Risaukan kuning dia .. ajak mak mertua aku g check kt klinik kerajaan ..
Sian tgk dia kena amik darah tp tk nangis pon dia .. huhu .. Ni dok tunggu doc panggil lak .. hurm ..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Risaukan kuning dia .. ajak mak mertua aku g check kt klinik kerajaan ..
Sian tgk dia kena amik darah tp tk nangis pon dia .. huhu .. Ni dok tunggu doc panggil lak .. hurm ..
Assalammualaikum ... Apa khabar anda pada hari ini ... Pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bahawa ada beberapa sebab saya memilih Syarikat Public Gold Marketing Sendirian Berhad sebagai platform urusniaga logam emas fizikal dan logam perak fizikal saya ...
Sebab pertama:
Syarikat Public Gold merupakan pelopor kepada pelaburan logam emas fizikal di Malaysia ... Jika anda membeli logam emas untuk tujuan pelaburan ... Anda perlu memilih platform pelaburan logam emas yang mempunyai kewangan yang kukuh, pengurusan yang mantap, berkredibiliti serta mempunyai imej yang baik di dalam pasaran Malaysia ...
Mengapa ianya amat penting kepada seorang pelabur seperti saya ... Disebabkan seorang pelabur seperti saya bertujuan untuk meraih keuntungan daripada kenaikan harga logam emas semasa ... Dengan ini untuk mendapatkan keuntungan tersebut ... Saya perlu untuk menjual logam emas tersebut dengan seberapa segera dan yang paling mudah ialah dengan menjual semula logam emas tersebut kepada penjual asal ... Tetapi jika penjual asal tidak mempunyai kewangan yang kukuh ... Maka syarikat tersebut tidak akan mampu untuk membeli semula logam emas tersebut ... Syarikat Public Gold telah mendapat pengiktirafan daripada "The Malaysia Book Of Records" ...
Sebab kedua:
Syarikat Public Gold menawarkan pelbagai jenis produk logam emas fizikal dan logam perak fizikal ... Di samping itu mempunyai pelbagai jenis saiz dan berat yang berbeza ... Dengan ini memudahkan perancangan untuk membuat pilihan ...
Sebab ketiga:
Syarikat Public Gold menawarkan harga jualan dan belian yang telus dan sentiasa pada setiap waktu merujuk kepada harga pasaran antarabangsa iaitu Kitco ( http://www.kitco.com/ ) ... Ini bermakna sebagai seorang pelabur kita akan mendapat membeli dan menjual logam emas fizikal dan logam perak fizikal dengan telus dan tidak dimanipulasikan dengan sesuka hati oleh pihak penjual atau pembeli ...
Sebab keempat:
Syarikat Public Gold menawarkan spread harga yang rendah ... spread membawa makna bahawa perbezaan harga di antara harga jualan dan harga belian oleh syarikat ... Syarikat menawarkan spread harga di antara 4.5% ke 8% bagi logam emas berbentuk bar dengan ketulenan 999.9% dan bagi dinar emas ialah di antara 5% ke 6% sahaja ... Berbanding dengan spread di kedai-kedai emas dengan spread menjangkau ke 30% .... Wowwww banyak keuntungan yang diperolehi oleh kedai-kedai emas ...
Sebab kelima:
Syarikat Public Gold mempunyai cawangan di setiap bandar besar di Malaysia ... Malah mempunyai rangkaian dealer yang melebihi 20,000 orang di seluruh negara ... Ini bermakna segala urusniaga adalah mudah untuk dilaksanakan ...
Sebab keenam:
Syarikat Public Gold juga menawarkan perkhidmatan untuk membeli dan menjual logam emas fizikal melalui talian internet ... Ini bermakna kita boleh "lock price" dengan tujuan membeli dan menjual pada bila bila masa dan di mana lokasi sekalipun ... Selepas "lock price" ... Urusniaga diteruskan ke cawangan yang berhampiran untuk membuat bayaran dan mengambil stok tersebut ... Kemudahan ini membolehkan kita memaksimakan keuntungan dengan membeli dan menjual logam emas fizikal dan logam perak fizikal mengikut harga pasaran dunia ...
Sebab ketujuh:
Syarikat Public Gold juga menyediakan peluang untuk kita menjalankan perniagaan logam emas fizikal dan logam perak fizikal ... Ini bermakna kita boleh menjadi usahawan emas ... Dengan lain perkataan ialah "TOKEY EMAS" ...
Harga semasa logam emas fizikal dan logam perak fizikal pada hari ini menunjukkan sedikit penurunan ... Ini lah masa yang amat sesuai untuk menambahkan stok pelaburan logam emas fizikal dan logam perak fizikal kita .... Atau pun masa yang amat-amat sesuai untuk memulakan pelaburan kepada pembaca yang belum bermula ...
Kepada pembaca yang ingin mendapatkan kemaskini tulisan di dalam blog ini secara teratur ... Bolehlah memasukkan alamat akaun emel anda di dalam kotak sebelah kanan "Follow By Email" ...
Sebarang keterangan lanjut boleh lah menghubungi saya di talian:
+6019 66 22 909
BBM PIN 23 26 3d 2c
Sekian ... bertemu lagi ... InsyaAllah ... terima kasih.
-AJAK-
Asal ada masa terluang , aku akan cepat cepat update blog .. ultrabook ni mmg senantiasa dalam blog aku dah .. Aku tak nak jadikan ada baby untuk tidak update blog .. Termasuk juga ke gym .. Apa yang perlu aku lakukan ialah belajar mengurus masa. Dan penting buat wife ngan aku berkomunikasi bab masa ni .
Sejak ada baby ni , cerita kat blog aku pon dah bertukar.. Huhu.. Harap takde yg boring yer .. Aku bukanlah nak menunjuk ada baby ke apa tapi inilah blog.. Blog adalah catatan .. Mana tau , junior membacanya ketika aku dah tiada lagi , camana perasaan aku pada dia , kan ?
Ok .. aku nak g makan nasi orang pantang .. Sukaa giler aku .. nape ? Ni la masa dia , aku nak dapatkan badan yg aku nak .. Mantop !!
Penat .. Awal pagi tadi jemur si junior jap ..dalam 5 minit gitu .. nak lelebih , takut lak aku .. kang jadi kulit cam aku lak.. huhuh.. Pastu jemur baju jap. Baju baby tak sempat lagi nak basuh sbb aku nak g ke Klinik Presint 3 untuk buat pemberitahuan tentang wife aku ..
Aku letih sebenarnya main dokumen dokumen ni .. Memang pasti akan ada yg ‘masalah’ nanti .. huhuhu ..
Sampai klinik Presint 3 , nurse yg baikhati itu amik catatan untuk rekod mereka dan tanya aku tinggal kat mana .. Setelah dengar jawapan aku tu , dia suruh aku ke Klinik Presint 9 lak.. Aiyok .. Jauh tu.. Bukan apa , aku dah set nak ke JPN yang mana terletak berhampiran dah tu. Jadi tak yah nak drive dah .. Tak pe laa.. G gak ..
Sampai klinik Presint 9 tu .. Aku beratur la kat tempat pertanyaan . Dalam 10 minit gak la.. Bila turn aku , aku tanya kat mana aku nak serahkan semua dokumen ni ? Dia suruh g kaunter 8 .. Tu je ??? Hahahah … Punya lama aku berdiri , tu saja aku kena buat.. Huhu..
G kaunter tu , nurse yang aku rasa sekampung ngan orang rumah aku tu mintak aku catatkan latar belakang untuk mereka buat rujukan. Aku ada bagitau tentang keadaan baby aku . Dia kata , kalau kuning tu makin kelihatan , bawak petang ni gak . Kalau tak , esok pagi mereka akan datang melawat utk rawatan susulan.
Buat pengetahuan, baby dah mula kerap menyusu. Memula tu je dia tak nak .. Sekarang dah ok ..
Sambung .. settle bab klinik .. Aku nak ke JPN balik yg terletak di Presint 2 .. Sampai kat tempat parking , aku cari dokumen yang aku nak kena serah kat mereka nanti .
Sijil nikah takde ! Alahaii.. Awal pagi tadi aku dah letak kat beg aku .. Ni takde lak !! Dalam kereta pon biasanya aku dah standby satu.. pon takde gak.. Hurmm.. Mungkin , nama yg aku nak daftarkan untuk dia tu .. tak sesuai kot ..
Jadi , aku bincang ngan wife melalui telefon dan setuju nak tukar depannya saja.. Jap lagi lepas zohor , aku g balik sana .. Ni nak basuh lampin baby jap .. Makan pon lom.. huhu ..
IKLAN BERBAYAR :
Baby's first taste of solid food should be a single ingredient, age appropriate food. A few wonderful choices for first foods for babies, as many pediatric resources are now acknowledging, are tasty and creamy avocados, bananas and sweet potatoes. These healthy and nutritious foods make really great first foods for baby because they are easy to digest and full of vitamins, minerals, fats and other nutrients a growing baby needs..
This page is full of recipes for fresh homemade first foods for baby and are idea first food recipes to introduce to your baby between the ages of (4) and 6 months old. Many parents still begin to introduce solid foods (complimentary or weaning foods) to their babies prior to the age of 6 months olds. These recipes acknowledge and accommodate this fact. Ideally, babies should have nothing but breast milk and/or formula during the first 6 months of life.
Read more about baby being ready for solids and view our list of resources that advocate delaying solid foods.
Philips AVENT SCF870/21 Combined Steamer and Blender allows you to easily prepare healthy homemade baby food. Simply steam the fruit, vegetables, fish or meat and then simply lift and flip the jar over to blend it, with no transfer of food required!
Nutritional Baby Meals Made Easy !! :)
for more information please click HERE
Hurm… baru 2 hari .. genggaman dia kuat dah .. Ada yg kata macam dah sebulan rupa dia .. huhu .. Mak dia jaga benar pemakanan masa mengandung tu ..
Gambar ni aku amik sewaktu wife bersihkan najis dia .. Aku nak tengok warna najis dia sbb bimbangkan penyakit kuning dia tu.. Najis dia warna kuning dah berbanding hijau masa mula mula lahir hari tu..
Lega.. Tapi kena waspada gak dengan kuning dia tu. Aku kena g ke klinik Presint 3 untuk buat laporan mengenai wife aku yang dah lahirkan tu dan juga minta mereka buat rawatan susulan ke rumah nanti ..
Nampaknya , setakat sehari ni .. dia selesa kat rumah aku. Katil aku pon dah aku punggah bawah turun bilik bawah. Maklumlah , wife tak larat nak naik tangga . Berpeluh gak laa aku nak turunkan … Bukan kecik , king size tuu .. Tak g gym pon dah bersenam … huhu.. lega la sbb dapat keluarkan peluh ..
Hurm.. bab makanlak .. Memandangkan wife pon dah mula pantang maka dah dua hari aku tak makan besar .. Makan brokoli + telur , ngan roti .. pastu air 100 plus untuk cover energy aku .. huhu .. Aku pon nak ikut pantang gak ..
Ni makan makan aku semalam.. Lewat jam 11 malam .. Diorang bantai gelakkan aku kat FB sebab kata besar brokoli yang aku potong tu.. Besar ke ?? Standard size masakan itali yang biasa aku buat jee .. huhu ..
Apa pon , mmg aku plan nak jaga makan skang ni .. Maklumlah , kena tunjuk contoh kat anak .. hahaha .. Jom pekena Baskin Robbin kat Alamanda ..
Bukan senang nak tengok aku beraksi main ping pong guna ultrabook !!! muhahaha .. terkedu weh.. hahaha .. Belasah je laa ..
Sapa juara ??? Tonton la sendiri .. wa manyak sedih lhooo …
Tamo bukak mata laa si …. Adoii ..
Alhamdulillah .. kuning Junior pon dah turun petang tadi dan doktor benarkan mak dan anaknya pulang ke rumah .. Segala urusan surat menyurat dah pon diselesaikan walaupun aku agak blur pada mulanya.
Namun masalah tetap ada. Biasalah , anak sulung .. Masalah menyusu .. Part ni , serah kat mak dia la.. Apa yang diorang suruh , aku buat jer ..
Jadi tugasan pertama aku ari ni selepas keluar dari wad adalah …
Adoi.. g cari pampers kat Alamanda Putrajaya sbb nak cari menda lain lagi .. Kali ni , g cari sorang .. Biasanya berteman . Tidak kali ini .. hehehe ..
Betul kata orang .. Bila dah jadi ayah ni , kena ada sifat cool dan tebal muka.. Tak tau , tanya.. Jangan wat memandai jer ! Haa.. Kalu tak nanti balik umah , wife marah ! Haaa..
Masa bergerak terlalu pantas .. Esok nak kena buat report kat klinik yang dia selalu check tu dan g buat surat beranak junior..
Nama dia ialah ..
Soalan maut dari mak mertua aku.. Sapa nak jaga ? Aku , katanya cam tak bersedia lagi je .. Huhu.. biasalah kan .. orang tua.. Aku sendiri pon akui gak kata kata dia.. Bila dengan si junior ni ‘meraung’ , aku pon turut ‘meraung’ gak .. Risau laaa ..
Tapi bila tengok ‘otai’ handle , raungannya zasssssssss , ilang cam tu jer ..Huwaaa .. aku nak skill tu weh !! Setiap skill tu datangnya dengan pengalaman. Takat berilmu je pon tanpa pengalaman , susah gak . Tapi penting gak ilmu tu kan ? Kalau tak berilmu ,takde pengalaman .. jadi cam aku laa.. Baby nangis ,aku pon nak nangis gak laa.. huhu ..
Bercakap mmg mudah kan ? Bila sampai masa .. terkebil kebil … Apa pon , dlm tempoh pantang ni , aku kena belajar macam macam .. sementara orang tua dia ada kat sini. Orang tua aku , Isnin sampai Jumaat , mmg tak available ..
Entah lah .. Sooo sweeet kan ? InsyaAllah .. segalanya bermula dari 0 . Antara mahu atau tidak saja ..
Penat .. Lari sana sini macam 100m je jaraknya. Dari Putrajaya ke Cheras dan balik semula semata untuk beli ..er .. apa nama eh .. Ala , tengok la sendiri .. Kalau g sensei ( guru perubatan cina ) , cakap je nak ‘mandian kuning’ .. Tau la dia kasi apa nanti ..
Petua petua yang lain , korang leh baca kat entri Confirm ‘kuning’ ni. Tapi macam biasa la .. ada yang sesuai dan ada yang tidak seperti ubat ubatan yang lain . Contoh ada yang kata tak bagus susu kambing , ada yang kata bagus .. Jadi , dapatkan nasihat doktor sebelum melakukannya .. Lebih baik mencuba dari tidak kan ? Tapi mencuba pon biarlah ada ‘sifoo’nya .. Jangan main belasah jer ..
Tadi naik jumpa Junior .. Wife kata demam 166. Kalau 190 , mmg teruk la. Pasni kalau naik lagi , kena bawak g klinik berdekatan sbb petang ni dah boleh keluar .
Haa.. Memang celaru skit aku ari ni .. mak aku pon demam gak .. Ayah aku lak sakit pinggang .. Hurm.. Lepas beli ubat tadi tu , aku g singgah jumpa diorang . Dah ok skit kata mereka. Lega aku dengar .. Malam ni diorang nak datang rumah kot .. Hurm..
Berkenaan ubat ni , terpulang kepada masing masing punya pandangan dan kepercayaan. Apa pun , dapatkan nasihat pakar.
Sian junior …
Hurm… doktor baru amik darah .. Aku sempat teman dalam 15 minit gitu sebelum ‘dminta keluar’ oleh pengawal keselamatan. Tak pe la.. mmg wad wanita.
Jap lagi aku nak g cari kedai sensei .. Nak beli ubat cina utk mandian baby yg kena penyakit kuning ni .. Rasanya nak g ke Cheras .. kat area rumah lama aku tu . Situ byk kedai ubat cina .. Kira dah otai la diorang kat situ ..
Kalau baby kena tahan , sian kat wife.. kan dia baru operate .. nak ulang alik umah ke hospital .. hurmm..
Terima kasih pada yang bagi tips mengenai bayi dan ibunya ..
Sedikit info mengenai Penyakit Kuning.
Penyakit kuning atau yang dalam bahasa ilmiah disebut dengan icterus atau jaundice adalah penyakit yang disebabkan oleh adanya perubahan pada warna kulit, sclera (bagian putih pada mata) dan juga kelenjar ludah yang disebabkan oleh meningkatnya bilirubin pada tubuh manusia. Jika kadar bilirubin dalam tubuh melebihi kapasitas normal maka bilirubin akan memecah dan bercampur dengan darah kemudian akan mempebgaruhi perubahan pada warna kulit dan mata menjadi kekuningan.
Bilirubin yang berasal dari bahasa inggris : bilirubin, hematoidin yang merupakan senyawa pigmen berwarna kuning yang merupakan produk katabolisme enzimatik biliverdin oleh biliverdin reduktase.
Bilirubin dibawa ke dalam hati dan dibuang ke dalam usus dan dikeluarkan melalui urine. Jika proses pembuangan bilirubin terganggu, maka bilirubin akan mengendap dan semakin meningkat lalu masuk ke dalam aliran darah yang menyebabkan jaundice.
Apabila kadar bilirubin dalam darah meningkat, dapat mengakibatkan :
Pada sindroma Gilbert, kadar bilirubin sedikit meningkat, tetapi biasanya tidak menyebabkan jaundice.
Kelainan yang diturunkan ini, biasanya ditemukan pada pemeriksaan rutin tes fungsi hati, tidak memiliki gejala lainnya dan tidak menimbulkan masalah.
Penyakit kuning umumnya mudah ditemukan pada bayi yang baru lahir dan jarang sekali ditemukan pada orang dewasa. Namun kebanyakan kasus penyakit kuning yang mendera orang dewasa disebabkan oleh penyalahgunaan alkohol yang berlebihan.
Info : Penyakitkuning.com
Salam kaki shopping,
Anda sukakan surprise? Free gift? Discount? Declosette adalah yang terbaik untuk anda. Menurut ownernya iaitu Fara, mereka akan mengadakan sale pada setiap hujung bulan buat semua customer mereka. Manakala, customer yang mendaftar untuk menjadi ahli pula akan menikmati kelebihan utama seperti
Excited sangat cerita pasal bendealah ni..lupa pula untuk introduce barang-barang yang dijual di blogshop ini. Menurut Fara, mereka menjual barangan import dengan harga terendah. Serendah RM25 tau. Meh tengok apa yang Declosette jual..banyak gila!
Nampak tak? Daripada maxi dress kepada telekung kepada purse kepada kain saree. Pokok pangkalnya mereka ni jual semua benda yang boleh dijual. Menurut Fara, moto perniagaan mereka adalah "Untung boleh dicari, tapi kalau customer lari, susah nak diganti, customer adalah keutamaan kami, bukannye untung sekodi " Wah kelas gituu.
Lawati Declosette di :
Facebook Fanpage : DECLOSSETTE
Blog : http://www.declosette.blogspot.com/
Dah keluar dari wad . Tunggu di ruang yang dibenarkan saja sambil online. Si junior pon lena sambil menyusu ..
Cari port yang ada power point .. mana tau jap lagi nak kena charge walaupun dah semalaman aku charging .. hehe ..
Orang ramai mula membanjiri hospital . Kakitangan hospital yang terdiri dari nurse dan doktor pon dah ramai datang .. Bertembung di lif mahupun pintu masuk .. Huhu..
Persoalan yang sering bermain di fikiran aku . Kalau bertembung di pintu masuk atau lif yg mana masing masing punya 50-50 untuk lalu di situ , siapa yg patut diutamakan ? Orang awam atau kakitangan hospital yg bukan dalam keadaan emergency ( boleh dilihat dari gayanya ) ..
Cuma tadi ketika aku nak keluar dari wad , aku bertembung dengan seorang nurse yang aku rasa pelajar dan dia siap lemparkan senyuman dan memberi laluan pada aku dan seorang lagi lalu dahulu dan baru dia masuk. Sejuk hati , kan ? Susah sangat ke nak wat gitu ? Tensen camana pon tapi kalau dah dididik begitu , melemparkan senyuman ibarat seperti bernafas.. tanpa sedar ianya berlaku ..
Hurm .. aku balik tidur rumah semalam .. tak leh tunggu wife sbb seorang je boleh tunggu .. Jadi , mak mertua aku la yang jaga dia. Lagi pun aku macam tak selesa je sbb perempuan saja dalam wad ni. Sian kat diorang sbb diorang mesti segan punya kan ..
Sebelum aku tidur , aku mesej wife tanya perkembangan baby .. Dia kata baby mungkin ada kuning tapi tak pasti lagi sebab hari ni baru nak sahkan. Susu ibu pon tak banyak .. Kalau tak de apa apa , petang ni , insyaAllah keluar .
Sekarang , aku kat wad dah . Dalam kul 7 pagi aku dah keluar g hospital . Baru tau erti rindu pada anak dan juga wife .. Hehehe .. Hujan bukan penghalang aku untuk terus tidur. Automaik lepas subuh , terus je keluar.
Sebelum keluar , tengok hp . Ada pesanan penaja dari wife .. Dia kirim beberapa barang untuk kegunaan anak aku .. Hurm .. anak aku .. Dah ada anak aku kan ? Tak sangka .. 3 tahun aku berblogging .. sekarang jalan cerita blog ni dah berubah ..
Alhamdulillah. Doakan yang terbaik buat kami yer ..
Diorang kata macam aku lakk .. Cer tengok aku masa kecik dulu .. haa ..
Bandingkan dengan Junior aku ni .. Haaa .. Amacam ? Sama tak ? Tak sama kan ? Junior lagi hensem kan ? Tau dah .. heh .. Tak kisah la sama ke dok .. Yang penting , binkan aku .. kan kan ?
Tapi dagu tu confirm mak di punya. Kalau ada lekuk kat dagu tu , adoiyai .. Richard Gere ko .. hahahah ….
Alhamdulillah .. Terima kasih pada rakan rakan yang buat entri khas pasal junior aku neh .. Antara yang boleh aku kesan ialah
MAKA LAHIRLAH BEN ASHAARI JR....
Anak Sulung Ben Ashaari - Comel Sungguh !
Baby Boy Ben Ashaari 2 April 2012
Dan ada ramai lagi tak silap aku.. Maaf yer aku terlepas pandang .. Kalau tak tersenarai , tinggalkan link bawah ni yer .. Terima kasih Semoga Allah membalas jasa baik korang semua ..