Ni la dia.. Kalau dah bertuhankan nafsu , tak kira tempat dah !! Main belasah jeee .. asalkan puas !!
Er.. ke dok bergaduh ni ??
Ni la dia.. Kalau dah bertuhankan nafsu , tak kira tempat dah !! Main belasah jeee .. asalkan puas !!
Er.. ke dok bergaduh ni ??
Ikat ayah kat pokok ! Ayah gatai sangat nak nikah lagi kan !! Ikat dia ! ikat dia … letak kerengga kat anu ayah !!
Kejam kan ?? Apa nak buat … ayah yang bagi idea ni dulu masa saya kecik .. Sikit skit ikat pastu kasi kerengga gigit.. Haaa.. I followww..
Yer , aku takde anak lagi … dan mungkin akan kata aku takde pengalaman .. Tapi kita kembali fikirkan masalah sosial sekarang ..
Pujuk anak…. Ada antara kita tak suka pujuk atau manjakan anak atas alasan jika dipujuk makin menjadi perangainya .. Benarkah ? Ok , itu hak masing masing ..
Apa yang aku nampak dan pelajari ialah , segalanya bermula dari rumah untuk membentuk anak anak atau keluarga.. Bayangkan aku yang mendidik anak dengan ala ala penuh disiplin seperti tentera .. Anak aku tu punya perasaan sebagaimana aku .. Mereka tak memahami apa apa pun walaupun kita terangkan .. Ini mungkin mereka masih belum dapat tangkap apa yang ibu bapa terapkan . Tapi patutkah itu berlaku ?
Mereka menyimpan dalam hati.. Ingat apa yang ibu bapa mereka buat.. Bukan dendam tapi satu ‘kenangan’ .. Kenangan itu dibawa hingga besar.. Bila sampai masa ibu bapa itu pula dijaga , apakah anak anak itu akan memanjakan mereka atau melakukan sebagaimana mereka ‘didik’ dulu ??? Hanya mereka mampu menjawab.
Aku ? Aku bukan nak tunjuk bagus atau pandai .. tapi aku anggap bakal anak aku itu , aku sendiri.. Satu cabaran bukan ? Kalau satu mungkin boleh, tapi kalau 3,4 ?? Bagaimana ?
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya di syurga terdapat kedudukan yang tidak dapat dicapai kecuali tiga golongan manusia iaitu imam yang adil, orang yang menjaga silaturahim dan ibubapa yang sabar mengasuh anak-anak.” Ali bin Abi Thalib bertanya, “Apa yang dimaksudkan dengan ibubapa yang sabar mengasuh anak-anak?” Rasulullah S.A.W menjawab, “ Iaitu ibubapa yang tidak menyebut-nyebut pengorbanan yang telah diberikan kepada anak-anak.” (HR Ad-Dailami dari Abu Hurairah r.a)
Benar , mudah untuk berkata dari melakukannya .. Tapi bagi aku , cukuplah anak anak kita tu ditinggalkan seharian di rumah pengasuh dan bila malam mereka nak bermanja , kita pula marah marah mereka … Terlupakah kita rajuk mereka itu cuma ingin bermanja ? Kita juga merajuk kan ?
Ok.. aku taknak cakap pandai.. Apa kata baca sendiri dan hayati kata-kata mereka.. Aku belum bergelar bapa tapi aku ingin jadi bapa yang disayangi anak-anaknya , sewaktu mereka kecil dan dewasa kelak. Doakan aku dan wife …
Mungkin anda berminat untuk membaca Sabarlah duhai ibu, didiklah diriku dan Hari ni hari ayah dan bonda.. Esok hari saya pula yer. .. Korang mungkin tak sependapat aku tapi sama sama kita kembali fikir memandangkan zaman ini semakin mencabar keimanan kita dan juga anak anak kita .. Hanya kasih sayang keluarga saja mampu menjadi perisai terhadap segala ancaman.
Wallahualam.. Sekadar pendapat berdasarkan pengalaman seorang anak.
Isteri : Bang , malam tadi sebelum tidur ada tak awak usap perut saya ? Orang kata tu kira macam belai baby dalam perut.. Ada tak ada tak ??
Suami : Haih , perut saya pon tak terbelai.. ni nak belai perut awak ??
Isteri : @#$@^^@#
Wow .. susah ke ? Hehehe ..
Susah sangat eh nak kurus atau turunkan berat badan ni ?? Susah sebenarnya .. Hahaha.. tak pon !!
Sebenarnya ada banyak cara nak turunkan berat badan ni cuma masalahnya antara nak atau tidak ! Semangat atau bersungguh sungguh atau sekadar hangat hangat taik ayam je..
Adik aku ada tanya aku.. Sekarang ni aku nampak semakin berisi dan bolehkah aku turunkan balik ? Jawapan aku ?
Badan aku , kurus kemudian berisi dan kemudian ditegapkan … Kini kembali berisi .. Bermakna , boleh ! Cuma aku nak buat atau tidak saja !
Apa yang perlu aku buat cuma , jaga pemakanan , disiplin latihan senaman serta niat kena betul … Jaga kesihatan sebelum penyakit datang menyerang !
Kurus tak bermakna sihat dan gemuk tak semestinya berpenyakit kan ? Jangan pegang pada pendapat gitu .. Kemaskan diri , jaga kesihatan .. Semua bahagia… kan kan ? Walaupun gemuk tapi kemas ,tetap segak kan ?
Untuk segakkan badan ni , banyakkan bersenam dan jaga pemakanan.. Mantop gitu… Segak bukan bererti tough atau berketul ketul tapi rupa yang sihat serta badan yang segar !
Tiada jalan ringkas untuk menjaga kesihatan selain kita menjaganya melalui saluran yang betul.
Hurm.. terbaca satu status di wall sebuah fan page di FB berkaitan isu rogol ni.. Katanya punca kes rogol ni dari wanita yg pakai seksi atau lebih tepat lagi tidak menutup aurat.. Setujukah ??
Pasti akan ada yang setuju dan akan ada yang kata bagaimana pula dengan kes bayi , nenek atau wanita yang menutup aurat tapi mereka tetap dirogol juga ???? Haaa… cer jawab ?
Atau akan ada jawab , segalanya berpunca dari nafsu seorang lelaki .. Lelaki kalau kuat iman pasti tidak kerja kerja gini .. kan kan ? Betul tak ?
Jadi , kesalahan kembali pada lelaki .. kan kan ? Kalau lelaki tak merogol , pasti takde kes rogol kan ? Kan kan ? Haaa… aku tau daahh.. pasti balik punya !! Hahaha..
Ok .. ni bukan entri nak cari salah sapa tapi untuk kembali berfikir sebelum terkena pada anak cucu kita satu hari nanti..
Manusia … kalau tak digoda , takkan buat dosa kan .. Yang mengoda ni syaitan.. Syaitan goda perempuan untuk pakai seksi .. Yang jadi mangsa , lelaki .. Bila lelaki tgk dia geram .. Takkan dia nak rogol orang tu lak kan ? Kalau kena orang tu dalam tv ?? Camana ?? Sapa jadi mangsa dia nanti kalau dia tak dapat bendung nafsu dia ni ?
Bab nafsu ni , jangan main main.. Tak kira lelaki atau perempuan boleh tahan bila dah sampai ke tahap ‘masuk air’ atau dalam bahasa sopannya bila dah ghairah.
Bagi aku , jawapan kepada permasalahan ini ialah , AGAMA .. Tak kira lelaki atau perempuan kembali kepada asas agama … Solat , aurat dan segalanya .. Hayati dan nikmati .. InsyaAllah , jangan kata rogol , nak pandang perempuan pun dah malu … Betul tak ?
Dua dua kena jaga laa… Dua dua selamat .. Lelaki tak masuk penjara , perempuan tak kena rogol , raba dan sebagainya.. Apa susah kan ? Susahnya ialah nak laksanakan tu jee… kan kan ? Mana tidaknya , ada yang nak pakai seksi .. tamo tutup aurat kan ? Hak dia ??
Ada ke hak dia ??? Hak apa ??? Cuba bagitauu … sapa yang bagi hak untuk memakai seksi ni ? Allah ? Kalau dia bangsa lain camna lak ? Mudah je.. lelaki Islam pasti terdidik bila wanita Islam terdidik juga.. Secara automatik , tak kira apa bangsa sekali pon , mereka tetap pandang ke lantai …
Lelaki , kalau tak dapat ikan pari .. ikan bilis pon jadilah .. Pastu tepuk dahi nyesal .. Puncanya ? Ikan pari menari nari depan dia .. nak tangkap , takut .. maka sapa mangsanya ?
Tak perlu tuding jari.. sama sama kita fikir bagaimana nak hindari .. Agama dah jelaskan cuma kita saja yang butakan mata dengan saling tuduh menuduh..
Wallahualam.. Sekadar pendapat … Maaf jika ada yang terasa.
"Adakah anda telah benar2 stylo? Atau memerlukan sesuatu yang lain untuk membuatkan anda kelihatan lebih stylo? Gayakan beg2 yang stylo dengan gaya stylo anda tersendiri agar tampak lebih anggun!"
Jom g jamu mata di MRSLADYSSTYLO ..
Atas alasan elakkan zina dan maksiat , maka anak dara seusia muda dinikahkan atas pilihan keluarga .. Apa pendapat korang ?
Hurm.. mmg bagus tapi zaman ni aku rasa susah sedikit .. Nikah awal ni mmg bagus sangat .. Kalau dapat suami yang benar benar boleh fikir , alhamdulillah .. pandailah dia menjadi nakhoda untuk melayari bahtera suami istreri .. Kalau tak ?
Memang betul , yang dah tua macam aku ni pon belum tentu boleh jadi ketua keluarga .. Tapi sekurang-kurangnya kalau macam usia aku ni buat silap , mereka akan tanggung sendiri. Takkan salahkan orang tuanya.. Sendiri boleh pikiaq , kata orang .. Yang muda ni ? Dah la diaturkan oleh keluarga pastu gagal kemudian mereka akan tuding jari pada parents dia ..
Dalam suratkhabar ari ni menyiarkan satu berita mengenai seorang ibu muda yang berusia 18 tahun yang mana telah menikah seawal umur 14 tahun atas pilihan keluarganya , yang digantung tidak bertali dan dianugerahkan tubuh menggiurkan, dikesan menggunakan kelebihannya itu untuk mendapatkan wang bagi menyara anak selain memenuhi tuntutan batinnya.
Isteri berusia 18 tahun tahun itu menjadi idaman lelaki mata keranjang yang sanggup berhabis wang untuk menidurinya kerana pakej lengkap dimilikinya.
Dia mengakui selain bagi mencari nafkah untuk seorang anak perempuan tidak sah taraf hasil hubungan terlarang dengan seorang lelaki dua tahun lalu, dia turut mendapat kepuasan seks.
Hurm … tak kira lelaki atau perempuan di zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini selagi tak kenal dunia selagi itulah selagi itulah mereka tak sedar !
Kenal dunia.. Pergh.. dunia kanak kanak lain.. Remaja lain.. Dewasa lain… Masa tu baru terbuka biji mata.. Baru nampak camana dunia sebenarnya.. Lelaki yang kita cinta , sebenarnya ada yang jauh hebat.. Perempuan yang kita sayang sewaktu sekolah dulu ,ada wanita yang lebih bagus .. Camana tu ? Kuatkah cinta untuk menepis segala dugaan itu ? Setakat yang aku tahu , ramai gagal ! Yang berjaya tu , benar benar miliki hati yang cukup kental … Tahnniah.
Wallahualam.. sekadar pendapat aku jer ..