Ramai tak tau langsung mengenai majalah RAPI .. Mungkin ingat majalah ini sekadar majalah kesihatan khusus untuk wanita saja .. Hurm...
Sebenarnya tidak... banyak maklumat terkandung dalam majalah ni.. Sebelum ini , aku kerap amik tips yang ada dalam majalah ini dan kongsikan bersama rakan rakan pembaca di dalam blog aku ni ha..
OK.. kenapa aku excited sangat kali ni ...Nak tau ? Mesti korang kata.. ala.. Apa la sangatkan ? hehe.. ok ok.. tak pe .. Petikan dari majalah RAPI
"Tampan, ‘smart’ dan bergaya! Inilah lambang lelaki moden hari ini. Ben Ashaari, 34, memang bertuah kerana beliau adalah personaliti lelaki pertama yang menghiasi ruangan GAYA HIDUP. Menyusuri kecintaan Ben Ashaari atau lebih mesra disapa sebagai Ben terhadap dunia kecergasan dan blog membuatkan kami sangat kagum dengannya. Percayalah, bukan calang-calang orang boleh menjadi sepertinya. Hanya semangat dan keinginan yang tidak berbelah bahagi sahaja mampu membawa dia ke tahap ini. "
OK.. selama ini... perempuan jer .. hehe.. dan aku , pertama .. Maunya aku tak bangga ?? Pergh. dah la tu... Berkaitan dunia blog lak tu !! Ini satu penghargaan buat blogger jugak kan ? Sekurangnya ada pihak sudi membuat cerita tentang blogger .. Takde la pasal isu $$ ni .. kan kan ?
Ini membuktikan lagi bahawa , semua blogger boleh berjaya .. Tapi ingat , jgn kejar populariti ... Berblog dengan ikhlas dan paling penting , rajin dan kreatif ! okeh ?
Dapatkan segera di pasaran sebelum aku borong semua .. hehehe .. RAPI keluaran 1hb FEB 2011 ..