Israel bantah akhbar Mesir siar kartun gambarkannya Nazi
KAHERAH 29 Jun - Kedutaan Israel di sini mengemukakan aduan kepada akhbar parti pemerintah Mesir mengenai penyiaran sebuah kartun yang mengaitkan rejim Zionis itu dengan Nazi Jerman.
Aduan itu adalah langkah luar biasa kerana kedutaan tersebut lazimnya tidak mempedulikan kritikan daripada media Mesir.
Al-Watani al-Youm pada 15 Jun lalu menyiarkan kartun menunjukkan sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang menuju ke Genting Gaza ditangkap oleh seekor sotong kurita yang membawa bendera Israel, tetapi lambang swastika Nazi dan bukan simbol Star of David tertera pada bendera itu.
Akhbar minggu itu ialah lidah rasmi Parti Demokratik Kebangsaan pimpinan Presiden Hosni Mubarak.
"Kedutaan Israel memilih untuk mengulas mengenai karikatur itu kerana Israel disamakan dengan fahaman Nazi.
seterusnya >> UTUSAN
BA : Dalam bijak ada gak ngeng dia yer..
Sebentar tadi dia adala berYM jap ngan aku.. bertanya khabar begitu begini.. Kemudian dia bertanyakan aku sesuatu .. tentang blog yang perlu didaftar tu ..
Dia cakap dia dah berkali kali tekan url yang diberikan oleh aku di dalam entri tu.. Hurm .. Pada mulanya aku fikirkan dia bergurau.. Maklumlah , dia ni ada satu jenis penyakit..cakap skit pastu gelak... hahaha...
Aku terus layan pertanyaan dia .. Sampailah aku suruh dia berikan aku url website tu.. Dia punya laa pergi cari sungguh sungguh !! Mmg betul betul budak ni terkena ngan aku .. Aku ingatkan dia ni tahap bijak ala ala Che Det tapi rupanya ala ala aku je.. hahaha.. kira aku tinggi skit la .. hahha..
Punya la dia paste url tu !! HTTP://WWW.AKUTIPUJER.GOV.MY ... Dia boleh tak perasan ? hahahhaa.. aku gelak guling guling kali ni.. biasa dia yang gelak ... hhahaha..
BA :AYIE OH AYIE.. hang p tidoq .. ni mesti kes tak cukup tidoq...
Satu petang , aku terima sms dari seorang rakan ...
Dia : Salam... hang punya pisau ada kat aku la ..semalam kan aku pinjam sat sbb nak potong tali tu.. Nanti aku pulangkan balik tau ..
Aku : Oooo.. patut laa aku cari pisau tu tak da kat umah aku ...Sian bini aku..tak pasal pasal siang ikan guna gergaji ...
Dia : Erk ...