Tadi aku ada tengok berita di tv... hurm.. berkaitan satu aktiviti sukarelawan membersihakan pantai Pulau Redang yang dicemari sampah sarap yang dibuang oleh mereka yang tak berguna..
Pergh.. kasar sungguh bahasa .. tapi perbuatan mereka tu lagi kasar .. takkan la tak reti nak jaga keindahan alam semulajadi.. Hati dah tenang.. gembira.. tapi dibalasnya dengan membuang sampah ke dalam laut , tepi pantai .. atau kawasan persekitaran .. Dimana kesedaran sivik weh !!
Kemudian aku terfikir.. bagusnya kalau blogger dapat join aktiviti aktiviti seperti ni .. mesti menarik .. Yelah , selain dapat memberi pendedahan blogger juga boleh berkongsi segala pengalaman yang mereka dapat bersama pembaca mereka ..
Secara tidak langsung , pembaca dan juga blogger akan sama sama mempelajari sesuatu mengenai keindahan dunia yang mana sebenarnya kita langsung tidak hargai ..
Kan ? Setakat ni aku cuma tau ada web pencinta alam malaysia ( www.mns.my) .. Sapa sapa tau lagi ?