Terletak di Bandar Puchong Utama , kedai menjual lampu perhiasan ini mejadi destinasi kitorang ( aku,wife n Qhaliff ) untuk membeli lampu dan kipas , untuk rumah baru kitorang ..
Menurut wife yang dah berminggu survey menda menda ni ( mmg bidang tugas dia berbanding aku yang lebih gemar angguk ) , kedai ni menawarkan harga yang menarik serta berpatutan !
Maka dalam kul 11 pagi tadi , dengan menggunakan GPS kitorang ke sana.. Owh , senang sangat laa nak jumpa kedai ni .. tepi jalan jer .. Dengan ngan stesen minyak BP ..
Sesampai kitorang kat sana , kakitangan kedai ni melayan kitorang tanpa rasa bosan pon .. Kita tanya , dia jawab dengan jujur sekali .. Tanya mana ok mana tak .. Mana jimat mana tak .. Mereka jawab dengan ok .. Serius , kakitangan mereka mmg membantu sangat ! Takde sombong punya orang woo .. Patut la kedai ni ramai walaupun pada waktu kerja ! Bayangkan kalau sabtu ahad !! Perghh ..
Nak bayar pon siap ada 2-3 kaunter lagi.. Ada no giliran ok ! Tak perlu nak berebut atau beratur .. Sambil sambil tunggu giliran , leh jalan tengok lagi barang .. Kot jumpa lagi best dalam tu kan ?
Setelah wife pilih mana dia berkenan dengan melakukan perbincangan dengan aku , maka kopaklah duit kitorang ari ni .. hehehe .. Okk jer .. janji selesa kan ?
Tak abis lagi ni membeli .. Ada lagi lampu untuk dibeli .. Takat ni cuma kipas jenama KDK dan lampu biasa je beli sebab Qhaliff dah menjerit ! Cepat cepat beransur .. Nanti nanti datang lagi .. hehe ..
Oh ya , kalau nak beli kat sini .. gunakan cash la yer .. Kalau credit card , ada charge la pulak .. hehe ..