BEN ASHAARI



 

Seperti biasa , lokasi makan malam di malam minggu aku adalah di MMA Santai Corner , Bandar Baru Nilai.  Hehehehe…tetiba teringat telur ikan mayong yang dah jadi kegilaan aku dan ramai lagi rakan rakan aku.. Hehehe.. kasi bikin asam pedas telur mayong.

Sampai je sana , kak Laila seperti biasa.. cukup ramah dan mesra terhadap tetamunya, melayan kitorang. Bertanya khabar dan mengesyorkan nasi bubur.. Wife yang ‘hantu bubur’ nak try.. aku , masih terliur dengan asam pedas telur mayong.. Hehehe..

Maka order la dua set.. satu nasi bubur dan satu lagi asam pedas telur mayong.. Gulp.. Sementara tunggu nak sampai makanan aku tu , seperti biasa.. tugas seorang blogger ialah amik gambar di lokasi dan update ke media sosial ..

Untuk bubur nasi berlauk , memang ada banyak pilihan ! confirm rambang mata punya !

imageimage image

Dua ni , feveret gueee ! Hahahaha .. Adeh , tengok je gambar.. confirm terliur !

Dan tak lama kemudian , sampai laaa aku punya pesanan.. Hehehe.. Nampak mengiurkan tapi aku tetap nak makan asam pedas telur mayong aku tuuu .. lalalala …

image image

Tu diaaa.. sampai dahhh !

image

Sebelum makan aku punya makanan tu , aku test nasi bubur satu suap dulu.. hehe.. Saja nak test power.. Dan , aku test lagi.. dan test lagi..

“ Makan la abang punya nasi tu dulu.. Sedap pulak bubur ni.. “.

Hahahaha.. terus aku habiskan nasi bubur tu dan wife makan nasi aku ! Hahahaha..

Pastu.. tapau nasi bubur bawak balik rumah.. lalalala.. Acaner la badan tak jadi cam panda? Cer bagitau aku ?? ARghhhh… Bila laa nak start diet neh.

Ok.. kalau korang nak gi sini , boleh je waze ke MMA Santai Corner , Bandar Baru Nilai. Pastu cari gerai D’Laila SupPower. Kalau nak datang beramai ramai , dinasihatkan untuk pm kak Laila terlebih dahulu. Booking tempat.. hehehe..

Selamat Menjamu Selera yer..

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

“ Asia’s First Indoor Extreme Park and Sports Arena!”

Uik.. biar benar ??? Cam menarik je ni .. hurmm.. Aku google dan cari review mengenai tempat ni dan juga gambar gambar yang diletakkan di internet berkenaan EnerZ Indoor Extreme Park and Sport Arena ni !

Ok… kena pergi ni !! Aku ajak wife dan adik ipar gi.. Rumah diorang dekat jer.. Lokasi ? Terletak di Persiaran Subang Indah, EnerZ ni memang boleh nampak dari tepi jalan dah ! Atau waze jer .. confirm jumpa !

Dan sampai ke lokasinya.. Qhaliff ? Hahahaha… Dia teruja hingga menangis ! Hahahaa..

DSC05683DSC05684DSC05686

Sangat besar dan luas tempat ni ! Perghh.. ni kalau aku layan semua aktiviti dalam ni mau mau tengah malam baru aku balik rumah ! Hahahaha..

DSC05722DSC05720DSC05701

DSC05705

Nampak menarik ? Serius menarik giler ! Hahahaha.. Aku plan nak buat gathering bloggers kat sini nanti ! Hehehee… Harga ? Camana nak masuk ? Apa syaratnya ?

Hurmm… leh tahan gak la syaratnya.. Tapi tak susah pon nak ikut selagi kita cool.. hahaa.. tak cool , memang hot la kan ? Ook ok.. mula mula nak masuk sini , aku syorkan amik yang unlimited.Maknanya , semua leh layan !  Hahaha..

image

Pastu beli stokin dia.. RM5 jer..

image

image

Pastu , enjoyyy ! Hahaha.. Ada sifu kat sana kalau nak mintak diorang ajar la.. heheheeh.. Syiok ok ! Antara aktiviti yang menarik dan best untuk dilayan ialah .. Dodge Ball, Free Jumps, Airbags, Foam Pits, TramRobics. Kat sini jugak boleh dibuat Corporate Events/Team Building dan Party Services. Kena tempah awal awal la dulu.. hehehe ..

Aku teruja dengan Dodge Ball dan sky ropes .. macam main masa zaman aku kecik kecik dulu.. hehehe .. Ok ok. nak tau dengan lebih lanjut , boleh je ke :

Web EnerZ : http://www.enerz.my/

Facebook : https://www.facebook.com/EnerZIndoorExtremePark

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Aku hadiri undangan dari MAS ( MalaysiaAirlines )  ke majlis pelancaran album terbaru Taufik Batisah di PullMan Bangsar semalam , bersama sama blogger Razi dari www.razzwey.com.

image

Aku tak pernah dengar lagu Fique yang popular tu , ‘ Awak Kat Mana ‘ sehingga habis ! Hehehe.. Dan aku tak tau kenapa dia boleh begitu popular di Malaysia.. apakah rahsianya ??

DSC05641

Tunggu kemunculannya dan aku ternanti rahsia yang menyebabkan dia jadi begitu selain dari suaranya yang menarik .. Peminat dia mula berhimpun.. Kiri kanan dan belakang kerusi jemputan.. PErghh…. leh tahaann ..

DSC05646

Akhirnya dia muncul selepas dua penyanyi jemputan mengadakan persembahan.. Dan segala persoalan aku terjawab !

Yang pertama.. dia murah dengan senyuman.. Kedua , mesra dengan peminatnya.. dan persembahannya memang menarik ! Tidak membosankan ..

DSC05678DSC05676

Ketiga tiga elemen tu kan ada pada MALAYSIA AIRLINES.. Patutnya la dia ditaja oleh MAS.. terbaik !

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Harga ? Masih sama seperti sebelum GST menjelma.. Ok je la bagi aku.. Lagi pun bukan kecik sizenya.. Puas makan !

image

image

Hehehee.. dah kurang meleleh .. tapi kalau nak meleleh , leh je mintak.. elakkan pembaziran.. Rasa ? Masih seperti dulu.. Padat dengan isi ..

Kat mana ni ? Google Lava Grill Sri Kembangan.. Nanti dapat la jawpannya.. heee..

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

image

Masih ramai belum faham betapa pentingnya berzakat ni. Ada yang anggap ianya cuma untuk orang orang kaya atau berpendapatan besar jer.. dan ianya cuma untuk anak anak yatim serta tak berkemampuan ! Ahaa.. persepsi begini kurang tepat dan perlu lebih banyak infomasi mengenainya..

Alhamdulillah.. seharian bersama team ZIKRA 2015 , ada antara blogger #kelabbloggerbenashaari yang ikut serta terbuka mata dan faham akan tujuan utama serta ke mana wang zakat disalurkan..

Antaranya ..

image

Asnaf fakir dan miskin yang ingin berniaga tetapi tiada modal untuk memulakan perniagaan , mereka boleh memohon ke Lembaga Zakat untuk bantuan modal perniagaan. Jika layak , mereka akan dibantu.

Bantuan bina rumah.

imageimage

Bayangkan jika kita tidak membayar zakat , sapa nak bantu saudara saudara kita ni ? Sebab itu , ada bahagian dari hak kita tu , milik mereka. Kita wajib bayar zakat..

Ok.. aku tak beberapa paham sebenarnya dulu.. Dan aku sendiri akan ke pejabat Lembaga Zakat Selangor , cawangan Bandar Baru Salak Tinggi untuk bertanyakan mengenai pendapatan aku , yang kejap ada kejap takde ni.. Maklumlah , takde gaji tetap.. income pun on off .. Jadi camana nak kira ? Ahaa.. apakah perlu bayar juga ? Kalau kita tak tanya , kita tak tau.. Akhirat nak kena jawab woo..

Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 

Kurtah yang direka oleh Ahmad Fauzi Aryaan yang menarik minat aku kerana dari dulu aku memang minat nak pakai kurtah ni.. Sayangnya bila beli , semua sendat ! Masa tu perut aku tak capai tahap cam sekarang ni ! Aha.. bahasa kasarnya , boroi laa.. hahaha .. Terima hakikat yer..

Kali pertama terpandang , terus tergoda.. Tertanya gak mana nak cari.. Godek punya godek.. akhirnya tau ! Dapatkannya di Butik Hijrah Couture ! Huhh…. butik tempat baju raya aku beli setiap tahun rupanya ! Adehh ..

image

Dan baju raya Hibster yang sedang hangat diperkatakan.. Tergaru kepala aku jap.. Hurm… Ketat ? Adeh… Walaupun ada yang kata orang kurus sesuai pakai tapi ketat ? Fesyen ? Hurm.. Malas nak komen lelebih.. cuma aku takkan pakai laa walaupun aku kurus.. Tak sesuai dengan kehendak aku.. Aku nak tampak segak dan kemas.. Ni nampak cam sesak nafas je bila pakai .. bayangkan nak makan ketupat rendang serta lemang ! Haa..

image

Teringat lagi aku sewaktu aku remaja dulu.. sapa pakai seluar senteng macam ni , memang kena ketawa sampai pecah perut ! Tu zaman budak budak la..

Tah la.. aku rasa , ikut suka korang la.. duit korang.. badan korang.. Cuma , jangan sampai jadi mangsa fesyen.. Dalam drama atau filem ok la.. realiti ? Realitinya , kita di Malaysia.. Bukan Paris !

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

Baru nak baring.. tetiba Qhaliff bersuara ..

“ Nak susu.. “..

Hurm… Aku bangun semula dan berjalan ke dapur. Aku berenti dan tanya semula kat dia ..

“ Qhaliff nak susu ke ? “.

Dia jawab.. “ Tak nak.. “.

Haihhh… dia ni kan.. Aku tanya sekali lagi..

“ Qhaliff nak susu ke tak ? “.

“ Nakk.. “. Jawab dia.

Aku terus dapur.. Dia pun ikut sama.. Dia nak bancuh sendiri.. Dia nak bubuh tepung susu kambing tu ke dalam botol susu. Dan aku yang masukkan air panas. Siap !

“ Taknak susu.. “. Terus dia berlalu tanpa berpaling pada aku ! Arghhhhhhhh !! Ya Allah.. berikan aku kesabaran …

“ Zahraaa… nahhh susuuuu.. Abang tak nakkk .. “. Jerit aku.

“ Nak susu .. nak susuuuu.. “. Qhaliff cepat cepat gi amik..

Heh.. main main sama aku !

Dan dia pon mula hisap botol susu tu… Tapi.. sekali lagi untuk hari ini ..

image

Tak abis ! Haihhhhh …

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 

image

Zaman ni , dah kena serlahkan kejelitaan untuk elakkan muka yang  dirundung GST ! Hahaha.. aku gurau jer.. Hehehe.. Tapi serius , aku dan wife mengamalkan Ephyra setiap pagi. Kenapa ? Ni testimoni dari wife aku..

“ Ephyraaaaa.....wajib minum lps bangun tido and sebelum gosok gigi..hahah. Kalo ikutkan, bab-bab nak telan collagen ker makanan kesihatan atau jamu2 ker..saya boleh dikategorikan antara org yang paaaaling susah nak telan.  Takut rasa xsedap, xleh nak telan.  Tapi bila first time try ephyra...tros tersuka, sbb rasa dia mmg best pastu kalo bagi ibu yang masil breastfeed baby, benda paling penting utk dia consume ialah make sure benda tu xmenjejaskan supply susu utk anak.  Kalo bleh jadi cantik jelita pon, tapi effect susu...rasanya still tamo kot.  Tapi Alhamdulillah dengan izin Allah, bila try minum ephyra ni, suply utk susu still macam biasa even hari tu saya puasa n tak makan satu hari pon.Syukur...

lagi satu, macam biasa kalo ibu lepas bersalin ni, confirm rambut pon akan gugur kan.  macam saya, dah macam2 shampoo try, tp skang sy perasan rambut x gugur macam dulu.  Kalo dulu, sure sekali leret jari jer,..tuuu dia...skang ni terkawal dah, xderlah xgugur langsung kan. xlogik lak, kan anak dok bf dok serap zat dari kita, so benda ni normal la.  Pasni nak try minum 2kali sehari plak, nak tgk hasilnya, sbb selalu lupa nak minum sblm tdo...harap hasilnya lagi baik... “

Testimoni aku ? Hehehe.. Banyak kali dah aku buat tapi yang pasti la kan.. setiap pagi aku minum sebelum mulakan tugas.. jaga anak ! Hehehe..

Nak beli mana ? Cuba tanya rakan blogger aku ni , DKna.. Dia agen sah ! Haaaa…  boleh watsup 017 2217 636 ! atau boleh ke Facebook , EPHYRA - Serlahkan Kejelitaan .

image

Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
 Tak sangka sebenarnya sebuah jabatan kerajaan negeri yang amat dikenali ni berminat nak gunakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk membantu mereka mewarwarkan aktiviti wajib mereka ni.. Ahaa.. wajib yer ! Hehehe..

ZIKRAH 2015: Jelajah Kasih Bersama Asnaf

Bertempat di ibu pejabat Lembaga Zakat Selangor , Shah Alam ..seramai 15 orang blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari berkumpul di sini untuk menyertai aktviti ziarah rumah asnaf dan sebagainya.
image

image

Ok.. ada polis iring. Baru tau camana rasa kereta dipandu laju yang mana depan belakang ada polis jaga ! Pergh.. tetiba rasa nak jadi Perdana Menteri.. Hehehe.. tapi tak layak ! Berat sungguh amanah tu..

Sebelum bergerak , baca doa dulu agar aktiviti ni mendapat keredhaan Allah dan segalanya dipermudahkanNya. InshaAllah.. Dan menariknya , kali ni Mufti Selangor serta orang besar Lembaga Zakat Selangor sendiri turut serta.. Waduhh..

image

DSC05544
Lokasi , Klang. Dan destinasi pertama adalah…

image

image

Asrama ni kalau tak silap aku dengar.. ada dua kategori.. 50% yang cemerlang akademik serta ko kurikulum dan baki adalah yang biasa biasa jer. Tujuan buat begini adalah untuk keseimbngan dan mewujudkan persaingan sihat agar mereka mampu bersaing dengan insan insan lain di luar sana. Asrama ini adalah hasil wang zakat anda kepada Lembaga Zakat Selangor.

image

image

DSC05563

Panjang kalau aku nak ceritakan pasal asrama ni.. Setelah melakukan lawatan ke beberapa tempat dalam asrama ni , boleh dirumuskan yang wang zakat anda salurkan ke pihak yang diamanahkan , alhamdulillah.. telah dimanfaatkan sepenuhnya !

Nanti sambung lagi eh ? Kang panjang berjela .. boring korang !

image

Jangan lupa download aplikasi E-Zakat untuk anda laporkan terus pada Lembaga Zakat Selangor andai anda ternampak atau punya jiran yang perlukan bantuan Zakat..

image image
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 

Gelak ? Tidak lagi ! Marah ? Takde selera pon.. Geram ? Dah bosan ! Aku dah takde apa apa perasaan bila melihat atau membaca satu persatu idea yang datangnya dari mereka yang digelar ahli bijaksana negara ni.. Dah naik gaji , makin meroyan pulak idea mereka ! Aku rasa la , dah patut bersara menteri menteri ni ..

image

Tarikf siang mahal , malam murah ? Ni punya idea , budak sekolah pon leh bagi ! Serupa idea suruh bercucuk tanam mahupun memasak sendiri sebelum gi kuliah atau makan malam..

Aku takde pulak dengar cadangan dari pihak diorang ni yang mana akan jual aset aset mereka untuk membantu membayar balik hutang piutang yang mereka buat ! Ni balik balik , rakyat jugak yang kena ! Dah tu diorang ? Terus kumpul harta ? Di kala rakyat derita bayar GST , diorang up gaji ! Apa ni ???

Dah sekarang suruh berpeluh di siang hari.. malam hari yang dah sejuk tu , baru nak pasang aircond ? Agak agak la kot idea tu  ! Mentang mentang la korang yang keluar idea ni , duduk di pejabat ! Sejuk !! Aircond rakyat bayarkan ! Kalau nak adil , tutup aircond dan pasang je kipas siling ! Baru la adil dan saksama bagi mereka yang duduk di rumah seperti aku ( suri rumah bersama anak anak ).

Tolonglah yer.. tolong.. pasni kalau nak keluar idea , bagi idea yang mana , pihak atasan berkorban untuk orang bawahan.. Bukan orang bawahan dikorbankan lagi untuk memastikan negara terus selamat walhal apa yang berlaku adalah berpunca dari kesilapan sendiri !

Tun M , saya bersama anda ! Sila letak jawatan kalau dah tak mampu memimpin ! 

Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hari ni aku ada projek besar bersama rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari di Lembaga Zakat Selangor. Ini peluang untuk mengibarkan sayap dengan lebih meluas.. Terbang tinggi di angkasa ! Hehehe.. Kononnya laa ..

Kena ada kat Lembaga Zakat Selangor , Shah Alam dalam kul 8 pagi ! Ah , sudah… budak budak ni ? Awal pulak nak kena tinggalkan mereka.. Hurm.. Tak sampai hati betul aku.. kena lak Qhaliff demam…

Tetiba aku paham perasaan ibu dan ayah yang mana terpaksa tinggalkan anak anak di rumah pengasuh… Bukan kemahuan mereka tapi terpaksa ! Terpaksa cari duit untuk bayar GST ! Fuh…. berasap lubang hidung bila sebut GST !

Ok ok.. sambung cerita anak.. Tamo cerita politik dalam entri ni.. Tunggu entri satu lagi untuk cerita politiik… 

Aku tenung muka anak anak.. sorang sorang ..

image

Alahai..siannya. Dan syaitan mula membisik bila kita nak melakukan kebaikan ! Aku cekalkan hati.. Start enjin dan terus ke  Shah Alam.. Dan aku serta wife ikuti perkembangan mereka melalui adik aku… tenyata mereka gembira di rumah sebab ada sepupu sepupu mereka.. Leh bermain sepuas hati !

Balik.. bawak gi makan besar ! Cari tempat takde GST tapi dah lama naik harga tinggi ! Hahahaha.. 2x3 , 5x2 ..

Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 

Jam ! Dia minat pakai jam.. Teringat aku sewaktu kecik yang mana ayah aku didik aku pakai jam dari kecik lagi.. untuk aku belajar hargai masa ! 

Dan aku turunkan pada Qhaliff.. Dia akan bukak jam tangan dia , bila nak mandi saja ..

Nak dijadika cerita.. di Giant Nilai tadi , dia bersungguh sungguh nak naik ‘car’… ala , troli yg ada kereta kecil tuu haa ! Adeh.. tak pasal pasal nak berjalan jalan dalam supermarket Giant tu..

Aku tak nak .. cari la idea camana nak kasi dia lupa akan keghairahan dia tu .. Dan aku ternampak booth jual jam ni.. Terus aku panggil Qhaliff.. Terdiam dia dan.. nampak teruja sangat . Dia terus tunjuk jam yang dia nak..

image

image

image

image

Dan.. dia pilih BEN 10 .. Hahahaha.. nak jugak ada BEN tu haa.. Harga , RM8.. Tak kisah la.. mahal sikit untuk didik anak hargai masa .. Pasni leh menabung dari kecik untuk beli jam yang lebih mahal yer.. Jangan guna duit orang tau !

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 

Katanya ..

image

Owh.. patutlaahh aku kena bayar lebih kali ni.. GST 78 hengget !

image

Nampak gayanya.. banyak menda aku nak kena buat ni ! Antaranya , tanam sayuran sendiri.. masak di rumah .. kurangkan makan di luar ! Sayur amik dari kita tanam sendiri.. Jangan beli kat penjual sayur. Biar diorang rugi ! Pastu jangan jual sayur dah ! Padi , aku nak tengok mana mana kawasan lapang , nak buat sawah padi ! Choppp , kat Putrajaya banyak ! Harap diorang tak larang sebab ini cadangan dari orang besar kerajaan yer !

Ikan.. kena beli akuarium besar ni.. letak belakang rumah ! Bela ikan keli dan ikan bilis .. ikan sardin pon ok gak kan ? Ayam ? Haa… Best best ! Bela kat belakang rumah gak..

Camana lak ngan elektrik ? Hurm… air cond pakai seminggu sekali. Pastu guna kipas atau buat sendiri !

image

Tak mustahil satu hari nanti Malaysia akan ada lebih ramai rakyat seperti  McGyver berbanding Menteri berCgpa 3.85 !! Jangan pelik nanti kalau nampak budak budak bawak pisau serbaguna tu.. Alaa, pisau yang ada macam macam kegunaan tu ..

Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2026 (4)
    • ▼  Januari 2026 (4)
      • Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
      • Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
      • Pening kepala aku dengan itik itik ni !
      • Tik Tok bikin hal sama seller ?
  • ►  2025 (63)
    • ►  Disember 2025 (4)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4966)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (488)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes