Akhirnya .. akhirnya Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT ) diberi peluang untuk menjadi guru tetap ..
Aku pernah menjadi GSTT selama 2 tahun .. 2 tahun itu adalah pengalaman yang sangat menarik bagi aku .. Aku merasa nikmatnya menjadi guru walaupun tidak nikmat sebenarnya.. Aku merasa bagaimana perasaan melihat anak murid lulus.. apakah perasaan melihat anak murid gagal ..
Apa yang sering aku buat sewaktu aku mengajar dulu ialah memberi nasihat.. aku suka bercerita pada anak-anak murid aku .. Aku sering selitkan dalam penceritaan aku itu dengan pengalaman hidup aku ..
Aku tak kisah samada mereka faham atau tidak .. tapi yang penting aku menyampaikan sebaik mungkin .. Seronok ? Aah.. seronok sehinggakan buat kali pertamanya aku dapat tekanan darah tinggi sbbnya menahan marah .. Pergh..
Hurm .. Pandangan aku terhadap guru tetap waktu itu , sangatlah rendah .. Hanya kumpulan kecil saja yang benar benar mengajar kerana minat .. Selebihnya hanya sekadar ' mengajar ' dan menghitung hari menunggu gaji .. Maaf.. itulah hakikat yang aku nampak selama 2 tahun aku mengajar ..
Dan bila aku di bilik guru .. apa yang aku nampak adalah berbeza dari apa yang mereka ajar kepada murid murid mereka termasuklah ustaz mahupun ustazah .. Cakap tak serupa bikin .. Dalam kepala aku , patutlah cikgu aku dulu kantoi bikin projek kat dalam bilik sukan .. hahaha..
Ya, skandal antara guru.. Maklumlah .. manusia .. itu je alasan yang boleh diberikan .. tak kira apa jua jawatan , kita tetap manusia dan manusia sering melakukan kesilapan .. :)
Buat kerajaan , terima kasih kerana sudi memberi mereka peluang yang aku tunggu sejak 2003 dan 2011 menjadi realiti .. Perghhh... lama gila kan ? Haih.. sedangkan janji itu ditaburkan pada waktu itu.. Lama sungguh untuk menjadikan realiti.. Haih ..
Aku mengajar waktu itu kerana minat.. sesungguhnya aku mmg minat mengajar tapi aku tak minat politik di kalangan guru .. Pelik.. makin berilmu makin mengarut perangai .. Hurm..
Maaf.. ini sekadar pengalaman hidup aku dan pengalaman kita berbeza ...
Sumber berita : Bharian