“ Boleh ke bayar tu ? Bukan pe , kat Malaysia ni pon banyak pemain tertunggak gaji dia sampai ada yang terpaksa .. haa.. Sendiri fikir la kan ..
Tapi tu kat Malaysia kan ! Ini kat Indonesia la cerita kan ! Hurm… Pelita Jaya .. Dah la ari tu FIFA nak haramkan kelab ni , pastu nak ‘cerita’ lak tentang gaji beratus ribu ( RM ) ?? “
Tu yg bermain kat benak aku bila dapat tahu mengenai tawaran baru Safee Sali . Bukan menidakkan bakat Safee atau rezeki dia tapi Pelita Jaya ni haa..
Aku yang lama dah tak ikut perkembangan bola sepak dunia , ternganga bila Safee Sali berminat nak main kelab Pelita Jaya .
“ Pelita Jaya ??? Kelab apa tu ?? Takkan abis pilihan dah kot “
Itulah yang ada dalam fikiran aku , masa itu !
Kemudian aku baca akhbar hari ini , Kosmo.
“Kontrak dua tahun itu menawarkan pakej bernilai lebih RM2 juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai yang dibayar oleh kelab, tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan oleh kelab dan penghormatan sebagai kapten Pelita Jaya FC. “
Pergh .. Biar betul ??? Kelab kat Malaysia yang kaya pon belum tentu leh offer cam ni .. Aku baca lagi ..
“ Safee juga akan diberi peluang bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus apabila ada peluang dan sesuai dengan tempoh pendaftaran yang ditetapkan oleh liga di negara-negara berkenaan. “
Kelab-kelab milik Pelita Jaya Cronus ? Amboi .. banyak sangat ke ?? Aku sambung lagi baca ..
“ Selain Pelita Jaya FC, kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus, termasuklah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012, CS Vise di Belgium, kelab divisyen dua di Liga Belgium dan SAD Uruguay sebuah kelab remaja di Uruguay.
Pelita Jaya juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima kelab di liga Brazil, antaranya Flamengo FC dan beberapa kelab di Eropah terutama di Belanda, termasuk Ajax Amsterdam FC.
“Pelita Jaya Cronus pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana England iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikannya di sana, namun mereka masih mempunyai hubungan yang amat akrab dengan kelab dan pengurusannya di sana,”
Huh ! Biar betul ??? Aku pandang ringan kelab ni rupanya .. Aku google cari pemilik kelab ni dan juga latar belakangnya ..
Kelab Pelita Jaya FC ni dimiliki penuh oleh The Bakrie Group yang mana pemiliknya bernama , AbuRizal Bakrie .. Antara orang paling kaya di Indonesia. Tahun lepas saja tersenarai dalam Forbes ( no 30 ) dengan hartanya sebanyak US$890 juta ! Pengerusi Parti Golkar , okeh !
Ok , aku ternganga .. Dan memang terlebih mampu bayar gaji Safee pon ! Aku silap . Sori eh Safee .. Memang rezeki kamu ! Huhu.. Untung dia ..
Aku baca lagi latar belakang Kelab Pelita Jaya ni .. Di tahun 90’an , antara nama besar yang main kelab ni ialah Mario Kempes ( pemain Argentina yang berjaya menjulang Piala Dunia pada tahun 1978 ), Roger Milla , Jules Onana , Emmanuel Maboang ( pemain Piala Dunia Cameroon ) ..
Ok , ok … Cukup ! Adoi … Patut la Safee Sali sanggup sambung kontrak dia lagi .. Hehhe.. Bagus bagus ! Rezeki jangan ditolak. Dalam usia dia sekarang ni , nak main kat EPL pon susah dah .. Sbb kat sana pemain muda terlalu ramai . Jadi , baik dia fikirkan masa depan dia dan Pelita Jaya sememangnya pilihan yang tepat !
Semoga berjaya Safee Sali !
Pengajaran .. Lain kali buat penyelidikan memandangkan internet di hujung jari anda yer , che Ben ! Hehehe .. Ai malu uu ..
Sumber : Kosmo dan Internet.