Terkejut gak aku isu Chef Wan ni bila terbaca kat salah satu blog kawan kawan.. Ingatkan kes apa .. Bila baca , rupanya pasal anaknya , Chef Riz yang telah menipu dalam resumenya ..
Apakah yang dia tambah dalam resumenya itu ? Eceh.. Cam berita ‘perdana milik pembangkang lak aku neh..
“ Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin. “
Kemudian Chef Wan keluarkan kenyataan ini di fan page Facebooknya..
Betullah kata Chef Wan tu ..
“Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita. “
Hurmm… entahlah … kadang-kadang kita terlanjur dalam mencari erti kehidupan di dunia ini walaupun kita tau apa yang sedang kita lakukan itu satu kesalahan namun bisikan syaitan itu lebih gemar kita turuti ..
Tahniah Chef Wan kerana bersikap tegas pada anaknya ..