Ehem.. mood Ukay's dan Slam .. hehehe.. seharian berkaraoke di dalam kereta sewaktu ke Sg.Buloh .. hehehe .. Lama tak dengar lagu lagu diorg .. Bila dah tua tua gini baru dapat tangkap segala maksud yang tersembunyi dalam lagu lagu tu lebih lebih lagi lagu ciptaan Saari Amri ..
Lagu lagu dia , bagi aku seolah dia menceritakan kisah hidup dia sendiri .. Seolah hidup dia penuh dengan kekecewaan .. Namun setelah dia berjaya dalam bidang seni , baru ramai buka mata .. Hurm..
Kali ni lirik lagu yang menarik minat aku adalah KEKASIHKU DI MENARA nyanyian UKAYS... Jom layan dulu liriknya ... :)
Dingin sungguh malam ini
Dan sukar mata kulelapkan
Lalu kucuba coretkan
Secebis lembaran buatmu
Tidak terkira perutusan
Satu pun tiada balasan
Namun ku tak putus harapan
Walau hati ini sudah mula bergoyang
Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu
Disebabkan itu kau mencipta jurang
Perhubungan kita mula menjadi renggang
Dan keangkuhanmu kini mula ketara
Memandang aku cuma sebelah mata
Dulu aku bagimu
Jambatan untuk kau ke seberang
Mudah sungguh kau lupakan
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu
Semua jasa-jasaku
Semua pengorbananku untukmu
OK.. dah baca ? Hehehe.. ini persoalannya .. Pasti ramai antara kita bercinta di zaman sekolah sehinggalah ada yang berjaya melanjutkan pelajaran di ipt .. tak kira dalam atau luar negara ..
Tapi berapa ramaikah yang berjaya mengekalkan perhubungan cinta mereka ? Berapa ramaikah yang menduakan cinta mereka ? Kenapa ini berlaku ? Mengikut PENGALAMAN korang , LELAKI atau PEREMPUANkah yang mudah tergoda untuk berlaku curang sewaktu berada menara gading ? Maksud aku , kekasihnya mungkin dah kerja dan dia masih belajar .. tapi mula berbelah bagi cintanya ..
Hehehe.. ada sebarang pendapat ?
Tadi aku ada keluarkan satu lirik lagu Uk's , ciptaan Saari Amri .. Cuba baca kat SINI balik .. Kemudian aku teringat kembali cerita cerita beliau tatkala dia berada di kemuncak dan akhirnya segalanya hilang dalam sekelip mata ... Harta.. rakan rakan seperjuangan ..
Satu artikal yang aku jumpa ...
"Namun, tatkala namanya di puncak kejayaan, tragedi hitam yang menimpa dirinya apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya sekitar November, 1996 bagaikan meragut segala kemewahan miliknya.
Tiada lagi nama yang dulunya cukup disanjung, rakan-rakan, teman artis malah ibarat jatuh ditimpa tangga, dirinya dibebani hutang keliling pinggang.
Ditambah pula terkesan akibat kemalangan itu keadaan dirinya tidak mampu mengingati siapa dirinya.
Mujur ketika itu, isterinya, Senorita Abdul Rahman, 38, serta empat anaknya, Mohd. Fitri Amri, 14, Iras Irmarita, 13, Iras Marliani, 10, dan Amri Farizwan, 7, sentiasa disisinya memberikan semangat serta memasang keyakinan bahawa Saari akan kembali sembuh seperti sediakala.
Lima tahun dibelenggu pelbagai persoalan, akhirnya Saari kembali sembuh. Dan peristiwa hitam itu benar-benar memberi pengalaman dan pengajaran besar buat dirinya.
Ditemui baru-baru ini, biarpun kelihatan sihat namun susuk badannya bagaikan menterjemah kepayahan yang dilaluinya sepanjang tempoh untuk kembali berkarya seperti sebelumnya.
“Alhamdulillah sekarang saya sudah semakin pulih. Sebenarnya saya tidak menghilang ke mana-mana saya cuma banyak berehat dan hidup dengan duit royalti.
“Kemalangan yang saya alami suatu ketika dahulu, memberi kesan yang besar buat diri saya. Saya hilang segala-galanya. Ibarat jatuh terduduk.
“Sekarang apa yang boleh saya fikir, tiada kawan-kawan pun tak mengapa sebab saya masih ada punca rezeki dan keluarga iaitu isteri dan anak-anak yang sentiasa memberi sokongan dan semangat buat saya,” katanya.
Walaupun lama menghilang, kata Saari, dia sebenarnya tidak pernah melupakan bidang penciptaan lagu. Malah, muncul semula dengan single terbaru nyanyian Rahmat Ekamatra.
“Dahulu bukan saya tidak mencuba buat lagu. Selepas kemalangan, saya sakit selama lima tahun dan dalam tempoh itu saya bagaikan orang lain. Saya tak ingat apa-apa, apabila orang bertanya saya bercerita yang bukan-bukan dan saya tidak boleh kawal keadaan itu.
“Namun selepas pulih, saya banyak terlibat dengan aktiviti penjurian. Ramai yang panggil saya untuk menjadi juri pelbagai pertandingan kecil.
“Daripada situ saya mencipta lagu dan mencari bakat-bakat baru. Sayangnya kerana masalah ekonomi, cubaan saya untuk mengetengahkan bakat baru menemui jalan buntu,” kata Saari lagi.
Jelas Saari, biarpun diselubungi awan hitam yang ternyata menyukarkan langkahnya untuk kembali aktif dalam bidang muzik, apa yang pasti dia tidak mengeluh.
“Syukur saya masih ada punca rezeki. Perbezaan ketara yang saya alami kini ialah saya mempunyai masa rehat yang panjang berbanding dahulu.
“Segala yang terjadi sudah tertulis buat diri saya. Sekarang fikiran saya begitu tenang. Apa yang penting, keluarga saya kekal dan bahagia sentiasa.
“Satu yang boleh saya katakan, walau susah jangan sesekali kita menyakiti hati orang. Pasti ada rezeki dan jalan terbaik yang ditunjukkan Tuhan kepada kita,” kata Saari lagi. " - UTUSAN
Hurm... ramai antara kita ( termasuk aku ) sering alpa .. seolah olah selamanya kita akan berada di dunia ini dan juga berada si satu tahap yang selesa sampai bila bila ... Satu perasaan yang mana boleh memakan diri sendiri satu hari nanti jika tidak berhati hati ..
Antara kata-katanya yang aku petik di KOSMO ..
" Saya sedar zaman saya sudah berlalu tetapi saya tidak pernah sesekali patah semangat untuk terus berkarya.
"Walaupun tidak seaktif dulu, jiwa saya masih dalam bidang penciptaan lagu," ujarnya yang memuji kredibiliti yang ada pada penyanyi dan komposer era terkini, Yuna.
Meskipun hanya belajar setakat darjah enam, itu sudah memadai untuknya tahu membaca, menulis dan membolehkannya mencipta lirik-lirik puitis.Beritahunya lagi, setiap karya yang dihasilkan telus daripada hatinya. Mungkin, itu yang menyebabkan lagu-lagunya bertahan sehingga ke hari ini.
"Saya seorang yang kuat berangan dan suka mendengar cerita orang. Jika saya tidak pernah alami sesuatu pengalaman, saya akan gunakan angan-angan dan pengalaman orang lain untuk menulis lirik.
"Tetapi kebiasaannya karya saya terhasil daripada hati saya sendiri, apa yang saya rasa ketika itu saya akan luahkannya dalam lirik dan lagu. Kalau sedih, sedihlah lagu itu, jika gembira maka lagu itu akan bernada gembira," ungkapnya. " KOSMO ..
Berapa ramaikah di antara kita diberi peluang kedua untuk membetulkan kehidupan kita ? Sama sama kita fikirkan kembali tujuan kita di atas muka bumi yang fana ini ..
Jeng jeng jeng .. aku nampak info ni kat ASTRO .. maka aku rasa patut berkongsi dengan rakan rakan blogger dan juga para pembaca di blog aku ni haa...
Haaa... amacam ? OK ? Cun ? Dah tau apa nak buat ? Hehe.. ok la tu kan ... toksah wat ngarut ngarut eh ... ;P
Semalam ... Ada satu cerita ni.. haaa... Gini cerita dia.. aku g solat Jumaat kat masjid area rumah aku .. aku duduk la kat satu sudut ni.. sebelah aku ni ada sorang budak sekolah rendah .. duk je diam gitu..
Aku solat sunat dulu pastu duduk .. aku tengok dia.. dia dok sibuk melayani perasaan dia.. maksud aku dok bermain atas sejadah tu.. Apa yang dia imaginasikan pon aku tak tau tapi teringin gak nak tau .. hehhe ...
Tiba-tiba dia diam.. Tak bergerak langsung .. kedudukan dia seolah sedang sujud .. " Huik... tadi beria punya main .. ni dah insaf dah ke ??? " , getus hati aku ...
Dah tiba waktu solat Jumaat .. Semua jemaah pakat berdiri ... aku tengok dia.. masih dalam keadaan begitu.. tak bergerak langsung !! Walau sedikit pon ..
Aku tunduk dan cuit dia.. tak bergerak.. takde tanda tanda bernafas langsung ! Erkk.. biar benarrrrr... Tak kusyuk jugak solat aku ni kang pasal budak neh !
Lepas rakaat kedua ... aku dengar dia berdengkur !! pastu mengalihkan badan dia .. Alhamdulillah.. selamat aku dari masalah .. huhu.. tapi aku berdoa dia jangan konar baring atas sejadah aku dah ! Kang naya aku nak ketepikan dia lak ! Huhuh..
Kalau dulu , bukak tv , pasti cari chanel yang ada movie atau cerita cerita menarik ... Tapi selepas hari tu , aku tonton seharian rancangan rancangan di Tv Alhijrah , dan sememangnya lagi menarik dari rancangan di Astro Oasis , menyebabkan skang ni bila bukak tv jer , chanel ini menjadi pilihan utama aku...
114 .. kalau nak cari kat decoder ASTRO tu .. maka tekan 114 .. hehehe.. sahih jumpa.. tapi kalau kat UNIFi atau yang sewaktu dengannya , aku tak sure lak..
Tahniah... mmg best setiap rancangan di TV ALHIJRAH... Cer try layan seharian... hehehehe...
Satu pengumpulan url blog bertujuan.. er.. bertujuan... baca kat SINI ..
Hurm..ikutkan aku malas nak buat pon contest ni.. Bukan per .. leceh ... perlukan perhatian dan lebih masa ... Tapi sbbkan dengan cara ini boleh promosi blog rakan rakan baru dan juga aku , aku buat je la ... susah dan sukar tu , tolak tepi .. Dan nasib baik ada penganjur ..
Aku rasa kali ni tak ramai join sebab promosi kurang ... Mmg pon .. aku dah keluar dari dari banyak group blogger .. Terlampau banyak sangat politik ... bosan !
Aku rela begini jer.. seperti aku dulu .. aku hanya bergantung pada kelab blogger milik aku sendiri yang mana dah capai 10 ribu ahli pon .. Dan group Santai Ben Ashaari aku pon dah capai 5 ribu kawan kawan.. Ok la kan ? Letih la nak g tempat orang.. macam macam karenah dalam tu.. Memula baik.. pastu bila dah ada 'power' skit , terus tikam kita balik.. Padahal dulu , suruh lapkan kasut pon rela kauu !!
Tak pe la.. tu semua cerita lama .. biarkan berlalu.. aku pon dah 'tak kenal diorang ' .. malas nak beramah mesra dah pasni .. Mmg la tak elok.. tapi bagi aku tu lebih elok dari dok tikam menikam ni..
Buat rakan rakan blogger yang baru dalam dunia blogging ini , satu je nasihat aku ... Jangan sombong bila berjaya ... Kejayaan yang korang rasa tu sebenarnya belum lagi kejayaan .. Kejayaan kita dalam dunia blog ini bila kita nikmati ketenangan jiwa sewaktu berblog dan menghasilkan entri yang membuatkan airmata kesedaran dan keinsafan terbuku di hati ..Itulah kejayaan dalam dunia blogging ni .. Bukannya menghasilkan entri yang membawa masuk beribu ribu trafik dan kutipan duit mencecah box office ...
Sebuah lagu yang memberi sejuta pengertiaan ... Bermula dari bawah.. kemudian atas .. dan sekarang ? Ramai fikir lagu jiwang dulu dulu karat gila .. padahal kalau baca betul betul lirik dia , ada maksud tersendiri .. segalanya berdasarkan realiti kehidupan .. Tapi apa yang mereka nampak ialah , 'oh plisss.. aku tak main jiwang jiwang ni ! ' ....
Bermula dari bawah.. kejayaan tercipta berkat usaha yang gigih .. Kemewahan depan mata ... Namun langit tak selalunya cerah .. Allah Maha Penyayang .. Diberi mereka peluang untuk menikmati syurga ... Apakah mereka merebutnya ? Dan bagaimana pula kau dan aku ? Apakah sudah cukup bekalan untuk meniti jambatan untuk ke seberang ?
Lagu : Bila Purnama Mengambang
Nyanyian : Ukays
Ciptaan : Saari Amri
Berkat dari kesungguhan
Terbentuklah kejayaan
Ku merasa oh nikmatnya
Bersyukur tak terhingga
Dengan pemberiannya
Hidup aku sekarang ceria
Dahulu aku tewas
Tiada siapa peduli
Dan yang memedihkanku
Insan yang ku sayang pun berlalu
Hilang semua rasa benci
Melangit ku di puji
Menjelma semua saudara
Walau dulu penah sengketa
Kini kedepan bertanya berita
Begitulah kehidupan
Bak purnama mengambang
Memuja bila terang
Hilang bila dilindungi awan
Tak siapa lagi memandang
Dahulu ku tersisih sendiri
Tanpa oh kekasih
Kini tak terbilang menjelma
Tidak tergoyang keimanan ini sayang
Walau selautan kasih yang engkau janjikan kepadaku itu tidak ikhlas
Inginku ketepikan rasa cinta pada seseorang
Kerna bimbang hilangnya setia bila mana hidup aku sudah tidak lagi ceria
Yang lebih utama terus membuktikan kukuh kedudukan khusus kejayaan
Krisis identiti mmg berlaku pada aku pada waktu tu .. Layan slow rock cam scorpions , guns and roses dan rock rock melayu .. Seluar jeans Levi's aku jadi mangsa !! Baru beli tadi ,balik terus rendam selama berhari lamanya.. kononnya nak pudarkan warna dan lembutkan kain ..
Kemudian aku sental hingga benar benar nampak lusuh terutamanya kat bahagian peha ... Perghh.. mmg rock !! Rock jiwa jiwa je la .. pastu nak kasi 'jahat' lagi , aku toreh dengan mata pisau cukur..kasi nampak koyak kat peha skit n kepala lutut.. bengong punya kerja ..
Bila ingat semua tu balik ... Aku memandang anak anak muda zaman skg ni ... Hurm.. takde beza dgn zaman aku .. semua tercari cari identiti.. ada yg kembali ke pangkal jalan ..dan ada yg terus hanyut..
Namun aku masih dengan sifat aku iaitu jiwang karat .. aku suka dengan perasaan ini kerana ianya memberikan aku jiwa kemanusiaan sejati .. punya perasaan CINTA ..
Aku bukan jenis hati kering .. tapi aku ada menyimpannya nun jauh di lubuk hati..jika aku keluarkan, hurm ..aku akan jadi sejahat jahat manusia ! Tapi aku takkan keluarkan smpai bila bila ..taknak !!
Dulu aku tak minat dua dua kumpulan ni .. Aku mula meminati lagu mereka bila mereka dah tak popular lagi .. Mmg gitu cara aku .. Dari dulu .. Kalau satu satu kumpulan rock tu popular giler , maka aku akan ke kumpulan lain.. Tak nak jd fanatik .. hehehe..
Tak lama kemudian baru aku layan kumpulan ni .. Pernah lepak sekali je ngan vokalis Slam , Zamani atau dikenali dengan Adik sewaktu diorng popular.. Tu pon sbb aku ikut salah seorang member aku yang kebetulan ahli kumpulang SweetChild .. hehehe..
Mmg dari dulu aku dok dikelilingan dek mereka yang fofular.. tak kira samada artis atau bintang sukan , bolasepak ... Kira aku merasa gak la bermain bola dengan bintang masa tu .. Zaman Azman Adnan, top di pasukan negeri , Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Selangor .. Merasa la main bola petang petang ngan diorg.. Mubin mokhtar .. sapa lagi eh..Azrul Amri Borhan..
Tu cerita lama.. malas nak kenang.. Haa.. jadi malam tadi , kat alamanda , aku g cari cd ni .. Download internet ? Booleh jer.. tapi kesian kat diorng .. Kita , sebagai blogger marah kalau entri kita diciplak.. siap mintak backlink .. tapi kita tak sedar kita dok amik hak mereka tanpa bayar sesen pon !
Jadi bila aku beli cd tu , aku harap aku telah menyumbangkan sesuatu pada mereka.. Yelah , sekurangnya dapat gak diorng royalti kan.. Diorng mungkin tak main dah muzik.. tapi masih tetap menerima royalti .. Dapat la duit poket skit kan..
Bagi aku , sesekali jadi manusia yang berperikemanusiaan pon , tak salah kan ? Lagi pon mmg sedap pe lagu lagu diorng ni .. hehehe.. cuma memula tu aku tak nak akui jer.. hehe.. maklumlah , ramai gila anka dara tergila gilakan diorng.. hahaha.. Cemburu ? Kot la.. ala.. zaman budak dulu.. tak tau apa apa.. hehehe...
Harga cd tu , RM29.90 .. ada dua disc lagi.. ok la kan ? Sound pon bagus dari yang download punya .. heheeh.. saja sedapkan hati.. sedekah kat karyawan sebangsa aku...