Lama dah aku tak buat jamuan raya berjemaah begini ! Hahaha.. Kali terakhir , masa Qhaliff kecil dulu. Tapi kalau ada yang nak datang tu , pintu senantiasa terbuka jer. Takda masalah pun. Cuma yang macam ni je aku agak pening. Maklumlah , masa tu baru ada anak sorang dan tak paham lagi camana nak urus anak ramai ni. Heee..
Dah kali ni aku dah bersedia ! Hahahaa.. Plan aku begini. Sebelum nak datang tu , aku buat list di Whatsapp. Sila bagitau jumlah kehadiran. Nak tau berapa ramai kanak kanan dan makanan yang sesuai untuk dijamukan. Tujuan utama adalah untuk elakkan pembaziran makanan ! Ni aku cukup pantang betul. Kali terakhir aku buat , banyak makanan dibazirkan. Sedih aku tengok. Kalau boleh , aku nak makan semua tu. tapi apakan daya..
Dan plan untuk elakkan tetamu boring ... aku buat gini. Yang bujang , serta suami... lepak kat ruang tamu. Sambil berbual , leh layan movie cerita best. Anak anak lak , aku tabur permainan. Sila berhati hati. Main la sepuashati ! Nak rosak pun aku ok jer. Hahahaa..
Yang anak besar sedikit , boleh layan Beyblade atau trempolin tu. Melompatlah setinggi mana pun. Takkan terkeluar dari situ. Hahahaha.. Dan mak mak , lepak sebelah makanan ! Sendiri mau paham la yer.
Barang barang mudah rosak , aku jauhkan. Makanan lak , yang mudah untuk mereka pilih dan makan. Mee goreng dan bihun goreng. Kenapa tak da nasi ? Sebab nak elakkan tetamu kekenyangan sangat. Nanti nak memandu pulang , terasa mengantuk lak ! Maklumlah , aku punya sesi petang. Hee.. Dan nasi biasanya akan menghasilkan banyak pembaziran lauk pauk !
Alhamdulillah... Bila anak anak dah abis bermain , ibu ibu yang masih belum balik.. bekerjasama mengemas permainan ! Huhuh.. Terharu lak. Memudahkan nanti bila nak mengemas rumah. Penat , memang penat dah tapi hati gembira bila tengok anak anak yang datang.. ayah ayah .. happy ! Mak , jangan citer la. Banyak bawang positif dikopek bersama.
Yang utama ialah.. tiada pembaziran makanan langsung ! Simple tapi puashati.




















