Norman Abdul Halim dan isterinya Dr Shireen Hashim
CINTA sememangnya indah bila dapat menyatukan dua hati tanpa perlu ada sebarang ukuran. Alhamdulillah , mereka bahagia .. Semoga berkekalan ke akhir hayat.
Norman Abdul Halim dan isterinya Dr Shireen Hashim
CINTA sememangnya indah bila dapat menyatukan dua hati tanpa perlu ada sebarang ukuran. Alhamdulillah , mereka bahagia .. Semoga berkekalan ke akhir hayat.
Di Butik Habibi , terdapat pelbagai pilihan shawls masakini yg diperbuat daripada material seperti chiffon , denim , lyra dan mcm mcm lagi.
Harga setiap shawl bermula dari RM29 dan belian secara online amatlah dialu-alukan . Jangan risau mengenai kepanjangan shawls ini. InsyaAllah boleh pelbagaikan gaya dan fesyen tapi masih boleh memenuhi tuntutan syariat dlm menutup aurat.
Untuk melihat sendiri design yg lain , sila ke page FB Habibi Al Kenali atau ke laman web , www.habibi.com.my
Terima kasih .
Alhamdulillah .. terpampang di wajah mereka lebih lebih lagi mereka baru dapat baby girl , Leia Rose Caunter SM Nasaruddin pada 16 Disember lalu.
Harap perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat ..
Bila sebut bab belajar ni , majoriti yg belajar ni adalah dari usia yang masih muda yakni di bawah 21 tahun . Kalau atas tu , dah nak abis dah kan ? Kecuali dia belajar lambat la..
Isu aku ni , lebih pada mereka yg di bawah 20 tahun . Diulangi bawah 20 tahun . Dalam usia begini , ramai yg masih belajar dah jatuh cinta dan berangan angan nak kawin ala ala VANILLA COKLAT tu !
Kalau zaman mak bapak kita , aku boleh terima la kalau usia semuda itu nak kawin . Kita pon tau zaman tu , camana kehidupan mereka jika nak dibanding di zaman ini .
Dulu , rumah takde tv pon boleh hidup.. Takde internet pon boleh hidup kan ? Atau kereta laa .. Dalam erti kata lain , kalau kerja pon sekadar untuk beri nafkah pada keluarga je ..
Sekarang ? Dengan usia yang begitu mentah , nak kerja apa ? Ada harapan ke nak bergaji beribu ribu padahal takat SPM je ? Yelah , belajar pon tak abis lagi kan ? Jadi kena guna SPM je la.. Kalau dah abis belajar tu , isu lain ..
Kalau mak bapak kaya tu , lain cerita .. Lain kes.. Harta mak bapak banyak .. Boleh bela anak orang kan ? Tapi sampai bila gak kan ? Haaa ..
Dalam erti kata lain la .. Kalau umur tu masih muda , utamakanlah pelajaran . Kalau nak bercinta sekali pon , tangguh dulu. Simpan dulu hajat hajat yang ada .. Elakkan kalau boleh. Abis belajar , nikah la .. Muda sangat .. Umur dibawah 20 tahun.. Dunia sekarang ni terlalu mencabar .. Jangan sangka dah matang , maka boleh laluinya ..
Kalau bab dah jodoh tu , aku tak leh nak kata apa .. Kuasa Allah . Tapi kalau dah sengaja mengedikkan diri g cari lelaki atau perempuan pastu jatuh cinta , dan nak menikah .. hurm .. fikir fikirkanlah .. Nikah kawin ni , bukan sekadar bercinta dan berseronok saja yer ..
Nasihat aku , di zaman kanak kanak , jadilah kanak kanak .. Di zaman remaja , nikmatilah .. Dah sampai masa , bersedialah .. Bukan aku suruh buat maksiat atau zina tapi elakkan semua tu dengan menumpukan cita cita dan juga banggakan orang tua kita ..
Sampai masa , nikahlah .. Takde sapa nak larang masa tu .
Kenapa 3011 ? Hehe.. mesti laa tarikh harijadi aku kan .. hehe .. takkan harijadi jiran aku lak .. hehe .. Aku pernah jumpa BEN 3011 . Tak silap aku lori kot pakai.. Aiyooo ..
30 April ni , JPJ akan buka tempahan untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang bermula dari WWW kepada orang ramai. Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha , tempahan akan dibuka selama 14 hari mulai 8 pagi hingga 12 tengah hari sehingga 14 Mei depan.
Terdapat empat kategori nombor yang boleh ditempah iaitu
Takat ni harga nombor pendaftaran yang paling tinggi ialah pendaftaran kenderaan "MCA 1" yang dijual dengan harga RM300,100.
Bagi mereka yang berminat nak dapatkan nombor pendaftaran yg mereka minat , sila ikut produser yg ditetapkan oleh JPJ. Isi borang dan bayar duit deposit yer . Bukan dengan air liur ehh ..
Borang tempahan , boleh dimuaturun di www.jpj.gov.my .
Balik dari gym tadi , jiran aku yg juga seorang guru dari jauh dah tersenyum dan bertanya khabar . Selepas aku parking dan kunci kereta , aku pergi ke arah dia yg sedang melepak di depan rumah dia .
Macam macam cerita ada la dibualkan. Kemudian datang seorang lagi jiran yg bertugas sebagai pegawai pertanian . Topik perbualan berkisarkan hal hal biasa sehinggalah aku bertanyakan satu soalan .
Hari tu diorang pergi ke Low Yatt Plaza untuk cari laptop .. Aku tanya la dah beli ke belum ? Tak sempat kata cikgu tu sbb kedai dah nak tutup masa tu .. Aku tanya laptop camana mereka cari ? Tak tau lagi kata mereka .. Aku syorkan mereka ultrabook ! Muhahah ..
Aku tanya sapa nak ? Tuuu , jiran satu lagi tu .. Pegawai Agama kat Jakim tu .. Dia nak g Mesir nanti. Aku rasa nak sambung belajar la tu . Kebetulan ustaz tu keluar dari rumah untuk ke surau . Dia pon datang ke arah kitorang setelah cikgu tu panggil ..
Cikgu tu kata kat ustaz tu , yg aku syorkan ultrabook. Apa kemenda tu lak , tanya dia . Aku letih nak menjelaskan .. Aku suruh tunggu jap .. Aku g amik kat dalam rumah .. Hahah .. Promosi weh !
Bila aku bawak keluar , mereka pegang .. cam tak percaya lak keringannya dan kenipisannya. Tapi yg pasti dia terpikat sehingga mintak aku jual kat dia ultrabook aku tu ..
Dan aku jual je la kat dia .. RM1 ribu jer .. Haa … acah je ! Rilek arr .. terbeliak terus bijik mata tu.. hhaha .. Tamo jual woo .. ni adalah hasil titik peluh aku sebagai blogger .. Kenangan ..
Hehe.. dia berminat nak g tgk kat kedai nanti.. Huhuh.. Dasat gak jarum aku kan ? Hahaha ..
Kalau korang biasa g KLCC , pasti nampak tiang di lot lot parking kereta yg berada berdekatan dengan pintu masuk ke mall .. kan kan ?
Kalau nampak ada kosong dan plan nak lepak melebihi 2 jam kat KLCC tu , lebih baik g cari parking lain .. Kalau tak ? Haaa .. kalau tak … haa .. Kalau tak , aku pon tak tau apa dendanya .
Tadi , aku try parking kat situ .. Dalam kul 10.30 pagi gitu. Pastu aku g beli POPCORN GARRETT yang sedap tu .. Kemudian aku kembali ke kereta dan lihat ada sorang pengawal keselamatan KLCC dok catit no kereta aku .. Mungkin dia catit time parking sehingga 2 jam kemudian la kot. Dan aku perasan ada kereta yang parking di lot gini ada kertas di cermin kereta mereka . Kertas apa ? Yang pasti bukan no ekor !
Jadi , buat mereka yang jarang g KLCC ni , harap waspada la yer dengan tiang bercorak misteri ni eh .. hehehe ..
Aku letak gambar penuh dia , confirm jadi isu aurat .. Hehe.. Jadi aku letak je la gambar tattoo milik Erykah Badu yg terdapat di kiri kanan badannya .
Erykah Badu yang dijadual mengadakan konsert di Kuala Lumpur Convention Centre ( KLCC ) esok , terpaksa dibatalkan gara-gara tattoo tersebut.
"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.
Sapa Erykah Badu ni ? Aku pon tak pernah dengar lagu dia.. Tau tau buat konsert kat sini .. Pergh .. mesti ramai peminat dia .. heheh … Kalau Eric Cantona tu , aku tau la .
Tak kira la popular atau tidak … kalau nak bawak budaya mengarut dan nak menghina agama Islam , dalam negara kita ni , eloklah di bendung dari awal awal lagi . Tahniah buat mereka yang prihatin .
Iskh.. makin pelik pelik la citarasa manusia ..
Er … aku rasa banyak dah aku buat entri pasal ultrabook ni tapi nampaknya masih ada yang terlepas pandang mengenainya .. Ada yg kata tablet . Ada yang kata tak tau .. Dan ada yang kata bukan nama jiran dia ! Boleh ?
Ultrabook ni dari kategori pc ( komputer peribadi ) seperti laptop atau notebook tetapi ianya lebih nipis dan juga ringan ! Haa .. Umum dah ni .. Ianya adalah komputer peribadi terkini. Bukan tablet yer ..
Selain ringan , nipis apakah lagi kelebihan ultrabook ni berbanding guna tablet atau laptop yang lain ? Kepantasannya bila kita letak dia ke mode hibernate atau sleep .. Bukak je flip , terus dia nyala atau tekan saja butang , tak sampai 2 saat dah boleh guna !
Yang aku pakai sekarang ni , Toshiba Z830 .. Kalau letak atas peha , biasanya terasa kepanasannya kan ? Tapi tidak yang ni .. Kenapa ? haaa .. sbb design Z830 i7 ni berlainan sedikit dari laptop aku yang lain. Tak terasa panas pon . Dan ianya menggunakan processor INTEL.
Ada yg kata terlalu nipis dan mudah patah ! Hehehe .. Jangan risau laa .. Casis ultrabook Toshiba ni mmg keras. Macam aku kata tadi , kalau dah pegang dan guna , mmg takkan nak lepas punya.
Kalau untuk student ni mmg bagus. Atau kaki melancong mahupun yg suka buat aktiviti outdorr .. Amacam ? Kalau korang ada duit atau nak beli laptop baru , rasa rasa teringin tak nak cuba guna ultrabook ni ?
eNTRI BERKAITAN :
Cool giler TOSHIBA ULTRABOOK PROTEGE Z830
Bila aku dapat tau aku ada projek di KLCC , aku rasa gembira sekali .. Kenapa ? Sebab aku dapat tunaikan hasrat wife aku yang nak rasa makan popcorn Garrett ni ..
Dia bukanlah teringin sangat tapi aku kalau boleh , bila dia kata nak rasa , aku cuba dapatkan .. Tapi bukan la masa tu gak .. hehe .. Yelah , macam ari tu aku g KLCC .. ingatkan nak dapat beli la sebungkus tapi orang yg beratur tuu .. mak aihh.. berjela panjangnya .. Dah tu , nak tunggu sorang beli , bukanlah seminit dua .. aku rasa paling sekejap pon 5 minit .. Tu yang takde kerenah.. Kalau ada ?
Jadi pagi tadi , aku plan nak sampai Klcc dalam kul 10 pagi. Kira dia bukak je , aku dah terpacak kat situ.. Melampau tak ? Hahaha .. Dan sesungguhnya , mmg patut datang beli time kijer laa .. Tak ramai punya.
Hurm .. dan akhirnya , dapat gak aku beli tadi . Aku amik medium size .. Harga , RM36 .. Mahal ? Kalau sedap , ok la kan .. kalau tak sedap ? Grrr..
Dan sesampai je rumah , wife takde .. tak pe .. aku tolong rasakan .. nanti aku email je bagitau camana rasanya .. Hahaha .. Yup , mmg sedap ! Aku tanya staff Garrett , mana yang paling sedap . Dia syorkan yang ini . Ok laa ..
Ada yang kata takleh makan banyak sbb nanti muak . Memang betul pon tapi aku rasa mmg tak leh makan sekali gus .. Makan skit skit .. Mmg terasa keenakkannya ..
Apakah aku akan membelinya lagi ? Tunggu korang je la belanja aku .. hehe… Atau bapak aku jadi tokey balak . hehe ..
Wah .. Alhamdulillah … Tahniah buat Mawi dan Ekin kerana dah bergelar ibu dan ayah . Dapat baby girl kan ? Gambar baby ? Lom didedahkan lagi .
Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dekat sini dan belum diberikan nama.
"Melihatkan keadaan Ekin yang masih lagi belum boleh bersalin mengikut masa yang ditetapkan, dia diberikan ubat pelali oleh doktor. Syukur, kedua-duanya selamat," kata pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan berita tersebut.
Ekin atau nama sebenarnya Nora’Asikin Rahmat, diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.
Sekali lagi , tahniah buat mereka .. Gulp .. Sorang sorang dan selamat .. Ada sorang kawan blogger pon dah selamat dah .. Tinggal aku je pasni .. Rasanya ada lagi kan geng lain yang tunggu masa.. Huhu..
Sumber – Mstar
Set alarm kul 5 pagi . Ni kes ari tu la . Aku tak betulkan lg.. Jd , dua tiga hari ni mmg bunyi awal alarm hp aku tu ..
Tp aku ngan wife tak terjaga pon . Yang jaga , tu dlm perut wife .. berjoget joget dia !!
Kira dia la yg tolong kejutkan wife dan wife kejutkan aku .. Aiyo.. sensitif benorr ..
Tak lama dah .. huhu .. doakan yer ..
Jap lagi nak g Klcc .. Ada majlis kat situ aku kena hadiri .. hurm .. kat Galeri Petronas ..
Popcorn tu haaa .. dah berkali cuba nak beli tp gagal sbb ramai sangat orang ..
Dan aku harap , aku akan berjaya beli jap lagi ! Sian kat wife .. nak merasa sangat .. huhu..
Jap lagi nak g Klcc .. Ada majlis kat situ aku kena hadiri .. hurm .. kat Galeri Petronas ..
Popcorn tu haaa .. dah berkali cuba nak beli tp gagal sbb ramai sangat orang ..
Dan aku harap , aku akan berjaya beli jap lagi ! Sian kat wife .. nak merasa sangat .. huhu..
Alahai .. apa nak pening lak kan ? Tengok bro kat bawah ni.. Berstatus ‘ dude ‘ tuuu .. Dapat gak anak dara comel loteh .. Ops ! Jangan kata la sbb harta yer .. Kalau sebab harta , aku rasa Lisa boleh cari lagi masyuk punya lelaki kan ? Ini cinta woo.. Cinta tak mengenal status .. Kan kan ? Fikir kan yang positif la .. Nanti kena kat batang hidung kita atau keturunan kita , baru ada akai !
Duda ni ada satu kelebihan tau ! Yer , bukan semua tapi majoritinya duda ni dah tau bagaimana nak layan bakal isterinya lebih lagi yang berstatus anak dara ! Pergh .. boleh cair woo hati bila duda ni berkata kata .. hahaha .. Camana aku tau ? Well .. hahaha ..
Kenapa mereka boleh dapat status duda tu , itu cerita lama. Pengalaman mengajar mereka erti kehidupan dan aku pasti si duda ni sedar akan kesilapan dan bersedia untuk membina hidup baru dengan mereka yg telah kembali berjaya membuka pintu hati mereka untuk bercinta !
Tak kira duda atau teruna , segalanya bergantung pada kematangan fikiran sebenarnya. Bukan faktor status mahupun umur tapi pengalaman hidup, kebijaksanaan mengendalikan masalah , serta punya kelembutan bila berkomunikasi. Faktor faktor begini amat penting bila berpasangan terutama dengan perempuan yang jauh muda dari lelaki. Bukan mudah !
Bagaimana pula dara atau janda ? Haaa .. tu isu lain . Yang penting , hati mau gembira dan bercintalah kerana Allah .. Duda atau teruna , bukan isunya ..