagi air ni.. hehehe.. Total belanja keluarga aku makan hari ni , RM100 .. Ok la.. semalam ada rezeki lebih.. hehe.. Alhamdulillah ..

Aku nak cerita lebih lebih pon , korang tengok gambar je dah confirm terliur kan ? Haaaa… Gi la ajak yg tersayang makan esok.. hehehe..

Share
Tweet
Pin
Share
9 comments

 

Photo: ngan uncle

Tengok muka aku dan muka Uncle Gedek ni .. Serius kan ? Haa.. Gitu gak isu MH370 yang masih hilang tu .. Janganlah duk buat macam macam spekulasi yang tak masuk dek akal !

Yang buat aku tergaru kepala aku yang tak gatal ni , ada juga yang siap kaitkan dengan negeri kelahiran pilot tu .. Huk alohhhh .. Apa punya turr la orang gini !

Aku dapat berita mengenai kehilangan MH370 yang sedang menuju ke Beijing , China ni melalui whatsapp yang dihantar oleh wife aku pagi tadi. Terus aku google dan .. hurmm.. Check di FB , dah trending .. Hurmmm ..

Berdoa.. kasihan .. Segalanya rahsiaNYA .. Tak perlu memandai mandai nak

Nasihat , jangan sebarkan apa jua info yang tidak sahih.. Jangan dok kata kawan aku kata .. kawan aku keje sini .. dia yang cakap.. Biarkan mereka yang punya hak untuk memberi maklumat secara rasmi saja yang beri kenyataan. Pastu baru leh sebarkan ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments

 

Hurmmm .. Ke klnik Maria malam tadi. Wife sms bagitau ulser di mulut Qhaliff makin merebak.. Hurmm… Aku yang sedang berada di Saloma Bistro atas urusan kerja .. er , kerja ok !! Walaupun nampak dok cam bersantai tapi sebenarnya aku sedang bekerja.. Haa.. 

Ops.. sambung.. terus rasa tak sedap hati.. Tak pe la .. Siap kerja aku.. dalam kul 5 petang terus balik .. Lepas maghrib , terus ke Alamanda Putrajaya. Klinik Maria terletak disebelah bangunan tu jer..

Photo

Hurmm.. Doktor sahkan dia mengidap ulser kerana cuaca. Cirit birit dia , selagi ada ‘isi ‘ tu ok lagi.. Kalau air je yang keluar,  mmg kena rujuk hospital.. Esok kalau dia masih lagi berak cirit , mmg bawak dia la.. Demam , takde la pulak ..

Photo

Pastu bawak gi shopping , suka lak tu.. Dia cari apa yang dia nak makan .. pastu ajak balik ! Huhuh … Tekanan jiwa jap daddy..

Dia cergas.. Makan , berselera.. muntah takde.. Apa pun tetap kena pantau ..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Bukan tak biasa mengadap orang secara langsung.. Kat tv secara live pon pernah. Rakaman pon pernah.. Tetiba hari ni ? Agaknya terlalu lama menunggu membuatkan aku gemuruh apatah lagi bila dapat tahu aku sorang je akan berdiri di atas pentas tu. Sebelum ni , semuanya sebagai panel forum.. Tetiba lak kena cerita apa saja !

DSC00386

DSC00389

 

Haaa.. Sapa suruh cerita apa saja. Si Ujang boroi tu kata setengah jam untuk aku.. Tapi bila aku dok membebel atas pentas tu, aku perhatikan si Kid dok bagi signal. Aku dok pikiaq laaa.. Apa si kid tu buat ? Aku ingat nak balas la lambaian dia ..

Rupanya dia bagi signal .. ‘ Teruskan.. ‘ dan ‘ Masa dah cukup’ .. Haaa.. Masa dah cukup ? Aku baru nak panas weh ! Sapa suruh aku naik pentas tuuu.. Kan dah menyesal ! Hahahahah ..

DSC00406

Haaaa .. Lepas membebel , aku diminta bagi hadiah cabutan bertuah.. Perghh.. Iphone 5 tuuuu.. Nasib baik aku tak minat Iphone. Kalau tak , terliur la gakkk wooo ..

Ucapan tadi di Sepetang Bersama Blogger 2014 tu , aku pun tak tau la apa yang aku mengarutkan . Aku mmg dah sediakan point sebenarnya tapi bila dengar Tuan Haji Amir ( Denaihati ) kata santai jer.. aku dah cuak.. Aku kang santai, mmg aku santai abis ! Takut terkujat VVIP tengok .. haaa..

Apa pun , aku berjaya lakukannya .. Dulu , aku tak yakin langsung untuk buat semua ni.. Alhamdulillah , blog mengubah hidup aku ..

Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

Nampaknya ramai dah update status pasal #SBB2014 ni .. Tak sabar mereka nak berjumpa dengan rakan rakan blogger yang selama ni dok komen mengomen , umpat mengumpat di TimeLine memasing. Hurmm..

Aku ? Gulp .. Tatauuuu .. Nak kata cuak tu tak de la.. Cuma tak tau nak cakap apa esok .. Rasanya aku cerita pengalaman aku masa kecik kecik dulu je la.. Best apa !!! Dengki la tuuuu …

Khabarnya , kesemua 250 kerusi diperuntukkan dah abis .. Laris cam pisang goreng. Tu pun masih ada yang suruh aku tanyakan andai ada kekosongan lagi .. Huhuh.. Kerusi aku mau ? Bayar 100 kali ganda ! Guwau jerr..

Jadual utk esok andai ada yang masih tak tau ..

Apa aku nak cerita esok ni ? Ada idea ?  Iskhhhh .. Baju apa ? Pakai tudung ARIANI pon comey gak kan ?

Lupa lak.. Ramai tanya aku .. bawak tak Qhaliff ? Maaf la yer.. Tak bawak sbb cuaca sekarang ni tak mengizinkan anak anak kecil bermain di luar. Ni dia pon tak beberapa sihat.. Cam sakit tekak pon ada.. Hurm.. sian…

Share
Tweet
Pin
Share
7 comments

 

Dan cirit birit .. Tapi muntah tu takde la ..  Hurmm.. sebab panas ? Suhu badan direkodkan 37.4 setakat ni .. Hurmm.. Berak saja dah berkali kali hari ni.. Tapi berak dia bukanlah kosong pon.. Ada isi .. hehehe .. Maklumlah , kebelakangan ni , berak pon tak beberapa kerap..

Nak kata dia demam , aktifnya seperti biasa .. Makannya berselera terutama bila mak aku yang suap.. Pastu mainnya tetap bising.. Cuma suaranya sedikit serak ala ala Nash tarik tak lepas ..

Malah sempat sembur aku dengan air liurnya .. Apa pun aku kena jaga jaga malam ni .. Risau panas dia naik .. Kalau naik , kena segera bertindak. Jangan tunggu esok .. Hurmm…

Cuaca panas gini .. dengarnya dah cecah 38 darjah celcius malah rekod kepanasan tertinggi di negara kita yang pernah dicatatkan ialah 40.4 darjah kalau tak silap aku … Tu pon info di radio.. Wallahualam.. Kalau salah , maaf la yer ..

Ramai budak demam. Bapak budak pon ramai gak.. Mak budak ? Demam tapi tetap berkhidmat utk keluarganya .. Hehehhe..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (11)
    • ▼  Mei 2026 (1)
      • Kenapa pasangan baru menikah akan cepat 'berlemak' ?
    • ►  April 2026 (2)
    • ►  Mac 2026 (2)
    • ►  Februari 2026 (3)
    • ►  Januari 2026 (3)
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (171)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (16)
    • ►  Julai 2023 (14)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes