Hahahah... haaa.. aku buat segmen , orang bangkang.. aku cerita pasal aku makan apa , orang bangkang .. Aku cerita pasal jiran sebelah , orang bangkang ... Dah tu ??? aku nak cerita apa ? Pasal gym ? Orang kata aku gay .. Kang aku cerita pasal ikan , korang ingat aku nelayan lak .. adoiii ..
Pagi tadi aku ada keluarkan satu entri berkaitan satu produk yang dikesan mengandungi dna babi .. Maka ramai yang tak tau , dah tau ... Dan !! Aku juga terima satu mail bangkangan yang mana memberitahu aku tidak membuat penyelidikan terlebih dahulu dan terus percaya pada surat yang dilampirkan tu ..
Gulp .. Takkan aku tak reti nak baca memo dari jabatan kot ? Erk.. tapi tak pe.. aku amik langkah berhati hati .. Untuk elakkan mana mana pihak terasa , ada baiknya aku bertindak dengan cara yang betul yakni hubungi sendiri Jabatan Agama Islam Johor - Bahagian Penyelidikan .. ( 07-22829431 )
Menurut mereka ( lupa lak nak tanya nama dia ) , jabatan kimia ada mengesahkan kehadiran dna babi di dalam butter tersebut .. cuma sekarang ni mereka kena ikut protokol .. Mereka tiada hak untuk mengeluarkan sebarang fatwa untuk memberitahu status halal haramnya butter tersebut .. Segalanya masih dalam proses yang belum ada keputusan lagi .. POLITIK ..
Itu jelah .. untuk kepastian sekali lagi ... aku tanya dan jawapannya mmg ada dna babi didalam produk tersebut .. Jadi dia nasihatkan agar berhati hati je ...
OK ? haaa.. tu je la.. kalau tak puashati , boleh call tanya sendiri laa... tak tau la kot pasni ada perubahan pada kenyataan kat sana tu .. Faham faham je la kan kat negara kita ni.. banyak pihak terlibat... hehehhe...
Wallahualam.. Aku sekadar menyampaikan .. benar atau tidak , sila buat kajian sendiri.. Jika salah , harap perbetulkan aku... jika betul , sama sama kita amik tindakan yang sepatutnya ..
Terima kasih ..
Haaaa.. yang ni khas untuk mereka yang bergelar ISTERI dan juga IBU ... ala.. mama ke , umi ke , amma ke .. sama je la.. leh je join..okeh ? Untuk SUAMI kat SINI .. dan ISTERI kat SINI ..
Ok...cam biasa ... buat entri .. dan segmen ni akan ditutup pada kul 10 malam ni yer.. Semua entri akan di senaraikan di SINI .. Haaa... pastinya ada cerita tersendiri ..
Jom...
-
Buat satu entri .. letak header BEN ASHAARI BLOG
-
Tajuk BILA SI ANAK BERBLOG.. SI AYAH dan IBU ? dan linkkan ke entri ini ..
-
Apa yang si anak kena tulis ? cuba ceritakan bagaimana anda membahagikan masa dengan belajar , membantu kedua ibubapa dan berblog.. Pastu , ayah atau ibu tak membebel atau tak kisah ke ? Camana anda terangkan minat anda itu serta tunjukkan bukti bahawa berblog tu berbaloi ?.. hehehe..
-
Siap ? Yearghh... sila tinggalkan url entri anda di ruang komen ini ...
Sekali lagi.. tutup kul 10 malam ..
Haaaa.. yang ni khas untuk mereka yang bergelar ISTERI dan juga IBU ... ala.. mama ke , umi ke , amma ke .. sama je la.. leh je join..okeh ? Untuk SUAMI kat SINI ..
Ok...cam biasa ... buat entri .. dan segmen ni akan ditutup pada kul 10 malam ni yer.. Semua entri akan di senaraikan di SINI .. Haaa... pastinya ada cerita tersendiri ..
Jom...
-
Buat satu entri .. letak header BEN ASHAARI BLOG
-
Tajuk BILA SI ISTERI BERBLOG.. SI SUAMI dan ANAK ? dan linkkan ke entri ini ..
-
Apa yang si isteri kena tulis ? cuba ceritakan bagaimana anda meluangkan masa di rumah .. Yelah , camana nak habiskan masa dengan anak anak , suami pastu blog .. Haaa.. ada kawan kawan nak tau tuuu... hehehe.. Pastu , si suami tak membebel atau tak kisah ke ? Camana anda leh 'jinak'kan bebelan si suami tu.. haaaa.. hehehe..
-
Siap ? Yearghh... sila tinggalkan url entri anda di ruang komen ini ...
Sekali lagi.. tutup kul 10 malam ..
Aku fikir fikir balik .. Kenapa ? Kenapa blogger popular ni sering jadi tumpan blogger blogger lain terutamanya yang baru baru ? hurmm... kenapa eh ??
Ok... jawapan yang aku dapat ... Ada pelbagai cara blogger menjadi popular ... Antaranya , melalui media massa ... Tapi dengan media massa ni bagi aku , jarang nak meletop kecuali mmg rezeki dia atau ada isu panas !
Dan popular dikalangan sesama blogger sendiri .. Cara ni , blogger akan sering menjadi perbualan sesama mereka.. Tak kira sewaktu makan ... sewaktu chatting .. atau sewaktu berforum.. malah dalam entri pon sering menjadi isu ..
Kenapa mereka ( blogger popular ) menjadi idola ( tak sepatutnya jadi idola bagi aku ) ?? Jawapannya ialah ... mereka pon blogger .. yang popular tu pon blogger .. masing masing punya blog .. tapi hanya 'nasib' membezakan mereka .. Dan mereka selalu membaca penulisan blogger tersebut dan teringin mengenali penulis blog itu.. Aku sendiri pon ada teringin berjumpa blogger yang aku minat.. hehehe..
Disamping 'nasib' , keunikkan serta kelebihan sesuatu blog itulah membezakan antara blog A dengan blog blog yang lain ... Sebab itulah , blog perlu unik dan punya identiti untuk menarik pembaca pembaca ke blognya ..
Seperti murid di dalam satu kelas... Berapa ramainya yang akan dapat no 1 di dalam kelasnya ? jika semua rajin dan bijak , berapa ramaikah akan dapat no 1 ???
Popular ni bukan kemahuan .. tapi itulah kesannya akibat bila dah dikenali .. Ada blogger yang berlagak ARTIS bila dah dikenali .. ada yang masih seperti dulu tapi tetap dicop berlagak ... Hahaha.. macam macam kan ? Jadi toksah pening kepala... Ianya sekadar blog dan blogger ...
Nasib .. rezeki ... unik .. dan kreativiti ..bukan semata mata fizikal saja ..
NI bukan ANONYMOUS .. tapi seseorang yang menggunakan ID seorang blogger popular dan menurunkan komennya di entri aku .. Dan MAAF .. aku delete .. kenapa ? Aku tak nak rakan pembaca lain salah faham dan menyerang blogger yang tak bersalah tu ..
Peliknya .. dengki benar dia dengan aku .. Bukan sebab dia komen untuk kritik tapi mmg komen untuk kondemkan aku .. Takde kaitan lak tu ! Tapi tak tau la kan .. dengki atau nyampah .. Kalau nyampah kat aku , atas sebab apa ? Ada ke aku bercakap besar dalam blog ? Ada ke aku tunjuk pandai ? Setahu aku , aku cuma berkongsi apa yang aku tau .. Kalau dia nak kata aku cakap besar , sah sah mmg dia tak reti baca dan sakit otak..
Si pengomen ni , bila dia tinggalkan jejak .. mesti caci maki punya .. Tapi , dia guna ID orang lain ! Tak tau la apa niat dia .. nak jatuhkan aku atau nak jatuhkan blogger lain ..
Gamaknya spesis begini gembira kalau bloggr patah hati atau bergaduh sesama sendiri .. Ini bukan sifat seorang muslim .. Malas nak tuduh apa apa... lebih baik serahkan pada Allah s.w.t.
Khas buat lelaki bergelar bapa / suami saja .. perempuan dan lelaki yang belum kawin , tak leh join .. tunggu giliran korang lak.. Korang cuma masuk n baca je apa isi kandungannya ..
Ok...cam biasa ... buat entri .. dan segmen ni akan ditutup pada kul 10 malam ni yer.. Semua entri akan di senaraikan di SINI .. Haaa... pastinya ada cerita tersendiri ..
Berminat ? Sekali lagi... khas buat lelaki yang dah berkahwin saja .. Esok baru turn perempuan .. kemudian , anak anaknya .. hehehe... ok ? Jangan menyamar lak.. adeh..
Jom...
- Buat satu entri .. letak header BEN ASHAARI BLOG
- Tajuk BILA SI SUAMI BERBLOG.. SI ISTERI ? dan linkkan ke entri ini ..
- Apa yang si suami kena tulis ? cuba ceritakan bagaimana anda meluangkan masa di rumah .. Yelah , camana nak habiskan masa dengan anak anak , isteri pastu blog .. Haaa.. ada kawan kawan nak tau tuuu... hehehe.. Pastu , si isteri tak marah atau tak kisah ke ? Camana anda leh 'jinak'kan jelingan si isteri tu.. haaaa.. hehehe..
- Siap ? Yearghh... sila tinggalkan url entri anda di ruang komen ini ...
Sekali lagi.. tutup kul 10 malam ...
Produk butter dari New Zealand dikesan mengandungi dna babi .. Sila berhati hati lebih lagi menjelang Ramadhan nanti .. Wallahualam ..
Sila hubungi Jabatan Agama Johor ( Bahagian Penyelidikan ) untuk mengetahui dengan lebih lanjut ..- 07-22829431-