Gila lyn drama bersiri ALCATRAZ .. Dah download 11 episod .. baru lyn 8 .. huhu .. Layan dengan ultrabook ni .. Pelbagai gaya leh buat .. hahaha ..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Gila lyn drama bersiri ALCATRAZ .. Dah download 11 episod .. baru lyn 8 .. huhu .. Layan dengan ultrabook ni .. Pelbagai gaya leh buat .. hahaha ..
Patricia Lefranc diserang oleh bekas kekasih dengan dengan asid sulfurik mengakibatkan mangsa terpaksa menjalani 86 pembedahan. Lefranc berada dalam koma selama tiga bulan ekoran kejadian tersebut.
Penyerangnya dihukum penjara 30 tahun selepas didapati bersalah melakukan percubaan membunuh.
Akibat dendam dan hasutan syaitan , manusia mudah tertipu dan sanggup melakukan apa saja asalkan hatinya PUAS !
Lepas puas tu pasti akan datang perasaan menyesal .. tapi sayangnya ..
Ramai teringin benar nak jadi blogger yg dikenali ramai , dengan pelbagai niat dan alasan. Tak kisah la apa sekali pon alasan tu . Yang penting , takde sapa mati kerananya nanti .. Yelah , mana tau ada yg mempergunakan isu isu menjatuhkan maruah atau mencetuskan kontroversi murahan semata-mata nak naikkan nama blog .. kan kan ?
Kenapa tangan aku ni ? Tak silap aku , dah 10 tahun aku keluar masuk gym .. Tujuan aku , bukanlah nak memiliki badan mantap atau nak masuk mana mana petandingan sebaliknya lebih pada kepuasan diri selain dari menjaga kesihatan..
Jadi , tapak tangan aku ini adalah bukti segala perit getir yg aku lalui selama 10 tahun .. Tu tak masuk lagi dengan sakit tengkuk , pinggang , salah urat .. dan banyak lagi ..
Tak semudah itu nak mencapai keputusan yg kita impikan melainkan dengan usaha keras berpanjangan .. Jangan cepat putus asa , bosan dan patah semangat.
Malaun malauan yg nak jatuhkan kita tu , mmg ramai. Diorang lebih suka tengok boroi dari kekalkan bentuk badan begini. Punca ? Hanya Allah saja mengetahuinya.
Begitu juga dengan blog .. Bukan hanya tayang muka atau buat entri panas untuk up sebaliknya perlukan perancangan serta kebijaksaaan untuk memastikan blog kita , diterima ramai ..setiap hari !
Tak leh blah tu laa.. hahaha .. memang Allah bagi balik kat kita kalau kita tak jaga kata kata kita wooo .. Baru padan muka aku ! Haaa .. Apa mau buat .. telan je laa ..
Pasti ramai blogger dah terima jemputan ni, kan ? Tapi aku la paling best sbb … hahaha .. Sbbnya ?? Korang tau kannnn .. saja wat tak tau lakkk ..
“ Hi,
On behalf of our client, Ginvera Marketing Enterprise S/B we would like
to invite BENASHAARI to attend the Bio-Essence & Nugeno Event and meet up with the couple ambassador – Awal Ashaari & Scha Alyahya “
Event date & venue
Date : Mar 31, 2012 (Sat)
Time : 1.30pm - 4.30pm
Venue : Alamanda, Putrajaya
Bagi yang berminat nak jumpa pasangan ni , jangan lupa turun ke Alamanda nanti ..
Apa pon , satu penghargaan buat aku sbg blogger. Ari tu , launching Siti Nurhaliza .. Ok la kan .. Aku bukan blog gossip artis atau fitnah artis .. haha ..
Bab video tu ? Aisey.. no commet laa .. tapi dari apa yang aku dengar , banyak negatif dari positif .. Apa nak buat .. retiss ..
Hahahaha .. Adeh .. tajuk tak leh blah tapi betul apa tang dingorat awek bank tu haa .. Tapi dia bukanlah ngorat mengedik cuma saja ajak berbual la tu. Yelah , customer yang datang kat dia semua makcik makcik dan akak akak .. Tang aku , ahaaaa .. bersemangat waja diaaa .. hahaha .. Aku pon cam tu duluuu .. masa wat kerja PR ni .. hahaha ..
Segalanya bermula begini ..
Seawal pagi selepas subuh , selepas aku mengeraskan perut aku dengan melakukan senaman perut sebanyak 2 kali tanpa henti , aku teman wife g ke Klinik Kesihatan Presint 9 untuk melakukan check up seperti biasa ..
Lama gak kena tunggu .. Nasib baik aku bawak Ultrabook aku ni . Jadi leh la layan drama aksi yang menarik jiwa aku ketika ini iaitu AL CATRAZ .. Memang cool la cerita ni.. Lain dari yang lain .. huhuh..
Selesai semua ni dalam kul 10 lebih. Pastu g buat kad Meps wife aku yang telah dibatalkan gara gara dompet aku hilang ari tu di CIMB .. Dalam kul 11 lebih , selesai .. Dah dapat kad meps tu tapi kredit kad kena tunggu diorang pos , giliran aku lak nak buat kad bank aku.
Jadi , g la bank yg berkaitan tu .. Sampai kat sana , awek yg jaga kaunter ni , manis berseri aihh .. Yelah , dah manis ,puji laa.. Bukan sebab gatal ! Kang dok pk blog aku ni blog kritikan je.. Nak memuji gak kan ? Apa ? Puji awek je ? Opkoss laa .. aku kan lelaki tulen ! Ingat isteri ? Apa lak tak ingatnya .. Takkan puji perempuan ciptaan Allah ni , dah lupa isteri kan ? Macam laaa perempuan takde puji lelaki dalam diam .. kan kan ?
Pastu awek tu amik kad pengenalan aku dan mintak no telefon aku . Ok , part mintak no tel tu aku tambah. Tipu je. Mykad je dia mintak untuk buat urusan aku tu laaa..
Tunggu la dalam setengah jam kat situ sbb ramai pelanggan . Aku tengok je la awek ni sbb aku pasti berurusan dengan dia. Tengok mood dia camana .. Ok mood dia .. Terbaekkkk .. Kalau aku gatal nak ngorat , sure dapat no whatsapp dia punya , kan kan ? Hahah.. Takde makna okeh ! aku nak siapkan kad aku tu sbb takde duit dalam poket ni haa ..
Bila sampai turn aku .. ahaa .. awek ni sudah senyum .. Aku kemaluan kau !! Hahahah .. Awek tu tanya aku ..
" Bang , main gym ke ? "
Alahai.. ni letih ni … Kalau ikut setan yang membisik telinga aku , mau saja aku jawab ..
“ Tak dik , semalam abang jaga dari tidur , tau tau dah badan camni .. “
Tapi aku tak la jawab gitu kan.. Malu dia nanti dan aku pulak dikatakan berlagak ! Caittt .. Maka aku jawab dengan suara ala ala Jamal Abdillah ..
“Oh , aahh .. Saja suka suka .. Dah takde keje nak buat .. “
Korang tau apa dia balas ?
“ Eh , abang belajar lagi ke atau .. Ala bang , kad abang tak leh dibaca laa .. Ni nampaknya kena buat kad pengenalan baru dulu ni .. Baru leh buat kad Meps ni .. “
Tapi dia g cuba kat komputer kawan dia .. Aku tau , jawapannya pasti sama sebab kad pengenalan aku tu serupa macam mat bangla punya kad .. Huhuhu ..
Aku terkedu tang dia nak tanya aku tu .. Aku masih belajar ke ? Mak aih .. muda belia ke muka aku nehhh ??? Ni yang aku bertambah rajin nak g gym lagi nih !! hahahha .. Rasa cam berbaloi gitu kan ? Sapa kata perempuan tak suka lelaki mantap ! Hahahha .. Elek arr.. Guwau.
Tapi kegembiraan aku sampai situ je .. Aku keluar dari bank , dengan perasaan hampa sebab kad meps aku tu tak dapat lagi.. Apa mau buat ..
Lepas tu , g bayar duit kereta seterusnya g mencekik di Perantau Hill dan balik ke rumah.. Solat dan update untuk korang baca kisah aku yang tah hapa hapa ni tapi best gak wooo …
Penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumah banglonya di sebuah kelab golf di Bangi dekat sini dimasuki perompak bertopeng awal pagi Isnin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Mawi,31, serta tiga penghuni rumah iaitu isteri, Nora’Asikin Rahmat (Ekin),33, ibu mertua Mawi, Fatimah Saad,56, dan nenek mereka Salmah Sahar,77, telah diikat oleh empat orang perompak yang memecah masuk melalui pintu dapur rumah.
Anak mereka yang baru lahir pada 28 Februari lalu iaitu, Cahaya Malaika dan orang gaji tidak diapa-apakan.
Kembar kepada Ekin iaitu Nora’Ain Rahmat (Eein) berkata, semasa kejadian semua penghuni rumah sedang tidur sementara Mawi baru pulang dari Johor Baru selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).
Katanya, perompak pada mulanya mengetuk pintu bilik nenek sebelum bertindak mengikat mereka kecuali orang gaji serta anak kecil sebelum mengarahkan mereka menyerahkan wang dan barang kemas.
“Tiga daripada empat perompak itu memakai topeng dan salah seorang daripada mereka bersenjatakan pedang samurai sambil memaksa semua penghuni rumah menyerahkan barang berharga,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Tambah Eein, perompak turut melarikan dompet milik Mawi dan Fatimah, telefon bimbit serta beberapa barang berharga lain yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Een berkata, dia bersyukur kerana dalam kejadian itu tiada sesiapa yang cedera.
Sementara itu Mawi tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dan isteri turut dikebas perompak terbabit.
Sumber – Mstar
Bertunang , serupa dah menikah !
Pelik bila aku tengok orang kita sekarang ni .. Bertunang dasat betul aihh .. Abis beria nak cari baju persalinan tu haa .. Tu belum lagi nak panggil jurugambar untuk amik gambar ..
Mungkin ada yang akan kata ..
“ Eh , sukahati diorang laaa .. duit diorang ! Bukan duit mak bapak korang !! “ .
Ada tu yang berkata dalam hati sbb terasa kot ? Jangan gitu kawan .. Kita hidup ni ada batasan dan pegangan .. Jangan serupa macam takde otak bagi komen sebegitu rupa..
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)
Bayangkan majlis pertunangan saja bagai dah bersanding dah esoknya pastu tak jadi ? Sapa yg malu nanti dan sapa yang bertepuk tangan ? Haaa … Memang la dah takde jodoh tapi menda menda gini boleh dielakkan jika mengikut saja apa yang dah nabi kita sarankan .
Entah la.. bab bab membazir gini , orang kita mmg terbaik ! Tak caya kalu , bukak balik segala kenangan lampau dari mula kita lahir hinggalah sekarang . Harijadi baby pon abis panggil pres !
Sederhana je la dari memikul hutang piutang .. Sampai beranak pinak tak settle !
Dasat Hmetro woo .. Berita utama dia senantiasa berjaya memikat pembeli mahupun peminjam akhbar ni .. Huhu.. Kalau online , tang yang panas ni akan tertulis Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Hahaha.. tensen kan ? Mana ada percuma skang ni bang ! Ni pon nasib baik la Hmetro dan beberapa akhbar lagi belum letak watermark pada gambar milik mereka. Ada satu akhbar tu , letak dah .. Kedekut betul .. Tak pasal pasal buruk gambar dia dah .. hahaha ..
Berbalik pada berita panas lagi mengeramkan ini , yang aku amik di Hmetro ni haa .. memang bisa buat sapa sapa membacanya mengelengkan kepala punya laa ..
“ Seorang ibu hanya mampu menangis mengenang nasib tiga anak perempuannya yang didakwa dilarikan menantu lelaki sejak tiga tahun lalu dan kini dikatakan menjadi pelacur. “
Hurm .. zaman ni , nak pilih menantu kena hati hati .. salah pilih , dpt hantu ..
Gambar yg aku amik dari Facebook ini dikatakan ‘seorang ibu hamil tertembak peluru ZIONIS Israel La'natullah 'Alaih hingga menembus sang janin di dalam rahim .. ‘
Hurm… Aku rasa sekarang ni , tak perlu dah pergi Israel untuk lihat kekejaman macam ni . Dalam negara kita pon , hari hari ada cerita macam ni . Cuma ada yang dirahsiakan dan ada yang disensasikan ..
Hurm .. Bila terjadi macam ni , ramai yang mula menuding jari mencari sapa yang patut dipersalahkan .. Maka mulalah tuduh menuduh dan akhirnya , politik juga dikaitkan .. Mungkin benar ada kaitannya sedikit sebanyak namun kesedaran diri sendiri tu penting.
Tapi , dalam sedar tu .. bermasalah juga bila memikirkan tekanan hidup di zaman ini dan akhirnya … terlupa diri dan … akan ada mangsa menjadi korban …
Menyesal pon tiada guna lagi ..
Pelawak terkenal siri komedi "Mr Bean", Rowan Atkinson bakal terjun ke dunia perfileman Indonesia apabila dia akan bergandingan dengan aktres jelita Indonesia Dewi Persik (Depe) dalam sebuah filem seram terbaru Depe.
Filem ini akan diberi judul "Mr Bean Kesurupan Depe" dan Rowan memegang watak sebagai pocong. – Yahoo
Hehe.. Adeh .. Kalau kat Indonesia , jadi hantu .. Kalau kat Malaysia , confirm jadi mat rempit punya ! Confirm panggung hot n spicy punya arr ..
Macam macam laa idea nak tarik penonton tengok filem mengarut ..
Info terkini ( 15/6/2012 ) - rupanya mereka gunakan pelakon seiras dia .. Haih.. macam macam ..
Disebabkan aku dah jumpa dompet aku semula , maka petang tadi boleh la di bersantai dengan wife .. Dia kena banyak berjalan agar mudah bersalin kelak .. huhu ..
Cuaca , redup selepas hujan tadi .. Jadi nak tengok matahari terbenam tak dapat sebab terlindung di balik awan nano .. hehe.. Tapi , alhamdulillah .. cuaca begini pon seronok gak berjalan sambil pekena cekodok .. Huhu.. nasib baik off diet ari ni ..
Ramai gak datang melepak kat restoran Umai ni bila hujung minggu .. Rasanya mmg port orang Putrajaya bila cuti kot .. Ok la kan , dari takde tempat lepak berkeluarga langsung..
Hurmm.. dok tunggu matahari cam tunggu ikan makan umpan .. hehe .. Hampa.. walaupun begitu , ianya tetap cantik ..
Kalau tak hujan atau mendung , cantiknya matahari turun di tasik ni , mmg mampu memukau mata punya .. huhu…
SubhanaAllah ..
Baru laa aku nak rajin FOLLOW blog rakan rakan yg lain .. tau tau sudah dikenakan amaran ! Huh.. dengki la tuuu … Kalau kat FB tu , muak dah aku kena sekat sbb dok add kengkawan blogger .. huhuh.. Apa mau buat kan .. Tak buat , kata sombong .. dah buat , kena sekat lak .. iskh..
Sambung layan AlCatraz.. Best gak citer dia .. hehe ..
Aha.. segmen dah ditutup lebih awal .. Tadi aku ‘bagitau’ nak tutup kul 3 tapi terpaksa tutup lebih awal sbb nak rehat .. Hehe .. Asik tengok laptop dari Isnin sampai Ahad.. huhu . penat gak kan ? Tapi kalau dah buat , aku terima gak la ..
Ahaa .. sapa yang baru buat blog ni ? Kenapa buat blog ? Hehe.. apa sekali pon tujuannya , biarlah sesuatu yang bermanfaat buat pembaca kita walaupun hanya bercerita mengenai diri sendiri , okeh ! Jangan buat cerita yang menjatuhkan maruah orang lain secara terang-terangan apatah lagi tanpa sebarang bukti .. Kalau tak kisah bab saman maka kisahlah bab dosa dan pahala yer ..
Segmen yg aku buat tadi adalah untuk merapatkan persahabatan dengan rakan rakan blogger yang sering singgah baca blog aku ini dengan mereka yang baru lagi dalam dunia blog. Kira dapat geng baru la yer .. Tapi bukan untuk tingkatkan trafik tau ! Nak tingkatkan trafik , tu lain isunya..
Senarai mereka yang dah join segmen …
Macam macam laaaa manusia ni sanggup buat terutama bila melibatkan kecantikan ! Ada yang sanggup buat botox , pasang susuk , melakukan pembedahan semata mata nak cantik !
Ada seorang artis ni di Hollywood mengakui bahawa antara tips bagi mengekalkan kecantikan wajah adalah dengan memakan plasenta dari rahimnya.
Artis ni mula mengamalkan plasenta sejak melahirkan bayinya, pada September tahun lalu dan percaya dengan memakan organ tersebut, dirinya akan lebih sihat.
"Saya mempunyai semangat yang tinggi apabila berbicara tentang hal-hal kesihatan dan akan memastikan pengambilan makanan kesihatan seperti, vitamin, teh serta plasenta yang telah dikapsulkan wajib dimakan.
"Memang bunyi plasenta agak menggelikan tetapi ia telahpun dikering dan dijadikan kepada bentuk vitamin," kata selebriti tersebut.
Katanya lagi cara pemakanan plasenta tersebut dianggap mistik seperti ingin melakukan sesuatu ritual, tetapi dia menegaskan hal itu tiada kaitan langsung, sebaliknya menyarankan kepada ibu-ibu di luar sana untuk menjadikan plasenta sendiri sebagai makanan tambahan.
Aduhh … sampai gitu sekali ?? Haihhh … jangan laaa ada antara kita yang punya akal fikiran buat kerja gile semata mata nak nampak cantik dan mantap !
Dalam masyarakat Melayu , yang makan uri ni .. kita tau sapa kan ? Huhuh.. Ni mungkin spesis moden kot ?
Sumber – Mstar
Alhamdulillah .. dompet aku ada di gym .. Ada insan berhati mulia jumpa di treadmill dan beri pada staff gym tu ..
Huhu .. takyh pening dah pasal IC tp kad bank semua dah dibatalkan .. Huhu .. tak kisah la .. Kad bank tu senang je buat .. IC dan lesen tu jer amik masa skit ..
Terima kasih buat rakan yg prihatin..