Terharu .. bila lihat undian di BLOG PILIHAN MALAYSIA kategori BLOG SUAMI PILIHAN , blog BEN ASHAARI , menduduki tangga teratas buat masa sekarang dengan undian 538 dan paling hampir ialah 107 undian .. Sangat jauh jaraknya .. Wow.. aku tak sangka menjadi pilihan.. Sebenarnya aku tak harapkan apa apa pon .. Aku mintak dijauhkan segala pujian agar kerana aku tak mahu lupa diri ..
Cukuplah bagi aku berblog ini aku dapat pendapatan sampingan untuk membantu keluarga aku dan aku sendiri membina kehidupan yang lebih sempurna di masa sekarang dan akan datang ..
Aku dah cukup gembira dengan keadaan sekarang di mana skarang ni blogger blogger baru dah mampu bergabung tenaga bantu membantu sesama sendiri .. Bercerita dan berkongsi maklumat dalam blog masing masing sambil mencuba mendapatkan wang poket secara sambilan .. kan ? Tak guna nak bergaduh atau bertekak ... sama sama makan .. Sapa rajin usaha dan kreatif dia lebih berjaya .. Tak perlu ada perasaan hasad dengki ..
Dunia glamer memusnahkan kita .. Ingatlah ... dunia glamer tak menghalang maut dari menghampiri kita .. Biarlah sederhana dalam apa jua yang kita buat ...
Berbalik dengan undian tadi tu .. sapa yang berminat nak mengundi , bolehlah menjengokkan diri kat sana .. Nah.. ni linknnya .. BPM .. TERIMA KASIH SEMUA KERANA MENYOKONG SEGALA SEGMEN AKU SELAMA INI ! KERANA KAMU SEMUALAH AKU MASIH LAGI DISINI !