Aku baru terima satu sms dari bro Eqbalzack .. Menurutnya ada makhluk asing semalam saja 'mencari pasal' dengan dia .. Hurm... Kes masuk suratkhabar gitu.. Hurm.. Jangan pelik.. adat ..
Bagi aku , bro Eq layak sbb dia dah lama dalam bidang ni .. Lagi pon dia berjaya dalam bidang yang dia ceburi .. Ini membuktikan bahawa sesiapa saja mampu buat dua kerja dalam satu masa dan kedua duanya berjaya .. Apa salahnya muka dia terpacak dalam tu kan ? Dah berblog lagi lama dari aku tuu.. jangan lupa tang tu ..
Yang menariknya , blogger baru lak tu berdengki dengan dia tu.. Hehe.. Tapi aku tak pelik la sikap blogger baru ni.. Pengalaman kehidupan masih mentah .. sebab tu suka menjolok orang lain ..
Toksah la gitu .. Amik yang positif pada seseorang blogger tu... Kalau ada negatif , buang la yang tu.. Ibarat makan buah durian la... Bau sedap... isi lazat .. walau ada ulat , pasti ada ulas yang membulat kan ? Makan tang tu dah la...
Pesanan buat semua rakan blogger termasuk aku , usaha tangga kejayaan .. Bijak , rajin , kreatif dan ramah .. Resepi utama dunia blog ... Dan sedikit nasib ..