Terkejut aku membacanya .. Aku yang membesar dengan lagu lagu rock kapak sudah semestinya meminati kumpulan Fotograf ini ..
Takziah buat ahli keluarganya .. Untuk mengetahui dengan lanjut , rujuk sini ..
Terkejut aku membacanya .. Aku yang membesar dengan lagu lagu rock kapak sudah semestinya meminati kumpulan Fotograf ini ..
Takziah buat ahli keluarganya .. Untuk mengetahui dengan lanjut , rujuk sini ..
Adoi.. mati nak baca satu satu ... bukan skit ..ramai tuuu .. aku ingatkan tak dapat sambutan ... Paling tidak pon yang nak join dalam 5-6 orang je .. sama gak segmen Suai Kenal tu la.. tau tau ??
Tapi tak kisah la.. contest tu pon hanya sekadar suka suka.. bukan ada hadiah menarik pon .. Mungkin ??? Pemenang akan dapat promosi blog kot ? Adakah ? Tapi yang pasti bukanlah $$ ...
Tinggal 4 jam lagi sebelum 'kedai' tutup... hehehe.. apa akan jadi selepas tutup ??? Nak cari terkreatif diantara kreatif bukanlah mudah.. Akan aku serahkan pada pembaca menilainya sendiri .. hehehe..
Penat ? Serius aku penat .. penat jari.. penat mata .. penat mental .. segalanya la penat .. huhu .. tapi tak kisah la , janji semua happy kan ?
Pada yang tak tahu apa isu entri ini , sila rujuk sini (link)
Blog atas tu , semua sedia maklum tu blog aku.. yang bawah tu .. blog Mat Gebu la kan ... Atas persetujuan bersama , penggunaan FEEDER digunakan dibahagian atas untuk 'pertukaran pembaca' dua dunia blog yang berbeza.. Blog peribadi dengan blog masakan ..
Disini kitorang saling 'mempergunakan' bertujuan untuk mempromosi blog dan seterusnya dengan blog blog yang berada dalam blog list kami... Dan ternyata konsep ini berjaya.. Dan ada beberapa buah blog lagi yang buat cara ini atas persetujuan bersama ...
Fikirkan sendiri ...
Iskh iskh iskh ... tolong susah .. tak tolong susah .. aku wat hal aku sendiri pon susah ..
Ada orang .. sapa aku tak tau .. kata BEN ASHAARI mempergunakan blogger newbie .. Yeker ?? Berapa banyak sangat trafik dari newbie ni ? Setakat aku masuk sepanjang ni newbie pon baru baru nak mula.. Aku curik trafik diorg ? Pastu apa jadi ngan blog tu ? Terbakar cam cerita Mission Imposible tu selepas trafik dia lari ? Adeh ..
Atau aku dilantik jadi pengerusi blogger sedunia dengan menggunakan newbie ?? Haih.. Atau aku nak up $$ NUFFNANG ? Hahaha.. sian aku.. sepanjang aku buat ni , BE pon takde !! Aku lega sangat .. takde sapa yang salah anggap tapi ada gak ..
Hahahaha.. Sebelum aku buat segmen ni , trafik aku pon dah beribu ribu UV sehari .. aku boleh tak buat tapi bila sorang sorang dah tanya aku begitu begini , aku nak diam je ke atau buat forum ?
Serius , ni bukan kali pertama orang kata pasal segmen aku ni .. Dulu Jelajah Blog ... Cara mudah yang semuaaaaa orang buat bila adanya ramai orang orang baru.. Kita masuk IPTA gitu .. masuk sekolah rendah gitu.. kita ada sesi suaikenal .. Masalahnya , sapa nak jadi pemacunya ?? Ada sesiapa yg sudi ke ??? Yang bersuara kata aku ni guna blogger newbie tu nak buat tak ? Boleh.. aku undur diri .. boleh la aku teruskan dengan entri harian aku .. Tiada masalah ..
Pelik betul .. tang mana dia nampak aku guna newbies ni.. Aku untung besar ke ??? Atau ada AFUNDI BLOGGER POPULAR ke ? Nak tanya laa.. Newbie ni budak tadika atau rendah ke ? Setahu aku ramai yang keje bagus bagus.. cikgu ada .. gomen ada .. suri rumah berjaya pon ada .. Apakah mereka tak boleh fikir semua tu ?
Aku boring nak layan semua ni.. Bukan kali pertama .. Buatlah apa pun dalam dunia maya ni , segalanya nampak serong.. Yang cakap lebih tu je bijak ! Cermin diri tu sendiri sblm nak bersuara ..
Aku bermula dari bawah.. nak bangun sikit punya susah .. Maka aku tahu erti kepayahan blogger newbie ni .. Salahkah aku cuba menghuluran tangan ? Ada ke newbie kena bayar ? Ada ke aku suruh mereka puji ? Aku balas komen pon tidak ! Fikir fikirkan.. dan bawak istighfar ..
Kalau tak nak membantu , janganlah musnahkan ..
Nak kata tak belajar masa kecil , dah puas cikgu ajar.. Termasuk la mak bapak kat rumah tu .. Tapi aku pelik , setiap kali masuk tandas kat 'situ' pasti tak bersih .. Tandas lelaki lak tu.. Siap ngan sinki dengan sisa sisa makanan .. Haih apa punya spesis tul laa...
Tu belum part kat jamban tu.. Nak flush pon susah ke ??? Adoi.. dah bagi tandas percuma pon tak reti nak jaga kebersihan .. Aku pasti cleaner tu sakit jiwa kalau dok masuk n bersihkan tandas tu ari ari ..
Dulu ada satu makcik tu cukup tensen ngan tandas perempuan .. Mana tidaknya , bersepah roti bersalut jem dalam tu.. Tak reti nak buang atau terlupa ? Hanya anda mampu menjawabnya ..
IKLAN
Design terbaru hanya dari AYU STORE
PUTRAJAYA: Mulai esok hingga Ahad ini, warga kota berpeluang mendapatkan barangan tulen dan berjenama pada harga yang murah menerusi Karnival Jualan Ori anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Karnival yang dijadual dilancarkan Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe, itu akan diadakan di Hall 3, Mid Valley Exhibition Centre dan dibuka mulai 10 pagi hingga 11 malam.
Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin, berkata terdapat 73 gerai menjual barangan asli dengan harga lebih murah berbanding di luar seperti alat ganti kenderaan, barangan elektrik, perisian komputer, telefon bimbit, peralatan sukan, pakaian, barangan perhiasan serta produk kesihatan.
"Pada karnival itu juga pengunjung akan berpeluang mendapatkan maklumat mengenai bagaimana cara untuk mengenal pasti antara produk tulen dan produk tiruan," katanya dalam satu temubual baru-baru ini.
Beliau berkata, selain berpeluang mendapatkan barangan tulen pada harga lebih murah, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah menerusi cabutan bertuah selain dihiburkan dengan persembahan artis popular dan pertandingan melukis untuk kanak-kanak.
Mohd Roslan berkata, karnival itu adalah antara aktiviti Kempen Membanteras Cetak Rompak yang bermula sejak 10 Mei lalu.
Katanya, selain karnival, acara lain seperti program taklimat, seminar dan bengkel turut diadakan.
"Taklimat, bengkel dan seminar itu diadakan di lima zon utama iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan," katanya.
Selain itu, katanya, program jelajah ke sekolah di Semenanjung Malaysia turut diadakan bagi menimbulkan kesedaran mengenai kegiatan cetak rompak dan barang tiruan di kalangan pelajar sekolah.
"Kementerian juga dengan kerjasama pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menjalankan kaji selidik untuk mengetahui tahap keberkesanan kempen tersebut dan hasil kaji selidik dijangka siap bulan depan.
"Kajian itu akan digunakan untuk merancang dan mencari penyelesaian yang lebih berkesan ke arah membanteras kegiatan cetak rompak," katanya.
Mengenai gerak gempur cetak rompak, beliau berkata operasi penguatkuasaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan yang menjual barangan cetak rompak dan barang tiruan dengan tumpuan utama di kawasan panas seperti Jalan Petaling, Kuala Lumpur, Batu Feringgi, Pulau Pinang dan Holiday Plaza, Johor Bahru.
Menyentuh operasi membanteras cetak rompak yang dijalankan sejak 1 Januari hingga 31 Oktober tahun ini, Mohd Roslan berkata sebanyak 73,956 premis telah diperiksa dengan nilai rampasan berjumlah RM25,659,335.
"Pecahan mengikut kes pula ialah di bawah Akta Kawalan Harga 1946 (73 kes), Akta Perihal Dagangan 1972 (516 kes), Akta Hakcipta 1987 (712 kes) dan Akta Cakera Optik (satu kes)," katanya.
Beliau berharap menerusi pelbagai kempen yang diadakan KPDNKK, dapat membantu mengurangkan kegiatan pengedaran dan penggunaan bahan cetak rompak di negara ini selain mengalakkan orang ramai untuk membeli barangan asli berbanding tiruan. - BERNAMA
Untuk rujukan pertandingan ini bolehlah ke entri ini ( link ) ..
Dan pemenang yang dipilih oleh penganjur ( RIZI-BIZ SHOP) sendiri . Berikut adalah blog blognya .. 3 Pemenang :
http://ummi-alifya.blogspot.com/2010/10/jom-shopping-kat-rizi-biz-shop.html
http://myapeapeaje.blogspot.com/2010/10/jom-shopping-kat-rizi-biz-shop.html
http://bluediamondfaizah.blogspot.com/2010/10/jom-shopping-kat-rizi-bzi-shop.html
Semua pemenang akan mendapat hadiah misteri beserta baucer Genting Highland. Sila emailkan
Ke alamat email : bahazizi@yahoo.com dan benashaari@yahoo.com . Segera yer ...
Tahniah buat ketiga tiga pemenang dan jutaan terima kasih buat mereka yang sudi menyertai pertandingan ini .. Sampai jumpa lagi !! Byeeee... hahaha.. poyoss...
Rajin nak buat cerita berdasarkan gambar ? Hahaha.. Amacam ? Berani ? Tak masuk , serius rugi.. hahaha ... Undian tertinggi akan menang.. hadiah ? hehehe.. tkde duit.. tapi korang tau kan hadiah dia camana ..
Pada yang berminat :
Mudah jer... Buat satu entri di blog masing masing.. Agar mereka boleh g dan baca .. kemudian undi.. hehehe.. ;)
Seperti biasa .. kena ada
Ok .. ni je gambarnya .. Cerita dia mestilah berkisarkan dunia blog dan blogger baru .. Ok ?? Cun ??? Tarikh tutup? Tengah malam ni .. Cepat cepat...
Opss..tinggalkan link jawapan korang kat sini .. hehehe
Aisey.. tercicir sorang ni .. hehhehe... Korang rasa aku patut teruskan atau tutup segmen ni ? Ke dah cukup ?
Tapi tk pe la.. bagi yang berminat tu , teruskanlah membuat entri tu.. selagi ada selagi tu aku buat.. kalau diam , kita diamkan saja.. kan kan ? hahah...
Segmen ni bukan suai kenal .tapi aku cadang nak buat.. ala ala .. hehe.. kena tunggu la.. kang cakap ada lak yang curik idea ni.. penat wo pk idea ni.. bukan senang nak pk waktu waktu buntu idea ni..
Alhamdulillah..cuaca cun skang ni .. Rasa cam nak g cuci mata kat Mid Valley lak ler... baki gaji bulan lepas tak abis lagi ni.. hahaha.. jgn risau.. ada seringgit jer ni.. cukup lepas tambang komuter.. hehehe...
Eh terlari tajuk.. sebenarnya aku nak mintak maaf kat ELLY sbb tercicir nama dia.. Yekeeeee... hehhe.. yela kot.. lama dia tunggu.. nama dia tak naik.. haaa.. ni aku bagi cun punyaa.. sorang lak tu.. hahaha..
Haaa.. ini orangnya.. Bini orang laaa..jangan kacau ..kang kena tanggal kepala dari badan tu kang .. haaa..Dah.. jom g usha blog dia.. Diulangi !! usha blog diaaaa..bukan orangnya !! Faham ? Nak buat kakak angkat , sila tanya dia.. Jom > ELLY
Aku tak de sapa nak buat abang angkat ke ???? hahahha
Aku akan buat satu segmen baru .. selepas ini .. hehehe... Segmen apa ? Tunggu ... Ok pertandingan Rizi Biz Shop tu , senarai nama akan diberi pada aku nanti.. harap sabar ..
OK ..berikut adalah senarai nama terakhir yang untuk segmen SuaiKenal ni ..
Ni je yer.. pasni .. apa punya segmen lak eh ???