Apa yang berlaku di depan mata , segalanya mmg dah ditakdirkan .. Namun kita sebagai manusia boleh mencorakkan kehidupan kita sendiri dengan syarat , melaluiNYA ..
Aku di KLCC skang ini .. Bermacam macam berlaku di dpn mata aku .. Segalanya ibarat satu pentas dunia lakonan .. Bermacam gaya dan ragam yang boleh membuatkan aku tersenyum sinis ..
Aku nak kata lebih pon susah tapi itulah hakikat dunia di mana aku juga salah seorang pelakonnya .. Nak kata dunia ini tidak adil , aku tak rasa tak patut langsung .. Mungkin salah kita sendiri .. Bila peluang ada di depan mata , kita biarkan .. Kita lepaskan .. Bila kita tengok orang lain , kita geleng kepala dan mungkin akan berkata , " Aku sepatutnya ditempat dia " namun bila diberi peluang , apakah yang kita lakukan ?
Bila terlihat mereka yang bergaya kehulu kehilir ... Pergh .. pasti berkata dalam hati betapa mereka bertuah .. Begitu ua sebaliknya .. Patinya merka berkata betapa bertuahnya dia ini kerana tidak perlu memikirkan segala masalah yang aku hadapi ..
Manusia sekarang tidak sebenarnya bersyukur ..Hanya tau melafazkan 'Alhamdulillah' seperti mana berdirinya kita di hadapan sejadah untuk mendirikan solat .. Sekusyuk manakah kita sebenarnya ? Hanya Allah saja bisa menjawabnya ..
Aku terfikir bilakah watak aku ini akan ditamatkan .. Dan adakah mereka akan mengenangi aku ? Apakah mereka akan merindui aku ? Lihat saja mereka yang telah pergi meninggalkan kita ... Beria kita menangisi pada awalnya .. Belum sampai setahun , dah ada pengganti .. Hurm ..
Itulah hakikat dunia ini.. Dunia yang penuh dengan sandiwara yang mana kita adalah sebahagian darinya .. Antara sedar atau tidak saja...
Wallahua'alam...