Kalau orang tanya aku , mana FB wife aku ? Aku jawab ada la.. Dia nak low profile .. Kalau yang tau tu , tak pe la.. Yang tak tau tu , tak yah la amik tau.. Tak penting .. Biarlah aku ngan dunia aku.. dia dengan dunia dia , di dalam FB ini ...
Bagi aku , ini lebih baik kerana boleh terhindarnya dari fitnah pada masa akan datang .. Sapa tau kan ? Hati manusia ni , macam macam .. Dalam tak diam ada je syaitan membisik .. kan kan ?
Tapi bagi mereka yang dok berkalut bercinta dalam dunia maya ni , nasihat aku satu je la.. Pandai pandai la elakkan fitnah.. Tak perlu la nak bagitau satu dunia tentang indahnya percintaan korang tu .. Dan , jika bergaduh .. abis satu galaksi tau korang bergaduh .. Padahal baru je kenal sehari dua .. Haaa..
Kalau benar sayang dan cinta .. Gunakanlah akal.. nak bergurau ke apa ke , pikiaq la dulu... masing masing ada hati dan perasaan .. Jangan main sedap jer terutama nak post sesuatu di wall tu haaa.. Tu kat Fb.. Kat Twitter lagi !! Pastu bila nak pujuk pon guna je wall ! Apa punya gentleman daaaa... Kasi calar , kasi la ubat .. Ubat mestilah lebih baik untuk elakkan parut tu nampak bertahun lamanya !