Pasal apa semua ni ? Ok , gi baca sendiri kat SINI .. Kalaulah dilaksanakan di Malaysia , confirm penuh masjid setiap masuk waktu solat !
Pasal apa semua ni ? Ok , gi baca sendiri kat SINI .. Kalaulah dilaksanakan di Malaysia , confirm penuh masjid setiap masuk waktu solat !
“ Adik , nampak telekung akak tak ? Nak solat ni .. cepat la.. “
“ Tuu.. Akak ni ,cari ngan hidung kee ?? Er , kak .. Allah melihat kita setiap saat. Bukan masa nak solat je tau .. “
“Maksud adik ? “
“ Yelah , masa solat , tutup aurat.. Lepas solat ? Akak pakai ketat ketat tu.. Rambut akak tu .. Hehe.. “
“ Erk… “
Aku tepuk dahi je bila baca ! Mungkin aku terlewat tapi itulah .. Bila kita pandang , dia kata kita cemburu ! Kata la lelaki melayu tak romantik ! Atau paling tidak pon lelaki melayu ni tak berduit.. Mulut je bermadu !
Tuuu .. Bila kena kes kes gini ? Sapa yg malu ? Aku gak !! Nape ? Tuuu .. Bangsa aku gak tuuu .. Malu sehh ! Macam kemaruk sangat dengan duniawi !
Kadang-kadang aku fikir , diorang ni .. akal letak kat dalam tupperware kot bila bersama dengan Mat Afrika ni ! Ke diorang kena voodoo ? Ni dah fitnah ni ! huhuh ..
Tolong la eh .. Jangan rosakkan diri sendiri ! Aku tau ada yang berfikiran , ‘ dari bagi free baik dapat duit ‘ kan ? Haaa.. amik makan dia !
Sekadar perkongsian memandangkan blog ini punya rakan pembaca yang pelbagai kategori umur.
Dari DRMAZA.COM
Soalan: Dr MAZA, kita negara yang berbilang agama. Ramai yang mempunyai kawan pejabat, jiran dan lain-lain yang bukan muslim. Apabila tiba hari raya kita mereka mengucapkan selamat hariraya. Masalahnya, apabila tiba giliran hari raya agama mereka pulak, kita rasa macam serba salah. Bolehkah seorang muslim berikan ucapan selamat hari raya agama lain. Saya takut rosak akidah, tapi ramai pemimpin dan kawan-kawan muslim yang lain ucapkan. Saya pun risau juga kawan-kawan bukan muslim kecil hati, tapi saya pun nak jaga akidah saya. Bolehkah Dr Asri berikan pandangan?
Jawapan dari Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.. Sila klik SINI .. Semoga persoalan terjawab.
Filem Ombak Rindu yang dikatakan mencecah RM10 juta dan pastinya memanaskan ramai bontot pengarah filem .. Filem yang diangkat dari novel Ombak Rindu yang mana sudah punya ‘hot’nya sendiri dikatakan berbeza sedikit dari novel.. Apa pun , aku belum tertarik untuk menontonnya.
Tak susah bagi pengarah nak bikin filem begini apatah lagi dengan pelakon yang sudah pastinya ada ‘pengaruh’ mereka sendiri yang awal awal dah buat promosi di laman sosial masing masing .. Hanya tunggu masa nak serbu. Yang kaki novel , akan kecewa. Yang kaki drama , teresak-esak menangis .. Yang kaki download , senyum saja .
Kenapa aku kata filem Ombak Rindu ni ibarat blog copy paste ? Dulu blog aku , mmg banyak entri copy paste terutama dari artikal agama blog DR.MAZA yang mana aku cukup tertarik dengan setiap tulisannya. Respek gila ! Cukup teliti dan punya dalil untuk menguatkan lagi hujahnya. Jadi , dari aku buat silap dengan membuat rumusan , maka aku copy jer .
Begitu juga dengan artikal berita , mana yang best dan hot .. aku copy .. Trafik ? Memang kencang ! Rasa best .. Tapi lama lama aku sedar .. Ini bukan karya aku ! Apa guna 100 orang masuk dan baca tapi bukan karya aku yang mereka baca sebaliknya orang lain yang punya. Jadi apa guna aku jadi blogger ?
Begitu juga dengan filem Ombak Rindu. Novelnya saja dah cukup meletop. Kalau dibuat filem , memang lagi meletop tapi apakah kepuasannya ? Cuma $$ ?? Dari segi lain ?
Lebih baik buat filem filem yg membuka mata masyarakat ( memberi kesedaran dari mula hingga abis ) dan juga memberi keuntungan pada masa yang sama . Bagaimana ? Anda pembikin filem , anda fikirkan. Kata kreatif , maka buktikan. Takat adaptasi , baik tengok movie omputih ! Sama je dosanya.
Sekadar pendapat. Bukan merendahkan sesiapa tapi cabaran buat mereka yang gemar menyahut cabaran.
Oh man .. serius .. aku tgk sekali lagi cerita Shaolin Soccer yg jauh mengarut dr layan drama Ajaibnya Cinta nun kat TV3 tu haa.. haihhh..
Eirma Fatima ? Loh ..
Berikut adalah 10 buah blog yg dipilih secara rawak di ruang FOLLOWERS
my name is nurnaqilla binti zaini , fer the short name is " qilla" or "naqilla" u guys can coll me "qilla" i was born in 14.feb.1999 .. so i'am 12 yearsold in 2011 .. for the extension of all of you , i have become the property of a person namely "hairul ikmal" fer the short name is "ikmal" or "hairul" he is my new boyfee ! ;) ilovehimsomuch .. he was born is 2.dec.1997 .. 14yearsold this year ;) bhaha ! however i still love him ;) - story about me !! ♥♥
Yuliana Bahar 071189 LieQ, TAWAU,SABAH Anak Tunggal Oledy taken by AAY!! Lop FUTSAL Very Much opkos DAVID BECKHAM CHELSEA die hard fan - ஐ Misz Roti Kaya ஐ
Hey i'm emily adha... I luv singing... I eat a lot but i still thin... I dont eat kerang - Si Gadis Purple
Blogging juz for fun, not an active blogger yet,,now I'm 17 n had finished my school life -Does Everything Is Here?
right now i am one of the matriculation students in kolej mara kulim.. - dear diary : story about a girl
W.N.A Shuhadda is a beautiful name belongs to me, D.O.B 11/09/1997. - sTaRs tWiNkLeZ
I'm just an ordinary girl trying to live life to its fullest, even if it kills me. - JUST A PART OF ME | NURUL FADILLA AZWANI
find out what's is possible if you never give up - Lysha fauzy
Simple living girl . 5teen . an ordinary girl . i am not a perfect girl . My hair doesn't always stay in place . I spill a lot of things and i am pretty clumsy . But when i think about it && take a step back , i remember how amazingly lifetruly is && that maybe i like being IMPERFECT . - #APPLEPIE♥
i'm cute..hahaha - teNtAnG dIRiKu...
TERIMA KASIH ..
Aku bicarakan mengenai filem di negara kita .. Kalau Allayarham Tan Sri P.Ramlee atau arwah Yasmin Ahmad , pasti mereka akan terus mewarnai dunia perfileman negara yang semakin ketandusan idea akibat mengejar status box-office dan sejarah kutipan filem..
Tempoh hari , ada aku buat beberapa entri mengenai seorang cerdik pandai dalam bidang perfileman negara yang mengeluarkan pendapat bahawa pembikin filem adalah jujur dalam karya mereka , lebih jujur dari ahli politik . Aku hanya mampu senyum saja .. ( Rujuk SINI ) .
Bagi aku , zaman ini hanya beberapa pembikin filem saja yang benar-benar jujur dalam karya mereka.. Jumlah mereka amatlah kecil. Kalau filem pendek tu , mungkin ramai malangnya , filem pendek tak mendapat tempat sangat di negara kita .
Bila nak berbalah bab seni ni dengan mereka ( pembikin filem ) pastinya sukar kerana masing masing punya pendapat tersendiri. dan pastinya mereka lebih bersedia dengan jawapan memandangkan pengalaman mereka berdepan dengan wartawan. Maka , bagi aku seperti begini saja ..
Setiap kehidupan kita ini adalah seni .Manusia adalah hasil seni ciptaan ALLAH yg tiada langsung persamaan antara satu sama lain walaupun diklonkan ! Filem juga adalah seni ( seperti juga blog walaupun ada yang copy paste entri saja entrinya) , begitu juga lukisan budak darjah 1 yang melukis mengikut imaginasinya dan gurunya tidak layak langsung memberi markah terhadap seninya itu !
Dan tidak lupa juga , filem juga adalah seni perniagaan masakini. Tiada apa yang nak dibanggakan langsung. Kita boleh lihat filem dari pelbagai sudut tapi jangan sesekali ketepikan dari sudut agama !
Ada kawan pernah tanya aku , kenapa aku tak berminat nak jadi pelakon .. Maka jawapan aku , " Watak aku yg diberikan Allah ni pon dah banyak dosa .. ni kan pulak nak lakonkan watak yg lain ..".
Ben : Sekadar pendapat seorang amatur yang dahagakan filem yang cukup bermutu untuk ditonton dan dibanggakan.
Haaa .. Tengok sendiri yer ! Kang kata aku kaki kencing lak !
Amacam ? Percaya sudah ? Hahaha .. Ada ke ? Nak berkenalan boleh ? Hahaha .. Tak la.. nak gak tau nape sampai gitu sekali hobi dia .. Kot dia dah boring dengan hobi hobi yang sedia ada di dunia ni maka nak buat lain dari yang lain .. kan ?
Semakin pelik manusia ni .. Ada lagi yang pelik tau ! Tu nanti aku wat cerita lain .. Hahaha …
Lisa Surihani dan Yusry bergambar bersama selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka kepada media di Hotel Marriot Putrajaya –MStar.
Eh ?? Kata nak nikah 23 Februari 2012 ? Yelah , ni kan posing ala ala pengantin baru ! Ala ala baru nak kawin tu , lain posingnya kan ? Adoiii…
Kata Yusry ..
“Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak,".
Amboi.. Hubungan kasi sorok sbb hormat keluarga eh .. Bergambar cam ni tak hormat Allah ke ?
Well .. Artis.. Mereka lebih arif .. Bro , buat kat laut mana kali ni ? Takkan tasik lagi kot ? Ombak rindu la tengok ! Satu lagi mau tanya , bila mau dapat Dato ?
“ Aku jatuh cinta bukan kerana paras rupa tapi aku jatuh cinta kerana keikhlasan kamu terhadap agama kamu .. Sesungguhnya itulah yang membuka pintu hati ini untuk kembali bersujud padaNya , keranaNya !”
“ Ko ni kenapa ??? Muka ketat jeee “.
“ Hurm.. entahlah .. aku rasa aku kena mandi bunga ni .. “
“ Apasal ? Cer citer skit kat aku .. Mana tau aku boleh tolong .. “
“ Tak pe la.. kang aku citer , aku pulak kena maki ngan ko .. “
“ Iskh ko nih.. kata kawan.. Citer laaaa .. “
“ Aku… aku baru putus dengan awek aku laa .. “
“ Aaaahhh … bosan laa ko nehh .. Tak abis abis putus ! Sejak dari sekolah rendah lagi ko dah couple ngan dia .. Sampai dah umur 30 ! Kawin tak jugak ! Putus dah beribu kali .. Ari ni putus , esok sambung ! Giler betul la korang ni ! Betul , nyesal aku tanya !! Grrrr !! Kalah budak budak bercinta ! Nikah laaa cepatt !! Dan nak monopos dah awek ko tu !! “
“ Huh ! Kata dah .. Cer ko bayang , nasib baik tak menikah lagi .. Kalau menikah ? Entah berapa kali aku guna cina buta !! “
“ Ya tak ya gak eh .. Dah dah .. g cari lain.. Banyak lagi anak dara ada ! Kalau tak nak , aku nak ni ! Ada 3 lagi kosong ! “
“ Lagi hampeh ! “
Ada ke ? Hahahaha .. Serius , ada orang mencarinya .. Sat , aku try google … kot ada ke .. Aku yang tak perasan .. Hahaha .. Aku gak yang malu nanti kan .. hehe ..
Serius !! Ada tuuu .. hahahaha … Tapi nun kat seberang ! Hahahaha.. Lawak laa .. Gamaknya kalau kat Malaysia ni buat Hari Tanpa Bra ni , kena duk umah diam diam la.. Kalau keluar g town , mau pakcik pakcik mahupun abang-abang akan memenuhi kopitiam , shopping complex mahupun kedai kedai mamak untuk menjamu selera ! Hahaha .. Gilaaa …
Memang betul la pakai bra 24 jam ni tak bagus .. Eceh , aku tau tuuuu .. Hahahaha .. Aku dulu nak amik medic tapi risau lak nanti kena goda dek pesakit ! Hahaha.. Bengong punya alasan ! Baca boleh , caya jangan yer .. Aku guwau jer ..
Keyword Hari Tanpa Bra ni tersesat kat blog aku sbb entri “ Kebaya jarang tanpa bra “ ni haaa .. Tu pasal la ada orang leh tersesat kat blog aku .. Hahaha .. Adoii..
Kalau aku nak pakai bra , bra camana eh ? Wife aku kata , aku patut pakai sbb besar pulak dada aku disebabkan g gym ! Hahaha… Serius arr .. Dulu member kat gym pon kata gitu gak ! Nasib baik aku jantan ! Kalau perempuan , lama dah dia tergoda ! Boleh ?? Hahaha ..
Betul tak aku kata ? Haa.. Arak tu haram .. Peliknya ada minum bertong-tong setiap hari ! Sedap sangat ke ? Menurut mereka yang berpengalaman , tak sedap pon tapi ketagih nak minum ! Kenapa ? SYAITAN .
Berdating ? Haaa.. ni korang pon tau kan hukum dia .. Sebelum kawin , dating hari hari .. Janji kat kekasih nak bawak pusing satu dunia bila dah kawin nanti .. Jalan berpegangan tangan .. Bila dah dapat ? Bila dah dimiliki ?
“Sori la yang , abang punya duit cukup-cukup untuk hidup sampai hujung bulan ni .. “ .
Tapi peliknya , bila beli benda peribadi , boleh la pulak eh ??? Tak ke lawak gitu ? Tak kira la laki ke perempuan , sama jer isunya !
Ni isu yang panas di pasaran ! Kes skandal skandal bagi mereka yang dah berkahwin , nak kawin , atau baru ada kekasih ..
SKANDAL ! Tak kira dah laki perempuan .. bila syaitan dah menghasut , ayat ayat cinta pon dah terliur ! Padahal sama je ayat tu dilafazkan dek pasangannya yang halal .. Tapi kenapa bila si skandalnya yg melafazkannya , rasa cam .. “ Wow , dunia ni aku yang punya .. “
Ini boleh berlaku pada sapa sapa tak kira status mahupun pangkat .. Kalau Allah dah bagi dugaan pada hambaNya , maka yang tinggal waktu tu adalah kekuatan keimanannya ..
Kewujudan internet sekarang ni ibarat menyediakan lagi jambatan untuk melakukan kerja-kerja suruhan syaitan ni .. Maka berhati-hatilah dan jauhilah dari kemungkaran ..
Sedap cuma 5 minit , bala seumur hidup !
Dua artikal berita yang berbeza tajuk tapi cerita yang sama ! Camana tu ! Bila blogger guna tajuk tajuk kontroversi , ada yang kata blogger isu murahan padahal sapa yang ajar ???
Bagi aku , segalanya bergantung pada pemahaman masing masing .. Tapi awas , jika salah tajuknya pasti mengundang padah ! Anda boleh di saman malu ! Maka hati-hatilah ..