Erk... jgn tengok aku ! Aku tak tau ... ada orang tanya aku .. tu aku tanya korang ... kot la ada petua orang dulu dulu .. huhu...
Kalau berblog dengan ikhlas .. nak ke orang follow kita ? Cuba beri definasi berblog dengan ikhlas ? Hehehe.. apakah kita menulis bukan kerna nama ? Atau kita menulis sambil jeling tengok NUFFNANG tak terbit terbit lagi iklannya ? Atau menulis untuk kasi awek terpikat ? Atau kerana minat ? Atau kerana Allah ? Haa... banyak pilihan ni ..
Kalaulah benar berblog dengan ikhlas , berapa ramai yang nak follow ? G la tengok blog blog yang berblog dengan ikhlas ... ramai tak follower dia ? Biasanya yang ramai follower ni , blogger yang dah terkenal dan ada nama .. Jangan tengok aku ler.. aku tak terkenal mahupun ada nama .. er.. nama tu ada la .. cuma tak la dikenali ramai.. Ribu ribu aku punya ni pon nasib je ... diorg terklik kot ? hehe.. Tak eh ? Terima kasihhhh..
Jadi , camana nak bagi ramai follower ni yer ? Ok .. kita amik cara paling mudah .. Korang kenal tak LISA SURIHANI ? Ok.. dia tak de kaitan dengan aku kecuali dia pernah muncul dalam mimpi aku sekali ( sila rujuk entri ini ) .. Kalaulah si LISA SURIHANI ni bukan pelakon , rasanya dia terkenal tak ? Tak punya kan ? Mesti kalau buat blog pon , biasa biasa jer .. Haa.. disebabkan dia dikenali kan ?
Maka ... korang kena aktif berblog agar korang dikenali .. Kalau sehari satu entri.. atau seminggu sekali.. apakah peluang untuk dikenali itu tinggi ?