Alahai.. baru eh ? Tengok FOLLOWER widget dia , ada 3 je .. Hehe.. Ke baru je letak ? Hehehe ..
Comel eh ? Hehe.. Kalau korang tanya kenapa aku pilih , jawapan aku untuk kali ni .. Dia Follower terkini blog aku. Jadi bila aku klik dan masuk , terus rasa berkenan pulak kat blog dia .. Comel eh.. hehe..
Camana la aku tak kata blog dia comel ? Cer tengok blog aku ! Hahahaha.. Adoi.. Bila la aku nak buat renovation blog aku neh.. Tahun depan eh ? Nak buat style blog LYSSA SECRET ok ? Ok pe ???
Dah dah.. Toksah mengarut .. Jom layan blog dia ..
Lawak dan kesian bila baca kisah album Jamal Abdillah yang telah dicetak rompak padahal belum lagi diterbitkan pon !
“Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah kecewa apabila album terbarunya, Raja Pop II telah dicetak rompak walaupun ia belum dilancarkan secara rasmi.
Pengurus penyanyi itu, Ali Razak Mastor berkata, Jamal sendiri telah pergi ke beberapa lokasi pasar malam di sekitar Petaling Jaya dan menemui album terbarunya dijual dengan harga RM10.
"Jamal sangat kecewa apabila album terbarunya itu telah dicetak rompak kerana ia masih belum dilancarkan," ujarnya – Mstar
Masalah tu mmg dari dulu tak pernah settle.. Cuba fikir , camana leh timbul masalah ni ? Album belum keluar tapi kat pasar malam dah ada ?? Haa… Ibarat belum kawin tapi dah mengandung… Hahaha.. Lebih kurang gitu la kan ?
Kemudian di dunia blog pulak , masalah plagiat artikal orang.. Ada yang main copy paste tapi tak bagi kredit pada pemiliknya ! Nak lagi kejam , blog dia semua dia kebas entri orang lain ! Tak kira la berita , rencana mahupun entri entri pasal seluar dalam pon dia amik pastu jadikan hak milik dia ! Best part , siap letak iklan ! Adoi… Lawak benor aihh..
Nak lagi kejam ?? Hahahaha… Ni haa.. ada sorang sahabat , dari header sampai la ke warna template blog .. sebijik ! Eh , aku pun penah kena gak gini.. Sakit hati ??? Memula tu mmg la sakit hati tapi bila fikir masak masak , sampai bila ‘mamat’ tu nak hidup gitu kan ? Orang jenis gini ,hanya tau ‘menyakitkan hati’ orang lain dan dia amat gembira dengan perilakunya tersebut.
Memula dulu , aku suka gak copy paste artikal berita dan rencana. Kenapa ? Dari situ , aku buat kajian sebenarnya.. APa yang orang suka baca setiap hati ? Maka aku dapat jawapan dan aku perbaiki sedikit demi sedikit corak penulisan aku..
Kalau orang ciplak hak milik aku ?? Loh…. amik la… Cuma kalau amik gambar aku tu kata tu dia , aku report polis je ler.. Pe susah kan ? Tu namanya menipu orang ramai .. Nak lagi best , saman terus orang yang menyalahgunakan gambar kita tu .. Haaaa….
Tapi sedarkah perbuatan kita yg dok download movie n music tanpa kebenaran atau membuat bayaran , semua itu juga satu cetak rompak ?? Tapi bila orang cetak rompak hasil kita, kita tau nak marah lak kan ?
Zaman skang ni saman menyaman mmg best !
Ada sekolah yang dapat seminggu cuti kan ? Bila anak cuti panjang ni , mak bapak ada yang tak dapat cuti gak maka terbiar kat rumah. Korang tau ke apa yang mereka buat ? Hurm.. Kena perhatikan 200% .. Licik budak budak skang ni .. Maklumlah , idea nak menipu tu boleh datang dari banyak sumber … hehe.. Jangan marah ye adik adik.. Bukan semua cam tu ..
Hurm… internet … Ni yang paling bahaya. Kalau anak anak kita yang masih sekolah atau yang masih kecil tu , apa agaknya yang diorang buat ? Kalau kata dok mengadap Facebook saja , apa yang dia bualkan ? Haih .. Jangan main angguk je..kena pantau abis-abisan. Bukan la tak percaya pada anak tetapi berhati-hati. Tak salahkan ? Biar mereka marah kita sekarang daripada kita marah mereka kemudian hari.
Jom tengok keyword keyword yang tersesat di blog aku semalam ..
- main dengan boyfriend – hurm… nak cari geng buat dosa ke?
- jantan gersang – sahih gay.. takkan perempuan kot ?
- manfaat daging babi –gulp…. baik cuba daging semut
- tutorial shawl tapi kantoi nampak rambut – cari isu eh ?
- gambor couple lucah di fb – ada .. BASKARO AHMAD
- cara-cara sasakan badan – makan ayam banyk banyak
- budak buat seks – dari keyword ni , rasa rasa sapa yang taip?
- cara main awek – ni pon aku rasa budak yang cari !
- berkemban – ni bapak budak cari ni ..
- bau seluar dalam – ni nak buat ilmu sesat ke ?
- tips mengorat awek –baca bismillah dulu .. istighfar dulu baru cuba… InsyaAllah tak jadi terus .
- ayat nak usha awek - Try ayat Qursi.
Hurm… terkejut ?? Ini baru skit.. ada lagi yang mengarut ngarut …
SEORANG lelaki mengayuh sebuah sampan ketika mengharung banjir di tengah-tengah kota Bangkok.-AFP
Hurm .. Bangkok banjir teruk. Nak kata bala dari Allah , sapa la kita ni kan .. Kita ni bukan jurucakap Allah. Tapi kita amik ikhtibar la dari semua ini. Sama sama kita perbaiki cara hidup kita . Perbanyakkan amalan. Elakkan buat ‘masalah’.
Sangat sangat menakutkan. Tak pernah lagi aku mimpi menakutkan tu.. Walaupun ianya cuma mainan tidur tapi sangat sangat terasa ajal tu menghampiri.
Pergh.. camana la perasaan mereka tu yang tau akan digantung dalam masa beberapa jam atau minit ! Saat saat akan kehilangan nyawa sangat hampir. Seperti dikatakan Gaddafi merayu tidak dibunuh … Hurm..
Mimpi aku mmg pelik je la.. mengarut pon satu hal cuma yang benar benar memberi keinsafan tang bila sampai waktu tu.. Haih.. Terus terjaga aku dari tidur.
Hurm.. Entahlah… Aku yang tak buat keje jahat ni pon rasa ngeri bila nak digantung. Mereka yang dok membunuh , mengedar dadah , merogol , menyamun tak rasa takut ke ??
Serius ! Bukan satu tapi ada dua syarikat yang besar dan aku sangat sangat geram dengan cara mereka !
Pertama , sms yang mengarut ngarut masuk ke dalam hp aku.. Takkan la tiap kali yang berbeza beza masuk , nak hantar STOP ?? Nak antar tu free ke bayar?? Pastu , kalau kita biar , kita tertekan secara automatik terus download application. Perghhh.. Hantu betul !
Tu yang syarikat biru.. Yang merah ni .. Haih.. bulan ni saja beratus kena wife aku. Yang dia guna buat call cumalah berbelas ringgit ! Selebihnya dikatakan gunakan internet sedangkan aku dah matikan semua aplikasi yang guna internet ! Bila call , dia ajar kita lak suruh buat itu ini sedangkan mmg dah buat .. Sms ngarut pun masuk ! Bila masuk , internet on ! Charge wehhh.. 1kb ,1 sen kot.. adoii
Ni pon ada hati diorang nak kenakan charge tambahan kat pengguna .. Aku rasa la kan , pengguna ni bagi lemak sangat kat diorang… Haih.. Seolah olah pengguna ni diorang buat
“ LU NAK GUNA , LU BAYAR ! TAMO KALU , KASI TUTUP MULUT ! “
Pastu kawan wife aku.. dia ada amik pakej Iphone baru baru ni.. Siap dengan data sekali la kononnya .. RM75 sebulan tak silap aku.. Korang tau berapa kena bila check bil tadi ??? RM300+ ! Internet lebih !!
Grrrr…. Bukan persatuan pengguna tak tau , tapi mmg dah tak leh nak buat apa dah.. Salah sapa ??? SPRM , silalah check !
Hurm… blog … Ada orang kata , blogger ni pandai cakap jer .. Dalam blog ‘memekak sana sini ‘ pasal macam macam isu ..Padahal kat luar dia camana pon tah la.. Entah entah lagi teruk ..kan ?
Bagi aku la kan .. Apa yang dia tulis itu adalah satu kesedaran .. Aku amik contoh bab pakaian .. Tak kira lelaki atau perempuan , pasti ramai blogger buat entri pasal tu .. Tapi apa yang tak puashati lalu berkata ,
“ Ala .. adik beradik lu pon belum tentu tutup aurat !”
Heh.. yang kau terasa tu nape ? Mana tau dia tulis entri tu , adik dia baca .. sedara mara dia baca .. Aku tak nafikan ada gak sedara mara aku baca blog aku .. Kawan kawan aku.. Jadi secara tak langsung , blog tempat kita menegur secara berhemah.
Yang tak bagusnya ada spesis blogger yang menyampaikan dengan kata-kata kesat .. Hurm… Tak best la gitu .. kan ? Cakap la elok elok dari hati tu .. Kalau baca dah macam tu , bayangkan camana blogger tu ? Haih..
Ada juga kata blogger ni ‘ cakap tak serupa bikin ‘ . Cuba fikir kembali kenapa artikal tu boleh keluar ? Kesedaran diri !! Dia sedar sebenarnya tapi masih belum mampu buat namun bila dengan wujudnya entri begitu , pasti dia akan berfikir berkali kali .. Dan dia pasti akan malu sendiri..
Kita sama sama doakan yang menulis dan membaca berubah ke jalan Allah.. Bukan menjatuhkan sesama kita lagi .. Itu yang tak bagus.. Kita , adakalanya tersesat jalan maka kawan kita yang membaca itulah yang akan menegur dan membetulkan kita kembali.
Itulah indahnya dunia blog ini…
Dapat banyak BE ke kak ?? Heheheh…
Sewaktu aku dok merayau kat Gua.com.my , terbaca kisah Abby Abadi yang dah putus cinta dengan Zul Ariffin .. Sian dan tak kesian gak la .. Hehehe..
Kenapa tak kesian ? Ada hikmah semua tu.. Korang tau la kan maksud aku.. Nak kata lebih lebih ,sapa la aku ni .. Kang ada gak dok kata ‘poyos uik’ kat aku ni.. hehehe..
OK ok.. pasal perpisahan tu , mungkin Allah sediakan jodoh untuk dia yang lagi elok la kot .. Tak la kata Zul tu tak elok tapi yang berpadanan la.. Tapi mana tau , kot ada jodoh di lain hari , sapa tau kan ?
Apa apa pun , bawak banyak bersabar.. Putus cinta tak bererti penamat hidup .. Jangan putus asa dengan Allah ..Tu paling penting ..
Eh , nak tau blog Abby Abadi kan ? G la baca sendiri .. http://absolutelyabbyabadi.blogspot.com
Aku terfikir la kan , laki atau bf depa tak kisah ke ?? Awek atau bini depa pakai sendat , jarang ... Kasi buta buta org tgk ..
Ada lelaki berfikiran , tak luak pon atau takat tengok jer ! Bukan leh pegang atau rasa ..
Bodoh benar kenyataan itu ! Maruah anda wahai wanita .. Sapa nak jaga kalau bukan anda sendiri ..