Hahaha.. gila.. boleh panas isu ni.. Silap silap kena carik dek samseng tu ... huhu.. Tapi aku perlu dedahkan .. kalau tak , ramai lagi jadi mangsa ..
Di TERMINAL BERSEPADU SELATAN yang terletak di Bandar Tasik Selatan , Kuala Lumpur sejak akhir-akhir ini menjadi tumpuan ejen jualan lansung yang serupa macam gores dan menang ..
Aku tak pasti cara mereka tapi modes operasi dia serupa macam gores dan menang .. Mencari mangsa kemudian diserbu ramai ramai .. Mangsa mereka biasanya wanita yang kelihatan boleh 'dimakan' ..
Waktu mereka beroperasi adalah di sebelah tengahari dan petang .. Ini kerana waktu tu tiada pihak berkuasa meronda berbanding pada waktu pagi ...
Gambar diatas sekali tu , jejantas yang sering menjadi tumpuan mereka dan mereka yang kali pertama atau asing di situ akan dikenalpasti menjadi mangsa ..
Kelihatan mereka sedang mengoda salah seorang mangsa .. Cara mereka mudah .. memula mereka bagi macam satu kad .. Kalau kita amik , mereka akan ikut ikut dan terus bercakap.. Dan kawan mereka yang berada di depan akan halang perjalanan kita seterusnya mendengar cerita mereka .. Kira nak tolak balik pon susah .. diorng mmg akan paksa..
Kumpulan mereka ramai disitu .. Diharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera atau tempat tu bakal menjadi kawasan ngeri bagi mereka yg ingin ke TBS itu ..