Sebenarnya aku spesis tak suka nak berbuka kat luar .. kenapa ? Tah.. leceh bagi aku .. hehe..bukan cerewet tapi mungkin dah muak kot .. dulu masa budak budak selalu menyusahkan diri berbuka beramai ramai.. tak best .. haaha..buka ngan keluarga gak best ..
Sesampai kat hotel , aku ngn wife usha port dulu .. Terlalu byk makanan dan sedap sedap belaka .. Aku amik keputusan utk ke masjid sebelah utk solat maghrib dulu .. Tinggalkan semua makanan yg ada ... Kang takut dh makan , aku jadi ular sawa.. bahaya tu ..
Kat masjid, azan berkumandang .. Aku berwudhu' .. kemudian tercari cari dewan solat..
Tiba tiba aku ditegur oleh seorang lelaki yg aku percaya warga indonesia setelah dia tgk aku seolah olah tercari arah .. dia suruh aku g berbuka di atas dulu.. Aku naik, ramai org dah rupanya .. aku amik air oren segelas dan duduk minum ..
Sebelah aku ada seorg lelaki yg aku rasa pekerja kat situ .. Dia menjemput aku makan .. Nampak lazat .. nasi beriani.. tapi aku menolak .. sbb bukan hak aku ..itu yg aku rasa.. Yelah, juadah berbuka kat situ mungkin cukup cukup utk student situ jer .. kang aku makan ? Tu yg aku rasa walaupun aku tau semua itu sedekah ..
Setelah solat maghrib ,aku kembali ke hotel .. jalan kaki..tak jauh pon.. barulah aku makan ..
Ternampak ikan pari bakar.. feveret .. beratur .. depan aku ada satu keluargsa.. sorang sorang amik ikan tu .. smpai turn aku, kecik jer ikan tu ..
Alhamdulillah.. ni je rezeki aku .. Itu yg aku kerap belajar dari rakan rakan blogger , kebelakangan ini.. Bersyukur .. Setiap kali aku tak puashati, aku luahkan dalam blog dan rakan rakan pembaca menegur aku .. Itulah kebaikkan yg aku dapat dari blogging ini ...
Tak kira dalam dunia mana kita berada , kita sering bertelagah .. Aku , kau dan mereka .. Bila ditanya latar belakang , kita rupa-rupanya seagama dan sebangsa .. Tapi kenapa nak bertelagah ? Oh , ego.. perbezaan pendapat mengenai politik .. Bab-bab begitu , beria kita berbalah.. bagi macam macam pendapat .. Maki sana sini ..
Tu bab politik .. camana lak isu blog lak ? Masing masing tunjuk bagus.. Idea aku bagus .. Idea kau haprak .. Blog aku cun .. blog ko mangkuk .. Blogger tu hampeh .. blogger ni otai ! Tapi hakikatnya , kenapa kita diamkan bila mana kita patut buka mata bila ada pihak memandang rendah kita semua ?
Mereka kata , bangsa melayu ni lembik .. bergantung kepada kerajaan.. Mereka kata melayu ni suka bergaduh sesama sendiri walaupun hal makanan sekali pon .. Mereka kata melayu ISLAM ni sekadar nama jer tapi hampeh !
Apa kita nak buat ? Ahh.. pedulik apa kan ? Masing masing punya kubur , kan ? Tapi apakah kita terlupa , akan ada dikalangan kita akan terpengaruh dengan semua ini lebih lebih lagi bila kecewa dan patah semangat dalam bertarung dengan dugaan dari Allah ..
Bila putus cinta , maka dikatanya Allah tak adil .. Bila takde rezeki ,dikatanya Allah tak adil .. Atau menganggur , Allah tak adil .. Bila kita kata gitu , sedarkah akan dosanya ? Sedangkan kita bernafas , makan dan minum dengan cukup .. Tapi tak nampak gak kan ?
Tu baru kita .. Camana pulak mereka yang sememangnya dah murtad ? Dah ilang pedoman ?
Apa yang patut kita buat ?? Angkat pedang dan cari mereka lalu pancung ? Hiskhh... apa jadahnya gitu .. Kita doakan saja mereka agar diberi hidayah oleh Allah ..
Tapi peranan utama kita sebenar adalah .. BERSATU !! Sudah sudahlah menuding jari .. Aku betul kau salah .. Malu laaa... Tuuu.. ahli politik tuuu.. Sama gak para ilmuwan agama kita .. Dok tuding kata sana tak betul sini betul ..
Dan , tuuuu... yang nak kaya sampai macam nak bawak segala harta masuk kubur tuuu .. Udah udah laa.. gunakan harta tu ke jalan syurga .. Penat laa... serius , yang terpacak tu MELAYU dan beragama ISLAM .. Aku tak tau bangsa lain sebab aku melayu ! Penat tengok melayu dok tunjuk bagus tapi tunduk dengan bangsa lain ! Hampeh..
Aku baru layan setengah filem ni.. Mmg tersenyum jer .. Yerlah , dalam filem ni tentera yahudi dianjing-anjingkan begitu saja .. Sebelum ni kalau tonton filem yahudi , suka suka je dok tuduh ISLAM tu jahat .. haaa... amik filem ni la.. mau bengang telinga diorg layan ! muhahahah ..
Serius best !
Puasa ! Puasa !! Jaga mulut , jaga hati .. tamo kecoh kecoh.. Mereka pon bukan nak sangat putus tunang .. Kita lak dok panjang panjangkan .. Adehh..
Takde de artis putus tunang .. Aku saja bikin gempak ! Marah ?? Marah aarr... Ada aku kisah ? Kisah je ler... Jangan lupa , ni Ramadhan.. Hari pertama je beria jaga itu ini.. Hari hari lain ??
Aku pon sama.. huhu ..
Perghhh...kereta Rowan Atkinson , Mclaren F1 tuuuuu ...
Nak tau puncanya ? Mesti dia pandu kereta dia camni ..
Hehehe.. guwau jer .. bawa berita tentang kemalangan beliau dibawah ni ..
LONDON 6 Ogos - Aktor komedi Britain, Rowan Akitson yang terkenal dengan watak Mr. Bean, telah keluar daripada hospital hari ini selepas menjalani rawatan ekoran terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dipandunya melanggar sebatang pokok, semalam.
Akitson yang mengalami kecederaan bahu selepas kereta F1 McLaren yang dipandunya tergelincir di sebatang jalan dekat Haddon, timur England, sebelum melanggar sebatang pokok dan terbakar.
Pelakon berusia 56 tahun itu sempat keluar dari kawasan kemalangan sebelum pasukan bomba tiba untuk memadamkan kebakaran tersebut. - AFP (UTUSAN)
Sebagai manusia for sure ada benda yang menarik perhatian kita bila tengok kaum yang berlainan jenis macam lelaki tengok perempuan dan perempuan tengok lelaki and same goes to me, ada certain-certain point dekat perempuan yang emnarik perhatian aku, so bawah nyh aku listkan benda yang aku obses dengan perempuan:/
Bukan raya .Aidilfitri laaa .tapi merayakan kemenenangan segmen blogger cekal aku nih haa.. 2 sahur berturut baru dapat pemenangnya .. heheh ..
Tahniah.. ni betul betul cekal ni... Ok .. hari ni nak buat satu segmen .. Suka ke , tak suka ke... nak kata aku makan trafik , lantak ler.. Blog aku dan blog mereka yang nak join tu.. Tak puashati ? G buat laporan polis.. biar original skit tak puashati tu dari dok mengumpat .. okeh ?
Tahniah .. anda benar benar bernasib baik neh ! Dan tahniah buat semua blogger yg join ... Maka , dengan ini FERDAUS akan dapat promosi entrinya terkininya selama dua jam sebentar lagi ... :)
Sekali lagi , terima kasih dan tahniah ... Selamat beraya .. hehhe..
Ingatkan takde yang perasan yang aku tak tampal iklan INNITY tu.. hehehe .. Aku dah merajuk ke ngan INNITY ? Dulu aku merajuk ngan NUFFNANG yang lebih sayangkan anak anak emas dia dari blogger blogger biasa cam aku neh.. hehehe. Pandai eh aku merajuk.. hahahah.. Tu cerita dulu .. Dan sekarang pon aku masih tak berminat nak jalinkan sebarang hubungan cinta dengan NUFFNANG .. Namun begitu , aku tetap tak lupakan jasa NUFFNANG.. Bab bayaran , NUFFNANG mmg terbaik.. Bab lain , hehehe.. malas nak komen.. Tu hak dia .. nak kata apa kan ?
Berbalik pada iklan INNITY di blog aku .. Ramai dah bertanya .. Kenapa aku berhijrah ke ADVERTLETS ? Bukankah Advertlets tak bayar ?? Gulp ... Aku check akaun aku .. Aah.. betul laaa.. tak bayar !! Tapi bila aku periksa , salah aku sendiri !! Aku tak lengkapkan profile aku tu betul betul.. Takde no akaun , camana diorng nak bayar .. Bila dah lengkapkan kelmarin , aku bagi masa la pada mereka .. Perlu diingatkan , kalau kita cashout hari ni , bukan esok dapat weh !! Kalau tak silap aku mau 60 hari gak rasanya .. Kalau tak silap laaa.. Sama gak Nuffnang atau INNITY ( 45 hari paling cepat ) .. Ramai blogger tak sedar part tu...
Ok.. Aku tukarkah ? Nun kat bawah tu ada INNITY kan ? kecik je kan ? Sebenarnya aku tak tukar pon .. Papan iklan yang ada tu akan silih berganti antara INNITY dan ADVERTLETS .. Contoh , cam sekarang ni , INNITY tak de iklan .. tapi ADVERTLETS ada , maka iklan ADVERTLETS akan keluar .. INNITY rehat .. Bila INNITY ada promo , maka dia lak amik alih , ADVERTLETS lak rehat .. Semua ni auto dah .. Dengan ini , pageviews aku takkan sia-sia .. segalanya berbaloi .. Kalau aku tamak , aku leh masukkan NUFFNANG sekali tapi tamooooooooooooooooooooo.. haahhaha ..
Kenapa aku letak ADVERTLETS ? Baca SINI .. Segala penjelasan ada dalam .. InsyaAllah .. kalau rezeki aku , maka ada la.. Apo segala usaha aku selama ini , mula menampakkan hasil walaupun ada yang mengambil kesempatan keatas aku dengan 'berpura-pura' berkhidmat untuk negara .. Choii..
Ada rakan blogger baru mintak aku bagi pendapat aku mengenai isu FOLLOW MEMFOLLOW ni ..
Sebelum aku bagi pendapat aku , terlebih dahulu sila baca kenyataan ini ...
" Pendapat penulis tidak semestinya kekal . "
Ayat ni boleh dijumpai dibahagian PERINGATAN bawah sekali .. Apakah tujuannya ? Perlu diketahui bahawa setiap kali aku keluarkan pendapat , pendapat aku berdasarkan situasi aku pada ketika itu .. Dalam erti kata lain , pendapat aku akan berubah sekiranya ada rakan pembaca atau blogger mengemukakan pendapat yang lebih kukuh berdasarkan logik , fakta serta dalil yang lebih sahih ..
Berkenaan isu FOLLOW memFOLLOW ni , aku pernah keluarkan pendapat aku yang terkini ( sila klik SINI ) .. Hurm.. isu ni , takkan abis sampai bila bila .. Nak kita didik blogger baru , aku rasa ini isu kecik sangat kecuali bila ada blogger yang menipu atau memaksa .. Part ni yang kebanyakkan blogger tak senang sangat ..
Aku pelik.. serius .. pelik giler kenapa boleh sampai nak menipu dalam soal memFOLLOW ni ?? Tu pun nak menipu ? FOLLOW je la kalau rasa nak bertukar .. Kalau tak nak , jgn buat ..
Yang memaksa ni pon satu hal.. Yang nak paksa sangat ni kenapa ? Aku dulu , buat gak menda ni .. tu pun memula jer.. pastu jadi boring.. Apa yang aku buat cuma FOLLOW .. Tak suruh diorg FOLLOW pon balik.. Diorg nak FOLLOW semula , terima kasih aku ucapkan .. tu jer... Tak de la pulak nak hangin satu badan sampai terkentut kentut .. adeh ..
Aku pernah 'tembak' gak blogger yang gunakan tema I FOLLOW U , U FOLLOW ME .. Kenapa ? Bagi aku , itu satu paksaan secara halus.. Apa yang patut korang buat ialah .. Sekadar FOLLOW jer .. Kalau nak 'lebih menjadi' , FOLLOW blog blog yang baru .. 95% dia akan follow balik.. heehhe.. Pasni pasti korang tak follow aku dah punya.. hahahah .. Tak kisah la.. :)
Setelah setahun lebih berlalu , aku memahami bahawa aktiviti ni cumalah bersifat 'sementara ' saja .. Tak perlu nak gaduh , nak bertekak atau bermasam muka .. Jauhkan bermain sihir secara maya yer .. hehe..
Ok..tu je pendapat aku .. Kalau nak FOLLOW , buat secara sihat .. kalau tak sihat , maka korang sendiri yang sebarkan virus itu lalu blogger yang dah lama ni terkena jangkitan lalu hangin la gak kan .. hahaha .. .
NO KOMEN ! hahahah ...